Friday, August 28, 2015

sehati sejiwa

Merdeka itu ...
bila kita bebas menyuara
namun masih ada santunnya
 
Merdeka itu ...
bila kita bebas berkarya
namun masih ada etikanya
 
Merdeka itu ...
bila kita bebas berbelanja
namun perlu ada hadnya
 
Merdeka itu ...
bila kita bebas berbuat apa sahaja
namun jangan lupa budaya dan agama
 
Merdeka itu ...
bukan sekadar lontaran suara
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
 
Merdeka itu ...
bila hati dan jiwa terangkum dalam wadah
I
M
A
N
 
 


Saturday, August 22, 2015

Seloka " sekali air bah .... "


Kronologi  bermula
bila naluri mula bicara
nada suara tidak lagi setara
patah kata senada tiada
serba serbi hilang sempurna
kerja asal sahaja tidak mengapa
yang utama bijak berkata
 
kriteria tertentu jadi taruhan
kelebihan dan kekurangan mula jadi bandingan
pandai buat kopi ... hehehe ... satu kemestian
sentiasa 'mengiya ' , kata tidak jangan
wahai hati tak perlu rawan
yakinlah pada ketentuan

angin perubahan mula diperbincang
kadang tenang ... banyak kali perang
ragam pendapat berbilang-bilang
dengar ... dengar ... dan dengar apa dicadang
mengharap benar bagai dirancang
aku hanya diam ... dengar dan pandang
takut kontoversi datang bertandang

kreativiti dan kredibiliti bagaikan nadi
tersisip kemas dalam sanubari
segala dugaan rela diharungi
menjadi aset bukan liabiliti
apa orang kata ... tolak jer ke tepi !

apa kita beri ... itu kita dapat
bukan sebarang kata ... Prof. Dr. Muhaya punya pendapat
aku setuju dan sentiasa ingat
kaki tetap jejak dirumput hatta mata memandang langit
teruskan langkah walaupun perit
insyaalah ... Allah akan beri merit

nilai diri dengan muhasabah
didik jiwa dengan semangat mujahadah
semua kerja akan jadi lebih mudah
banyak sabar , jangan mudah marah
sedikit dikongsi , lebih sedekah
 " semoga beroleh rezeki yang berkah "
amin



 






 
 
 
 
 

Saturday, August 8, 2015

syukran jazilan


" ... syukur Alhamdulillah dan syukran jazilan atas limpahan rahmat serta rezeki yang dikurnia Nya , semoga kurnia ini tidak meletakkan aku dalam golongan orang-orang yang riak dan melalaikan amanah . amin . "
 
... hari khamis ( 30 Julai ) ketika menerima panggilan dari HQ yang menyenaraikan nama aku untuk hadir Perhimpunan Pagi di SUK ( Dew. Jubli Perak ) Shah Alam pada 3 Ogos  , selepas perhimpunan aku diminta turun ke HQ ... " Allahuakhbar " itu yang terdetik dalam hati aku ... gementar rasanya sebab aku dah lama x drive ke Shah Alam ( selalu tu aku hanya sebagai penumpang ) ... aku call awer " maaf la cik ... x leh antar ... x leh nak cuti " ... aku call akmal " hari isnin memang x leh nak cuti sebab amal dah apply cuti 31 Julai " ... aku ambil pendekatan x nak runsingkan fikiran " insyaallah ... Allah akan tunjukan jalan penyelesaian " ... lagipun aku bercuti 31 Julai ...
 
... 3 Ogos ,  memulakan perjalanan seawal jam 5.00 am bersama 2 rakan yang turut serta ke majlis tersebut ... subuh di Petronas Kuala Selangor  ... 7.45 am tiba di SUK Shah Alam ... selesai majlis aku gerak pula ke HQ , aku dimaklumkan tentang perlantikan untuk perjawatan bagi interwiew yang aku hadiri minggu lepas  ( terima surat perlantikan ) ... syukur Alhamdulillah , 4.15 pm ... aku dan 5 rakan yang turut menerima perlantikan tersebut menerima taklimat ringkas ( aku anggap sebagai amanat dan tanggungjawab ) daripada Pengarah PPAS.

... mengimbas kembali perjalanan 21 tahun dalam kerjaya ... terasa begitu cepatnya masa berlalu , dari jawatan sambilan ke jawatan tetap ... dari Perpustakaan Daerah ke Perpustakaan Cawangan dan kini kembali ke Perpustakaan Daerah semula ... adakalanya aku terfikir juga ... di manakah lokasi terakhir sebelum persaraan ... ? masih di Perpustakaan Daerah ? ... meskipun amat berharap garisan penamatnya di sini ... di mana aku memulakan kerjaya ... ketentuan Nya tiada siapa yang dapat mendugakan ... yang pasti di mana bumi dipijak maka di situ langit dijunjung .

... hari ini aku menghantar surat balas terima perlantikan untuk jawatan hakiki ( bukan KUP lagi ) , prinsip aku mudah ... jangan fikir dengan siapa kita akan bekerja ... lebih baik fikir bagaimana cara kerja kita ... bak kata pepatah " benih yang baik kalau campak ke laut menjadi pulau , lontar ke darat menjadi gunung "  bila kita ikhlas menerima bermakna kita sanggup memikul amanah .