Saturday, February 25, 2012

usai usia



" Jadi , jangan takut menjadi tua kerana ia adalah saat yang peling indah untuk dinimati. Itulah indahnya menjadi tua kerana otak lebih matang , tenang , cekap menilai dan mengawal perasaan ... sudahkah anda bersedia untuk menjadi tua ? "

... ungkapan di atas adalah perenggan terakhir dari satu artikel kat majalah Al Islam /Julai 2011 yang membuat laporan khas " Mencari Rahsia 40 "

terima kasih kat Aan yang menyarankan untuk aku membaca artikel ni ... so bila dah dah baca ada le sikit perbincangan dan perkongsian ilmu ... hehehe gitu le kami kat ofis ni ... bila timbul satu isu mesti akan di meja bulat kan !

fakta hasil kajian Dr. Gene-Cohen , Pengarah Centeron Aging, Health & Humanities di Pusat Perubatan Universiti George Washington , Amerika Syarikat .

Usia 40 adalah ketika otak berada pada tahap yang paling baik . Otak lebih fleksibel , mantap , mudah menyesesuaikan diri dengan keadaan , lebih kreatif , otak kiri dan otak kanan digunakan serentak, cekap , lebih tenang dan boleh mengawal emosi negatif .

Otak kiri mengkhususpada kebolehan bercakap , bahasa dan perkara yang berkaitan dengan logik manakala otak kanan berkaitan dengan kreatif , imaginasi , emosi , kemanpuan merasakan ,ekspresi tubuh dan interaksi manusia . melalui ujian imbasan PET dan MRI yang dibuat ke atas orang berusia didapati otak hemisfera kiri dan kanan bertindak serentak dalam masa yang sama.

Oleh itu tanggapan mengatakan semakin berusia maka otak semakin lemah adalah salah ! apa yang perlu dilakukan adalah mengenai pasti potensinya dan sentiasa mengasahnya agar kekal tajam ... hehehe.

* ... adakah anda takut menjadi tua ??? sesungguhnya Allah tidak memilih atau menjadikan sesuatu tanpa ada hikmahnya.

- seperti dedaunan bila tiba masanya pasti gugur ... :)




No comments: