Saturday, December 23, 2006

Pengalaman pertama

Pengalaman pertama pasti dilalui semua umat manusia dimuka bumi Allah ini , ada gembira ,sedih, pilu, syahdu dan pelbagai lagi .....rasa terpanggil lak untuk menulis pengalaman pertama seorang teman ketika berurusan dengan organisasi di bawah label kakitangan kerajaan jugak macam kite-kite ni, bukan mengutuk tetapi hakikat pahit (...mungkin lucu ) yang terpaksa dilalui apabila berurusan dengan mereka-mereka yang membuang amal budaya budi bahasa ketika bekerja ....ops !!! berbalik kisah teman tadi ... beliau pergi klinik untuk ibu mengandung untuk pemeriksaan kali pertama , ketika sampai tiada seorang di kaunter ....jadi terpaksalah berdiri 10 minit kat situ sehingga lalu seorang ibu yang juga mempunyai tujuan yang sama ... katanya ambil saja nombor yang ada kat situ dan kepilkan bersama I/C dan letak sana ...tunggulah sehingga nama dipanggil .... terfikirlah juga seandainya tidak terjumpa ibu tadi maka berdiri beliau disitu entah untuk berapa lama. Setelah menunggu namanya pun dipanggil .... ketika sessi rawatan itu ...teman saya terkesima bila ditanya " mana awak tahu awak mengandung ?" dlm hati terdetik juga, tak kan kita tak tahu apa yang terjadi pada diri kite dalam usia 40 tahun .... betul juga ... tanggapan masyarakat berurusan dengan kakitangan banyak kerenah dan kurang budinya ....tapi ingat !!! bukan semua bersikap sedemikian .... ramai juga yang berbudi bahasa.....
Teringat pula masa mula bekerja dulu ....pengalaman pertama yang sentiasa menjadi pemangkin untuk jadi lebih berjaya seperti sekarang. Usia 20 tahun ketika itu ... tawaran kerja merupakan satu rahmat yang amat disyukuri apatah lagi ketika ramai lagi teman-teman bergelut mencari kerja ..... hari pertama mula bertugas terasa masa begitu lambat untuk balik kerana banyak mata-mata seakan mengawasi , semua perkara dibuat bagaikan salah je ... teringat pesan emak ( kini arwah) " setiap apa yang buat pasti dibalas, kalau buat baik pasti baik balasnya..." hari seterusnya aku anggap semuanya cabaran ..... apa saja arahan tugas walaupun yang diberi hatta tugas kakitangan lain juga aku buat kerna anggap saja proses pembelajaran meskipun terasa macam dibuli ..... hampir 6 tahun sebagai kakitangan sambilan akhirnya kesabaran berbalas juga bila dilantik ke jawatan tetap dan 4 tahun kemudian menerima Anugerah Khidmat Cemerlang dan setelah 12 tahun berjawatan tetap ..... April 2006 akan terpahat indah dalam sanubari bila dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian .... terkilan juga rasa hati kerana emak selalu jadi penasihat tidak ada bersama...
kini bila ada kakitangan baru melapor diri , aku letakkan diri aku ditempatnya ..... beri tunjuk ajar dengan cara berhemah .... insyaAllah .... mereka akan melakukan dengan rela dan sentiasa dihargai....
So ..... jadikan pengalaman pertama anda sebagai perangsang untuk lebih berjaya ...berjaya... di dunia dan akhirat semestinya
Kepada semua pejawat awam, berikan perkhidmatan terbaik kerana kita dibayar untuk semua itu ....
kerja adalah satu amanah,
amanah adalah satu ibadah,
ibadah besar ganjarannya,
fikir...fikir...fikir....fikirkan lah

Tuesday, December 19, 2006

Ahlan Wassalan 2007 ....

Selamat tahun baru ....selamat tahun baru....itulah ucapan yang sering kita dengar menjelang tahun baru, rasanya dah jemu sangat dengan ungkapan itu tapi itulah hakikat yang terpaksa dilalui saban tahun .. dah macam perkara wajib pulak. Maka bersiap sedialah semua manusia di muka ini hanya untuk menyambut kedatangannya dengan bermacam-macan azam dan tekad ....
Dataran Merdeka bakal dipenuhi dengan segala macam gelagat manusia ...tua muda hanya tertunggu untuk mengira detik dua malam ..........dikelab-kelab juga dilimpahi oleh manusia yang berasakan mereka punya status lebih tinggi dengan muzik dan air berbuih juga menunggu detik itu dengan debaran dan semangat. Tepat detik dua belas maka menjeritlah, bertepuklah dan berpeluk sesama mereka tanpa mengira muhrim tanda sambutan baru bermula .... Ya Allah......YaRabbula'lamin...beginikah cara bangsaku meraikan peluang yang Kau kurniakan untuk sekian kalinya.

Kemanakah hilangnya bangsa beragama, berbudaya serta merdeka....... nyatalah merdeka zahir sahaja .. hakikatnya kita masih terjajah. Selamat datang 2007 semoga kali ini kita lebih memahami dan merai dengan cara kita , budaya kita dan paling penting mengikut agama kita ...syukran ...syukran...syukran..

Monday, December 18, 2006

Insaf

Keinsafan selalu hadir dalam jiwa manusia bila musibah datang melanda .... tanggal 15 Disember lalu aku ziarah ke rumah paman yang hampir 12 bulan aku abaikan keranan kesibukan memenuhi tuntutan keperluan duniawi ....... bila terdengar berita musibah yang melandanya aku jadi terganggu ..... betapa lekanya manusia dalam mengejar dunia hingga mengabaikan jalinan silaturrahim antara sesama Islam.

kehadiran yang aku rasa sekadar ziarah .......menimbulkan rasa bangga dan amat dinantikan oleh paman .... kami bersembang hingga menjelang jam 6.00 pm ..... kata paman " orang tua hanya inginkan ingatan anak saudara, bukan duit atau harta benda" .

dalam perjalanan balik aku terfikir ... bagaimana nanti kalau aku sudah tua ..... aku jadi insaf .... untuk paman dan bibik .... insyaAllah .... aku sentiasa menziarah......itu janjiku.