Wednesday, August 10, 2016

sesekali ...



Sesekali air yang tenang perlu dikocak
Biar gelombang menjadi tsunami
Kerana dari situ baru  kita tahu  
Ada buaya atau phirana
Sesekali air yang jernih perlu dikeruhkan
Biar geruh hingga ke dasar berlumpur
Kerana semakin jauh ke dasar
Tersimpan berjuta khazanah
Sesekali kita kena menguji dan diuji
Untuk membeza antara kaca dan permata
Kenal siapa kawan juga lawan
Budi bersendi ruas untuk dibalas
Pekerti berteras bakti untuk dihayati

Sesekali kata perlu dilontar
Bukan tanda celupar atau biadap
Bukan juga sudah pupus budi bahasa
Sekadar mengota apa yang dirasa
Sesekali kita perlu belajar untuk diajar
Belajar memudahkan bukan menyusahkan
Belajar menilai bukan memandai
Menerima dengan hati bukan rasa

Sesekali itu
untuk kamu
yang berada disekeliling
bicara ini bukan kerana kamu dimusuhi
hanya jauh disudut sanubari
kamu adalah seseorang
yang paling dekat untuk dikongsi
semua cerita.
 


No comments: