Tuesday, April 16, 2019

Jom Baca ...

NAMA SAYA
HASMAH
DR SITI HASMAH MOHD ALI
( 👆 tajuk buku )

Buku ini menarik untuk dibaca sebab gaya penulisan dan bahasa yang amat bersahaja serta mudah untuk difahami ... dari Bahagian 1 " Anak Pak Ali Bankrap ( Anak , Adik , Kakak ) " yang menceritakan salasilah keluarga besar beliau ... Lahir pada 12 Julai 1926 di Klang dengan beberapa nama panggilan yang begitu mesra antaranya ' Hasmah ' , ' Che Mah ' dan 'Deh - panggilan yang dimulakan oleh adik lelaki beliau Ahmad Razali . 

280 mukasurat yang tidak terasa jemu untuk dibaca ... pengkisahan dipisahkan melalui 6 bahagian dengan tajuk yang berbeza Bahagian 2 " Dr. Hasmah ( Doktor ) " , Bahagian 3 " Sayang ( Isteri ) " , Bahagian 4 " Mummy  ( dan Tok ) " , Bahagian 5 " Datin Seri Dr. Siti ( Isteri Perdana Menteri )" dan Bahagian 6 " Tun Dr Siti " ( Pesara , kononnya ! )

Setiap Bahagian dari buku ini ada kisah yang akan anda buat tersenyum dan tertawa sendirian ... antaranya kisah Selendang Yang Menakutkan ( rujuk m.s 33 ) yang diceritakan secara bersahaja " Semasa saya berumur lebih kurang sembilan tahun , emak mempunyai sehelai selendang panjang jingga yang cantik , yang saya geruni . Dia sering membawanya ke rumah saudara mara kami bila ada upacara pengembumian dan menggunakannya untuk menutup keranda. Setiap kali melihat selendang itu , satu-satunya perkara yang bermain di fikiran saya ialah selendang itu digunakan untuk menutup keranda yang mengandungi mayat di dalamnya. Saya sangat takut . Suatu hari , saya ambil keputusan untuk mengatasi rasa ketakutan saya . Saya mengambil selendang itu lalu melilit , membaluti diri dengannya. Kemudian saya duduk diam-diam sehinggalah saya dapat merasakan ketakutan itu berlalu pergi. Di satulah saya belajar bahawa cara terabik untuk mengatasi rasa ketakutan adalah dengan mengadap atau berdepan saja dengannya " 

Kisah Budak Lelaki Masuk Hospital - dan Kerbaunya Juga ( rujuk m.s 67 ) menyerlahkan sikap beliau yang tidak mudah mengalah dan sentiasa memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik seperti dicatat dalam buku ini " Dalam satu kes , seorang ibu dan merupakan pesakit tetap mengikut kata inspektor kesihatan awam , anak lelaki mereka tidak mahu ke hospital kerana tidak ada siapa yang tinggal untuk menajga kerbau mereka . Mereka mempunyai alasan kerana kerbau itulah satu-satunya punca pendapatan keluarga mereka .  Namun kami perlu memeriksa budak lelaki itu . Maka, saya pun berkata ' Bawa kedua-duanya masuk ... budak itu dengan kerbaunya sekali ' . Semua orang terkejut pada mulanya , tetapi cara itu berkesan . Kami membawa masuk budak lelaki itu serta kerbaunya yang kami tambat di luar wad supaya dia dapat melihat kerbaunya. Ujian ke atasnya disahkan negatif . Maka, kami benarkan dia pulang dengan kerbaunya sekali tiga hari kemudian "

 Ada banyak kisah dan insiden yang diceritakan yang boleh dijadikan panduan dan motivasi diri ... dan yang paling best sisipan gambar-gambar dari zaman kanak-kanak , keluarga besar beliau , lawatan mengiringi Tun M  juga sehingga gambar terbaru beliau ketika buku ini diterbitkan .. 

" moga kesejahteraan berpanjangan hingga ke Jannah untuk Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali "
Amiinn




 Sempena
DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN
#malaysiamembaca #selangormembaca 
kita mulakan dengan membaca buku ini

NAMA SAYA
HASMAH
DR SITI HASMAH MOHD ALI
 ( kalau di Library Pekan Sekinchan ada di rak 900 - 920.7209595 Si )

kalau nak beli harga buku ini RM 80.00 sahaja

Wednesday, April 10, 2019

... teruskan melangkah !


```ingatan mesra seorang sahabat ```

" Dalam kehidupan ini , bila kita berjaya mendaki satu anak tangga ,
kita akan jatuh dua anak tangga ,
teruskan mendaki tangga seterusnya  
jangan putus asa "

 

Thursday, April 4, 2019

... me time !




Sesuatu yang agak lama aku tinggalkan , x berapa nak fokus sangat adalah membaca , kalau dulu sebuah buku boleh selesai dibaca dengan sedikit nota kaki ambil masa paling lama 3-4 hari ... la ni sebuah buku selesai dibaca sepenuhnya ambil masa seminggu ... so banyaknya naskah-naskah yang menunggu giliran untuk dibaca ... masa menjelajah ke rak buku dirumah , rupa-rupanya masih ada naskah yang aku beli masa PBS 2018 kekal dalam balutan plastik ... ditambah dengan belian semasa PBS 2019 , maka bertambahlah juga naskah yang akan menunggu giliran panjang . 




Hobi yang satu ini memang dekat dengan hati walau kekadang tu berbulan-bulan x pegang mesin jahit tetapi seminggu sekali tetap gak usahakan untuk pegang jarum sambil ditemani manik dan pelbagai bentuk serta jenis butang ... hilang rasa lelah bila dah mengadap kain dan perca ... terima kasih kepada arwah emak yang menurunkan ilmu jahit menjahit ni ... sekurang-kurangnya kalau setakat baju sendiri dan kekawan yang rapat boleh le dipakai bajunya ... ni aku fokus untuk jahit beberapa tote bag untuk memenuhi janji dan permintaan ... prinsip aku tote beg mesti sesuai dengan aura penerimanya ... limited edition gitu !


Rutin yang sukar untuk dilepaskan adalah Sudoku , apatah lagi kalau banyak perkara yang bikin fikiran serabut ... terapi untuk minda aku adalah sudoku ... aku bayangan kaedah penyelesaian seperti aku selesaikan sudoku ... bila dapat selesaikan sudoku aku rasa macam semua masalah aku dah settle ... dalam hp aku ni hanya ada game sudoku jer !



Al kisah yang masih dalam pembikinan ( ... ntah x tahu bila boleh selesai !😉  ) tapi aku usahakan juga untuk menulis walau terkadang tu hampir berbulan-bulan aku tinggalkan kerana kekangan masa dan tiada idea ...lagipun aku hanya menulis pada waktu-waktu malam yang aku susah nak lelapkan mata ... sebab masa itu aku akan menulis nota kaki sebagai penanda aras sebelum aku kembangan idea itu melalui aksara di papan keyboard lak ... ! alhamdulillah setelah melepasi bab 13 ni ... aku rasa lebih bersemangat untuk terus menulis

Ada banyak  me time yang aku nak share ... insyaallah nnti kita sambung lagi !