Saturday, August 27, 2011

Salam Aidil Fitri





Salam aidil fitri ... maaf zahir & dot.dot ... kat semua kekawan atau sesapa yang singgah kat blog ni sengaja atau x sengaja ...

terutama sekali kat kengkawan di ofis ni ... en. harun , nasar , aan , bib n ayu ... dan mereka2 yg bertugas sebumbung ngan aku ..




maaf juga dipohonkan untuk semua kengkawan dari lib pekan n desa ( termasuk desa PNM )yang ada kat daerah sabak bernam ..en.mi , nurul, ela , zid, shima , ummi faiz , watie , patirah, naz,su , suzana , sabah, mar, bunga , fazilla, jas , aini, bahira, k'limah, izawati, k'ana , k'jis, rohaizat, razif , ain , dayah ... juga liza ( yg dah b'hijrah ke banting ) ...




x lupa juga kengkawan kat daerah kuala selangor ... mila , nor , jijah , syikin , deris , hafiz , maah , linda, zam , mek , saliza , nora, hana , ita , reza, arnita ,k'sal , faniza, maya , mayang , honey ( dah b'hijrah ke lib daerah klang ) ... sape lagi ek ... ?




x lupa juga kat en. khairul & family ( peg. perpustakaan zon 1 )




mohon maaf atas silap salah sepanjang berurusan ( bertugas ) .. al maklumlah sebagai manusia yg x sempurna ni .. khilaf sentiasa mengekori perjalanan hidup ini ...






~ nyimpan jenang nang jero tin

ngesok arek digowo mareng suro

keluputan kulo lahir batin

salah silap njalok dingapuro ~









* ... jemput b'tandang ke rumah yerk !













Tuesday, August 16, 2011

cahaya ... dimana ?


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya,
dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya "
~ surah al-Baqarah ayat 286 ~


... dah seminggu isu ni hangat diperkatakan di dada akhbar ... semua orang bercakap pasal isu ni, mungkin bukan aku seorang yang keluh kesah dengan isu ni ... mungkin beribu malah berjuta orang di luar sana mempunyai perasaan macam aku ... " Ya Allah ... teguhkan akidah dan berikan mereka petunjuk ke arah jalan yang Kau redhai " amin .

... kita selalu mencari yang terbaik untuk diri ... untuk kehidupan di dunia juga di sana ( akhirat ) dalam pencarian tanpa noktah ni kekadang kita khilaf memilih sumber ilmu apalagi dengan teknologi yang serba serbinya canggih ... maklumat dihujung jari ... membuka lebih banyak ruang komunikasi ... perbincangan ... perdebatan yang akhir membuahkan bibit2 perasaan ragu dan keliru mengenai pegangan dan amalan sejak turun temurun ... dan yang paling dikuatiri apabila kita mula mempersoal ... mengapa ? ... kenapa ?... bagaimana ?

... teringat aku pada kata2 seorang teman bila isu ni heboh diperkatakan " ... iman x dapat diwarisi dari generasi ke generasi tanpa usaha individu itu sendiri untuk menjaga akidah dan beramal berteraskan Al Quran dan hadis " ... banyak sebab yang mendorong seseorang itu meninggalkan cahaya dan berpaling kepada kegelapan tanpa sedar atau atas kesedaran ... antaranya kelemahan iman ... tidak mengamal ... pengaruh persekitaran ... tekanan hidup ... masalah ekonomi dan banyak lagi !

... aku berdoa isu dapat diselesaikan dengan berhemah ... x perlu cari kesalahan tapi berikan bimbingan dalam mencari Nur yang abadi ... kalau asyik bertelagah sesama sendiri ... kita gak yang rugi ... yang masih dalam kesamaran mencari cahaya Ilahi ... sentiasa berdoa dan memohon kepadaNya ... sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hambaNya .

" Hai orang-orang yang beriman , jika datang kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita,maka periksalah dengan teliti , agar kamu tidak
menimpakan sesuatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu "
~ Surah Al-Hujurat , ayat 6 ~


Wednesday, August 10, 2011

bagaikan lilin ...


dunia bagaikan semakin mengecil

dan aku terhimpit dari segenap arah

antara yang disegani ... yang dihormati

dimanakah sebenarnya

aku ?


Friday, August 5, 2011

teringat masa dulu2 ...

.. bersama syikin masa kursus SPEIS Lenggeng
( ... gambar ni ehsan dari fb suzana ... huhuhu ! )


... kami pernah bertugas dalam daerah yang sama ... cuma syikin kat perkhidmatan desa dan aku pulak kat cawangan ... lokasi tempat b'tugas pun x lah jauh sangat ... so hubungan kami memang akrab ... dan yang paling aku ingat sangat ... bila nak sambut syawal ... kuih putu kacang mesti aku oder dengan syikin sebab pembuatan kuih tu masih guna cara tradisional !

... bila syikin disahkan ke jawatan tetap dan berhijrah ke Lib Daerah Klang ... kami dah jarang berhubung ... bukannya lupa tapi masing2 sibuk ( yelah tu ! ) ... klu jumpa jika ada kursus atau perjumpaan yang melibatkan kami ...

... tahniah ! sebab dah berhijrah semula ke daerah yang lama ... tapi kami tetap jugak jauh sebab aku dah berhijrah ke daerah yang lain pulak ...

* ..." syikin ... buat lagi x kuih putu kacang tu ?




Wednesday, August 3, 2011

... berteduh di rimbunan kasihNya


... ramadhan datang lagi ... syukur alhamdulillah masih diberi peluang merasai kenikmatan dan kerahmatannya ... seperti kamu ... kamu ... dan kamu juga ... aku berharap ramadhan kali ini akan lebih banyak amal dapat ku kerjakan ... dan tentunya aku berharap dapat dihindar segala perkara2 yang x berfaedah lagi mendatangkan dosa ...

... sepanjang ramadhan ni ( klu boleh biarkan ianya berterusan ... ) bab yang aku berusaha bersungguh2 adalah untuk mengikis rasa atau tanggapan negatif pada orang lain ... macam mana caranya ? ... tu yang nak kongsi ni ... hehehe

... aku ada terbaca satu yang artikel kat surat kabar ( ... lupa lak nama penulisnya ) ... katanya " untuk bersihkan hati dari perasaan benci ... irihati ... marah pada seseorang ... kita jangan pandang keburukan atau kelemahannya tapi kita lihat kebaikan atau kelebihannya walaupun sedikit " sempoikan !!

... perkara ni nampak simple jer ... tapi nak laksanakan terserahlah pada diri sendiri ... bab berkaitan denga sikap atau apa2 saje yang sewaktu dengannya ... orang lain x leh nak masuk campur kecuali nasihat ... itupun kalau diterima !

... katanya lagi " kita ibaratkan kebaikan itu cahaya ... dan keburukan itu adalah kegelapan ... biasanya manusia lebih suka pada cahaya ... dan takut pada kegelapan " dan satu lagi ayatnya yang aku nak kongsi " ... perasaan benci dan tanggapan negatif kita pada orang lain akan mengikis sedikit demi sedikit sifat baik dalam diri kita sendiri " x sanggup rasanya jika ini terjadi !

... N3 ni sekadar berpesan2 sesama kita ... saling ingat mengingati ... jika baik jadikan amalan jika tidak jadikan sempadan .

* ... semoga Allah sentiasa membuka pintu hati kita ke arah kebaikan . amin