Thursday, July 5, 2012

Bukan Susah Nak Faham



... aku terjumpa buku ni semalam semasa bertugas kat kaunter ... aku tertarik dengan judul yang sempoi ... pastu buku pun x le tebal sangat ... cuma 208 ms jer ! karya Zahiruddin Zabidi ... diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn . Bhd ... harga RM 19.00 ... isk ! macam nak promote buku lak ...

... dan yang lebih menarik sebenar adalah apa yang tertulis di dalam buku ni ... terdapat 26 kisah dan 4 bacaan bonus ( cerpen ) ... aku suka dengan gaya bahasa yang mudah tapi sarat dengan pengajaran dan diperkemaskan lagi contoh2 yang sering berlaku dalam persekitaran kehidupan kita ...

... kalau kat Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ... lokasi nak dapatkan buku ni kat rak 297.57 Za ( Bah. Buku Agama ) ... barcode 3602484 

antara petikan yang terdapat dalam buku ni ...

... seorang murid, yang dikenali sebagai murid yang pendiam, bangun dan memberi isyarat mahu bertanyakan soalan.



Tanya dia kepada ustazah, “Ustazah, kalau Allah menyuruh kita solat, macam mana pula Allah solat?”


Seluruh kelas terpana dengan soalan pelajar itu.


Ustazah mereka juga terkedu sekejap sebelum dapat mencari jawapan yang sesuai bagi menjawab persoalan anak muridnya itu.


Seketika kemudian baharulah ustazah menjawab dengan bertanya kembali kepada pelajarnya itu, “Kenapa awak datang ke sekolah?”


“Kerana mahu belajar,” jawabnya ringkas.


“Selain daripada itu?”


“Kerana mak dan ayah saya suruh.”


“Tapi mereka tidak datang sekolah bukan?”


“Ya.”


“Begitulah juga Allah. Dia yang menyuruh kita bersolat untuk menyembah diri-Nya. Maka Dia tidak perlulah bersolat. Sebagaimana mak dan ayah kita suruh kita datang ke sekolah, sedangkan mereka tidak datang ke sekolah.”


Murid tersebut mengangguk, berpuas hati dengan jawapan daripada ustazah mereka itu.



* ... kekadang perkara yang mudah pun kita susah nak faham dan adakalanya x faham langsung .

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum, terima kasih puan kerana sudi membaca buku tulisan saya ini. Semoga ia bermanfaat kepada ummah, amin.

ZAHIRUDDIN ZABIDI
www.kalamkhalifah.com