Tuesday, April 16, 2019

Jom Baca ...

NAMA SAYA
HASMAH
DR SITI HASMAH MOHD ALI
( 👆 tajuk buku )

Buku ini menarik untuk dibaca sebab gaya penulisan dan bahasa yang amat bersahaja serta mudah untuk difahami ... dari Bahagian 1 " Anak Pak Ali Bankrap ( Anak , Adik , Kakak ) " yang menceritakan salasilah keluarga besar beliau ... Lahir pada 12 Julai 1926 di Klang dengan beberapa nama panggilan yang begitu mesra antaranya ' Hasmah ' , ' Che Mah ' dan 'Deh - panggilan yang dimulakan oleh adik lelaki beliau Ahmad Razali . 

280 mukasurat yang tidak terasa jemu untuk dibaca ... pengkisahan dipisahkan melalui 6 bahagian dengan tajuk yang berbeza Bahagian 2 " Dr. Hasmah ( Doktor ) " , Bahagian 3 " Sayang ( Isteri ) " , Bahagian 4 " Mummy  ( dan Tok ) " , Bahagian 5 " Datin Seri Dr. Siti ( Isteri Perdana Menteri )" dan Bahagian 6 " Tun Dr Siti " ( Pesara , kononnya ! )

Setiap Bahagian dari buku ini ada kisah yang akan anda buat tersenyum dan tertawa sendirian ... antaranya kisah Selendang Yang Menakutkan ( rujuk m.s 33 ) yang diceritakan secara bersahaja " Semasa saya berumur lebih kurang sembilan tahun , emak mempunyai sehelai selendang panjang jingga yang cantik , yang saya geruni . Dia sering membawanya ke rumah saudara mara kami bila ada upacara pengembumian dan menggunakannya untuk menutup keranda. Setiap kali melihat selendang itu , satu-satunya perkara yang bermain di fikiran saya ialah selendang itu digunakan untuk menutup keranda yang mengandungi mayat di dalamnya. Saya sangat takut . Suatu hari , saya ambil keputusan untuk mengatasi rasa ketakutan saya . Saya mengambil selendang itu lalu melilit , membaluti diri dengannya. Kemudian saya duduk diam-diam sehinggalah saya dapat merasakan ketakutan itu berlalu pergi. Di satulah saya belajar bahawa cara terabik untuk mengatasi rasa ketakutan adalah dengan mengadap atau berdepan saja dengannya " 

Kisah Budak Lelaki Masuk Hospital - dan Kerbaunya Juga ( rujuk m.s 67 ) menyerlahkan sikap beliau yang tidak mudah mengalah dan sentiasa memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik seperti dicatat dalam buku ini " Dalam satu kes , seorang ibu dan merupakan pesakit tetap mengikut kata inspektor kesihatan awam , anak lelaki mereka tidak mahu ke hospital kerana tidak ada siapa yang tinggal untuk menajga kerbau mereka . Mereka mempunyai alasan kerana kerbau itulah satu-satunya punca pendapatan keluarga mereka .  Namun kami perlu memeriksa budak lelaki itu . Maka, saya pun berkata ' Bawa kedua-duanya masuk ... budak itu dengan kerbaunya sekali ' . Semua orang terkejut pada mulanya , tetapi cara itu berkesan . Kami membawa masuk budak lelaki itu serta kerbaunya yang kami tambat di luar wad supaya dia dapat melihat kerbaunya. Ujian ke atasnya disahkan negatif . Maka, kami benarkan dia pulang dengan kerbaunya sekali tiga hari kemudian "

 Ada banyak kisah dan insiden yang diceritakan yang boleh dijadikan panduan dan motivasi diri ... dan yang paling best sisipan gambar-gambar dari zaman kanak-kanak , keluarga besar beliau , lawatan mengiringi Tun M  juga sehingga gambar terbaru beliau ketika buku ini diterbitkan .. 

" moga kesejahteraan berpanjangan hingga ke Jannah untuk Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali "
Amiinn




 Sempena
DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN
#malaysiamembaca #selangormembaca 
kita mulakan dengan membaca buku ini

NAMA SAYA
HASMAH
DR SITI HASMAH MOHD ALI
 ( kalau di Library Pekan Sekinchan ada di rak 900 - 920.7209595 Si )

kalau nak beli harga buku ini RM 80.00 sahaja

No comments: