Thursday, October 7, 2010

kita ... elegi buat seorang sahabat



kita ...
adalah kau dan aku
bersama meniti masa berlalu
teguh percaya saling membantu
hingga kini pun masih macam dulu

kita ...
dua insan yang berbeda
punya pendapat adakala x sekata
tapi itu semua bukan tanda sengketa
lebih kepada rencahan mesra

kita ...
terpisah bukan kerana benci
jauh sekali hasad dengki
sekadar memenuhi tuntutan duniawi
resam kehidupan memang begini
bila suka dipuji ... x suka di keji
kita ...
mungkin disalah sangka
kerana jarang bersua ... apa lagi bertegur sapa
dan kita pun x pernah nak ambik kira
biarlah apa mereka nak kata
kita ...
adalah sahabat
menyimpul segala yang tersurat dan tersirat
semoga ikatan sahabat mendapat berkat
dari dunia hingga akhirat
* ... jauh di mata ... tapi sentiasa di hati
bunga seroja di taman larangan
taman terletak di tengah kota
biar jauh dari pandangan
terasa dekat di hati kita

No comments: