Tuesday, December 19, 2006

Ahlan Wassalan 2007 ....

Selamat tahun baru ....selamat tahun baru....itulah ucapan yang sering kita dengar menjelang tahun baru, rasanya dah jemu sangat dengan ungkapan itu tapi itulah hakikat yang terpaksa dilalui saban tahun .. dah macam perkara wajib pulak. Maka bersiap sedialah semua manusia di muka ini hanya untuk menyambut kedatangannya dengan bermacam-macan azam dan tekad ....
Dataran Merdeka bakal dipenuhi dengan segala macam gelagat manusia ...tua muda hanya tertunggu untuk mengira detik dua malam ..........dikelab-kelab juga dilimpahi oleh manusia yang berasakan mereka punya status lebih tinggi dengan muzik dan air berbuih juga menunggu detik itu dengan debaran dan semangat. Tepat detik dua belas maka menjeritlah, bertepuklah dan berpeluk sesama mereka tanpa mengira muhrim tanda sambutan baru bermula .... Ya Allah......YaRabbula'lamin...beginikah cara bangsaku meraikan peluang yang Kau kurniakan untuk sekian kalinya.

Kemanakah hilangnya bangsa beragama, berbudaya serta merdeka....... nyatalah merdeka zahir sahaja .. hakikatnya kita masih terjajah. Selamat datang 2007 semoga kali ini kita lebih memahami dan merai dengan cara kita , budaya kita dan paling penting mengikut agama kita ...syukran ...syukran...syukran..

No comments: