Wednesday, November 23, 2011

kita bukan sesiapa ...



... oops ! terkedu sekejap aku ... " Ya Allah ! sabarkan lah hati ni " walaupun ditelinga ni masih terdengar2 setiap tutur bicara yang dilafazkan ... mungkin dah memang sikap dia macam tu kut ... biarkanlah !



... cuma aku nak peringat kat diri sendiri ... walaupun setinggi mana langit dapat dicapai ... jangan sesekali lupa kat rumput di bumi ... jika jawatan tinggi berjaya disandang jangan lupa lak mereka yang sentiasa memudahkan kerje2 kita ... jika menggunung harta dimiliki jangan lak lupa akan hak orang lain ...



... sebenarnya kita bukan sesiapa pun disisiNya tanpa iman dan amal ... so apalah yang nak dibanggakan sangat dengan apa yang kita miliki di dunia yang fana ni .



* ... kadangkala kita senyum bukan disebabkan semuanya baik tapi semuanya baik disebabkan kita senyum !




Wednesday, November 16, 2011

sejuta mungkin ...


... hahaha ! idea n3 ni aku dapat masa brief discussion bersama bos dan kekawan ofis pagi tadi ... x banyak input baru yang dibincangkan ... tapi bila bab " dot ... dot ... dot " disentuh maka hati pun terdetik juga ...!

... sebenarnya dah berkali-kali bab ni diperbincangkan ... dan berkali-kali jugak pelbagai jawaban yang diberikan ... keputusannya ? ... masih x de keputusan pun sebab ini sekadar bual bicara yang menjurus kepada kemungkinan

... hidup memang penuh dengan mungkin ... so kena le bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal diterima dan melanda setiap dari kita ... hehehe

* ... sesekali menoleh kebelakang ... melihat jejak2 yang ditinggalkan ...


Saturday, November 12, 2011

sesungguhnya ...


.... pelajaran @ pengajaran seumur hidup seorang insan adalah apa yang ada disekelilingnya ... cuba kita lihat apa yang ada kat sekeliling atau sekitar kita ... alam dengan kitaran yang tersendiri ... manusia dengan ragam yang pelbagai ... Allah jadikan sesuatu memang saling lengkap melengkapi sesuai dengan fitrah kehidupan .

... sejak akhir2 ni banyak perkara yang berlaku ... yang aku dengar ... yang aku lihat ... dan tentunya yang aku fikir ... bila bab perkara yang aku dengar tu ... x nak komen apa2 sebab kalau sekadar dengar tanpa melihat samalah macam si buta berjalan tanpa tongkat ... lagipun la ni setiap tanggapan tanpa bukti ... dikira macam fitnah ... bahaya fitnah lebih dari membunuh ... !

... pasal bab apa yang aku lihat ... pun x leh nak komen lebih2 sebab kekadang mata manusia ni pun boleh tertipu dan khilaf bila hati mula berbisik ... dari membiarkan syaitan terus bersorak kerana berjaya memutuskan ukhuwah sesama kita ... lebih baik kita diam .

... berfikir tu dah jadi macam makanan minda ... fikir positif ... baiklah hasilnya ... fikir negatif ... buruklah natijahnya ... berfikir ni kekadang kena gak dilatih ... diajar ... dan diasuh sebab berfikir pun perlukan kemahiran ...

... hari ni aku berfikir agak agresif dari biasa ... biasa lah bila kita bercakap2 atau bersembang2 akan terkeluar lah pendapat atau pandangan yang sekufu atau x sekufu ... minda akan lebih bergerak aktif ... memberi respon ... menilai ... dan membuat keputusan tapi bukan mudah atau bukan semua hasil keputusan dari dalam minda kita ni dapat dizahirkan melalui kata2 ... adakalanya ianya kekal kat sudut minda kita ... bila mana kita mula mengambil kira risikonya .

sesungguhnya ... lebih mudah kita menilai atau membuat keputusan bagi pihak orang lain daripada kita menilai dan membuat keputusan bagi diri sendiri ... sebab kita lebih nampak kelemahan dan kekurangan diri mereka ... dan lebih sukar untuk kita mengakui kelemahan dan kekurangan diri sendiri ...

* ... :-)

Friday, November 11, 2011

selagi ada daya ...

salam jumaat ...


syukur alhamdulillah ... rasa lapang sikit minda dengan maklumat terkini yang baru jer dimaklumkan tadi ... hilang rasa gundah gulana yang mula membenih dalam hati ... akhirnya kebenaran berada dilandasan yang betul


kalau kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan dan sentiasa berdoa kepadaNya ... insyaAllah kebenaran akan terbukti ... x perlu salahkan sesiapa sebab manusia memang x sempurna sifatnya dan tentunya x dapat lari dari khilaf


* .... selagi ada daya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian ...

Wednesday, November 9, 2011

gaya ija

ija n jaja

sempat lagi bergurau ...

gaya kat atas pentas ! ... jelingan manja gitu ... hehe

... ni gaya ija masa menyertai pertandingan pakaian beragam dan mewarna ... jadi wakil sekolah tadikanya ... ija dengan gaya gadis punjabi dan jaja lak gaya tuan puteri ... walaupun x menang tapi ija dan jaja gembira sakan dengan hadiah saguhati ... biasa le bebudak kan !

* ... masa bebudak cam ni leh le beraksi macam gini ... dah besaq nnti ... jangan ek ! ... hehehe


ikatan janji ... yuyun dan didi



12 Zulhijjah 1432 ( 8.11.2011 )

janji termetri antara dua hati
yuyun & didi
semoga cinta sentiasa kekal
abadi