Thursday, December 27, 2012

koleksi terkini






buku-buku kat atas ni adalah yang terbaru dalam koleksi aku ... dan mungkin koleksi penutup untuk tahun 2012 ( ... mungkin ye ... mungkin tidak kut ! hehehe )

 ... buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary  ni hakmilik didi yang terima dari HQ tempat dia bertugas ( DRB Hicom ) ... kiranya macam nak bagi semangat kat anak buah supaya berjaya macam tuan punya syarikat @ Boss ... aku suka baca buku ni ... banyak tip2 untuk jadi orang berjaya !

... Buku Bilal bin Rabah ni aku beli kat Maju Edar , Sungai Besar ... harga x lah mahal sangat ( sebab dapat less 10 % ) tapi berbaloi membacanya ... sebab penulis mengolah perjalanan kisah hidup Bilal bin Rabah seolah-olah macam kita baca novel ... kisah tragis seorang hamba mempertahankan kepercayaannya kepada Pencipta Sekelian Alam ... subhanallah

... Pic buku yang last adalah novel Sha & Shah karya Sha Ibrahim dan Nasi Lemak Buah Bidara karya April Snow ... novel ni aku beli online kat kakinovel.com ... sejak jadi ahli kakinovel dengan tawaran harga dan penghantaran percuma ...  keterujaan menambah koleksi novel adakalanya sukar dikawal ... hehehe



No comments: