Saturday, June 28, 2014

cubalah untuk mengerti ...


Alhamdulillah audit dalam dah selesai pada 24 Jun lepas  ... sekarang ni preparation  untuk audit sebenar yang dijangka dalam bulan September tapi TP ada maklumkan sebelum audit sebenar akan ada sekali lagi audit dalam  pada Ogos ni ... so memang x de istilah break sehingga hari audit .
 
... ada beberapa perkara yang disentuh semasa audit dalam baru-baru ni ... seperti lazimnya audit yang terdahulu setiap kali audit akan ada penambahbaikan ... hanya kali ni aku rasa agak terkilan kerana beberapa maklumat penting yang sepatutnya diperjelaskan untuk tindakan perlaksanaan tidak dimaklumkan kepada aku dan kekawan yang lain ... x tahu dimana silapnya ? x tahu nak salahkan siapa ? atau aku juga ke yang bersalah ?
 
... minggu ni memang rasa tertekan sangat ( selalu Aan ingatkan " jangan stress kak nanti kolesterol meningkat 6 x ganda ) hehehe ... sabo jer le !

... hakikatnya bukan le stress sangat pun tapi lebih kepada keletihan minda ... letih sesangat juga rasa terkesan dengan apa yang berlaku ... hanya kerana seorang individu yang tersangkut atas faktor sikap maka post mortem dibuat melibatkan keseluruhan kakitangan ... kalau  ia pun nak buat tindakan drastik atau rombakan ... biarlah semua staf dapat hadir bukannya ketika ada staf yang bercuti ... apatah lagi rombakan itu melibatkan staf yang bercuti ... macam menjatuhkan hukuman tanpa dapat membela diri ... bila dah selalu sangat perkara ni berlaku ... aku dah mula ada tanggapan yang lain lak !

... ingatan untuk diri sendiri ( juga kepada mereka2 yang terbaca blog ini ) ... bak kata pepatah kalau berumah di tepian pantai kena berani menentang badai ... so maknanya kalau dah bahu berani memikul tanggungjawab kena lah berani juga menggalas risikonya ... bukan masa senang bertepuk tangan bila time bermasalah lemparkan kat orang lain.

... ada 3 perkara yang cuba aku elakkan " bila bercakap ia berdusta , bila berjanji ia mungkiri dan apabila  diberi amanah ia khianati " ... tapi aku selalu terkena pasal semua yang aku cuba elakkan ini ... aku cakap lain tapi orang sampaikan lain ... bila timbul masalah semua tunding jari menghala kat aku ... isk !isk !isk ! ... apa korang rasa bila ada kat tempat aku ? sesekali tu cuba le mengerti perasaan orang lain juga ... hormati reputasi orang lain .

... bagi aku kerja adalah amanah ... sedaya upaya aku cuba selesaikan walaupun adakalanya memang x masuk pun dalam skop tugas tapi memandang sudah terikat dengan fasa terakhir dalam fail meja iaitu " arahan dari masa ke semasa " maka suka atau tidak ... redha atau tidak ... kerja kena kasi settle ... maka jangan mudah letak label " tidak berkerjasama " ... aku pun keliru istilah " kerjasama " ... adakah kerjasama tu membawa maksud yang sama dengan kawtim ?

... dah bertahun-tahun di sini ... aku masih berpegang pada konsep kerja adalah ibadah ... dah nak masuk pra pencen ( istilah yang aku gunakan diri sendiri ) ... bab kawtim ni memang x de langsung melekat kat minda ... sebab x nampak rasionalnya pun ... tugas kita adalah tugas kita ... x kan jadi tugas orang lain ... lagipun  kawtim dengan manusia mungkin boleh selesaikan masalah ... bagaimana pula kawtim kita dengan yang di atas ... Yang Maha Mengetahui ... adakah boleh lepas juga ?

... pasal bab professional atau tidak diri aku ...  aku x nak komen pun ... hanya sekadar bertanya " adakah orang yang bercakap bab professional ni ... professional ? "

... aku anggap ini adalah dugaan Allah untuk hamba Nya ... dan aku yakin Allah tidak akan pernah menzalimi hamba Nya .

 

No comments: