Friday, July 28, 2017

... bahagia cara kita



.... Syawal dah berlalu meninggalkan kita ... meninggalkan kemeriahan yang belum pasti mampu dicekapi untuk tahun mendatang ... selalu aku ingatkan diri sendiri agar sentiasa syukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan sementara ... nikmat sihat ... nikmat rezeki ( alhamdulillah tahun ni dapat 2 bulan bonus ) ... nikmat berkongsi rezeki ... nikmat berkongsi kegembiraan ... nikmat sakit
( kata abang aku ... sakit pun satu nikmat dari Allah sebab mampu mengeratkan hubungan ukhuwah adik beradik ... walaupun dia cakap macam itu ... aku tetap doakan kesembuhannya )

... Cerita raya ni macam-macam ada , tahun ni aku x berapa nak beraya sangat ... x sempat nak jelajah habis pun rumah paman-paman dan bibik-bibik ... rasa macam x cukup korum , selalu tu abang yang tentu time nak ziarah rumah paman dan bibik ... tapi tahun ni paman dan bibik yang ziarah abang lak ... tu yang ada drama air mata bagai ...hehehe

... Bila dah kumpul ramai-ramai tu ... macam-macam citer lak keluar , al maklum jumpa pun jarang-jarang ... ada juga yang aku jumpa setahun sekali ...ada yang aku jumpa beberapa kali dalam setahun , itupun secara kebetulan di majlis-majlis kenduri kahwin saudara mara .

... Seperti tahun-tahun sebelum ini , aku sentiasa bersedia dengan pelbagai pertanyaan ... bila lagi ? ... tunggu siapa ? ... sampai bila ? ... bla ... bla ... ???  ... aku hargai keprihatinan mereka-mereka ni ... kalau tahun-tahun sebelum ini ... aku akan menjawab segala pertanyaan yang agak mengjengkelkan dan boleh menghuru harakan emosi ... tapi untuk tahun ini aku ambil pendekatan dengar dan senyum jer ! ... sedekah senyum kat mereka yang prihatin tu ... kasi pahala sikit ... hehehe

... Bahagia membawa erti yang cukup luas ... kekadang itu aku rasa pelik sangat bila bahagia dinilai melalui hidup berkeluarga ... so orang yang still single di label tidak bahagia ... kejamkan ! tapi dah resam kehidupan kita macam gitu kan layankan jer ! ... bagi aku bahagia terletak pada segumpal darah yang ada dalam tubuh kita ... hanya kita dan Allah sahaja yang tahu bahagia atau tidak kehidupan kita .

... Ada antara kita hidup gembira tapi x bahagia ... ada antara kita mencanang rasa gembira dan bahagia untuk tatapan orang lain , hakikat sebenar kehidupan yang dilaluinya tidak sebegitu ... apapun yang kita lalui ... yakinlah bahagia itu bila kita melakukan sesuatu yang boleh membahagiakan diri sendiri  ... membahagiakan mereka yang dekat dengan kita ... membahagiakan mereka yang ada disekeliling kita ... insyaAllah itulah nikmat bahagia yang sering nikmati tanpa disedari .

... Bahagialah dengan cara kita , itu lebih baik untuk diri sendiri ... teruskan kehidupan dengan cara kita ... dilandasan kehidupan hanya kerana -Nya .
 

No comments: