Saturday, July 27, 2019

... lain orang lain caranya



... " Kehidupan adalah proses pembelajaran yang tiada penghujungnya ,  selagi hayat dikandung badan " itulah antara bait-bait kata yang aku catat dalam Dairi 2004 pada tarikh 04 Oktober 2004 iaitu tarikh genap 10 tahun aku bertugas kat di Library Cawangan Tanjong Karang ( jumpa dairi ni terselit sama dengan susun novel kat rak , nak cari novel citer seram yang aku beli tapi x sempat nak baca , bila dah jumpa dairi ni teruja pulak nak baca apa yang aku tulis 15 tahun lepas , tu yang dok ralat membaca dairi , kesudahannya aku abaikan jer niat asal nak cari novel seram ) ... aku guna pen warna merah untuk sebaris ayat ni ... biasanya bila menulis guna pen dakwat merah tertakluk atas dua sebab ... pertama sebab peringatan untuk diri sendiri ... kedua sebab aku tengah tidak berapa gembira dengan seseorang atau situasi yang berlaku di sekeliling aku pada waktu tu ... sebab catatan ini dah berusia 15 tahun so aku selak-selak juga helai sebelum dan selepas ...  tapi x jumpa clue untuk kata-kata ini ...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

... Membaca coretan yang dah 10 tahun berlalu ... terimbau  kembali nostalgia 2004 ... tahun yang agak strunggle dengan pelbagai perkara ... dan tahun itu juga aku memberanikan diri mengutus warkah mohon pertukaran kepada Allahyarhamah Datin Paduka Shahaneem Hanoum ( Mantan Pengarah PPAS ) berserta ulasan mengapa warkah mohon itu aku hantar ... berselang 2 minggu dari tarikh warkah itu , aku merima panggilan telefon yang meminta aku hadir ke HQ ... aku berdebar dan rasa gementar sangat ...  aku bersyukur dan amat berterima kasih ke Allahyarhamah kerana warkah mohon pertukaran itu tetap mendapat perhatian waima aku hanya staf yang bukan sesiapa pun ... boleh sahaja jika warkah itu sekadar dibalas tetapi pilihan untuk berjumpa kerana ingin memberi penjelasan tiada kekosongan untuk jawatan tetap di Library Pekan Dataran Sabak Bernam ( yang dalam proses untuk dibuka ) ... perjumpaan 5 minit itu dan kegagalan permohonan itu tiada siapa yang tahu sebagaimana tiada siapa tahu ketika warkah mohon itu aku hantar kecuali seorang sahabat ... semua ini meninggalkan nostalgia yang amat berharga buat diri aku ( seperti yang aku catat dalam diari ... apa yang aku catatkan biarlah kekal di situ ) ... terima kasih atas kata-kata nasihat dari seorang Pengarah ... Al Fatihah

... Tika  aku baca semula coretan dari helaian ke helaian ( terdapat beberapa helaian yang bersih tanpa coretan , mungkin pada tarikh-tarikh tu aku sibuk sangat kut ... dan ada beberapa helaian yang hanya ada simbol ? ( tanda tanya ) sahaja ... membaca dairi lama ni sama lah macam  kita nak tahu siapa kita sebenarnya 5 ... 10 ... atau 15 tahun lepas ... bagi aku apa yang aku catatkan didalam dairi ... itulah aku yang sebenar pada ketika itu ... sebab aku akan menulis apa yang rasa ... apa yang aku lalui ... biasanya aku guna bahasa kiasan dan puitis sikit ... ala-ala #budaksastera seperti kata Puan Buku .... hehehehe

... 2019 ni aku ada juga dairi tapi lebih fokus untuk catat hal-hal berkaitan kerja ... x de satu pun catatan hal personal ... dari helaian pertama aku akan rekodkan apa sahaja kejadian hari itu mengikut tarikh yang terdapat dalam dairi itu ... kalau hari tu tiada arahan kerja maka kosong le helai nya ... lebih mudah begitu untuk aku rujuk bila ada keperluannya ... lain orang lain caranya ... alhamdulillah tabiat suka menulis ni kat dairi dan buku nota menjadi ikutan Ija ( Siti Khadeeja - anak saudara ) .


... Aku mula menulis sejak sekolah rendah sebab aku memang x ramai kawan sebaya kat kampung ... kalau ada yang sebaya atau setahun dua lebih tua atau lebih muda dari aku , rumah jauh dari rumah aku ... kebanyakan masa kat rumah kalau cuti sekolah ... masa tu ada autugraf ( sekarang ni ada lagi x ?? ) ... buku kecik yang berbunga-bunga ditambah lak dengan helaian yang berwarna warni ... memang menarik , rasanya murid darjah 4 , 5 dan 6 pada masa tu akan ada buku autograf ni ... kami saling bertukar-tukar buku autograf ini untuk dicoretkan kata-kata semangat , madah dan puisi ( puisi ala bebudak ) , ada juga yang tulis pantun ... bila aku citer semua ni kat Ija ... dia gelak sakan ... dulu mana ada gadget macam sekarang ni ... 

... Disember 2006 aku mula berjinak-jinak menulis di Blog ... yang aku anggap dairi maya ... ketika itu aku menulis secara telus apa sahaja yang berkaitan dengan kerja ... personal dan persekitaran kerana bagi aku inilah Duniaku  ... tanpa aku sedar blog Duniaku yang ala-ala sahaja ni bisa menimbulkan keributan ... tulisan yang biasa bagi aku tetapi amat luar biasa bagi mereka ... hehehe
semuanya bermula bila aku menerima call yang komen pasal tulisan yang aku post kat blog ... eh ! salah ke ? ... mereka minta aku aku delete post tu ... atas alasan yang ermmm ( x tahu nak kata apa ) bagi aku tulisan itu menyatakan apa yang mereka sampaikan ... malas nak panjangkan isu , aku delete jer πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

... Terkini aku dok perhati ramai yang menulis di fb ... dah jadi trend untuk post apa sahaja ... bak kata orang dari celik mata hingga pejam mata ... ada sahaja post yang ingin di share kan ... aku respect kat diorang  atas kegigihan  ni ... mungkin ini lah cara diorang untuk meraih gembira ... aku memang agak blurr sikit bab fb ni ... lagi pun memang bukan minat aku untuk share aktiviti harian aku ... rasa macam sesuatu jer bila baca post mereka kat fb ... sebab semua yang di post tu yang murni-murni sahaja ... 😏😏😏

... Lain orang lain caranya kan !

Wednesday, July 17, 2019

masih terasa ...


Al fatihah ... buat sahabat , rakan sekerja , adik ( teringat pada perbualan 20 Mei 2019 / 15 Ramadan 1440 H , dalam perjalanan ke Library Daerah Kuala Selangor untuk ambik poster Quran Hour , sepanjang perjalanan itu banyak arwah bercakap tentang diri ... tentang apa yang ada dipersekitarannya ... bernostalgia kisah naik turun bas untuk ke tempat kerja lama ( BB - Batang Berjuntai ) ... " Akak lah kakak saya dunia akhirat " kata2 arwah yang masih terngiang-ngiang kat telinga ni ... aku sekadar gelak jer " bukan Dayah takut dengan akak ke " saje aku bagi soalan mengusik " saya takut kalau time saya buat salah ... sebab akak mesti perasan " sambungnya dengan ketawa " Kak Mis ... jom kita singgah ngeteh " ... dengan mimik muka aku jawab gurauannya dengan nada sinis " berani ke nak naik van jenazah ? " arwah gelak sampai keluar air mata ... aku sengaja memandu dalam kelajuan yang sederhana kerana bagi peluang arwah berbual dengan selesa ... sehingga sampai ke Lib Sekinchan ... " terima kasih kak bawak saya jalan-jalan ke Lib Kuala walaupun x dapat naik atas ... nanti kalau akak ada urusan ke Lib Kuala lagi ... saya ikut lagi ye ... kali ni kita singgah ngeteh ye " aku x jawab apa-apa sekadar senyum jer

Itulah hari yang aku rasa masa paling lama aku bersembang dengan arwah ... lepas tarikh tu aku mula sibuk dengan hal kerja ... walaupun satu bumbung ... time yang aku selalu dengan arwah adalah pagi ... kami akan susun buku bahagian kanak-kanak bersama ... pastu aku akan bersarapan dan arwah akan duduk sebelah ... dan time petang sementara menunggu suami ambik untuk balik rumah ... minggu last tu ... arwah banyak merancang aktiviti apa yang akan di buat ... " Dayah cakap jer apa yang Dayah perlu ... nanti akak beli " itulah ayat aku dan setiap hari sabtu minggu ke 2 dan ke 4 aku pasti akan bawa Ija ( Siti Khadeeja - anak saudara ) untuk bantu arwah .

Sabtu last arwah buat 6 aktiviti dibantu oleh Ija dan Umaimah ( kawan Ija ) ... masih masih terdengar gelak ketawa arwah ... " Ija jadi pembantu Cik Dayah tau " itulah ayat arwah ngusik Ija ... aku tahu masih ada bebudak yang selalu ikut game kat Lib Sekinchan rasa kehilangan ... sebab arwah rajin layan kerenah dan akan sentiasa ada gula-gula untuk sesiapa yang ikut aktviti ...


Semoga tenang di sana ... ditempatkan bersama-sama insan terpilih disisi Nya ...
Al Fatihah