Tuesday, October 5, 2010

pelangi kehidupan ...

ku renung langit
dalam rintik hujan gerimis senja
terbentang jaluran indah berwarna-warni
aku leka ... subhanallah
bila titisan hujan semakin lebat
jaluran indah itu pudar dalam suram kelam
ku tutup daunan jendela
saat malam kian melabuhkan tirainya
ku selusuri denai kehidupan lalu
membilang antara titik hitam dan putih
menghitung bekas jejak yang ditinggalkan
masih terkesan warna kelabu
astagfirullah ...
hujan di luar masih lebat
ku ketuk pintu hati
ada sendu dan syahdu
Ya Allah ...
terlalu banyak kelekaan dan kealpaan
sehingga aku sering melalaikan Mu
dan kerap aku terlupa mengucap syukur
atas segala kurnia Mu
di keterbatasan hidup menuju noktah
aku lafaz syukur Alhamdulillah
kerana masih diberi ruang
mengotakan sumpah seorang hamba
dengan kalimah syahadah
LA ILAAHA ILLALLAH MUHAMADDAR RASULULLAH

2 comments:

Ainraihan said...

hamba Allah

kesturi said...

Salam Aan ...

yup ! kita semua hamba Allah ...yg membezakan kita hanya amal

:-)