Thursday, April 27, 2017

' nasib baik ! '




... agaknya dalam sehari berapa kali kita ber ' nasib baik '? ... sekali ... dua kali atau berkali-kali ?... ungkapan ' nasib baik ' ni , kita ucapkan beberapa kali dalam sehari bila mana kita merasakan terlepas atau bebas   dari sesuatu yang kita tidak suka .

... hakikatnya apa yang kita rasa ' nasib baik ' itu lebih kepada peluang kedua yang Allah beri ( itulah luahan seorang sahabat yang bergelut dengan masalah jantung ) ...waima perkara yang kita x berapa nak buat kita gembira pun masih boleh dikira nasib baik ...  " x de istilah tidak bernasib baik bagi orang yang beriman " itu kata seorang sahabat .

... Alhamdulillah , aku diberi peluang kedua untuk merasai pengalaman bertugas di perkhidmatan desa ... meskipun hanya lima hari , ianya tetap pengalaman berharga kerana bukan semua orang berpeluang melaluinya ... dari daerah ditukarkan ke cawangan ... 16 tahun di cawangan , diarah pindah semula ke daerah ... walaupun  perancangan awalnya ke desa ... so bila terima arahan bertugas di desa , aku agak teruja sebenarnya ... mungkin bagi orang lain perpindahan adalah sesuatu yang amat dihindari atau ditakuti ... ada juga yang berharap untuk stay kat situ sampai bila-bila !

... setiap orang punya tanggapan atau pandangan yang berbeza ... bagi aku dalam apa jua situasi atau cabaran adalah peluang kedua atau pun nasib baik untuk aku ... jangan lihat kesukaran tapi lihat pengajaran yang kita dapat .

... nasib baik kerana dikelilingi sahabat , kawan dan taulan yang sentiasa positif ... !

No comments: