Wednesday, April 20, 2016

... tiada apa-apa


Kertas putih itu masih kosong
Pandangan juga masih kosong
Terdengar hanya gema suara
Melata disegenap arah ...
Sesekali ku lontar pandangan
Menerjah disetiap wajah
Tercari-cari kalimah yang tersurat
Sehingga detik  bertemu noktah
Kertas putih itu masih kosong
... tiada apa-apa




Wednesday, March 30, 2016

Al Fatihah




Al Fatihah ... Al Fatihah ... Al Fatihah
( Syahadatul Akmaliyah - berbaju hijau  )
 ' semoga kamu ditempatkan bersama mereka yang bertaqwa dan beriman '
amin
yang pasti Cik Mis akan tetap rindu  senyum tawa dan keletah kamu .

Friday, March 25, 2016

pensil dan pemadam

ingatan untuk diri sendiri .....

... ucapkan " terima kasih "



" sentiasa ucapkan terima kasih " itu nasihat seorang teman ... ucapkan " terima kasih " bukan hanya bila orang memuji sahaja hatta jika ditegur ( aku x guna istilah kritik sebab perkataan kritik ni boleh buat orang sentap ... hehehe ) juga ... macam susah jer nak dipraktikkan ... bagaimana mungkin untuk ucapkan " terima kasih " tika terima teguran sedangkan dalam hati ada rasa sesuatu ?

... hakikatnya tiada siapa pun yang suka ditegur , apatah lagi jika teguran itu menjurus kepada cara kita mengadaptasi kerjaya mengikut acuan yang berbeza tidak seperti yang sepatutnya ... tidak semua mereka yang berada di luar sana memahami situasi atau apa yang berada dalam kotak fikir kita ... sesuatu yang kita anggap terbaik mungkin tidak sesuai pada orang lain ,  ada ketika tanpa sedar ( atau sedar )  kita lakukan sesuatu  tidak mengikut terma yang telah ditetapkan waima kita tahu yang kita ini dah melanggar terma tapi ermm ... nak cakap macam mana yer ! hanya kita yang tahu apa sebenarnya yang berlaku .

... acapkali  teguran dinilai dari sudut negatif jer ... kita akan berusaha untuk memperlihatkan benar itu dari sisi yang berbeza kepada mereka yang memberi teguran ... sedangkan yang membuat teguran melihat dari semua sudut tanpa selindung ... itulah yang membezakan antara yang menerima teguran dengan membuat teguran ... yang pasti setiap dari kita mesti ada alasan untuk segalanya ...

... kekadang membuktikan benar tidak memerlukan alasan ... biar pun dalam hati ada rasa sesuatu, hakikatnya ketentuan kebenaran pasti akan ketahuan juga akhirnya ... yang penting pastikan kita benar-benar berada pada landasan yang benar .

... sesekali kita kena berani mengubah pandangan mengenai teguran ( aku dah cuba ... alhamdulillah )
teguran jika dinilai secara negatif maka negatiflah impaknya ... teguran seharusnya tidak menjadikan kita lemah semangat , hilang fokus atau merasa diri tidak dipeduli ... rasa marah ? semua orang akan marah  sementelah kalau kita merasa tidak bersalah ... tetapi adakah kita benar-benar tidak bersalah !
ibarat kata pepatah " tak sungguh tak melata , tak sungguh orang tak kata " tapi kita manusia biasa manakan sempurnanya ... ada juga teguran yang positif sifatnya ... ditegur untuk jauhi kita dari kelekaan , memperbetulkan kekhilafan , ada juga teguran menjadikan kita lebih baik dalam melaksanaakan tugas , lebih fokus dan menghargai apa yang kita miliki ... yang penting ditegur atau tidak tegur adalah muhasabah diri ... kita selalu anggap kita telah dizalimi walhal kita yang menzalimi diri sendiri dengan apa yang kita lakukan .

... ucapkan " terima kasih " diatas teguran atau kritikan yang kita terima ... moga dari teguran dan kritikan ini kita dapat memperbaiki diri ... jangan terleka dengan pujian yang akan lebih menjurus kita ke arah laluan yang makin berliku .

wallahuaklam

Tuesday, March 1, 2016

gambar sekitar Audit MS ISO 2009 : 2008






x nak komen apa-apa !
saje nak share gambar ...

Friday, February 19, 2016

Audit Pemantauan MS ISO 9001 : 2008 yang terakhir ...


Syukur alhamdulillah Audit Pemantauan ke V MS ISO 9001:2008 telah selesai pada 16 Februari 2016 yang lepas ... ini adalah audit yang terakhir MS ISO 9001 : 2008 sebelum melangkah ke audit 2015 ... terima kasih kepada Puan Norhaida Aini , Juruaudit dari Lloyd's Register Quality Assurance di atas teguran penambahbaikan sepanjang audit dijalankan ... tiada minor dan major yang direkodkan ... terima kasih juga kepada semua Pegawai-pegawai dari HQ yang hadir ... Pn. Suzliana
 ( Tim. Pengarah PPAS ) , Pn. Sabariah , En. Zahir , Pn. Hikmah , Pn. Nazaleeza , Pn. Hikmah , Pn. Nurul Aizan , Pn. Norafidah , Cik Moihairah dan Cik Aina .

Terima kasih juga kepada juruaudit Audit Dalaman yang dijalan pada 2 Feb 2016 ( 2 minggu sebelum audit sebenar ) iaitu Pn. Sabariah , Pn. Rozainees , Pn. Nazaleeza dan Cik Izani  dengan beberapa teguran dan penambahbaikan yang perlu diselesaikan sebelum Audit Lloyd's meskipun ada beberapa perkara yang menimbulkan sedikit kalut ... bagi aku itulah cabaran sebenarnya !

Cabaran yang sebenar-benarnya adalah dari diri kita sendiri ... itu pandangan peribadi aku setelah melalui beberapa kali odit dalaman atau odit luar ( Lloyd's ) ... prinsip aku mudah jer ... selesaikan tugasan mengikut skala yang ditentukan dan kalau lebih dari itu lagi bagus ... rutin aku akan berusaha untuk double check setiap fail yang aku selia setiap bulan apatah lagi kalau nak odit ... itu pun kekadang ada yang terlepas pandang ... mungkin ada yang anggap aku cerewet tapi nak buat macam mana kan !

Baru-baru ni aku diajukan soalan " takut dengan Allah ke ... takut dengan manusia ? apa jawapan aku mesti semua orang dapat agak kan ! so atas sebab jawapan aku itu lah ... aku berusaha untuk tidak menjatuhkan air muka orang lain ... aku berusaha untuk tidak mengaibkan sesama insan ... aku elakkan untuk  berkata sesuatu yang negatif ... waima mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku ... ada juga aku bertanya persoalan ini kepada Aan  " adakah dikira takut atau berani jika menyuarakan khilaf orang lain kepada orang lain yang tiada kena mengena pun " ... selalu aku ingatkan diri sendiri " mudahkan tugas orang lain , Allah akan permudahkan urusan kita ... insyaAllah "

" banyaknya fail aku ? " itu yang mereka  perasan dan ditegur semasa odit dalaman ... bagi aku biasa jer ... ermm banyak fail yang aku attend bukan le bermakna aku banyak kerja sangat ... ada beberapa fail yang aku perlu kemaskini sebulan 2 kali ... ada fail yang perlu aku kemaskini mengikut keperluan semasa ... ada juga fail yang aku kemaskini 2 kali seminggu ... ada juga fail yang bukan dibawah seliaan tapi aku buat semakan juga jika ianya berkaitan OB Q ... tu yang mereka perasan macam banyak sangat fail yang aku kelolakan ... rasanya tugasan staf kat Lib daerah ni lebih kepada arahan dari masa semasa .

Seperkara lagi yang aku noted adalah teguran mengenai sikap ambil tahu tugas rakan lain ... kalau sebelum aku teragak-agak untuk ambil tahu sangat pasal fail dibawah seliaan rakan tapi selepas ni aku akan berusaha untuk follow semua fail bukan menyibuk tau ... hanya ambil tahu ... kalau ada pertanyaan ... akan ada jawapan  ... sebenarnya ia akan lebih memudahkan !

Sekalung terima kasih buat rakan-rakan yang banyak membantu dari Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ( Din & Jef ) , Yazid ( Perp. Pekan Dataran ) , Kak Jis ( PD. Taman Muhibbah ) , Bib ( PD. Bagan Terap ) , Kak Hana ( PD. Batu 2 Sepintas ) , Along ( PD. Batu 38 ), Nurul ( Perp. pekan Sekinchan ) ... semoga Allah permudahkan urusan kalian . amin




Tuesday, January 26, 2016

Jom masak dan aktifkan minda anda !


      Jom masak dan aktifkan minda anda ! itu adalah pertama untuk tahun 2016 ... aktiviti memasak ini sudah dirancang pada tahun lepas lagi tapi tidak dapat dilaksanakan atas faktor kesuntukan masa dan kesibukan menyiapkan beberapa tugasan ... alhamdulillah , akhirnya pada 23 Januari dengan bantuan Nurhidayah ( kakitangan PJL ) sebagai chef untuk resipi ' onde-onde '  berpandukan buku resipi yang terdapat di PPAS. Peralatan memasak ( guna rice cooking ) dan bahan-bahan aku bawa dari rumah ... mudah dan semua happy 

layan gambar ye ... !


semua teruja nak mencuba








inilah hasilnya 

jemput makan ye ...

     Aktifkan minda anda ! aktiviti ni aku lakukan untuk melihat sejauh mana kreatifnya mereka dengan bahan-bahan yang aku sediakan ... kertas A4 warna , glue stick , kertas keras ( yang gunakan untuk lapik ikat buku ) warna air , berus lukisan , serbuk prada ( semua stock tahun lepas ) dan gunting ... inilah hasil nya !

berfikir nak buat apa ni ...


inilah hasilnya



mencari jauhari ...



... percayakah kita acapkali dan sesungguhnya , orang lain lebih tahu tentang sesuatu perkara mengenai diri kita ... sama ada kita sebenar-benarnya tidak tahu atau kita ' terlindung 'dalam tingkap ego dan kesombongan kita sendiri ... seharusnya kitalah yang lebih tahu tentang diri kita daripada orang lain ... melalui apa yang kita lihat ... apa yang kita alami dan apa yang kita rasai . Orang lain mana tahu kalau kita ada pengalaman pahit atau manis masa silam ... orang lain akan tahu apabila kita beritahu secara sengaja atau tidak ... dan kerapkali terjadi apa yang orang lain tahu tidak sama dengan apa yang sebenar-benar kita tahu .

... ada perkara yang orang lain tahu tentang kita , yang kita tidak tahu tetapi sukar untuk orang lain beritahu dan payah untuk kita menerimanya ... aku selalu memikirkan perkara ini ... adakah mereka yang ada disekeliling aku termasuk dalam lingkungan yang sukar untuk memberitahu tentang diri aku yang aku perlu tahu ... hakikatnya aku perlu diberitahu ... aku perlu ditegur ... aku perlu dibantu agar kelemahan dapat  diperbaiki ... aku berusaha untuk tidak terperangkap dalam katupan tingkap 'terlindung '  cerdik tak boleh ditumpang , bodoh tak boleh diajar .

... baru-baru ni aku  menghadiri majlis yang memberi pengiktirafan atas sumbangan khidmat dalam organisasi ... tahniah kepada kekawan yang terpilih, moga dapat mengekalkan kecemerlangan ... yang tidak tersenarai nama untuk 3 tahun kebelakangan  ... masih ada peluang untuk tahun 2016 dan tahun-tahun seterusnya ... pertingkatkan prestasi serta kurangkan kontrovesi ... hehehe

... pengiktirafan atas sumbangan khidmat adalah bonus bagi setiap individu dalam satu organisasi ... ianya bukan sekadar sehelai kertas dan imbuhan yang diterima tetapi lebih dari itu ... bagi aku pengiktirafan ini satu tanggungjawab ... tanggungjawab kepada Nya ... tanggungjawab kepada diri sendiri ... tanggungjawab kepada kerjaya ... tanggungjawab kepada organisasi ... hargai pengiktirafan yang diberi dengan memberi yang terbaik sebagai balasannya.

... nak share sesuatu yang aku rasakan menarik dan kerapkali berlaku dalam rutin harian kita ' Ditegur Allah s.w.t kerana menipu selama tujuh minit ' ... mengapa tujuh minit ? kisah seseorang yang bertugas dari jam 7.30 am hingga 4.30 pm . Pagi itu , ketika tiba dihadapan mesin punch in atau rekod masuk ofis jam ditangan 7.37 am ... dan  ada sihirnya yang membolehkan 7 minit lewat itu hilang begitu sahaja , dengan rasa bersalah , beliau meneruskan tugas dengan 7 minit yang dicurinya ... sehingga hampir tamat tugasan hari itu ...ketika siap untuk pulang , tiba-tiba ada arahan ... mesyuarat tergempar ! yang berlanjutan sehingga jam 5.40 pm dan dalam perjalanan pulang rumah , tersangkut dengan trafic jam kerana banjir kilat ... jam 9.00 malam barulah beliau sampai ke rumah . Banyak lagi kisah-kisah menarik yang boleh dijadikan panduan terdapat dalam buku ' Berjalan ... Melihat ... Mentafsir . karya Abdullah Bukhari bin Abdul Rahin Al - Hafiz , terbitan PTS ... di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam , buku ini boleh diperolehi di rak 297.57 Ab.

... kat ofis aku bertugas x guna punch card pun , kami masih guna cara manual tulis nama dalam buku kehadiran ... ianya memerlukan integriti yang tinggi sebab apa yang dicatat ... mungkin orang x tahu tapi Dia tahu ... semasa menghadiri Bengkel Persediaan Sasaran Kerja Tahunan PPAS tahun lepas ada juga dikisahkan perihal 5 Dinar ... ambil yang baik sebagai ikhtibar , yang buruk jangan terus dibuang tapi jadikan teladan bukan ikutan.

Friday, January 15, 2016

... tanpa bicara



berjumpa ...

berkawan ...

bercinta ???

berpisah ...

berjumpa kembali ....

seterusnya ....




akhirnya ...


alhamdulillah semua selesai sudah .... terasa hilang segala keletihan ... terima kasih pada jiran di kaunter sebelah yang banyak membantu aku dalam proses menyelesaikan tugasan ini ... 2016 baru bermula , semoga tahun ini aku akan berlebih-lebih sabarnya .... dan beberapa perkara akan dilakukan untuk kesinambungan tugas / arahan seterusnya ... ( reward untuk Aan )



Thursday, December 31, 2015

sejauh langit




assalamualaikum ...

... memenuhi permintaan seorang sahabat  " menulislah guna bahasa yang biasa-biasa jer ... bahasa kiasan ni memang cantik tapi sukar ditafsir ... kalau salah tafsir takut jadi fitnah "  isk ! ada yang terasa ke ? ... saje kan !

... sebenarnya aku lebih suka menulis begitu kerana ia adalah apa yang aku fikir ketika itu ... semuanya spontan ... apa yang terlintas difikiran dan tulis ... mudahkan ! x perlu bina ayat untuk melontar apa yang aku rasa  .

... tiga minggu lalu , aku diajukan pertanyaan ' kenapa dan mengapa orang asyik pertikai atau dalam kata lain x respect  ... sedangkan orang lain yang berada dalam situasi sama x pula melaluinya  ? ' .... seperti yang acapkali aku ingatkan untuk diri sendiri " bila kita kata kita boleh terima kritikan , ia membawa maksud sebaliknya " so bila  aku diajukan soalan yang maksudnya hampir sama ... aku ambil masa untuk memperjelaskannya ... yang dapat aku nyatakan " jangan persoalkan mengapa orang x suka atau x respect kita ? tapi cuba tanya diri kita sendiri apa sebab mereka x suka atau respect kita ? " ... dan jawablah dengan hati yang jujur , sentiasa usaha perbaiki diri , jangan cari salah orang tapi cari kekurangan diri ( ayat ni yang selalu aku jadikan penyejukan hati bila ada masalah ) .... insyaallah akan ada penyelesaiannya.

... cuti beberapa hari yang lepas , aku habiskan banyak masa membaca buku , bukan sebab ada exam tapi sebagai terapi diri ... saban tahun , bila tiba penghujung tahun maka banyak perkara kena diselesaikan ... tahun ni aku simpan cuti tahunan 14 hari ( masuk dalam GCR-  dalam sejarah tu ... hehehe ) ... kata yatie " busy sangat tu ! " ... 

... alhamdulillah 2015 tinggal sehari sahaja ... berusaha untuk settlekan tugas-tugas 2015( berusaha ! , berusaha ! berusaha ! ) ... tahun 2015 penuh dugaan ( itu dari  perspektif aku ) macam-macam hal berlaku , yang sukanya sedikit , yang duka juga sedikit , yang banyak duga dan cabarnya ... kata seorang teman " kehidupan ni perlu banyak duga dan cabarnya kerana itulah ujian untuk kerohanian kita ... suka akan buat kita leka , duka akan buat kita lemah " ... ok noted !

... 2016 adalah meneruskan kesinambungan azam dan impian untuk menjadi lebih baik !... waima sejauh langit !


Friday, November 27, 2015

... bukan luar biasa

ermm ... cerita yang sama
lakon layar serta sinopsis juga sama
terjadi bukan sekali tapi berkali-kali

lalui sahaja
kerana itu pengalaman paling berharga
mengajar kita kenal antara kaca permata

sering aku lewati rencah dan ragam
tatkala  hati mula bicara
akal bertindak meredakan suasana

detik demi detik
segalanya masih tidak pernah berubah
masih ... masih ... dan masih begitu


Friday, November 20, 2015

hak untuk berbeza pendapat


kita selalu tidak sependapat kata
kerapkali juga ternoktah tanpa bicara
mata memandang berjiwa tiada
mendengar tapi fikir melayang entah ke mana
memilih diam pilihan yang ada
dari berkata untuk elak sengketa
sejauh langit sekali pun kuasa
kena ingat setiap kita punya rasa
kita ada hak untuk pendapat yang berbeza .



Thursday, November 19, 2015

hingga tiba saat itu ...


bukan tidak pernah terfikir
bukan juga tidak memahami
bukan kerana ada apa-apa
bukan ...

aku sentiasa memikirkan
aku cuba untuk memahami
aku berusaha sehabis baik
kerana aku bukan sesiapa

bila tiba aku harus melangkah pergi
bila tiba saat aku harus meninggalkan semua
usahlah gusar ...
fitrah kehidupan memang begitu

selagi dihati ini ada Nya
biar bertepuk langit dan bumi
tak akan berubah yakinku pada ketentuan-Nya
hingga tiba saat itu ...


Thursday, October 22, 2015

sendiri


mereka bilang sendiri seperti ...
berdiri dengan sebelah kaki
memandang dengan sebelah mata
mendengar dengan sebelah telinga
aku kata ...
mengarut ... hehehe

Tuesday, October 20, 2015

realiti yang menyakitkan

aku tahu
kamu tahu
dia tahu
mereka tahu
semua tahu
persoalannya ...
ambil tahu atau buat tak tahu
itu yang aku nak tahu ... !

Friday, October 16, 2015

fana



tiada apa yang dapat dibanggakan dengan perhiasan dunia
pangkat dan kuasa bukan milik mutlak
harta kemewahan pinjaman semata
kecantikan yang dibangga hanya sementara
semuanya bukan milik kita
sesungguhnya tiada yang abadi
hanya  Dia



Tuesday, October 13, 2015

Hijrah

teruslah melangkah
tinggalkan semua kebejatan
tinggalkan semua keperihan

teruslah melangkah
carilah ketenangan dalam setiap sujud
mohon keberkatan dalam setiap rezeki

pelihara nawaitu dalam setiap langkah
hidayah- Nya tidak terbatas
hijrahlah ...




cara kita ... pilihan kita



Orang pandai guna kertas untuk bergerak
Orang cerdik guna akal untuk bertindak
Orang malas sentiasa beralasan
Orang rajin sentiasa yakin
Orang-orangan tak ada semua ni !


rindu

teringat
sedih
airmata
Al Fatihah


Mak ... aku rindu