... n3 kali ni atas permintaan Shima ( staf Lib . Pekan Dataran ) ... miko ni pemalu sesangat ... susah nk ambil gambar dia ... ni aksi2 yang sempat aku rakam kan ... hehehe
"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Friday, March 29, 2013
miko
... n3 kali ni atas permintaan Shima ( staf Lib . Pekan Dataran ) ... miko ni pemalu sesangat ... susah nk ambil gambar dia ... ni aksi2 yang sempat aku rakam kan ... hehehe
Saturday, March 23, 2013
ermmm ...
ruang yang luas
dah jadi semakin sempit
panas yang dulu suam-suam kuku
kini berbahang sampai ke siku
suasana terang benderang
kini bertukar kelam ... suram
surat aduan dikirim lebih dari selembar
letih rasanya menanti khabar
pengguna bagaikan dah hilang sabar
takut nanti jadi berita di dada akhbar
mohon lah prihatin rayuan kami
segala musibah ini cepat dibaiki
agar semangat teguh berdiri
tidak luntur menyembah bumi
kepada bahagian yang berkenaan
jangan biar kami sentiasa berangan-angan
berharap dan terus berharap
keseinambungan kerja harap digarap
itulah keluhan hati
mengharap simpati untuk terus berbakti
Monday, March 18, 2013
bersyukur saat diuji ....
... n3 kali ni aku nak kongsi pasal buku " Bersyukur Saat Diuji " alhamdulillah selesai sudah dibaca ... banyak input positif yang boleh diterjemahkan dalam kehidupan seharian ... siapa kita ... bagaimana kita menanggani masalah saat diuji ...
... terima kasih Allah kerana sentiasa menggerakan hati ini untuk membaca ... rasanya satu ujian juga untuk diri sendiri apabila bertugas dalam ruang lingkup yang dikeliling buku jika minat membaca itu tiada ... dah hampir suku abad dikelilingi buku ... agak2 nya dah berapa banyak buku tuntas dibaca ? Ya Allah .. betapa hamba Mu ini dalam kerugian kerana tidak memanfaatkan serta mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan .
... kehidupan adalah ujian dari Allah ... itu persepsi yang aku semat kemas kat minda setelah usai membaca buku ini ... kalau sebelum ni setap kali mendepani masalah , hati sering berbisik " ujian dari Allah untuk hambaNya " hakikatnya Allah menguji setakat yang termampu oleh hambanya ... sebagaimana yang aku yakini setiap kali badai emosi melanda " Allah tidak akan menzalimi hambanya "
... kita selalu bersyukur apabila dikurniakan pangkat ... kuasa ... harta ... kecantikan ... kemasyhuran ... tanpa kita sedari itu ujian buat kita sebenarnya ... ke mana arah pangkat dan kuasa itu dapat dimanfaatkan dalam memberi impak kepada organisasi ... harta melimpah ruah tapi cuba kita ingat2 semula pernah x kita bersyukur saat diterjah musibah ... ketika badai melanda emosi ... bila mana pangkat, kuasa , harta , kecantikan hatta kemasyhuran hilang telan masa ..
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-An'aam 6:165)
... aku selalu berdoa agar segala tingkah laku ... sikap ... dan segala kelemahan diri tidak menjadi ujian kepada mereka2 yang ada disekeliling ... sebagaimana aku berusaha untuk menerima ... memahami dengan sabar apa yang berlaku disekeliling aku ... ( dalam suasana air cond yang tidak berfungsi ...menghadapi rungutan pengguna yang mengeluh panas dan tidak selesa ... )
Friday, March 15, 2013
pepatah petitih
salam jumaat ...
... hari ni nak sembang santai pasal pepatah petitih dari buku karya Prof. Siti Zainon Ismail tapi aku olah sikit dalam bentuk pantun ... yang penting maksudnya tetap sama ... :-)
Kata bidalan paku yang serpih
Terkurang tidak ,banyak terlebih
Ungkapan indah , mendalam erti
Sering dilupa , culas pekerti
Cerita gajah , kuman dan lautan
Terbina pepatah buat teladan
Khilaf yang sedikit nampak di mata
Dosa segunung sering dilupa
Kisah cacing asyik terleka
Menjadi raja naga empunya angkara
Orang biasa anganan setinggi KLCC
Rupanya mimpi di siang hari
Thursday, March 14, 2013
koleksi terbaru
buku karya Prof. Dr. Siti Zainon Ismail
dibeli semasa Program Jejak Budaya
yang bestnya ... penulis meninggalkan jejak pada kedua-dua buku ni
tq .. Prof .
buku ni aku beli online karya seni
buku PLK - genre Islamik
EC - tajuk nampak sempoi tp serita seram beb !
buku lain yang turut menjadi pilihan hati
RDAB ( Rindu Di Awan Biri ) karya Mee Zalikha
MKDT ( Menunggu Kata Dari Tuhan ) karya Dinsman
SH ( Smart Heart ) karya Rusdin S.Rauf
RI ( Rindu Ibu ) karya A. Samad Said
SMK ( Sepatu Milik Kasanova ) karya Zana Amani - ini pilihan awer
STC ( Sepi Tanpa Cinta ) karya Damya Hanna - ini pilihan awer
buku ni yang paling aku suka baca selain dari buku Bersyukur Saat Diuji
kenapa ? ... x leh nk jelaskan kenapa ? ... kena baca sendiri
x pasti buku ni dah ada atau x kat Perpustaakaan Daerah ...
... x perlu kata apa-apa ... itu lebih baik !
... kelmarin ada rungutan dari pengguna tentang kehangatan ini ... bila dimaklumkan bahawa perkara telah diajukan kepada pihak yang atasan ... kenyataan itu seolah-olah diragui ... dan bila diminta isi borang aduan dan cadangan pelanggan ... sekali lagi terdengar rungutan ... seolah-olah segala aduan yang dibuat tidak dihantar ke pihak yang atasan ... Ya Allah ... sabarkanlah hati ... kalau pengguna terasa bahangnya ... apatah lagi kami yang seharian berada di sini ?.. cer fikir sikit !
... kalaulah lafaz " terima kasih atau maaf " sukar untuk di ucap... x perlu kata apa-apa ... itu lebih baik daripada menuturkan kata2 tapi menyakiti hati orang lain ... berkali-kali melalui situasi begini ... aku sepatutnya x perlu beremosi sangat pun ... tapi aku manusia biasa x upaya nak mengawal segala gelojak rasa ... astagfirullahalazim ... astagfirullahalazim ... astagfirullahalzim ... Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan ini .amin.
Tuesday, March 12, 2013
sudu n garpu
makan time !
aksi spontan ... lepas program Jejak Budaya ... heppi walaupun dalam hati berapi ... hehehe
cantik sungguh bunga seroja
indah hiasan di atas meja
indah hiasan di atas meja
sudu dan garfu empunya angkara
sikit ceria yang lebih terluka
jauh sungguh Kota Melaka
tempat cantik penuh sejarah
kata di lontar jangan ikut sesuka
kerna bisa mendatangkan amarah
cendol bakar telah terkenal
di kata enak ... tapi x pernah rasa
jaga tingkah laku jangan nampak ' sengal '
opps ! jangan terasa !
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tabika Perpaduan Setia
Tarikh
: 1 hb. Mac 2013
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Guru Pengiring : Pn. Fatin Wardah binti Abas
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Guru Pengiring : Pn. Fatin Wardah binti Abas
Tempat : Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
Peserta :
33 pelajar , 4 guru pengiring
dan 15 ibubapa
Thursday, March 7, 2013
Program Jelajah Budaya Selangor 2013
Program Jelajah Budaya Selangor 2013
( Bicara Buku / Wacana Karya )
Tarikh
: 28 hb. Februari
2013
Masa : 9.30 pgi – 1.00 tengahari
Penceramah : En. Hasni bin Abas
Masa : 9.30 pgi – 1.00 tengahari
Penceramah : En. Hasni bin Abas
En. Che Shamsudin bin Othman ( Dinsman )
Dr. siti Zainon binti Ismail
En. Mohamed Nasser bin Mohamed
Tempat : Dewan Seri Bernam , Sungai Besar ,
Selangor
Peserta :
kakitangan PPAS Perkhidmatan ZON 1B dan pelajar sekolah
( 110 orang )
Dinsman
Hasni Abas
Prof. Siti Zainon Ismail
peserta
sesi soal jawab
sesi soal jawab
jualan buku
kempen keahlian ... dayah , fadilah , jas, jalilah
kempen keahlian
bib , raihan , me n wani
makan2
faiz , mar , iza dan naz ... ajk jamuan
sesi gempaq santai ... hehehe
wani n me
pian habib n nasa
harun n prof siti zainon
wani , harun , prof siti zainon n fazillah
zam n me
... yang ni pun layan gambar jer ek !
Ceramah Pencegahan Gejala Sosial
Program Ceramah Pencegahan Gejala Sosial bersama Ibu Pejabat Polis dan Agensi Anti Dadah kebangsaan Daerah Sabak Bernam
Tarikh
: 27 hb. Februari
2013
Masa : 9.30 pg – 12.45 tengahari
Penceramah : Insp. Iek Ren Chong ( IPD ) dan En. Zulazli bin Hashimuddin ( AADK )
Tempat : Bilik PSR , Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ( 35 orang )
Masa : 9.30 pg – 12.45 tengahari
Penceramah : Insp. Iek Ren Chong ( IPD ) dan En. Zulazli bin Hashimuddin ( AADK )
Tempat : Bilik PSR , Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ( 35 orang )
Insp. Iek Ren Chong dari IPD Sabak Bernam
En. Zulazli bin Hashimuddin dari AADK Sabak Bernam
khusyuk mendengar ceramah
pameran
cenderahati dari PPAS
cenderahati dari PPAS
jom makan
perbincangan meja bulat !
perbincangan serius ni ... hehehe
... x nak cerita apa2 ... layan gambar jer ek !
Subscribe to:
Posts (Atom)