Tuesday, April 29, 2014

Analogi kehidupan ... part 18 " kalut "


... dah hampir penghujung bulan april tapi aku masih belum serasi lagi bertugas di Bahagian Rujukan ... kebanyakan masa masih lagi diruang lingkup kaunter utama ... apatah lagi internet kat bahagian rujukan slow macam siput ... adoii ! dah tu semua fail kat komputer kaunter lama ... rasa macam nak menjerit jer !

... laporan " Jom baca bersama 10 minit " masih dalam proses pengumpulan ... dateline yang diberikan email sebelum 30 April ni ... aku masih menunggu dan menunggu maklumat dari PD dan Pekan ... harap dapat settlekan sebelum 30 April ni ...

... kekadang suasana panas kat tingkat satu buat aku kurang selesa tapi aku anggap " inilah dugaan untuk mencari rezeki sebab kat luar sana tu ada lagi hamba Allah yang lebih berat dugaan dalam mencari rezeki " ... seperti yang selalu Aan cakap " jangan cakap panas tapi fikirkan sejuk ... sejuk ... sejuk " hehehe

... kebelakangan ini aku rasa amat teruk sangat ... banyak perkara tertangguh atas sebab yang x dapat nak dielakkan ... bukan salah sesiapa pun ... mungkin aku yang kurang cermat menggunakan waktu ... tapi aku memang rasa kalut ... kalau boleh memang aku nak settle semua arahan tugas diberikan tapi aku juga sedar bukan semua arahan boleh aku selesaikan sebab aku ni bukan sesiapa pun ... adakalanya skop kerja dan jawatan menghalang ... meskipun aku boleh melaksanakan ... inilah dilema yang sering melanda ...

 
 
susahkan ?
buat dikata salah
x buat lagi le salah
so ...
apa citer sebenarnya ?
ermmm
x perlu kata apa-apa
kecuali
 
 


No comments: