Friday, July 29, 2011

Majlis bacaan yasin n tahlil

Ustaz Abdul Rahim bin Arib ... memberi tazkirah







* Majlis bacaan yasin n tahlil serta ceramah berkaitan Ramadhan
* Tarikh : 29 Julai 2011

* Lokasi : Perp. Daerah Sabak Bernam
* Penceramah : Ustaz Abdul Rahim bin Arib ( bertugas di Sek. Ren Agama Ehyaun Najah )


... syukur alhamdulillah ... hasrat dirancang sebelum odit lagi dapat dilaksanakan dengan jayanya ... terima kasih kepada sahabat dari perkhidmatan pekan dan desa atas jalinan
kerjasama yang akhir merealisasikan majlis ini ... dan insyaallah jika ada sokongan dari kamu
semua ... majlis ilmiah begini boleh lah di panjangkan di masa2 akan datang ...



... sebagai pembuka tirai untuk menyambut ketibaan bulan penuh keberkatan dan kerahmatan Ramadhan Al Mubarak ... dan dimaklumkan juga ini adalah kali pertama majlis sebegini diadakan di sini ( selalu tu kami dari perkhidmatan daerah ni ... akan turun Lib Daerah Kuala Selangor )


* ... semoga segala ilmu yang diterima pada majlis ini dapat dijadikan amalan ...
( terima kasih teramat sangat diatas juadah / buah tangan yang dibawa semasa majlis tersebut ... x sangka semewah tu ... semoga Allah balas kemurahan hati kamu dengan kemurahan rezeki dan kesihatan yang baik . amin.





Buah kurma banyak khasiatnya
Menjadi pilihan di bulan puasa
Banyak amalan , pahala berganda
Rebutlah peluang , tingkat usaha









Thursday, July 28, 2011

Spiritual .. Physical .. Intellectual .. Emotion .. Social







... Program Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor ...

* Kursus SPIES atau nama panjang seperti tajuk N3 kat atas tu ...

Sesi 3 ( 25-26 Jul 2011 )

lokasi : Excel Training Resorts , Lenggeng , Negeri Sembilan .

... kami ( aku , aan , dayah , suzana , sumariah dan marhana ) memulakan perjalanan seawal
9.30 pagi ... 24 Julai ( ahad ) ... sehari lebih awal dari tarikh kursus ... memandangkan ini kali
pertama kami berkursus ke lokasi yang x pernah dikunjung ... juga atas faktor masa pendaftaran seawal jam 9.00 pagi ... langkah yang diambik kami menginap di Smart Hotel ,
Semenyih ...


... selepas chek in ... makan tengahari dan solat zuhur ... kami memulakan perjalanan untuk cari lokasi tempat kursus lak ... berpandukan peta dan GPS ( ... dipinjam dari suami Aan ) ... aku memulakan memanduan dengan kalimah Bismillahirahmanirrahim ... terima kasih Aan yang senantiasa membantu sepanjang perjalanan dan pemanduan itu ...

... walaupun aku agak resah melalui laluan yang agak curam ... alhamdulillah semuanya ok ! ... pengalaman berharga untuk diri aku sendiri ... perkataan pertama yang terucap bila sampai ke lokasi " ... cantiknye ! " x sangka dengan laluan yang sempit dan jauh ke pendalaman tersembunyi lokasi yang secantik ini dengan air bukit sejuk dan segar !

... insyaallah , segala ilmu yang tercurah di situ akan menjadi amalan berguna ...



* ... lepas ni kat lak lokasi untuk kursus ek ?

tahniah ... !




... selamat menyambut ulangtahun yg ke -6 untuk Siti Khadeeja ( ... gambar kat atas ni masa berumur 3 tahun ) ... aku suka sangat bila tengok gambar ni ... nmpk cute ! ... birthday dia pada 24 Julai lepas tapi x sempat nk belikan kek sebab pagi tu aku dah memulakan perjalanan ke Excel Training Resort , Lenggeng ... so semalam baru le dia sempat potong kek ! ... acik doakan ija akan jadi anak yg solehah dan berjaya dalam mengharungi kehidupan ... !





... tahniah dari seorang sahabat ... !


aku rasa gembira dan terharu sangat sebab sahabat yang begitu dekat dalam hati ini akhirnya diberikan penghargaan APC ... tahniah ! tahniah ! tahniah ! ... cuma aku terkilan tidak berpeluang dan aku x mampu menunaikan janji untuk sama2 menghadiri majlis itu dan x berkesempatam merakamkan detik itu .... !


* ... janji Allah kepada setiap hambaNya yang sentiasa bersabar




Wednesday, July 27, 2011

bisik rindu seorang anak ...


seorang ibu ...

seakan mendengar tangisanku yang tersembunyi

mengesan rindu yang bertamu dihati ...

disaat semua orang mengatakan aku kuat

ku terasa dikau wahai ibu mengetahui

gelora dijiwa seorang anak

masih terngiang ditelinga bisikan penenang hati

seakan tangisku yang tersembunyi kau dengar dengan jelas ...


saat ini wahai ibu ...

ingin sekali ku rasa sentuh sayangmu

sebagai titipan mengubat rindu


jangan risau wahai ibu ...

aku amat percaya dan sangat percaya

sitar takdir yang sentiasa bersamaku

sentiasa terpetik dan tidak akan menzalimiku

bukan sepanjang masa lagunya sedih

bukan sepanjang masa juga lagunya bahagia

namun Maha Pencipta telah berjanji

setiap kesusahan itu diiringi dengan kesenangan

setiap dugaan dibalas dengan kerahmatan


sesungguhnya wahai ibu ...

aku redha !

Wednesday, July 20, 2011

bila duga menyapa .... !



... dah berlarutan lebih sebulan ... sekejap ok ! sekejap down ! ... dah lebih kepada macam iklan biskut kat tv ... sekejap ada ... sekejap x de ! ... masalah ni bukan aku dan kekawan kat ofis jer yang melaluinya tetapi juga mereka2 yang sama waktu dengannya ... bila pagi ... saat melangkah ke kereta ... aku selalu berdoa " ... semoga hari ni lebih baik dari semalam " ...


... aku anggap ini satu dugaan ... menguji kesabaran dalam meraih keberkatan rezeki kurniaan Ilahi ...


* ... esok ?


Tuesday, July 19, 2011

al kisah ... selepas Audit !

selesai sudah ... ! kenangan bersama ayu , Aan dan bib



x perlu kata apa2 Aan ... senyum !!!!



Monday, July 18, 2011

alkisah ... semasa !

en. ramli sedang mencari bahan melalui OPAC







semakan untuk resit kutipan hasil







semakan pendaftaran keahlian







ann & nasa ... di kaunter rujukan








khusyuk ! ... k'ani dan bib




semua fokus ... jgn lupa take note ek !







aduan n cadangan pelanggan ... kena buat pemurnian !




kaunter sirkulasi ... bersama ayu , moi dan bib

amanat dari boss

dengar ... dengar ... dan dengar ! taklimat dari Pn Su





... malam sebelum odit lagi ... aku dah x lena tidur ... mata pun susah nak lelap ... aik ! nape le mata susah nak pejam ni ... mungkin aku sorang jer kut yang ada mengalaminya ... kekawan lain x tahu le pulak ...

... pagi tu aku datang lebih awal dari biasa ... al maklumlah untuk buat semakan dan persiapan terakhir ... aku sempat gak buat rondaan ke setiap rak buku untuk memasti x de yang terlepas pandang ... kalau boleh hari ni semua mesti tip top !

... sebelum audit dijalankan ... sesi taklimat oleh Pn. Su ... sepanjang audit berjalan ... kami dibantu oleh Pegawai dari HQ ... Pn. Suzliana , Cik Afidah , Pn. Nihayah , Pn . Sabariah , Pn. Rozainess , En. Din . Pn. Nazaleza , En. Khairul ( Peg. Perkhidmatan Zon 1 ) Moi dan Zaf ...

... pengauditan berkaitan aduan dan cadangan pengguna ... kepuasan pelanggan berada pada
tahap 3 ... mohon diasingkan rekod bagi Perp. Daerah Sabak Bernam dan Hulu Langat ( Bangi ) ... setiap aduan dan cadangan perlu diberikan perhatian segera ... adakan tempoh tertentu untuk paparan jawaban di papan yg disediakan ... itu adalah pemurnian yg perlu



dilakukan.

... 3 OB Q pendaftaran keahlian 1 hari ( dlm tempoh 2 jam untuk key in data ) ... pemurnian yang perlu dilakukan buat tindakan susulan cnth: melalui email meminta ahli membuat pinjaman buku ... adakan rekod pengukuran keaktifan keahlian

... semakan resit kutipan hasil , pengukuran suhu dan kelembapan , carian bahan melalui
OPAC , aduan kerosakan , ujilari dan beberapa perkara lain yang disentuh seperti perkhidmatan kaunter rujukan ...

... secara keseluruhan aku rasa ok ... rasa berbaloi jugak penat lelah yang dicurah ... harap
selepas ni semua kena maintain jer !

... sesi pengulungan selepas audit ... aku membuat sedikit catatan untuk ingatan diri sendiri berkaitan apa yang perlu dilakukan seterusnya ...




... bila semua sudah selesai ... baru le terasa lapar ... so aku makan lebih sikit dari biasa ... jamak untuk sarapan pagi sekali .... hehehe

... terima kasih ! terima kasih ! .... dan terima kasih kepada semua yang membantu ... dan
mereka2 yang sering memantau ... dan mengingatkan aku ... aku anggap itu semua adalah
pembelajaran untuk jadi yang lebih baik ... mudah-mudahan .amin



* :-)


































































al kisah .... sebelum !

... tetap senyum walaupun penat !




... ada gaya daaaa !

bib dan ayu







... persiapan untuk odit bermula sejak kami dimaklumkan pada akhir bulan april lepas ... dan kami dimaklumkan tarikh 14 Julai 2011 .... bermula dari situ kami dah mula berdikit-dikit
mengemaskini apa yang patut ... sehingga lah pada tarikh 13 Jun ... semasa perhimpunan pagi di
HQ ... kami dimaklumkan tarikh baru iaitu 15 Julai adalah tarikh sebenar audit Llyods .

... 20 Jun 2011 ... aku dan kekawan ofis agak terkejut juga bila dapat info berkaitan odit dalam
yang akan bertandang ... masa tu agak kalut ... dan aku tawakal jer ...


... semasa odit berlangsung ... masing2 nampak stress ! almaklumlah bila kita x ready tentang
sesuatu perkara memang terasa macam banyak sangat yang x settle ... alhamdulillah semuanya
ok ... cuma ada beberapa perkara yang perlu ditambah dan ada bab2 yang perlu diubah dan dibuang terus ...




... dan bermula dari tarikh itu juga ... kami memulakan langkah demi langkah untuk merealisasikan setiap arahan yang diterima ...




... 13 dan 14 Julai adalah hari2 yang amat meletihkan dan penuh dengan dugaan ! ... apa dugaannya ?? .... biarlah ia menjadi rahsia kami disini !




... terima kasih kat yazid ( perp.dataran ) yang sentiasa sudi membantu apabila diperlukan dan buat semua kekawan kat ofis ... semakin banyak rintangan yang dihadapi menjadikan kita semakin bersatu mengharunginya ... semoga semangat ini akan berterusan ... insyaallah


* Indah sungguh bunga seroja

Dipuja dan dilagu oleh seniman

Usaha kita selagi terdaya

Redha dan tawakal sandaran iman





Friday, July 15, 2011

... lena yang panjang !

... lega ! itu yang ada dalam kotak fikir aku saat ini ... terasa bagai terbang bebas di awanan yang biru ... syukur alhamdulillah semua sudah selesai ... Lawatan Pemeriksaan ISO 9001:2008 Audit Surveillance 11: Sistem Pengurusan Kualiti oleh Llyods Register Quality Assurance .... tanpa ada istilah major atau minor

... so malam ni ... baru le aku leh lena beradu ... hehehe

Monday, July 4, 2011

... aku x berhak untuk marah ?

... kata seorang sahabat " ... kita x perlu marah tapi lebih banyak bersabar ... manusia ni mane ada yang sempurna ... belajar memaafkan dan bersabar ... sebab orang-orang yang sabar ni ... hatinya begitu dekat dengan Allah " ... begitu le lebih kurang !

... so sekarang ni ... aku bertatih-tatih untuk belajar sabar selagi terdaya ... walaupun berkali-kali hati meronta-ronta dan menjerit ingin melampiaskan amarah ...

... sabar lah hati !