Friday, August 30, 2024

... jika ditanya apa yang aku rindukan ?

 

... akan aku jawab " aku rindukan kehidupan di negeri abadi , aku mahu pulang ... dunia bukan tempat hidup , hanya yang ada adalah kelelahan melaluinya , kehidupan yang sebenar adalah di sana , di sisi Nya , Jiwaku sudah lama dibawa ke sana , hanya jasadku masih menjalani perjalanan dunia ... Dunia ini terlalu sempit bagi jiwa-jiwa yang hidup tetapi terlihat luas bagi jiwa-jiwa yang mati .


#syukurselalu



Wednesday, June 19, 2024

... ini lah kehidupan



Hidup di dunia kita akan selalu
menyalahkan orang yang
menegur kita

Tetapi di akhirat nanti kita akan
saling menyalahkan orang yang 
tidak menegur kita semasa
di dunia



Tuesday, May 21, 2024

Sesekali .....

 

Sesekali kita boleh menjadi merpati ,
sesekali kita perlu menjadi helang ...

begitulah kehidupan 


Monday, April 8, 2024

10 RAMADHAN 1445H

 
Engkau tidak akan mampu menyenangkan
semua orang ...
Oleh kerana itu cukuplah memperbaiki
hubungan dengan Allah 
dan jangan terlalu peduli dengan
penilaian manusia


#syukurselalu

9 RAMADHAN 1445H

 

Secangkir kopi lebih jujur
Dia hitam tanpa harus
berpura-pura putih , dia pahit
tanpa harus berlaga manis


#syukurselalu

8 RAMADHAN 1445H

 

Dan terkadang ....
kita harus menangis 
untuk kita tahu siapa
yang menumpangkan
Bahu untuk kita.


#syukurselalu

7 RAMADHAN 1445H

 

Sentiasalah mempermudahkan urusan
orang lain , kerana jika seseorang itu 
berada di dalam kesesusahan , sebenarnya 
Allah bukan sedang menguji dia sahaja ,
tetapi Allah juga sedang menguji kita .


#syukurselalu

6 RAMADHAN 1445 H

 

Jangan pernah menyesal dipertemukan
dengan sesiapa pun .
Kerana yang buruk menyedarkan kita 
untuk kuat dan baik 


#syukurselalu

Monday, March 18, 2024

5 RAMADHAN 1445 H

 

Cukup sekali menjelaskan 
sesuatu jika tidak didengarkan
dan tidak difahami

Makaitu bukan urusan kita lagi 

" Hargai dirimu sendiri dan 
hindari pendebatan "

#syukurselalu

Friday, March 15, 2024

4 RAMADHAN 1445 H

 

Belajar Lebih Tenang
Menikmati Hidup dengan Proses
Tanpa harus Protes

Tak takut dibenci
Dan tidak mengemis untuk disukai
Berusaha menjadi Diri Sendiri
Tanpa basa-basi

#syukurselalu

3 RAMADHAN1445 H

 

Bahagia itu tidak pernah pergi ,
Bahagia itu ada di dalam diri orang yang
pandai mensyukuri 


#syukurselalu

Wednesday, March 13, 2024

2 RAMADHAN 1445 H

 

Terus melangkah
walaupun lelah
Tetap gagah
walaupun payah
Kekal tabah 
walaupun susah
Jangan menyerahkan
walaupun rebah

Kerana hidup ini 
tidak pernah
menjanjikan 
yang mudah-mudah

#syukurselalu




Tuesday, March 12, 2024

1 RAMADHAN 1445 H

 

Hidup bukan 
tentang
mendapatkan apa
yang kamu inginkan,
tetapi tentang
menghargai apa
yang kamu miliki

#syukurselalu



Wednesday, August 30, 2023

tipu

 

Akhirnya  .... 

Alhamdulillah , akhirnya aku menulis di blog buat kali pertama bagi tahun 2023 ... terasa sedikit janggal juga sebab terlalu lama sangat tinggalkan dunia penulisan .

So hari nak tulis pasal tipu ... tertiba jer pagi tadi dapat idea nak tulis pasal ' tipu ' ... pagi tadi masuk ofis terawal sikit dari biasa dengan nawaitu nak selesaikan kerja-kerja yang tertangguh semalam ... shelving buku kat rak , semalam dapat buat separuh sebab bila perkhidmatan  dibuka dan user dah mula masuk agak terganggu juga , lagipun tak nak user rasa tidak  selesa bila cari bahan di rak.

Berbalik kepada isu ' tipu ' , apa yang korang rasa bila terlihat perlakuan selamba punch kan kad kekawan yang belum sampai ke ofis ... atau pura-pura punch kad di mesin perakam walhal hakikatnya kawan dah tolong punch kan . 

Persoalannya mudah ... yang lakukan sikap sebegini " korang sebenarnya tipu siapa ? Boss ? Rakan ? atau siapa ? , sedangkan korang tahu ... Tuhan sentiasa ada dengan korang .

Ingatan untuk diri sendiri  ... benar itu pahit tapi kemanisan tetap ada 

Thursday, October 27, 2022

eermmm ...

 

27/10/2022 - Hari ni , aku bertugas sendirian sebab rakan sekaunter ada terlibat dengan kursus di HQ , alhamdulillah akhir namanya tersenarai dalam list untuk hadir kursus  ... bagi aku x kisah pun kerja sendirian kerana sebelum pun dah jadi kebiasaan bagi kami berdua .

Bezanya hari ini banyak perkara yang aku perlu settle kan kerana rutin hakiki dan arahan tugasan semasa , terima kasih kepada staff Lib Sekinchan yang datang membantu untuk tugasan luar yang aku tak mampu nak buat yakni pemasangan signboard tunjuk arah ... memang bukan bidang aku tu ... tapi pemasangan boxup pada dua anjung bangunan ni dapat juga dipantau sedikit sambil bertugas di kaunter .
Kekadang aku terfikir juga mengapakah ada keluhan berkaitan tugasan yang memang rutin hakiki dan telah diketahui seawal kaki melangkah ke ruang lingkup kerja serta setelah aku janji di tandatangani dengan rasa gembira ketika itu ... mungkin 10 atau 13 tahun berlalu  ... mengapa baru kini terasa beban membelenggu dari setiap penjuru  ... aneh sekali kedengaran kan ! 


Sunday, October 23, 2022

KONVENSYEN PERPUSTAKAAN SE-MALAYSIA 202 * JATI DIRI BERBUDAYA PEDULI INFO@ PENANG

 

Alhamdulillah , buat pertama kalinya berpeluang menyertai Konvensyen Perpustakaan Se - Malaysia 2022 di Pulau Pinang bermula 5 September hingga 9 September 2022 di Hotel Bayview Beach , Batu Ferringhi , syukur Alhamdulillah juga bila team trip Pesta Buku Perlis joint sekali iaitu Ayu dan Raihan termasuk Cik Fid 

Saturday, September 17, 2022

LAWATAN KE PESTA BUKU NEGERI PERLIS


... Mengimbau kembali kenangan semasa Lawatan Ke Pesta Buku Negeri Perlis Indera Kayangan pada 24 - 27 Jun 2022  ... Alhamdulillah tersenarai sebagai salah seorang peserta untuk lawatan ini , terima kasih kepada pihak pengurusan ... teringat lagi semasa pihak HQ call tanya nak follow ke Trip Pesta Buku  Perlis , spontan aku jawab " ya boleh , saya follow "  ..." kalau U setuju , U call Raihan ye sebab dia kata kalau U pergi dia pergi " itu arahan dari En.Z  ... eh ! gitu lak 😺

... Alhamdulillah , 24 Jun 2022 , kami memulakan dengan Lawatan Penanda Arasan ke Perpustakaan Awam Pulau Pinang sebagai destinasi pertama ... sebelum aku teruskan cerita apa yang menarik di Lib Pulau Pinang ... Trip Pesta Buku Perlis hanya melibatkan 6 kakitangan sahaja  Cik Fid ( HQ - merangkap Ketua Lawatan ) , kakitangan Lib Daerah 4 
















 

Wednesday, September 14, 2022

belati dihati ...

 

... Malam tadi sebelum melelapkan mata , aku sempat menyelak helaian mukasurat dalam buku kucing putih  ... buat semakan catatan nota ringkas berkaitan perkara yang perlu share dengan kawan-kawan sekerja berkaitan intipati semasa mesyuarat pembangunan pada 4 Ogos lepas ... ada perkara baru yang perlu dilaksanakan dan ada perkara lama yang perlu dimurnikan ,,, 

... Aku cuba elakkan daripada terlepas pandang isu-isu yang penting ,  kerana aku sudah terlalu lelah kerap dipersalahkan jika ada yang memaklunkan " tak tahu " bila ada pertanyaan ... sedangkan kita semua memulakan kerjaya dari era muda belia , tak kan lah sehingga usia menghampiri persaraan , semua maklumat kena disediakan .



Thursday, July 21, 2022

... selamanya


Kejadian pada tarikh 27 Mac 2022 ( Ahad ) , menghadiri Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Komuniti Sabak Bernam bersempena sambutan HARI JPJ ke 76 ... Lokasi Dewan Orang Ramai Simpang Lima , Sungai Besar , jam 8.00 am - 1.00 pm .

Masa terima surat jemputan untuk program ni , aku agak seriau memikirkan untuk letak nama siapa sebagai peserta dan wakil yang akan menghadiri kerana hari kejadian adalah time cuti  ... pendekatan yang mungkin menimbulkan spekulasi adalah letak nama sendiri dan seseorang yang begitu memahami situasi , aku memang sering terperangkap dalam risiko ... so rasanya keputusan ini adalah terbaik ... kerana aku x perlu kalut memikir untuk cuti ganti atau sebagainya .

Terima kasih pada sahabat sebaya yang setia dan sentiasa membantu moga Allah kekalkan ukhuwah kita hingga ke Jannah ... Aamiin

Friday, June 17, 2022

bebas ...

 

Jun 2022 ... baru berkesempatan untuk menulis atau lebih tepat terbangun dari lena yang panjang dalam dunia blog , beberapa bulan lepas aku ada juga cuba untuk ketuk-ketuk huruf kat keyboard komputer ni tapi tak  boleh fokus tapi hari ni aku cekalkan hati untuk menulis sebab aku dah lelah sangat dengan situasi yang ada disekeliling ... aku perlu meluahkan melalui tulisan untuk rasa lega .

Aku mula memikirkan sesuatu secara serius apatah lagi dua sahabat karib sudah melepaskan status penjawat awam pada 1 Mei lepas sempena Hari Pekerja ... meskipun aku tahu perancangan mereka untuk menamatkan segalanya lebih awal , tak terduga seawal ini ... seperti kata salah seorang dari mereka " memilih untuk bebas dan tenang ... bebas dari bebanan tugasan yang adakala memerangkap emosi dan minda telah lelah , pilihan terbaik adalah keluar dari kepompong tidak gembira ... bila aku ajukan pertanyaan " tak sayang ke nak tinggal gaji ribuan ringgit tu " dia hanya ketawa " sayang sangat tapi lebih sayang diri sendiri ... jiwa tenang dan rasa bebas lebih mahal dari nilai ringgit tu " aku terdiam dan amat memahami kerana saat ini juga aku mulai merasai kelelahan itu .