Thursday, October 30, 2008

sengal !

... " apa lah sengal sangat " itu le ungkapan spontan yg terkeluar dari mulut aku ari ni ... al kisah nya ... kes jual beli barang produk keluaran lib ... lazimnya jual beli tentunya melibat " p'tukaran barang dan bayaran " tapi kali ni lain lah pulak ... beri barang dan x terima bayaran ... pelik kan !
kununnya barang diberi untuk dicuba dirumah ... samada ok atau tidak ... ! tapi klu tempoh untuk cuba tu dah melangkau ke 2 minggu ... apa cerita ! ... dalam masa tu barang yang ok pun boleh jadi ko ....

... itu lah hakikatnya ' bila buat x pernah fikir implikasi yg akan berlaku ' ... itu sebabnya mengapa adakala nya aku suka memerhati gelagat ' mereka ' ni ... bukan le aku riak tapi
' mereka ' tu yang berlagak tahu semua ... tak kan aku pulak nak ' terhegeh-hegeh ' ... so biaq la si luncai terjun dengan labu2nya ...

... la ni nak cakap lebih atau beri pandangan pun ... bukan nya ' mereka ' endah sangat sebab masing-masing beranggapan dah sama taraf ... aku pun x le kisah sangat ... tapi kalau dah sebab sikap ' sengal ' mereka ni ... orang lain kena tempiasnya ... hangin le jugak ! .... erm ! kesabaran pun ada batas gak ...

* ... selalu gak ' terkena ' dengan mereka2 yang depan kita ' pijak semut pun x mati ' ... !

Wednesday, October 29, 2008

teruja ...

... majlis aidil fitri yg diadakan kat HQ semalam mendapat sambutan ' luar biasa ' dari semua staff ... boleh dikata hampir kesemua staff dari perkhidmatan yg terdapat kat negeri Selangor turun untuk meraikan nya ... aku dan kekawan dari zon 1B pun tidak le terkecuali ... apa lagi pelepasan untuk tutup perkhidmatan diluluskan oleh pengarah ... bagus gak ... sebab bukan mudah untuk kami semua berkumpul macam ni ...

... so semalam gak aku berpeluang berjumpa dengan kekawan dari zon lain ... maaf le ! ada antaranya aku x ingat nama dan dari perkhidmatan mana ... tapi aku tetap dapat rasakan kemesraan diorang sebab diorang kenal dan masih ingat kat aku ... terima kasih sesangat ... sempat le jugak bercerita panjang ... erm ! bila lah kita akan jumpa lagi selepas majlis ni ... ntah le ! mungkin kena tunggu sambutan syawal tahun depan ... itu pun klu dapat pelepasan lagi ...!

... dari sembang2 semalam .... aku dapat simpulkan ' kehadiran luar biasa ' ni lebih bersifat
' keterujaan ' untuk menatap wajah pengarah yang baru ... selepas dilantik pada september 2008 lalu ... alhamdullilah ! melihat raut wajah lembut dan murah dengan senyuman serta mendengar ucapan beliau tentang visi dan misi juga motto yang akan dilaksanakan ... aku berharap sangat ianya akan memberi impak positif kepada perkhidmatan dan juga staff ...

... bagi diri aku sendiri ... insyaAllah ! akan mula mengorak langkah ke arah itu ... apa yang aku harapkan aku akan lebih istiqomah dalam melakukan segala tugas yg diamanahkan ... ' semoga dipermudahkan ' ... amin .

* ... melihat gelagat dan kerenah orang di sekeliling menjadikan aku lebih memahami liku-liku kehidupan ...*

Saturday, October 25, 2008

majlis raya

... bidan terjun ( wati jadi mc ... )

.... gambar kenangan kat backdrop


backdrop ' apa seadanya '


.... kanak2 sihat tiup belon ( ... yazid dan faizah ... mas sibuk lap
pinggan )


jamu selera ( .. aku , raihan dan sufia )




amboi ! sukanya dia ... ( ... fadzilah dan anak2 )



... senyum ( kak ana dan keluarga ... )



sempat posing lagi ... ( kak halimah dan keluarga )


nyam ... nyam ... ! ( kak jis dan anak )


bahirah dan kekawan ...


bib , suzana , yaya dan sumariah ( ... tudung hijau tu sape ek ! )


jamu selera ... juadah siap sedia



jamu selera


... jemputan Datuk Yusuf Latif dan keluarga


.... ari ni baru berkesempatan untuk masukkn gmbr masa majlis raya kat lib daerah ... sebenarnya masih banyak gmbr yg dirakam pada masa tu ... tapi x leh nak masukkn semua ...
alhamdulillah ... semuanya berjalan lancar walaupun persediaan last minit ... sebab waktu kerja ( ... aku cuti ari jumaat tu ) ... terima kasih sesangat kat mas , liza faizah dan kat staff kat lib daerah kerana sudi turun padang sekali ... sempat gak buat backdrop guna huruf2 sedia ada ... hasilnya sempoi jer seperti korang tengok kat blog ni ... hehehe
... seminggu sebelum majlis aku kerap gak curi masa singgah kat daerah untuk berbincang pasal menu dan persediaan ... hasil persetujuan bersama dan budget yg dapat dikumpul serta sumbang yg terima antara menu nya ... nasi minyak , ayam masak merah , bee hun , nasi impit , mee kari , kuah kacang , rendang , popia , karipap serta kuih2 raya yg dibawa staff yg hadir untuk dinikmati bersama ...
... bila semua staff dah berkumpul terasa kurang pulak sebab kebanyakan staff dari daerah kuala leh dikatakan semua x hadir ... erm ! mungkin perjalanan yg jauh membatas keinginan untuk hadir ... aku amat memahami situasi ni ... aku juga dimaklumkan boss x dpt hadir ( ... terima kasih atas sumbangan ) ... ramai gak keliru atau takut nak hadir atas alasan tidak menyumbang ... memberi atau tidak ... majlis tetap akan diteruskan juga cuma mungkin menunya saja yg akan disesuaikan dengan budget yg ada jer ...
... lepas majlis kat lib ari tu ... ramai gak staff yg ambik peluang untuk gi raya kat rumah kekawan lain yg ada kat sekitar lib ... masa hari tu gak aku sediakan mee jawa dan pecal kat rumah untuk kekawan semua ... terima kasih kat ella , bunga & keluarga , kak limah & keluarga , dayah , liza , masitah , jefri , shima dan faizah & anak2 ... terima kasih daun keladi , raya tahun depan singgah le lagi ... hehehe
* ... 28 / 10 - majlis raya kat lib Raja Tun Uda ... erm ! raya lagi ....



SELAMAT


HARI


RAYA


AIDIL FITRI




































































antara suka dan cinta ...

... baru2 ni aku baca coretan kat blog member pasal ' wanita dan kedudukan ' ... bukan le aku komen pasal apa yg ditulisnya sebab pasti tentunya coretan tu dipetik dari sumber2 yg sahih akan kebenarannya ... aku ' tabik spring ' kat dia sebab sejak ada blog ni ... dia semakin rajin menulis ( ... terus kan menulis ek ! )

... bila bercakap hal kaum hawa memang seronok dan unik sikit ... walaupun asal kejadian dari tulang rusuk kaum adam ... tapi Allah sertakan juga dengan pelbagai keistimewaan ... dan kelemahan jua ... so seimbanglah tu ...

*** Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat [rujuk pada sabda Rasullulah S.A.W di atas]. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.***

... aku sikit terkedu bila baca part kat atas ni ( ... aku copy paste dari blog tu ) ... mungkin bukan aku seorang tapi mungkin kamu ... kamu ... kamu dan juga kamu atau sesiapa jer yg masih mengekalkan status ' single ' ... hehehe !

... persoalan ' mengapa masih sendiri ? atau pertanyaan dalam nada skema yang biasa ' bila lagi ni ? ... dah macam lali kat cuping telinga ni dan biasanya aku x bisa lagi bersuara hanya aku ' sedekah senyuman ' semanis yang boleh ... sebab kalau aku bagi komen ... mesti akan ada soalan kedua ... ketiga dan seterusnya ... hehehe ( ... aku pilih jalan selamat le ! )

... x pernah jatuh cinta ? ... ntah la sebab aku kekadang keliru gak nak bezakan antara suka atau cinta pada seseorang ... ( buta perasaan kut ... hehehe ) ... teringat aku masa di zaman awal remaja ... bila ada yg ingin menghulur salam perkenalan ... aku akan cepat2 bina ' kubu ' kat hati sebab takut leka dibuai perasaan hingga abaikan harapan keluarga dan amanah sebagai pelajar ... mungkin gak sikap tu dah sebati sehingga sekarang ni ...

... aku pernah gak suka kat ' dia ' ( ... sampai sekarang pun rasanya aku masih suka kat ' dia ' ) tapi la ni aku x tahu ' dia ' ada kat mana ... aku suka ' dia ' mungkin sebab peribadinya kut ... jangan lak korang anggap aku dah jatuh cinta ... sebab kata orang ' ... kalau dah cinta kita sanggup lakukan apa saje ! ' ... so sebab aku x rela atau sudi maka aku beranggapan aku sekadar suka bukan cinta ... melihat dan mendengar kemelut yang sedang membelenggu kehidupan seorang teman menjadi aku agak ' fobia ' sebab aku bukan lah termasuk dalam kategori orang2 yang mempunyai kesabaran yang tinggi ...

... sebenar soal sendirian atau berdua ( berkeluarga ) x sepatutnya dijadikan isu ... x perlu le digembar gemburkan ... sendiri bukan le bermakna kita membelakangkan hukum fitrah kejadian manusia ... kalau Allah berkehendak sesuatu itu berlaku ' kun fa ya kun ' maka akan berlaku lah atas izin dan kehendakNya ...

* walau apa pun status kita .... lakukan tanggungjawab kepadaNya dengan istiqomah ... ( ari ni last pose sunat syawal ... alhamdulillah )

Thursday, October 23, 2008

jemputan

... ari ni aku dimaklumkan ada jemputan jamuan raya kat lib negeri pada 28/10/08 ( selasa ... mungkin sekali ngan sambutan deepavali kut ! ) ... mula aku rancang nak cuti ari tu ... tapi aku batalkan sebab bukan selalu dapat jumpa kekawan dari daerah lain ... masa ni le baru diorang leh turun ... sebab klu gi HQ atas urusan kerja bukan semua staff terpilih ... tu le pasal sampai la ni walaupun dah berkhidmat hampir 22 tahun ... aku hanya kenal kekawan dari Zon sendiri jer !
... lagipun leh aku sambut raya sekali lagi ( ... sabtu ni ari last aku pose sunat syawal ... kira macam raya berganda le ) ...
... bila cakap pasal jemputan ni ... tentunya lebih tetumpu soal makan ... aku harap sesangat dapat kawal selera makan ... sebab ari ahad cadang nak gi makan kenduri kat rumah syikin ( ... terima kasih sebab layangkan kad undangan tu ... ) ... pastu nak gi rumah terbuka kak tina pulak ( ... terima undangan melalui sms jer ! ... mudah dan ringkas kan ... lagi pun kami dah lama x jumpa ) ...

* ... suka makan tempe goreng cicah ngan sos ... ummp !

Wednesday, October 22, 2008

... ke mana hilangnya ' Melayu '

... ungkapan ' bahasa melambangkan bangsa ' memang indah bunyinya ... tapi dalam era manusia berlumba2 mengejar kemajuan yang 'kununnya' lebih bertamadun ... aku x pasti samada ungkapan ni masih boleh diguna pakai atau tidak ...
... melihat pada situasi gelagat orang ' politik ' masakini sudah cukup merungkai segalanya ... tuduh menuduh dah jadi kebiasaan ... sindir menyindir dah macam mainan ... dan tentunya saman menyaman dah jadi satu ' trend ' pulak ...
... ke mana hilangnya budaya ... bahasa ' Melayu ku ' yg pernah dijunjung dan di agung ...

" Apa tanda Melayu yang bijak,
berfikir dahulu sebelum bertindak
Apa tanda Melayu beradab,
berfikir dahulu sebelum bercakap
Apa tanda Melayu bertuah,
berfikir dahulu sebelum bermadah
Apa tanda Melayu berakal
berfikir dahulu sebelum berbual "

lagi satu ungkapan yg aku suka nak kongsi ...

" Siapa bercakap kasar langgar
malangnya banyak celakanya besar "
" Siapa berkata kasar langgar,
budinya rendah imannya longgar "

* kata indah ni aku ' jumpa ' kat bh 22/10 ... kenapa aku suka dengan ungkapan ni ...? mungkin sebab aku x nak termasuk dalam golongan " Melayu mudah lupa " kut ... hehehe


Tuesday, October 21, 2008

kekadang tu ...

... sejak akhir2 ni aku lebih banyak berfikir dari bersuara ... kekadang tu ia bagaikan satu simpton baru dalam hidup aku ... aku pun x pasti samada ianya membawa lebih kebaikan atau menyumbang lebih kepada keburukan ... imbau kisah lama sering buat aku menangis ... sering aku menangis tapi hanya dalam hati ... aku cuba gak untuk mengalirkan airmata tapi x boleh ... kata seorang teman " menangis dapat melegakan tekanan " ... " atau luahkan kat seseorang yang rapat dengan kita " ... aku tercari2 wajah yang boleh aku anggap akrab ... tapi entah lah ... macam x de jer !

... minggu lepas aku x terasa sangat sebab sibuk dengan persiapan majlis raya kat lib daerah ... walaupun ketika tu aku x le sesihat seperti biasa ... buat aku lupa pada banyak perkara lain ... mungkin gak suasana berbeza dan pemikiran yg sealiran lagipun banyak benda yg dirancang dilakukan tanpa berkira ... dilakukan dengan ikhlas bagi menjayakannya, hanya aku agak terkilan kerana kurangnya surport dari daerah aku sendiri ... rasa x tercapai hasrat mengeratkan silaturrahim ... aku memahami dalam situasi ekonomi la ni ... semua orang berusaha mengekang ekonomi ... sebenarnya samada menyumbang atau tidak ... kehadiran semua memang dialu-alukan ... aku selalu berharap ini kali terakhir keterlibatan aku dlm menganjurkan majlis raya ... dan selalu gak aku mungkiri ... selalu begitu ... sebab saban tahun ... aku ternnti2 suara yg sudi menawarkan diri tapi x de yg berminat ...

... ari ni aku diburu kesibukan lagi ... semua gara2 kesilapan orang lain ... kekadang tu aku sedih bila kebaikan yg dicurah sering mendatangkan masalah kepada aku semula ... atas kelalaian orang lain ... natijahnya aku terpaksa pikul ... sering begitu ... kerapkali begitu !!!

* selalu ingatkan diri sendiri " dugaan ini akan lebih mendekatkan aku kepada Allah "

Monday, October 20, 2008

sms hantu ...

... malam tadi aku terima lagi mesej ' salam perkenalan ' ... sebenarnya aku x ambil pot pun klu terima sms mcm ni ... tapi yg buat aku hangin tu ... mesej tu dihantar terus-terusan ... bila aku cuba call no tu ... x berani lak nak angkat ... pastu siap suruh aku balas jer melalui sms gak ... eleh ! x kuasa nak layan ... st least aku off kan handset ... sudahnya ari ni aku pose sunat syawal tanpa bersahur .... sabo jer le !

... aku pun x faham dengan pemikiran ' mereka ' ni ... mungkin gak 'mereka ' seronok bila dapat ganggu dan mengacau orang ... atau pun memang dah x de kerja lain atau memang dah hobi ... tapi maaf le sebab kalau ' mereka ' fikir dengan menghantar mesej ni akan buat aku teruja nak tahu sape atau ape2 jer yg sewaktu dengannya ...

* teringat pantun kirim seorang teman

kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah pohon mengkudu
kirim jangan pesan pun jangan
sama-sama kepala batu

( sampai hati ... biar kepala batu ... jgn hati batu ... hehehe )


... ari ni aku dah berkali2 cuba untuk downloadkan gmbar2 masa raya lepas tapi hasilnya kurang memuaskan ... so terpaksa le aku biarkan dulu ... lagipun banyak gambar yang kurang jelas ... almaklum le juru gambar 'amatur ' ... sori le kat awer sebab mungkin acik x dpt masukkan kat blog ni ...

... apakata kalau ' deepavali ' nanti kita posing pakai baju raya ... syawal pun masih berbaki lagi ... lagi pun masa tu ' cik pong ' balik kampung ... dan aku sendiri pun merancang nak bercuti pada 28 / 10 ni ...

* ... insyaAllah ... acik akan usahakan jugak tapi lain masa le ... ari mood x ok le ...

Wednesday, October 15, 2008

... ari ni aku ' terambik ' cuti ... sebenarnya aku x merancang pun hanya berharap berbincangan ini akan dapat diselesaikan awal ... tapi berpanjangan pulak ... so x mahu menyusahkan orang lain yang mungkin akan menimbulkan prasangka ... adalah lebih baik aku cuti jer lagipun baki cuti banyak lagi ...

... ari ni gak aku ambil kesempatan untuk buat persiapan bagi majlis jamuan raya 18 okt ni ... walaupun tidak mendapat sokongan sepenuhnya ... tapi aku dan bunga serta kekawan yang terbabit akan menggunakan bajet yang dapat dikumpulkan tu dengan cara berhemah ...

... sebenarnya x le sesusah mane pun ... cuma agak risau gak memikirkan penerimaan ' orang ' yg akan hadir nanti ... mungkin akan ada kekurangan di mana2 masa majlis tu ... apa yg diharapkan semuanya akan berjalan lancar ... pasai menu yg akan disajikan ... biar le ' rahsia ' ... yg pastinya is berbeza dari biasa ...

... kepada kekawan yang ' teruja ' sangat untuk bertandang ke rumah aku pada tarikh tu ... kena le tunggu majlis tu selesai dulu ...

* sentiasa ingat " tangan yang di atas lebih mulia daripada yang menerima " ...

Friday, October 10, 2008

aku dan ayin

* malam tadi masa ngah selongkar laci ... cari polisi insuran takaful aku jumpa surat yang dikirim oleh ayin bertarikh ogos 1999 ... masih terlipat rapi dalam sampulnya ... membaca coretan yg ditaip kemas membuat aku terimbau oleh kenangan yang pernah kami lalui bersama ...

* kami kenal ketika sama2 merantau kerana tugas ... lokasi tempat kerja yang pisahkan oleh aras saja membuat aku dan ayin sering berjumpa ... apalagi laluan yang sama untuk pulang menjadikan kami lebih akrab ...

* memulakan hidup sendiri dengan menyewa rumah yang dihuni bersama 10 orang ketika tu satu pengalaman yang banyak pahit dari manisnya ... dan masa pun berlalu hingga le tinggal aku dan ayin kat rumah tu ( ... sebab mungkin jawatan kami lebih stabil ) ... dari berjalan kaki ke office ... aku dan ayin berbasikal ... dan disebabkan hanya berdua sahaja ... maka dapur kat rumah tu kekadang jer berasap ! ( ... biasa le ! orang bujang beli kat luar jer lagi mudah deh ! )

* Ogos 1997 - kami pindah rumah ( rumah lama tu anak tuan rumah nak duduk ) ... kami sewa rumah x jauh dari taman lama ... tapi kejiranan kat lorong rumah baru ni ... semuanya " orang kita " dan kebanyakan surirumah x mcm rumah lama ... mula2 tu rasa janggal gak sebab pepagi lagi diorang dah ' mesy. ' kat luar rumah ... setiap kali keluar rumah aku akan sedekah kan senyum kat ' mereka ni ' ...

* kat sini aku lebih seronok sikit sebab lokasi rumah dan jalanraya lebih dekat ... x perlu le letih menapak untuk tunggu bas ... balik kampung ( ... setiap ari sabtu aku mesti balik kampung ) ...
maka tinggal ayin kat rumah sendirian ... lagipun kerje dia adakalanya memerlukannya stay kat office sampai malam ( ... kerje kat bank ) ... kat rumah ni jugak ... aku mula belajar memasak sendiri ... resepi yg ringkas jer ... bila ayin x de ot ... kami akan rancang masak special sikit ... ala2 western gitu ... !

* walaupun serumah tapi bila menonton tv kami akan masuk bilik sendiri ... sebab kami punya citarasa berbeza pasal filem ... hehehe ! ...
suasana tenang mula berkocak bila ... terdengarnya desas desus pasal ayin ( ... dgn kwn lelaki ) aku sebenarnya x ambik pusing sangat pasal hal peribadi ayin ... hanya berpesan ' jgn bawak lelaki bukan muhrim masuk dlm rumah ' ... dan dia x komen ape2 pasal tu ...

* dis 1998 - ayin ambik keputusan keluar dari rumah ... atas alasan nak jaga nenek dan jimatkan kos sebab nak smbung study kat Uitm ( ... PJJ ) dan dia minta kebenaran untuk menginap jika ' kemalaman ' sebab kerje ... aku sendiri x kisah ! ... kerana aku anggap dia dah macam adik ...

* insiden mengaibkan malam aidil adha 1999 bagai titik hitam yang menoktahkan keakraban kami ... aku benar-benar terkejut ... apa yang aku ingat ptg tu ayin ada call mintak kebenaran untuk tidur kat rumah tu sebab dah tertinggal bas terakhir ... so aku hanya berpesan ' ... ayin call nenek dan masak le apa yang ade ' ... kejutan panggilan telefon malam tu dari seorang teman buat aku ' terpana ' " ... x mungkin ayin buat begitu "

* pelbagai cerita mula tersebar dan aku juga terkena tempiasnya ... terasa bagaikan orang memandang sinis ... masa tu aku berharap sesangat ayin akan menghubungi aku untuk bercerita apa sebenarnya yang berlaku ... aku terus menunggu dan menunggu ... tapi hampa dan pada waktu yg sama jugak semakin galak orang bercerita ... buat aku keliru ! ( ... januari 2000 aku keluar dari rumah tu )

* hampir sebulan kemudian baru le aku terima coretan ini ... aku marah dan kecewa dengan sikapnya ( ... hanya arwah emak selalu pesan ... jgn percaya apa yg kita dengar ... mungkin kisah sebenarnya lain ... ) kini aku membaca lagi coretan itu tapi dalam suasana yang beza ... berkali2 membacanya menimbulkan pesepsi yang lain dari dulu ...

* ayin ! sempena syawal ni ... maafkan akak kerana menjauhkan diri selepas insiden itu ... akak gagal mengawal perasan marah dlm diri ketika itu ... kini bila mendengar kesulitan yg menglingkari kehidupan ayin ... akak amat sedih tapi kita bagaikan jauh terasing ...

* ... sentiasa berharap kami akan akrab macam dulu ... mungkinkah terjadi ? ...

terkena lagi ...

- ari ni aku tutup akaun kat takaful ... dlm suasana ekonomi yg makin gawat ni ... aku perlu jugak buat penyusunan semula struktur akaun sendiri ... lagi pun aku masih ada satu lagi insuran ... rasanya cukup melindungi apabila musibah menimpa ( ... mintak dijauhkan le ) ... pastu aku gi bank islam sat ... masukkn cek abang ( ... isk ! klu dia tahu aku x masukkn lagi cek tu ... memang haru )

- ari ni gak aku cuba call HQ ( .. semlm berkali2 cuba tapi gagal " harap maaf .. operator sibuk ")
... setelah berkali2 mendail baru le dapat ... topiknya hanya pasal masalah air yang masih lagi gitu2 gak ... aku dah selesaikan apa yang seperti diarahkan ... dan sepanjang 2 bulan ni ... aku dan kekawan kat office dah berkorban banyak dengan bawak air dari rumah untuk keperluan sendiri ... tapi ari ni aku dapat arahan baru lagi ( ... maknanya sepanjang 2 bulan ni diorang x buat ape2 follow up pasal masalah ni ) ... sedih dan kecewa sesangat bila berdepan dengan situasi ni ... berkali2 diusulkan dalam mesy tapi tindakannya tetap " kosong " ... hanya tercatat kat mint mesy jer !

- kekadang tu malas nak bagi cadangan sebab akhirnya segala usaha kearah penyelesaian akan terpikul kat kita jugak ... " at least " aku terkena lagi ....

* ... bersabar selagi terdaya !

Thursday, October 9, 2008

alamak ! bosannye ......

... ari ni semua dah mula kerje ... kira macam dah cukup lengkap le tu ... segalanya pun dah kembali seperti asal ... kembali seperti dulu2 jugak ... x de beza langsung ... dan rasanya semua ni mungkin akan kekal begitu ... so aku pun akan kekal begini ajer deh ! ..

... ari ni aku memulakan semula rutin macam biasa ... shelving buku kat rak ... aduh ! pusing kepala jugak semua gara-gara daya kreativiti pengguna semasa ramadhan lepas ... mungkin gak diorang tu bosan kat rumah ( ... bulan pose bukan boleh makan ) dan mereka mereka jadi lib tempat bersantai sambil membelek lembaran semua buku yg ada kat rak ... pastu mereka letak jer kat mane2 sesuka hati mereka ... sabo jer le !

... sebenarnya banyak perkara dan kerja yang perlu aku selesaikan ... kekadang tu timbul jugak suara2 nakal ... perlu ke aku buat semua ni ? ... memang tugas aku ke ? ... apa sebenarnya kerja aku ? ... la ni masalah air masih x settle lagi ... semua pihak masih berdiam diri ... atau pun ini salah satu tugas aku gak ? ...

... aku betul2 bosan dan rasanya ingin menjerit " keluarkan aku dari sini !!!! " ...

* kebisuan melanda lagi ... terapi berkesan mengawal kemarahan dalam diri ... lagi pun aku pose ari ni ...

Tuesday, October 7, 2008

apa sebenarnya ....

salam aidil fitri ,

... semalam aku mula kerje ... erm ! dah lama bercuti rasa malas lak nak gi kerje ... so semalam tu aku terpaksa memaksakan diri untuk kerje ... hehehe ! dalam hujan lebat tu aku sampai kat office tempat pada waktu ... jadual kerje dah kembali macam dulu gak ... x de peluang nak balik pukul 5.00 lagi ... dan fokus aku semalam lebih kepada menyiapkan statistik dan perkara2 yang perlukan tindak segera ... pengguna lak x ramai ... mungkin diorang ni masih dalam suasana raya lagi ...

... pagi tadi aku singgah sat kat lib daerah ... hantar surat dan ingat nak jumpa ' bos kecik '
( ... hehehe ) nak mintak sahkan surat ... cuti le pulak ! ... pastu aku taip surat untuk mohon sumbangan bagi majlis hari raya yang dirancang pada 18 / 10 / 08 ( sabtu ) ... semua tu dah tugas hakiki yang aku lakukan setiap kali majlis raya ... aku ingatkan .. lepas ni nak bersara le dari semua ni ... bukan le berkira sangat tapi nak bagi peluang kat member lain pulak ... teringin jugak merasa dilayan sebagai tetamu ...

... kekadangan tu terfikir gak kenapa le aku suka atau sesuka sangat buat perkara ni ... ? aku pun sering tertanya ... kenapa erk ? ... sebenarnya nawaitu aku dan bunga hanya satu untuk merapatkan silahturrahim antara kita semua ... memang le kena bayar sikit untuk menyediakan juadah santapan kita nanti ... lagipun keluarga kakitangan pun boleh turut serta ... bak kata orang ( ... yang sedikit sama dicicipi ) ... tapi bila melihat maklumbalas dari daerah sebelah sana memang le memberangsangkan ... hanya dari daerah sebelah sini agak malap ... apa pun kena le tunggu !

... dan tadi gak situasi yang pernah berlaku dulu ... berlaku lagi kat lib daerah ... semua staff dari desa silih ganti bertandang menghantar maklumat ... aku ingatkan keadaan ni melanda daerah sebelah sini jer ... rupanya merebak sampai ke seberang sana ... aku kena belajar biasa dengan ' cara kerja ' begini ... kena bersedia selalu !

... " siapa kita " guman seorang teman ... itu hakikat yang terpaksa aku dan mungkin jugak kamu ... kamu ... dan kamu harus terima ... tadi aku dimaklumkan arahan ' beralih ' arah lagi ... jangan le ambil pusing sangat hal2 macam ni ... siapa pun yg diarahkan semua dalam bidang kuasanya ... bagus gak untuk belajar ... tapi biar le betul-betul hasil ' sentuhan ' sendiri bukan ' ciplak ' ...

... mungkin gak ' cara kerja ' berbeza dan kepatuhan kepada setiap arahan memesongkan pandangan ... apa yang penting kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan ... dan yang paling utama jujur dengan amanah yang kita galas ...

* ... ular menyusur akar tak kan hilang bisanya ....