Wednesday, April 27, 2011

Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah SMK Sg.Besar

... kenangan bersama cikgu Mahayani & Cikgu Zaleha







Pusat media


Bunga posing kat luar konti stesen radio SMK



.. depan pintu masuk konti stesen radio SMK


rak buku disusun sebaris untuk jimatkan ruang


menarik ! ... sudut tokoh


mutiara kata di letak kat meja pengguna


penerangan oleh cikgu Mahayani

sudut " anti dadah "

kaunter pinjaman / pemulangan

25 April 2011

... menerima pelawaan dari Cikgu Zaleha ( bendahari GMD ) untuk ikut serta dalam lawatan
ke Pusat Sumber Sekolah SMK Sungai Besar ( dimaklumkan PSS ni dah beberapa kali muncul
juara di peringkat negeri dan kebangsaan ) ...


saje nak kongsi intipati lawatan ini untuk kekawan ...

VISI - PSS sebagai pusat penyebaran maklumat berlandaskan teknologi

MISI - PSS membudayakan teknologi pendidikan dan sebagai koridor raya maklumat bagi
melonjakkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

MOTO - Pendidikan berpaksikan teknologi

MATLAMAT - Bertindak secara inovatif untuk melonjakkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dengan penggunaan bahan sumber dan aplikasi teknologi


PIAGAM PELANGGAN - sentiasa beriltizam memberi khidmat berkualiti yang mesra
pelanggan / pengguna untuk :

* Melaksanakan program galakan membaca untuk mewujudkan bangsa
membaca

* Memberi perkhidmatan yang professional dan cekap serta memenuhi
kehendak pelanggan

* Menyebarluaskan bahan pendidikan untuk kegunaan semua warga
sekolah untuk melonjakkan pengajaran dan pembelajaran

* Memberi bimbingan dan bantuan kepada guru dan murid dalam

pencarian maklumat yang cekap dan effisen mengakses maklumat


SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH


Perpustakaan SMK Sungai Besar ditubuhkan pada tahun 1967. Bahagian teknologi pendidikan
ditubuhkan 1981 . Sepanjang tahun 1980an kedua-dua unit ini beroperasi secara berasingan.
Pada tahun 1992 kedua-dua unit ini disatukan di bawah satu organisasi Pusat Sumber dan pada
pertengahan 1992 ditempat pada satu lokasi berpusat .


Pada tahun 1999 PSS dinaikkan taraf kepada Pusat Sumber Bestari . PSS menggunakan pengautomasian Smart School management System ( SSMS ) pada tahun 1999


Kemudahan yang disediakan -

* perpustakaan


* bilik simulasi / bilik tayangan 1 dan 2
* pusat media
* pusat akses sekolah
* bilik rakaman
* stesen radio sekolah
* Self-Access learning centre
* Pejabat pusat sumber
* sudut E-NILAM

-KEMUDAHAN PERKHIDMATAN

8.00 pagi - 1.00 tgh ( isnin - khamis )

2.00 ptg - 5.00 ptg ( isnin - khamis )


8.00 pagi - 12.30 tgh ( jumaat )

2.45 ptg - 5.00 ptg ( jumaat )

8.00 pagi - 12.45 tgh ( sabtu )


... sebenarnya banyak lagi maklumat yang terdapat kat situ ... semua maklumat tersusun rapi
dan sistematik ... antara yang menarik perhatian aku ... majalah aktual yang aku jadikan rujukan
semasa zaman persekolahan dulu pun ada dan berjilid rapi ... koleksi duit siling dari negara luar
... sampul surat hari pertama ... bagi PSS ni dah boleh diibarat seperti arkib ... semua ada !


... melawat ke konti stesen radio SMK ... walaupun agak kecil tapi hiasan dalamannya amat
kreatif sekali ...


... terima kasih daun keladi ... insyaallah saya dan kekawan yang lain akan melawat lagi
terima kasih kepada cikgu zaleha kerana sudi mempelawa aku dan bunga menyertai lawatan
anjuran Persatuan Pesara Kakitangan Pendidikan Daerah Sabak Bernam ...


terima kasih juga kepada cikgu mahayani di atas layanan baik pada kami ...


... 12.00 tgh - aku dan bunga melangkah keluar meninggalkan PSS dengan niat akan kembali

lagi dengan kekawan yang lain


* ... tengah bincang dengan bos untuk lawatan akademik bersama kekawan


















































































































































Tuesday, April 26, 2011

semoga cepat sembuh !





... hari ni kami kat ofis terkejuzz ! sebab Aan m.c 5 hari ... 5 hari ? ... lama tu ! sakit apa ke ?

tapi semua pertanyaan tu terjawab jugak ... bila call ... bagi tau dia deman panas ... doa akak semua cepat sembuh ! ... rehat secukupnya .


*... terasa kurang jer kat ofis ni ! ....


Saturday, April 23, 2011

... teruskan melangkah !



teruskan melangkah ...

x perlu menyesakkan fikir

dengan seribu persoalan

yang tidak pasti titik noktah


teruskan melangkah ...

x perlu menoleh ke belakang

mengintai jejak-jejak yang di tinggalkan

kerana itu akan lebih menyakitkan


teruskan melangkah ...

kerana putaran kehidupan memang begitu

tiupan angin perubahan akan sentiasa ada

menerjah ruang lingkup tanpa diduga


teruskan melangkah ...

hamparan luas menunggu di hadapan

setiap detik ketika ada uji dan duga


teruskan melangkah ...

aku yakin ... kamu mampu melangkah

melangkah ... melangkah ... dan terus melangkah !



* ... buat honey n dayah ... teruskan langkah anda !




Wednesday, April 20, 2011

erti hidup ....

... ntahlah ! aku rasa macam2 hari ni ... mungkin jugak sebab macam2 info yang masuk dan terkumpul kat minda ... dah naik tepu ni !

... inilah kehidupan ! sekali ombak melanda pantai ... sekelip mata jugak pantai berubah ... sekali tsunami melanda ... habis segala harta benda .... sekali gunung merapi meletus ... punah semua kampung terbakar hangus !

... bila melihat arus perubahan yang melanda la ni ... kekadang aku tertanya jugak ... dimanakah penempatan aku seterusnya ...? kekal di sini atau akan berubah arah sekali lagi ...? apa yang dapat aku rasakan .... era zon selesa atau aman dah semakin nipis ... sama gak macam nipisnya lapisan ozon kat bumi ini

... aku dah lalui 2 kali angin perubahan .... nak kata aku berjaya melaluinya ! ntah lah ... tapi seingat aku lah ... pertukaran kali pertama ... 17 tahun lepas ... banyak mengubah sikap dan benar2 menguji jati diri ( ... itu komen dari keluarga aku ) ... mana x nya ... 6 tahun setengah aku leka dalam zon selesa ... ofis dekat ngan rumah ... nak gi ofis tumpang abang ( masa tu ... abang aku kerja kat area yg sama ) ... aku rasa aman damai sesangat !... bila terima arahan berhijrah keluar dari daerah kelahiran .... aku jadi blurrr dan kalut sekejap ... nak kata sekejap x jugak sebab hampir setahun aku berusaha membina minda kental ... !

... alhamdulillah ... aku percaya Allah Maha Mendengar setiap apa jua permohonan hambaNya ... aku kembali berhijrah di mana aku bermula ... walaupun aku pernah berhenti berharap tapi aku tidak pernah sekali pun berhenti berdoa ...

... titipan buat kekawan yang memulakan langkah di tempat baru ... anggaplah ini semua penghijrahan diri dan minda ... bila sesuatu itu dinilai dari sudut negatif maka seluruhnya akan jadi buruk ... ambik aura positif walaupun sedikit ... sebab yang sedikit tu adakala lebih tinggi nilai darjatnya !

* ... ku terasa kehilangan ... huhuhu

Tuesday, April 19, 2011

BelanjaWan



.... alhamdulillah ... belanjawan untuk GMD dah settle ... mula tu memang pening kepala gak ... apa x nye ... jumlah kos keseluruhan x sama ngan jumlah kat bil ... bila di semak ... di belek2 ... ermm ! ada angka yang tertinggal ...


* ... tunggu boss semak dan sahkan !


Monday, April 18, 2011

sekitar pertunangan Cik Cempaka ...

cik cempaka

me .. honey n bib

me n cik cempaka

honey , cik cempaka n me

senyum sokmo !


16 April 2011 ... memenuhi undangan majlis pertunangan ( undangan telah aku 2 minggu lepas ! ) ... aku memandu dalam hujan lebat ... tahniah dari k'mis ... semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa ...


* ... ada yang terkejut ... ada gak yang x percaya .... caya lah dayah ... hang dah bikin gempaq !!!


Wednesday, April 13, 2011

... dalam hati ada bunga !


.... alahai ! sukanya hati ... suka sesangat ... esok aku mula cuti ... jumpa semula hari isnin ... insyaAllah !


.... last aku cuti 26 mac lepas ... lepas tu aku dan kekawan kat ofis ni serta ajk pelaksana Gerakan Membaca Daerah mula sibuk dengan persiapan ... sebab ini first time GMD di adakan kat Perp. Desa ... PD. Pasir Panjang adalah perintisnya .... bila program dah selesai 7 April lalu ... rasa lega ... rentetan peristiwa sebalik tabir ... x perlu kata apa2 ... segala kekurangan jadikan ikhtibar untuk program seterusnya ...


.... perancangan sepanjang cuti 4 hari ni ... nak kemas rumah ... nak tanam bunga ... nak jahit tote beg ... nak masak apa yang aku suka ... nak ... nak ... nak ... isk ! banyak benda aku nk buat sepanjang bercuti ni ...


* .... semoga semua perancangan akan jadi kenyataan .... hehehehe ( ... boss ! laporan belanjawan GMD ... siap lepas percutian ini yerk ! )


Tuesday, April 12, 2011

persimpangan ...



... aku terperangkap lagi ! ... walaupun ini bukan lah kali pertama aku berada dalam situasi begini ... tapi kali ini benar2 menguji integriti aku ... Ya Allah berilah aku petunjuk ke arah jalan kebenaran . amin.


* ... diuji ... teruji ... menguji ... ( ~_~ )


Saturday, April 9, 2011

biarkan mereka bicara ...


biarkan mereka bicara ...

saat aku lafazkan kesyukuran ... alhamdulillah

saat semua tanggungjawab diangkat dari pundakku

saat nafas ku hela ... melepaskan semua lelah

biarkan mereka bicara ...

kerana mereka berhak memilih huruf

kerana mereka berhak menentukan sukukata

kerana mereka berhak membentuk kata


biarkan mereka bicara ...

hatta sebaris ayat dilontar

hatta terdetik rasa di hati

biar tak terdengar di telinga


biarkan ...

aku tak rasa terkilan

aku tak rasa apa-apa

mungkin semua rasa itu sudah mangli

lantas aku putuskan

biarkan mereka bicara ...


* .... tinggi sungguh pohon meranti

dicari orang kerana nilainya

cacat cela senang diteliti

baik budi harga tiada


Monday, April 4, 2011

konkurensi


* ...... bila bercakap pasal impian ... semua orang ada impian ... x kiralah besar ke ... kecik ke ... mesti ada sasaran atau target yang boleh jugak dikatakan KPI untuk direalisasikan ... setiap perancangan tentunya memerlukan strategi ....


... betul ke ... utk capai sesuatu .... manusia sanggup lakukan apa saje ... walupun terpaksa mengorbankan nilai murni sebagai seorang insan dan hamba kepada Yang Esa ...? x perlu jawab pun ... apa penting adalah lihat nunnn jauh ke hadapan ... pandang kiri dan kanan ... sesekali jangan lupa toleh ke belakang ... akhir sekali selami ke dasar hati kita .... buka minda seluas langit terbentang ... mungkin jawabannya ada di situ ... atau mungkin jugak x de jawaban


... " isk ! zaman la ni ... orang x ambik peduli sangat soal nilai ni ... yang penting hajat tercapai ! " ... itu komen seorang teman .... ye ke begitu ! aku rasa x semua orang begitu ... masih ada lagi insan2 yang tebal jati diri dan intigretinya ...


... soal persaingan ... itu perkara biasa ... memang begitu adat dunia ... ada orang mudah sangat laluan kejayaannya ... ada pulak yang terpaksa bertahun2 menunggu untuk sampai ke puncak ... ada orang guna pendekatan pintas yang mencaras hak dan peluang orang lain untuk berada di atas .... ada pulak yang terpaksa menongkah arus kehidupan untuk berada di persada ... walaupun apa cara pun yang kita pilih ... dan noktah perhentian yang sama ... tapi percayalah ... tahap kegembiraan tetap berbeza !


... asyik layan lagu ella ... layar impian