Saturday, January 27, 2018

... cerita dari hati : seorang pelajar





... Alahamdulillah , tahun 2018 adalah tahun pertama dalam tempoh fasa terakhir aku dalam perkhidmatan atau dalam kerjaya ... ia juga mengingatkan aku ' sudah hampir 24 tahun bersama PPAS '  kalau dihitung dengan sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki ianya tidak berkecukupan , itu sepanjang aku berstatus jawatan tetap ... kalau ditambah dengan hampir 7 tahun hitungan semasa berjawatan sambilan ... separuh dari usia ada bergelumang dengan buku .

... ' Acik memang cita-cita nak kerja dekat perpustakaan ye ' itu ayat dari Siti Khadeeja ( anak saudara yang la ni terpilih sebagai pustakawan di Pusat Sumber Sekolah ) ... ' ermm ... ntah , masa sekolah dulu Acik x de cita-cita nak jadi apa ... belajar jer  ' jawapan ikhlas aku dari hati ... hehehe

... Zaman sekolah rendah memang aku x de simpan cita-cita nak jadi apa bila besar ... masa tu aku pergi atau kena pergi sekolah ... sebab memang bebudak kena belajar membaca ... mengira ... hafal sifir ... kena gi mengaji ... itu adalah tanggungjawab yang digalas bila jadi bebudak ... apatah lagi masa tu aku tergolong dalam golongan murid yang biasa-biasa sahaja ... arwah emak dan bapak pun x lah memaksa sangat ... tapi aku tahu arwah emak memang ambil berat pasal pelajaran ( walaupun arwah emak x tahu membaca ) sebab aku dan adik beradik lain tidak berpeluang ponteng sekolah kecuali sakit atau deman ... arwah emak garang ... x de siapa berani ponteng sekolah ( bila ingat arwah emak dan arwah bapak ... aku mesti sebak ... al fatihah ) ... keputusan Penilaian Darjah 5 pun x de lekat A ... hanya ada B dan C 

... Masuk ke sekolah menengah ... bermulanya fasa remaja dan giler2 belajar sebab aku mula rasa segan kalau dapat nombor-nombor terakhir dalam kelas ... dalam kelas ada pelbagai kaum ... so cara aku belajar pun agak up date sikit ... aku mula dengan buat nota kaki ... aku ni jenis senyap dan x berapa ramai kawan ... arwah emak lak x suka aku bertandang kat rumah kawan untuk study group ( istilah budak sekarang ) ... aku memang belajar sendiri dan dibantu oleh sepupu sebelah rumah ( bertugas sebagai guru ) yang kerap belikan buku rujukan dan kerap juga hulurkan belanja sekolah untuk aku ... arwah emak selalu cakap ' belajar betul-betul boleh jadi cikgu ' ... masa tu baru le aku ada angan-angan nak jadi cikgu ... rasanya itu adalah cita-cita pertama aku ... hehehe

... Masa tingkat 3 , aku mula dilanda gundah gulana sangat (  istilah orang sekarang  stress kut !) sebab x lulus SRP ( Sijil Rendah Pelajaran ) x leh nak masuk tingkat 4 ... masa tu aku selalu fikir apalah yang dapat aku buat dalam umur 15 tahun kalau gagal SRP ... aku mulakan dengan belajar bersungguh untuk subjek matematik ( sebab aku ada baca artikel kat surat khabar masa tu ... antara ayat yang aku ingat sampai sekarang adalah - untuk jadi orang berjaya kita kena tahu apa kelemahan kita ) waima kalau x lulus Matematik dan Bahasa Melayu maka gagal keseluruhannya ...
terima kasih kepada Cheong Choi Fun , Bee Yok Chai dan NoorKhasanah yang sentiasa membantu aku dalam subjek ni ... dan sebagai timbal balasnya ... aku bantu Choi Fun dan Yok Chai untuk Bahasa Melayu ... itupun mana yang aku tahu jer ... al maklumlah aku pun macam diorang jugak .

... Syukur alhamdulillah dapat masuk tingkat 4 ... arwah emak masak pulut kuning dan gulai ayam kampung untuk disedekah kepada jiran-jiran ... nazar katanya kalau aku dapat sambung belajar lagi (itu lah arwah emak ... setiap kali aku ada peperiksaan beliau akan puasa ... terharu sangat ) ... masa tu tingkatan 4 adalah masa yang happy sangat sebab x de exam besar ... bagi aku x de masa nak gembira sangat sebab SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ) lagi le aku gerun ... dan tahun ni juga banyak dugaan dan cobaan yang menggugat jiwa remaja ku ... hehehe

... bak kata pepatah " adat anak muda menanggung rindu , orang tua memendam rasa " ... pertama kali terima surat salam perkenalan dari seseorang yang ingin menjalinkan persahabatan ... surat dimasukkan dalam beg sekolah ... bila malam nak buat homework jumpalah surat tu ... aku pun baca berkali-kali sebab ' budak skema ' macam aku ni pun ada yang nak berkenalan ke ? ... sejak dari itu aku mula tertanya-tanya dan tercari-cari siapalah gerangan pemberi surat itu ... meskipun kiriman surat itu tidak berlanjutan ... mungkin putus asa kerana tidak pernah sekali pun aku membalasnya ( sebab x tahu siapa pemberinya ) ... hingga sekarang aku masih tidak mengetahui siapa pemberi surat itu ... hanya hari terakhir persekolahan semasa tingkatan 5 , aku menerima satu bungkusan berbalut kemas yang di dalamnya satu novel ' Badai Semalam - karya khadijah Hasyim ' ( buku ni adalah buku kajian untuk subjek sastera ) dan secebis kertas kecil yang tercatat " Saya sentiasa doakan Mis berjaya dan bahagia " dan ditandatangan dalam tulisan jawi.


... Semasa menunggu keputusan SPM , aku belajar menaip dan trengkas ( masa tu komputer x de  ) ... sempat juga aku ada Sijil Menaip Rendah ( trengkas aku belajar 3 bulan jer x dapat sijil pun ) ... bila pengumuman tarikh keputusan SPM dikeluarkan ... aku rasa gementar juga sebab takut gagal , malu tau dengan sepupu sepapat yang sebaya ... aku dapat pangkat 2 dan mula memohon untuk masuk tingkatan 6 ...  masa tu pelajar bersaing nak masuk tingkatan 6 dan sekolah yang ada kelas tingkatan 6 pun x banyak ... memang rasa kecewa bila pemohonan ditolak ... dan aku terpaksa menolak tawaran untuk belajar di IPTA ( sekarang dah jadi universiti ) kerana kekangan kewangan ( dulu x de PTPTN ) ... sementara dapat tawaran lain , aku sambung lagi belajar menaip untuk Sijil Menaip Menengah ... 

... Jun 1985 aku ditawarkan belajar di Pusat Latihan Pertanian Manong ( PLPM ) , Kuala Kangsar , Perak ... hati aku berbelah bagi antara nak pergi dengan tidak ... lagipun aku x pernah  jauh dari  keluarga ... macam-macam yang aku fikirkan ... alhamdulillah bila ada rakan lain pun dapat tawaran yang sama ... arwah bapak sewa kereta sebab nak hantar aku ... masa tu arwah emak pun ikut sekali ... aku rasa sayu dan sepanjang perjalanan aku dah x nampak permandangan cantik lagi ... hanya jiwa rasa celaru memikirkan bagaimana aku nanti .

... Pembelajaran aku tentang kehidupan bermula di PLPM ... duduk dalam dorm beramai-ramai ... katil lak 2 tingkat ... masa aku sampai untuk laporan diri ... member aku yang  sampai awal dah siap chop kan katil untuk aku ... dia tidur bawah dan aku tidur tingkat atas ( dia kata sebab aku kecik dan kurus ... ermmm sabo jer ! ) ... bulan pertama adalah cabaran paling teruk aku rasa ... aku adalah satu-satunya dari Selangor ... menyesuaikan diri dengan pelajar lain ... dengan loghat ... dengan makanan dan suasana sejuk bukit ... thanks kat Kak Tirah , Kak Sobah dan Mimie yang sentiasa buat aku rasa selamat dan tenang ... aku suka mengajuk-ajuk gaya percakapan dan loghat ' Os ' bila bercakap ... walaupun bunyinya macam kasar tapi nice kan ... 

... Pesan arwah emak ' duduk tempat orang jangan keras hati ... kena sabar ' ... sebab itu aku hanya bersabar jer bila ada yang ambik kesempatan di atas kesabaran itu dengan meletak baju-baju kotor untuk dibasuh dalam baldi aku ... dan aku lak malas nak gaduh tolong basuhkan ... hingga satu hari Kak Tirah tegur kenapa aku nak tolong basuh baju orang lain ... bila aku cakap x tahu siapa yang letak dalam baldi aku ... Kak Tirah nasihatkan bawak baldi aku masuk dalam dorm dan letak jer bawah katil ... adakah ini termasuk dalam kes buli dan aku adalah mangsa buli ... hehehe

... PLPM memang best sebab aku belajar semua tentang pertanian dari teori dan amali sekali ... dari tanaman kacang panjang sehingga kelapa sawit , getah ... dan padi ( walaupun Sabak Bernam adalah Periuk Nasi Negeri Selangor ) ... kat sini juga aku berpeluang memandu jentera bajak tanah untuk buat batas ... sesuatu yang buat aku seriau adalah pacat dan lintah ... aku dicadangkan untuk sambung kursus di IPBL( Institut Pertanian Bumbung Lima ) ... berhari-hari juga aku memikirkan perkara ini sebab aku dah mula suka dengan sektor pertanian tapi bila memikirkan pacat dan lintah ( macam kelakar kan ! ... tapi itulah realitinya ) ... aku ambik keputusan untuk balik kampung ... rehat sambil cari peluang untuk belajar atau bekerja ...

... Alhamdulillah ... akhir 1987 aku memulakan kerjaya bersama PPAS sebagai staf sambilan ... maka berakhirlah juga tittle pengganggur selama hampir 4 bulan selepas keluar dari PLPM

No comments: