Thursday, January 31, 2013

... yang diraikan



 yang diraikan ... ulang tahun kelahiran Zam

 yang diraikan ... En. Harun ( APC 2011 )

 zam , en.harun , aan , me n wani

 yang turut meraikan ...

 bib ... mantan staf Lib. Daeah

makan time !

...  hari buat majlis untuk meraikan ulang tahun kelahiran dan kejayaan ... ulang tahun kelahiran untuk zam dan ayu ( ... pic ayu x de dlm gambar sebab dia gi klinik ) ... jamuan ditajakan oleh en. harun ... pejal , lontong , air soya , limau n kacang goreng ... hehehe kecuali kek tu ... tajaan bersama aan and me .

... buat ayu dan zam ... harap hadiah yang diterima dapat di manfaatkan ye !

alahai cucu .... hehehe










gambar ni aku rakam masa balik dari ofis
susah nya nak buat Ariel tersenyum ...

Wednesday, January 30, 2013

Ceramah Maulidur Rasul di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam

 staf mengambil tempat

 ketibaan penceramah Ustaz Fazli bin Royani

En. Harun dan Ustaz Fazli

 bacaan doa









 selawat ke atas Junjungan Rasul S.A.W





 cenderahati untuk penceramah

 emcee

 jamuan ringkas


candid .... hehehehe !


Program Majlis Ilmu Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Tajuk              : " Memperkasakan Syariat dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W "
Tarikh             : 25 hb. Januari 2013
Masa              : 10.00 - 12.00
Penceramah    : Tuan Ustaz Fazli bin Royani
Tempat           : Bilik PSR , Perpustakaan Daerah Sabak Bernam

... syukur alhamdulillah ... perancangan untuk program2 sepanjang tahun 2013 bermula dengan Ceramah Maulidur Rasul berjalan sebagaimana dirancang ... terima kasih kepada Aan di atas usaha dan sumbangan dalam menjayakannya ... juga pada semua rakan-rakan ofis ( ajk pelaksana ) serta rakan-rakan dari Perp. Pekan dan Perp. Desa ( termasuk staf PNM ) kerana sudi hadir mengimarahkan majlis ini sebagai santapan rohani dan minda ... x lupa juga ucapan " terima kasih daun keladi " buat K'jis dan Bunga di atas buah tangan yang di bawa tu ...

Intipati yang ingin dikongsi bersama





Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

 ( As-Sajdah 32:12 )

Ustaz Fazli banyak mengupas mengenai tanggunjawab dan kewajiban manusia sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W untuk menegakkan syariat Islam dalam kehidupan , apa yang seharusnya dilakukan dan apa yang seharusnya ditinggalkan , dalam kelekaan manusia mengejar duniawi sehingga mengabaikan ukhrawi .

Digambarkan padang masyar itu bagaikan kapal pecah yang mana manusia di dalamnya berusaha untuk menyelamatkan diri sendiri , disaat itu hubungan kekeluargaan usai , masing-masing berusaha mencari tempat berpaut untuk menyelamatkan diri , tinggal anak ... tinggal ibu ... tinggal bapa ... tinggal isteri ... tinggal suami ... ketika itu hanya amal yang menjadi penyelamat ... maka manusia memohon untuk kembali ke dunia ... manusia berjanji akan menunaikan apa yang disuruh ... meninggalkan apa yang tegah !


A110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". 

( Al-Kahfi 18:110 )



Peringatan terhadap ibadah solat amat ditekankan sebagaimana Rasulullah S.A.W menjaga ibadah solatnya, perlu diingat solat itu tiang agama ,solat yang tertinggal perlu di qada serta lakukan taubat nasuha , tingkatkan amal ibadah ... perlu diingat jangan hanya bersemangat memperjuangkan Rasulullah S.A.W kerana dihina tapi tidak memperjuangkan amalan dan sunnah Rasulullah S.A.W

wallahuaklam


Thursday, January 17, 2013

x sihat



 ... dah hampir 2 minggu selsema x ok lagi ,
ubat selsema sepapan dah tinggal 2 butir jer !
gundah rasa hati sebab family day PPAS dah semakin hampir tarikh nye ... klu x ok jugak selsema ni ... x happy nak gi b'cuti  ... huhuhu

... bukan sebab ubat x selsema x berkesan tapi salah diri sendiri kerana x  upaya mengelak minuman sejuk ber ais ... hehehe

Wednesday, January 16, 2013

oops ! muat lagi ke ... ?






... kelakar kan ? ... setiap kali arahan pakai baju korprat biru atau PPAS ... yang terbayang kat minda aku mesti ' oops ! muat lagi ke ? ' hehehe , sebenarnya bukan aku sorang ada dilema pasal ni ... mungkin ramai lagi ... almaklum lah ukuran saiz baju diambil beberapa tahun yang lalu ( ... alhamdulillah baju aku masih selesa dipakai )

... so semalam semasa Perhimpunan Pagi ... masih ramai lagi yang pakai rasmi PPAS tu ... hanya segelintir jer yang pakai baju biasa ... kira ok le tu ! yang penting segala mandat2 yang disampaikan semalam melekat ketat dalam minda .




Friday, January 11, 2013

jiwa kacau


salam jumaat

... hahaha ...jiwa kacau seperti n3 kat atas ni bukan le gambaran jiwa aku tau ... tapi gambaran bagi jiwa seseorang yang dah hampir 3 minggu menjadi pengunjung setia kat Lib ni ... kami memang mengalu-alukan kehadiran mereka2 untuk menggunakan semua kemudahan Lib ni ... x kisah le nk pinjam buku ke ... nk guna bilik PSR or PJL  atau yg lain2nya ... memang dialu-alukan

... tapi yang buat aku dan ayu terkedu ( ... terkejut sangat ) bila seseorang yang selalu tu nampak macam ok jer ... tetiba meluahkan perasaan x puashati kat kaunter ( ...tapi bukan le pasal perkhidmatan Lib ) berkaitan masalah keluarga dan bla ... bla ... bla ... so untuk seketika kami jadi pendengar setia ( walhal x faham apa pun ) layan jer lah ... hehehe

... selagi seseorang tu x menimbulkan kekecohan atau kemudaratan ... insyaallah , layanan terbaik dari kami !


Thursday, January 10, 2013

khabarnya ...


... mungkinkah ? ... itulah persoalan yang bertamu kat minda aku ... mungkinkah aku akan melaluinya sekali lagi ? ... masih ada lagi ke jiwa kental ( ... hati kering kata yatie ) dalam diri aku ermm x payah fikir sangat , buat pening kepala jer ! kalau itu yang terbaik dan boleh orang lain kat sekeliling ni happy ... aku redha jer ! ek macam x ikhlas kan ? 

... andai semua andaian ni benar2 berlaku ... aku berharap x akan ada spekulasi sebab musabab kenapa ianya berlaku ... biarlah segala perubahan akan diterima baik oleh semua pihak yang terlibat ... bukannya menambah lagi kusut sedia ada ... yang terpilih dan yang x terpilih kena lebih muhasabbah diri ... bukannya menunding jari kat orang lain 

... secara peribadi bila berlaku ' penghijrahan ' lokasi tugas ... impaknya lebih kepada negatif dari positif ( ... mungkin x semua  ) ini bukan omong kosong tapi yang nyata ! ... acapkali juga ' penghijrahan ' ini lebih menjurus sebagai penyelesaian kepada masalah ... ermm akan selesaikah masalah jika punca masalah tidak diselesaikan terlebih dahulu ... hatta masalah melibatkan individu ( empunya diri ) tidak berusaha untuk berubah kepada lebih baik ... maka apakah dengan meletakkan individu lain akan menjadi pemangkin untuk empunya diri berubah menjadi baik ? ... ntahlah ! ini merupakan satu penganiayaan untuk individu lain ...

... memberi tekanan tanpa sokongan bukan penyelesaian sebuah masalah ... apatah lagi jika individu lain turut terpalit sama ... jangan kerana kepentingan diri sendiri , kita menindakkan hak orang lain!

... jangan hilangkan rasa percaya dan jangan sesekali semaikan rasa benci ... kita sesama manusia perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira status jawatan ... kerana disisiNya kita tiada beda kecuali iman dan amal 

wallahuaklam .

Friday, January 4, 2013

rindu























Terjaga dari lena yang panjang
Hujan lagi pagi ini dalam hati
menggamit ingatan rindu dan sendu
rindu ini amat menyakitkan
rindu ini juga indah
lalu aku biarkan dia menyirami
bunga-bunga putih yang lama bertabur
kerana wangi semalam masih terasa
Mak ...
sesungguhnya aku rindu ...

( Al Fatihah )

impian 2013


... pertanyaan skema bila tahun berganti " apa azam tahun ni ? " ... apa yerk ? sebab ada kekawan lama bertanya apa target aku 2013 ... aku set kat minda istilah azam tu aku tukar kepada impian ... nampak lebih santai sikit (... ikut Kamus Dewan perkataan azam membawa maksud kemahuan yang kuat dan impian bermakna angan2 atau harapan ) ... dalam usia macam aku ni ... stress perlu dinyahkan ! ... hehehehe

... untuk diri sendiri telah aku sediakan senarai panjang impian 2013 ... ini adalah pertama kali aku bersungguh menyediakan pelan dalam memburu impian ... walaupun mungkin x semua akan tercapai tapi aku anggap ini sebagai motivasi untuk diri sendiri !

... sesekali menoleh ke belakang ... mengintai-intai jejak yang ditinggalkan sepanjang 2012 adakalanya mengundang sang emosi datang bertandang ... sedih , kecewa , suka , benci , terluka seakan berbaur menjadi satu ... inilah kehidupan !

... " untuk berjaya kita kena menguasai emosi " itu kata2 yang aku ambik dari buku motivasi ... tapi acapkali juga aku  gagal menguasai emosi apatah lagi jika aku yang x termasuk dalam itu kisah , sama terkena biasnya ... so aku pegang pegang prinsip " menyatakan kebenaran memang pahit  tapi fikirkan kemanisan hasilnya " adakah ini salah satu pelan untuk 2013 ?

... target utama 2013 ... aku juga berharap akan konsisten dalam memenuhi tabung simpanan ( ... 2012 x capai target ... huhuhu ) banyak perkara luar jangka yang berlaku ... insyaallah tahun ni moga lebih berjaya !

... fokus pada kerjaya " sentiasa jadi yang terbaik " hehehe  ( ... yang ni sendiri mau ingat ek ! ) dan dipermudahan Allah dalam memikul amanah yang tergalas kat bahu ni . amin

... yang lain2 tu biarlah ia kekal kat atas kertas ... yang akan bisa sesekali disemak untuk ingatan diri sendiri ...