Monday, March 18, 2013

bersyukur saat diuji ....


... n3 kali ni aku nak kongsi pasal buku " Bersyukur Saat Diuji " alhamdulillah selesai sudah dibaca ... banyak input positif yang boleh diterjemahkan dalam kehidupan seharian ... siapa kita ... bagaimana kita menanggani masalah saat diuji ...

... terima kasih Allah kerana sentiasa menggerakan hati ini untuk membaca ... rasanya satu ujian juga untuk diri sendiri apabila bertugas dalam ruang lingkup yang dikeliling buku jika minat membaca itu tiada ... dah hampir suku abad dikelilingi buku ... agak2 nya dah berapa banyak buku tuntas dibaca ? Ya Allah .. betapa hamba Mu ini dalam kerugian kerana tidak memanfaatkan serta mensyukuri nikmat yang Engkau kurniakan .

... kehidupan adalah ujian dari Allah ... itu persepsi yang aku semat kemas kat minda setelah usai membaca buku ini ... kalau sebelum ni setap kali  mendepani masalah , hati sering berbisik " ujian  dari Allah untuk hambaNya " hakikatnya Allah menguji setakat yang termampu oleh hambanya ... sebagaimana yang aku yakini setiap kali badai emosi melanda " Allah tidak akan menzalimi hambanya "

... kita selalu bersyukur apabila dikurniakan pangkat ... kuasa ... harta ... kecantikan ... kemasyhuran ... tanpa kita sedari itu ujian buat kita sebenarnya ... ke mana arah pangkat dan kuasa itu dapat dimanfaatkan dalam memberi impak kepada organisasi ... harta melimpah ruah tapi cuba kita ingat2 semula pernah x kita bersyukur saat diterjah musibah ... ketika badai melanda emosi ... bila mana pangkat, kuasa , harta , kecantikan hatta kemasyhuran hilang telan masa ..


Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Al-An'aam 6:165)

... aku selalu berdoa agar segala tingkah laku ... sikap ... dan segala kelemahan diri tidak menjadi ujian kepada mereka2 yang ada disekeliling ... sebagaimana aku berusaha untuk menerima ... memahami dengan sabar apa yang berlaku disekeliling aku ... (  dalam suasana air cond yang tidak berfungsi ...menghadapi rungutan pengguna yang mengeluh panas dan tidak selesa  ... )





1 comment:

melesap said...

alhamdulillah...

artikel yang bermanfaat...