Saturday, January 27, 2007

resah

Sebelum melelapkan mata malam tadi, aku termangu memikirkan pelbagai hal dari hal yang remeh temeh hinggalah hal negara dan macam-macam lagi......... selalu tu bila letak je kepala kat bantal terus lena .... tapi malam tadi lain ....... mungkin bunyi burung hantu yang berlagu ngeri tu buat mata aku susah nak pejam ........... seram jugak. Teringat masa zaman sekolah dulu bila burung hantu bunyi waktu subuh ...... nak mandi pun mak kena temankan ....ishhhh..penakut betul kata emak... ( terkenang arwah emak .... buat jiwa resah kerana rindu yang amat sangat, opps tak nak layan nanti nangis lak )

Mungkin pelbagai perkara berlaku kat pejabat sepanjang minggu lepas buat aku susah nak tidur lena ............ ada masanya malas nak fikir tapi takut perkara kecil akan jadi besar pulak ! susahnya faham sikap dan perangai orang .... hari lain , esok lain ...... aku sentiasa berusaha untuk buat terbaik dan jadikan suasana di pejabat penuh keseronokan ..... tiada masam muka, tiada prasangka, tiada.....tiada.....tiada....bla..bla...bla... tapi mustahil rasanya ....selagi manusia bernama manusia semua itu mustahil kan.... hanya doa dapat dipanjatkan ke hadrat Ilahi semuga dihapuskan perasaan prasangka, rasa benci, jiwa-jiwa yang terseksa dan hapuskan semua sifat buruk...... sebenarnya ingatan ini lebih kepada diri aku sendiri ..... manalah tahu ada hati-hati yang terguris atas percakapan dan perbuatan aku tanpa aku sendiri... aku pun manusia jugak kan .

Untuk honey ! kenalan baru ..... emm yang aku anggap lebih sebagai adik daripada rakan sekerja ... terima kasih kerana sentiasa beri peluang aku belajar lebih tentang it .... ingat ! alam pekerjaan adalah sekolah kehidupan so jangan cepat tension bila ada masalah ... banyak sabar,sabar,sabar,sabar dan sabarrrrrrrr.......... kan orang yang sabar disayangi Allah, banyak lagi perkara-perkara yang akan mengajar kita apa erti persahabatan , iri hati , kesedihan dan tawakal ...... hati-hatilah ...... fikirlah sebelum berbuat sesuatu " fikir pelita hati ".

Untuk bunga ! kena belajar jadi berani dan bertanggungjawab, keluar dari sangkar ketakutan yang merugikan diri dan organisasi kita, nyata kebenaran dan tunaikan sumpah kita untuk memberi perkhidmatan terbaik ......... masa ni kena buktikan .....jangan biarkan penyelewengan berlaku tanpa usaha untuk menghalangnya .... anggap je apa yang kita lalukan sebagai satu jihad ....... memang pahit menyatakan kebenaran .......... aku pernah lalui semua itu dulu ....... jadikan pengalaman aku sebagai perangsang untuk kau bertindak ...... kita mungkin akan jadi orang-orang yang tak popular dan tidak disukai ..... biarkannnn ........... yang penting adalah keikhlasan dalam perkhidmatan yang kita berikan. Bertindaklah ........ aku doakan kali kau berjaya melakukan .......

Opps !!! lega rasanya dapat luahkan apa yang menganggu fikiran walaupun sekelumit cuma tapi rasa puas ........ malam ni aku boleh tidur lena .......... sebab esok kan ahad .... tak perlu bangun awal ..... . Malam ini kalau burung hantu berbunyi jugak......... ehmm aku bayang alunan merdu si pungguk merindukan bulan .

" Ya Allah kupohonkan keampunan dan keredhaan Mu, permudahkan jalan hidupku , jadikan aku insan yang sentiasa bersyukur akan kurniaMU, berikan keberkatan dan ketakwaan kepada semua teman-temanku, sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha mengasihi - Amin Ya Rabbil Allamin.

Tuesday, January 23, 2007

Emosi tercalar .......

Semalam
perasaan cukup terganggu bila tahu ada insan terguris hatinya dengan sikap aku .......... tersentuh juga jauh dilubuk hati, apakah salah yang ku perbuat ...... penat berfikir ,bila , dimana, apa ceritanya dan kesimpulannya
" SEBAGAI MANUSIA BIASA , AKU TIDAK LARI DARIPADA
KESILAPAN "
ada masanya aku merasa takut untuk berbaik dengan orang , takut disalahertikan persahabatan yang terjalin akan menjadi renggang hanya kerana
SALAH FAHAM
kepada semua kawan, teman dan sahabat
anda semua ibarat cermin
JIKA
ada salah silap, terlanjur perbuatan, terlepas kata
TEGURLAH
agar kesilapan dapat diperbaiki
agar tiada hati yang terguris
buat teman yang tercalar emosi ...
jika ada jarum yang patah
jangan simpan dalam peti
jika ada silap dan salah
jangan simpan dalam hati
Ajijah masak Mee hoon
Hidangan untuk makan bersahur
Jari disusun maaf dipohon
Ihklas dari hati yang luhur

Friday, January 19, 2007

Ketenangan Jiwa - meraih kecintaan Ilahi.

Esok 20 Januari 2007 bersamaan 1 Muharam atau Awal Muharan atau lebih kerap disebut Maal Hijrah, kebiasaannya sambutan tahun baru atau 1 Januari setiap tahun .......... azam atau angan-angan lebih kepada duniawi sikit, azam pun lebih kepada untuk tingkatkan taraf ekonomi, kerja lebih kuat dan macam-macam lagi ...........
tapi
untuk tahun 2007
aku
buat perubahan drastik
Azam akan kubuat
pada
Awal Muharam
kenapa ?
kerana
MERAIH KECINTAAN ILAHI
UNTUK
KETENGANAN JIWA
ABADI
Hidup adalah satu perjuangan dan perjuangan memerlukan pergorbanan, tidak ada perjuangan tanpa pergorbanan. Kerana sifat manusia yang lemah adakala kita lalai dan leka dengan sedikit kesenangan kurniaanNya, seperti janji Allah SWT " Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan ( jeperluan )nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki)Nya" Maksud Surah At Thalaaq, ayat 2 dan 3
5 resepi meraih taqwa dan kecintaan Ilahi
TEKAD YANG KUAT
Jadikan Allah sebagai tujuan tertinggi hidup kita
Semua yang kita lalukan:-
bekerja, belajar dan berumahtangga semata-mata
hanya untuk
Allah
BANYAKKAN TAUBAT
Allah suka melihat hamba yang bertaubat
maka
banyakkan taubat, basahi bibir kita dengan istighfar
tangasi dosa yang pernah kita lakukan
serta
tanamkan dalam hati kebencian untuk melakukan dosa
JAUHI MAKSIAT
Maksiat adalah hijab tebal yang akan menghalangi pertolongan Allah
oleh itu
kendalikan hati sejak daripada lintasan buruk
tutup sekecil apa pun peluang berbuat maksiat
kendalikan mata, telinga dan pertuturan
jaga pergaulan dan fikiran dengan bersungguh
insyaAllah
Allah akan mengurniakan manisnya iman
dan
nikmatnya ibadah
PERKUATKAN TAAT
Perindahkan semua kebaikan dengan sifat taat
menyintai masjid, al-Quran, tahajud dan sedekah dijadikan
Amalan harian
lakukan kebaikan walau dimana kita berada dengan
ikhlas
MEMBERI MANFAAT
" Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.
Tidak inginkah kita menjadi hamba terbaik dalam pandangan Allah"
sabda Nabi SAW
kebaikan adalah tabungan
semakin banyak kita lalukan kebaikan
hakikatnya
semakinbanyak pula tabungan kita di sisi Allah
amalkan PRINSIP
" TIADA HARI TANPA BERBUAT KEBAIKAN "
Semoga azam dan harapan ini dipermudahkan Allah jalannya.
Amin.

Thursday, January 11, 2007

Korban dan Pengorbanan

Korban dan pengorbanan .......ungkapan yang jadi kebiasaan dalam hidup seharian...dalam berita tv malam tadi pun dilaporkan ada nahas jalanraya yang mengorbankan tiga sekeluarga.....teringat kata orang tua-tua dimasa akan datang nyawa semakin murah harganya dan tiada nilai lagi, apakah masa yang dikatakan itu adalah era sekarang ni ......ngeri....! tapi itulah hakikat yang terpaksa dibayar oleh kita hasil kemodenan dan kemajuan.

Alam sekitar terpaksa dikorbankan demi memenuhi tuntutan kerakusan manusia. Bukit ditarah saban hari tanpa memikirkan ekosistem yang yang seharusnya dipelihara.....aghh...bumi menangis tapi siapa peduli, yang berada berlumba memacakkan mahligai atau villa di lereng-lereng bukit sebagai lambang kemegahan dan keegoan ........tapi bila bumi memuntahkan kemarahan .........mulalah saling menyalahkan, itulah manusia tidak pernah belajar...... kita selalu berasakan sesuatu bencana itu tidak berlaku kepada kita.

Korban dan pergorbanan juga mengungkap 1001 macam peristiwa ada suka, ada duka dan pelbagai lagi ........masa zaman persekolahan dulu setiap kali ustaz bercerita pengorbanan Nabi Ismail a.s yang rela dijadi korban oleh ayahandanya amat mengesan dihati sehingga ke hari ini, masih adakah hati-hati sesuci dan setulus Nabi Ismail a.s dan Nabi Ibrahim a.s di zaman ini , teringat kisah teman sekolah yang begitu sabar dan redha dalam mengharungi kehidupan, katanya' dalam hidup ini adalah ketika kita akan menjadi korban dan melakukan pengorbanan' , aku terkenang di akhir tahun 80 an ketika semua rakan lain sibuk dalam mencari pekerjaan dan menyambung belajar, aku terkejut bila dapat tahu beliau telah berkahwin dengan rakan sekelas tanpa khabar dan kad undangan ..... jodoh dah sampai katanya ...... sejak dari itu hubungan terputus kerana masing-masing sibuk dengan dunia yang semakin berbeza .......... kini setelah 20 tahun tidak berjumpa ...... Alhamdullillah kami berjumpa lagi ....... bila dah jumpa macam-macam cerita keluar..... katanya..' dah tak ada jodoh, sekarang ni tengah cari kerja untuk sara anak sekolah '. Aku terdiam .... tak tahu apa nak cakap ...... aku cadangkan beliau ambil upah jahit baju atau mengait benang kerana nak cari kerja sekarang ni susah sebab terpaksa bersaing sebab ramai lagi pencari kerja yang lebih berkebolehan lagi.
Dulu katanya kerana cinta ia korbankan cita-cita untuk sambung belajar walaupun berkelayakan kini terpaksa melakukan pengorbanan untuk besarkan anak-anak.

Cerita korban dan pengorbanan ini tak akan ada habisnya, ....... fikirlah sebelum rela dijadikan korban dan jika perlu melakukan pengorbanan pun biarlah ianya berbaloi kerana ' sesal dulu pendapatan, sesal kemudian sendiri mau ingatlah'

Untuk mereka pernah merasakan diri jadi korban, anggaplah sebagai asam garam kehidupan dan bina semula jati diri, insyaAllah anda akan lebih berjaya.
Untuk mereka yang lakukan atau terpaksamelakukan pergorbanan, lakukan dengan ikhlas keranan setiap kebaikan walau seberat zarah pasti ada bakasnya itu janji Allah.

Semoga kita semua sentiasa beroleh keberkatanNya dalam menharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. InsyaAllah.

Dari Dalam Diri

Dalam hidupku
Ada akal memilih jalan
Ada hati menyimpan perasaan
Ada naluri menuntut kebiasaan

Dalam tanganku
Ada telapak untuk menadah
Ada jari untuk menghulur
Ada ruang untuk bermunajat

Dihadapan kakiku
Ada becak mesti dihindari
Ada batu mesti dilangkahi
Ada debu mesti diawasi

Dalam diriku
Hanya tauhid Ilahi
kejap bertunjang, berakar umbi
Dari rahim ibu ke liang yang satu

Wednesday, January 3, 2007

Azam 2007

Persoalan yang diajukan dan diterima menjelang tahun baru adakalanya buat aku tergaman dan terkedu sekejap aghhh.... nak jawab apa ye ! sebab tak fikir lagi ... alamak dah setahun berlalu, rasanya macam baru semalam sambut tahun 2006, begitu cepat masa berlalu tak terkejar impian dan sasaran yang dibuat awal tahun lalu ..........teringat kata seorang teman , beliau berazam setiap hari sebagai satu motivasi untuk diri sendiri... mudah je !.... bangun tidur beliau akan berjanji kepada diri untuk jadi yang terbaik ..pelik tapi menarikkan.
Bila ditanyakan soalan yang sama pada bebudak sekolah rendah .... siapa lagi kalau bukan anak-anak saudara lelaki ...... nak tahu jawabnya ..... ada yang jadi doktor , polis dan tukang masak ..... jawapan tu buat aku lagi keliru ...... orang tanya azam bukan cita-cita ...... bebudak tu jawab tahun 2006 cita-cita diaorang lain , tahun 2007 lain ..........tak kisahlah cita-cita ke! azam ke! yang pasti kita mesti ada matlamat dalam hidupkan.
Azam aku untuk tahun 2007 adalah menjadi yang terbaik antara yang terbaik ... nak buang semua sikap, perangai kurang baik tu dan ganti dengan yang baik-baik belaka ...... insyaAllah
Buat semua kawan , teman dan sahabat jangan lupa dengan azam baru tau ......jadi sebagai tanda aras ukuran pencapaian sepanjang tahun 2007.... doa untuk semua semoga tahun ini lebih beroleh keberkat , kerahmatan dariNya dan jika ditimpa musibah atau kehilangan seperti mangsa banjir di Johor ................... berbanyakkan sabar ... yakinlah Allah akan kurniakan ganjaran dan gantikan dengan yang lebih baik....insyaAllah.