Friday, November 28, 2014

5 hari ...


... ni cerita minggu lepas , dah lama sangat aku merancang nak bercuti tapi selalu aku kiv  ( keep in view ) kan jer sebab banyak benda kena kasi settle baru le selesa nak bercuti ... selepas program Bahasa dan Sastera hari tu dan sebelum Hari Bertemu Pelanggan ( masih dalam perancangan ... flow pun masih dalam proses ) ... aku dah selak-selak calendar untuk cari masa yang sesuai ... bukan nak pergi mana-mana pun ... saje nak lepak-lepak kat rumah sambil layan kucing-kucing , baca novel-novel yang masih dalam plastic lagi ( beli masa Pesta Buku PWTC ) , menjahit , tanam pokok bunga ( hobi baru ni ) , memasak ( yang selalu ingin aku laku tapi .... hehehe ) .
 
... aku isi borang cuti untuk tempoh 2 hari iaitu hari khamis , jumaat dan akan sambung hari sabtu jika ayu x jadi cuti ... bila ayu call x jadi cuti hari sabtu so aku kira ini bonus le sebab aku akan bercuti hingga hari isnin ( ahad dan isnin tu memang cuti am ek ! )
 
... hari khamis tu aku dah nyah kan handphone ... aku letak kat dalam kereta sebab aku x nak ada call berkaitan kerja ... bagi aku mudah selepas waktu pejabat adalah masa untuk diri sendiri ... kalau ada emergency diorang tahu le macam mana nak contact aku ( guna telefon rumah beb ! )
 
... sepanjang 5 hari tu memang aku rasa bebas sangat ... seronok juga walaupun x gi mana-mana pun ... selalu tu bila aku rancang nak cuti mesti aku rancang nak gi jalan-jalan ... tapi kali bercuti di rumah ... rutin harian aku setiap hari , setiap pagi ... x kira le aku kerja atau cuti adalah KUCING ... lolo , lilo , nemo , cici , joji , jojo , tam . dot , miko , kecik  dan 8 ekor lagi tu semuanya aku panggil manja ( sebab dah x tahu nak nama apa ... ) termasuk le 5 ekor lagi kucing ( ibu dan 4 anak yang aku ambil masa Program Alam Sekitar kat Tonggak 10 ) ... time bagi makan memang selalu kalut tapi time tu jugak paling sunyi sepi tanpa suara kucing ... semua kucing khusyuk makan jer !
 
... bab baca novel memang dah satu kemestian ... x kira le cuti atau tidak ... tapi x le setiap hari aku baca novel ... aku baca semua buku janji beri impak positif ... kebanyakan buku-buku tu aku beli untuk koleksi peribadi ( terutama novel , aku beli online ... ada less lagi ) ... aku jadikan membaca ni habit ... kerja  buku ... tidur buku ... makan buku ... main buku ... buku ... buku ... buku ... hehehe
 
... jahit menjahit ni aku buat sebab nak siapkan baju sendiri dan tempahan jahit langsir ( sikit jer ! ) pastu mesin lak meragam ... hisk ! sabo jer .... hasrat untuk tanam bunga pun aku kiv jer sebab hujan ... memasak ? time kerja selalu aku rancang nak cuba macam-macam resepi bila cuti ... tapi bila dah cuti ni ... aku masak yang simple je ! ( dalam hati bukan sape pun nak makan ... aku je yang makan sorang )
 
... selepas 5 hari bercuti ... masuk ofis pagi tu , aku dipanggil oleh PPP sebab cuti direct 3 hari ( tidak termasuk ahad dan isnin yang memang cuti ) ... aku terangkan dengan sejelas-jelasnya ... x tahu dia faham atau tidak tapi aku memang rasa " hisk ! hisk ! sabo jer hati " ... cuma nak peringat untuk diri sendiri ... setiap arahan atau kata yang dilontarkan , kalau boleh dirakam ... maka perlu le dirakam ... sebagai bukti kalau2 terkena macam aku ni ... kan orang kita ni mudah lupa atau buat2 lupa untuk selindung khilaf sendiri .
 
 
 

 
 
 


Wednesday, November 26, 2014

Bulan Bahasa Kebangsaan 2014


meja pendaftaran peserta pertandingan dan kempen keahlian PPAS di  Program Karnival Bahasa dan Sastera 2014 Peringkat Negeri Selangor
 
 
... betul kata orang ' pengalaman dan pengajaran paling berharga bila kita melaluinya bukan sekadar mendengar cerita ' ... bermula dari  arahan untuk first meeting lagi  3 / 11 / 2014( menggantikan PPP ) aku dah dapat rasakan cabaran yang bakal aku hadapi ... memberanikan diri mengambil risiko sebenarnya bukan pilihan tetapi atas tuntutan tugas dan arahan kerja ... bila Perpustakaan Daerah dilantik sebagai Urusetia untuk program sebesar ini ( disokong semua yang hadir ) ... aku memilih untuk merujuk dahulu perkara ini kepada PPP ... aku dimaklumkan PPP dah bersetuju ( ermm rupanya diorang call PPP untuk dapatkan keputusan cepat ) ... so bila PPP dah setuju , aku take note apa saje info berkaitan program untuk tindakan lanjut ( aku juga bertukar email add untuk memudahkan maklumat program di terima ) ... kebanyakan urusan dan perbincangan melibatkan DBP dan Pejabat Daerah .
 
... perkara pertama yang aku buat selepas meeting adalah memberi penerangan mengenai perancangan program pada PPP ( x kisahlah faham atau x yang penting maklumat mesti sampai dan jelas ) selepas berbincang dan mendapat persetujuan ... aku sediakan satu flow program bila  PPP memaklumkan akan bercuti sehingga sehari sebelum program berlangsung ... " apa saje berkaitan dengan program , you tolong handle ... klu ada apa2 masalah ... call saya ... saya sentiasa on kan handphone "  ( pesanan ke arahan ni ? ) ... sepanjang minggu selepas first meeting tu memang sibuk ... semua staff  kat Lib Daerah ada tugasan masing- masing  ... pembahagian tugas semasa hari kejadian diperbincangan  ( kecuali untuk penyambut tetamu sebab senarai nama tu pilihan PPP ) ... tempahan untuk Dewan ( buat surat ) , tempahan untuk backdrop dan bunting ( urusan yang paling rumit sebab terpaksa kemaskini berkali-kali ) , buku aturcara majlis ( perbincangan melalui email mengenai penambahan logo dan slot 10 minute reading break ... tq DBP sebab selitkan slot ini ) .
 
... meeting kedua 10/3/2014 , hari isnin ( aku cuba call PPP tapi x dapat ) aku hadir dengan ayu ... sebelum  meeting aku pergi ke kedai printing yang aku tempah  backdrop ... ambil satu print copy backdrop untuk kemaskini terakhir ... so masa meeting diputuskan perlu masukkan penambahan baru pada backdrop ( dalam hati istighfar ... sabar ... sabar ... sabar ... dan doa ' mintak2 lepas ni jangan ada perubahan lagi ... hehehe ) ... lepas meeting aku dan ayu pergi semula kat kedai printing tu buat penambahan seperti yang diputuskan dalam meeting ... maklumkan akan ambil backdrop ni pada hari rabu .
 
... hari selasa , terima senarai nama peserta pertandingan ... aku buat pengasingan mengikut kategori pertandingan untuk memudahkan semasa proses pendaftaran dan pengesahan penyertaan ... antara aktiviti BBK 2014 seperti Pertandingan Pantas Jawi , Pertandingan Sahiba Kata ( chop kata ) , Pertandingan Damak Kata dan Kuiz Bahasa ... Ayu call staf  PD untuk maklumkan tugas mengikut senarai flow yang aku buat ... Ayu juga yang tolong potostatkan buku aturcara majlis untuk 250 helaian ... cari buku yang sesuaikan untuk pameran buku baru ... potostat borang kempen keahlian ... lapik meja , pen , kertas untuk cabutan bertuah ( balang akan disediakan oleh Aan ),  stand book , label untuk meja pendaftaran ... terima kasih sesangat pada member ofis yang sangat-sangat membantu .

... hari rabu  , aku dan ayu ambil backdrop dan serahkan kepada staf Pejabat Daerah untuk kerja2 pemasangan pada pukul 3.00 petang ... tapi aku dimaklumkan ada masalah sikit pada backdrop tu sebab tiada tali dan bahagian terpi back drop tu tidak dilipat kemas ... so aku dan ayu hantar semua semula backdrop tu ... aku harap sangat ianya dapat disiapkan sebelum pukul 3.00 petang ... aku juga maklumkan pada PPP mengenai perjumpaan di Dewan Seri Bernam untuk persiapan tempat jam 3.00 petang ... aku mula gelisah bila backdrop tidak sampai lagi sehingga jam 3.00 petang ... call kedai printing minta back drop tu dihantar terus ke Dewan Seri Bernam ... setelah lama menunggu dengan pelbagai insiden yang melukakan hati ... akhirnya 3.30 petang backdrop sampai juga ... Alhamdulillah .

... 13 November 2014 ... Karnival Bahasa dan Sastera Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Negeri Selangor , lokasi Dewan Seri Bernam  ... aku x nak komen , adakah berjaya atau tidak ... tapi ianya memberi pengajaran pada diri aku sendiri ... bukan mudah untuk mendapat kesempurnaan dalam satu2 program jika minda masih terjajah !

 
 
 " PADI SEGEMAL KEPUK DI HULU
SIRIH DI HILIR MEREKAP JUNJUNGAN
KEPALANG DUDUK MENUNTUT ILMU
PASIR SEBUTIR JADIKAN INTAN "




Wednesday, November 19, 2014

... jadi hakim ?



... jadi hakim ? itu reaksi aku bila terima call dari Ija ( faniza ) ... bukan hakim kat mahkamah pun ... tapi jemputan sebagai hakim untuk pertandingan bercerita dan busana tradisional dalam Program " Bahasa Merentas Desa " sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 anjuran Perpustakaan Desa PNM  Taman Setia Jaya dengan kerjasama Perpustakaan Desa PNM Parit 7 Sungai Leman dan Perpustakaan Desa PNM Parit 11 Barat .... lokasi program Pepustakaan Desa PNM Taman Setia Jaya ... tarikh 6 November 2014 ... masa 8.30 pagi.
 
... okey set ... ! tapi kena ada surat jemputan ye ... bukan nak demand tapi kena ikut prosedur ... hehehe ... petang tu aku terima surat jemputan melalui email ... tq Ija sebab jemput jadi hakim ni ( pastu terima cenderahati buku yang memang best sangat ... suka !...suka ! ... suka ! )
 
layan gambar ek !
 
pertandingan membaca pantas PraSekolah
 
 
pertandingan membaca pantas tahap satu
 
peserta pertandingan bercerita
 
peserta pertandingan bercerita
 
juara pertandingan bercerita yang memang menghiburkan
dengan cerita " Si Luncai "
 
peserta busana tradisional ( menariknya penceritaan mengenai busana yang
digayakan disampaikan melalui syair )
 
peserta busana tradisional ( memperagakan baju pengantin yang dipakai
oleh ibunya semasa bersanding dulu ... biar betul ni ! )
 
juara busana tradisional ( dah macam baju pengantin kan !
penceritaan dan lenggok suara pun sedap didengar )
 
peserta pertandingan bercerita
 
peserta pertandingan busana tradisional dengan aksi tersendiri
 
antara panel hakim bertandingan
 
semua happy dapat hadiah
 
selesai program ... kenangan
 
 
 
 



sekali lagi ...


... sekali lagi dipilih untuk menggalas amanah sebagai wakil MBJ ( Majlis Bersama Jabatan ) untuk tempoh dua tahun  2014-2016 , saat nama diumumkan sebagai wakil MBJ sekali lagi ... sebenarnya aku amat gementar ... rasa takut pun ada ... takut x upaya menjadi penyampaian yang baik untuk rakan-rakan dalam menyuarakan permasalahan mereka .

... sehingga saat ini , aku masih x tahu atas dasar apa mereka memilih ... sebab aku ni jenis biasa-biasa aje ... nak kata lobi x juga , apatah lagi kempen untuk dipilih sebagai wakil ... lagipun aku sendiri pilih seseorang yang aku rasa punya potensi sebagai wakil ... apa pun terima kasih pada yang memilih aku sebagai wakil ... sebenarnya aku x dapat berfungsi dengan baik tanpa sokongan kamu semua ...
 
wakil MBJ 2013-2014
 
wakil MBJ 2015-2016
 
 
u.p  gambar pun ehsan dari fb ella .
 
 
 

Friday, November 7, 2014

Aku : dia & kenangan

 
 

... Dia sahabat lama ... lama sangat ... sebenarnya aku dah lupa akan wujudnya Dia ... sehinga aku dihubungi 5 Syawal  yang lepas ... Dia kata tidak berhubung bukan bermakna Dia dah lupa tapi sebab no phone hilang ... so masa Dia berkemas untuk pindah rumah ... Dia terjumpa  buku catatan yang tercatat no telefon rumah aku ... Dia gembira bila secara kebetulan aku yang menerima panggilan hari tu ... dan aku pulak x tahu nak kata apa ... nak kata gembira tidak juga ... nak kata x suka tidak juga ... hanya aku terkejut jer ! mungkin sebab dah lama x berhubung atau sebenarnya aku pun dah lupa apa saja tentang Dia .

... bila Dia mula mengimbau kenangan yang telah lama berlalu , aku hanya mendengar sahaja ... bagi aku apa yang berlalu biarkan berlalu x perlu pun dikisahkan semula ... apatah lagi jika ia akan lebih menyakitkan ... luahan rasa  menyesali ...  terkilan ... terluka ...  tidak akan mengubah apa-apa pun ... dan sekali lagi aku mohon kemaafan  ( seperti yang pernah aku lafaz lama dulu )

... sebagai manusia biasa yang serba serbinya kurang ... apa yang aku dan Dia putuskan dulu , memang terkesan juga dalam hati ... tetapi syukur Alhamdulillah , Allah titipkan aku hati yang tabah , dan keyakinan yang tinggi serta jiwa yang kental untuk lalui semua gelodak rasa ketika itu ... mungkin juga sebab dalam hati ketika itu hanya ada perasaan suka bukan dot ... dot ... dot ... tapi aku tahu Dia amat terkesan ... sejak dari itu aku dan Dia tidak berhubung langsung ... bukan kerana benci tapi itu yang adalah yang tebaik ... meneruskan rutin kehidupan macam biasa ... sesekali tu dari kejauhan ini aku titipkan doa semoga Allah berikan yang terbaik untuk Dia .

... 20 tahun x berhubung apatah lagi bersua muka ... hakikatnya aku dah buang Dia jauh  dari ingatan ... biar apa pun anggapan Dia pada aku ... aku x marah pun ... dalam menyelusuri kehidupan bukan hanya ada aku dan Dia sahaja ... bila bukan hanya ada aku dan Dia sahaja  , maka  banyak perkara perlukan pertimbangan dan perhatian yang setara ... dan bila akhirnya aku memilih dan Dia juga memilih atas dasar pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya ... demi untuk diri sendiri serta mereka2 yang ada disekeliling aku ... juga mereka2 yang ada disekeliling Dia .

... maaf sangat- sangat jika aku pernah melukakan ... dan x perlu jejaki tapak yang telah kita tinggalkan tetapi teruslah melangkah ... sesungguh itu lebih baik  .

... jangan cari nilai negative dari apa sahaja yang kita lalui tapi cari hikmah yang tersembunyi yang kita nikmati tanpa disedari . ... wallahuaklam .