Saturday, November 12, 2011

sesungguhnya ...


.... pelajaran @ pengajaran seumur hidup seorang insan adalah apa yang ada disekelilingnya ... cuba kita lihat apa yang ada kat sekeliling atau sekitar kita ... alam dengan kitaran yang tersendiri ... manusia dengan ragam yang pelbagai ... Allah jadikan sesuatu memang saling lengkap melengkapi sesuai dengan fitrah kehidupan .

... sejak akhir2 ni banyak perkara yang berlaku ... yang aku dengar ... yang aku lihat ... dan tentunya yang aku fikir ... bila bab perkara yang aku dengar tu ... x nak komen apa2 sebab kalau sekadar dengar tanpa melihat samalah macam si buta berjalan tanpa tongkat ... lagipun la ni setiap tanggapan tanpa bukti ... dikira macam fitnah ... bahaya fitnah lebih dari membunuh ... !

... pasal bab apa yang aku lihat ... pun x leh nak komen lebih2 sebab kekadang mata manusia ni pun boleh tertipu dan khilaf bila hati mula berbisik ... dari membiarkan syaitan terus bersorak kerana berjaya memutuskan ukhuwah sesama kita ... lebih baik kita diam .

... berfikir tu dah jadi macam makanan minda ... fikir positif ... baiklah hasilnya ... fikir negatif ... buruklah natijahnya ... berfikir ni kekadang kena gak dilatih ... diajar ... dan diasuh sebab berfikir pun perlukan kemahiran ...

... hari ni aku berfikir agak agresif dari biasa ... biasa lah bila kita bercakap2 atau bersembang2 akan terkeluar lah pendapat atau pandangan yang sekufu atau x sekufu ... minda akan lebih bergerak aktif ... memberi respon ... menilai ... dan membuat keputusan tapi bukan mudah atau bukan semua hasil keputusan dari dalam minda kita ni dapat dizahirkan melalui kata2 ... adakalanya ianya kekal kat sudut minda kita ... bila mana kita mula mengambil kira risikonya .

sesungguhnya ... lebih mudah kita menilai atau membuat keputusan bagi pihak orang lain daripada kita menilai dan membuat keputusan bagi diri sendiri ... sebab kita lebih nampak kelemahan dan kekurangan diri mereka ... dan lebih sukar untuk kita mengakui kelemahan dan kekurangan diri sendiri ...

* ... :-)

No comments: