Thursday, November 12, 2020

Nostalgia Jiran Kaunter Sebelah

 

 imbas kembali 2010 - 2017

2020 adalah tahun ke 14 aku menulis di Blog atau sebagai Blogger ... memula tu aku menulis sekadar untuk mengisi masa terluang dan memenuhi minat suka menulis sebab aku suka membaca ... mereka yang suka membaca akan suka menulis secara umumnya begitu ... mula menulis di blog pada tahun 2006 , masa tu aku menulis apa sahaja yang aku lalui ... adakala aku tulis juga pengalaman atau citer yang kekawan share ... Duniaku itulah trademark bolg aku 

Bermula Disember 2006 , aku akan menulis apa sahaja kerana aku anggap blog adalah diari so setiap hari aku akan post ... lagipun masa tu dunia blog x meriah seperti sekarang ... keasyikkan aku menulis sehingga satu ketika aku dikejutkan dengan panggilan yang meminta aku delete satu artikel yang aku post di blog ... terkesima kejap " eh ! kenapa ek perlu delete " ... itulah pengalaman yang mengajar aku sesuatu berkaitan benar , kebenaran , membenarkan ... jujur dan kejujuran bukan lah sesuatu boleh dibanggakan ... berkata benar atau jujur adakala dianggap sebaliknya 

Aku menulis di blog secara konsisten sehingga bulan September 2010 ketika bertugas di Perp. Cawangan Tanjong Karang ... situasi di situ banyak idea tercurah kerana 16 tahun punya cerita bermula dari tahun 1994 semua aku lakarkan sebagai kenangan pahit manis kehidupan dalam melunaskan amanah merentas daerah ... terkadang aku rindu masa lalu yang memberi inspirasi untuk aku terus melangkah meskipun pelbagai ranjau ... selalu aku ingatkan diri sendiri " inilah kehidupan " .

Oktober 2010 ... aku mula berhijrah ke lokasi baru ( atau pun lebih tepat tempat aku bermula ) setelah 16 tahun merantau di luar daerah ... jumpa rakan ofis baru ( hakikatnya dah lama kenal ) ... Bib , Aan dan Ayu yang semuanya ibarat adik-adik aku sahaja ... proses suai kenal antara kami x de lah luar biasa sangat tapi sebab masa tu semua bergelut dengan audit serta  x de pengalaman dengan audit ... seingat aku akrab antara kami sebab saling membantu , perlu memerlukan dan memulakan dari zero ... alhamdulillah " Dream Team "  ini  berjaya melalui first audit walaupun banyak yang teguran ... pengalaman ini amat bermakna bagi aku .

Blogger " Kisahku " adalah jiran aku di kaunter sebelah ... bestnya sebab kami ada minat yang sama iaitu membaca dan menulis ... aku panggil dia " beb " jer ! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ ... masa tu juga kami peminat tegar novel-novel terkini ... aku sendiri akan shopping online untuk novel dan buku karya Hamka ... memandangkan kaunter kami bersebelah maka setiap hari sebelah petang biasanya kami pilih satu topik untuk dibincangkan ... sambil mata mengadap screen komputer dan jari di keyboard untuk siapkan tugasan ... mulut pot pet pot pet berbalas pendapat dan pandangan ... bukan selalu kami sekata tau ... adakalanya x sehaluan juga tetapi tidak sampai berbalah kan beb ! ... berbezaan pendapat tu normal sebab kami usia kami yang berbeza ... dan akhirnya kami akan menulis di blog memasing ... rindu sangat saat itu 

Jan 2017 ... ketentuan Nya lagi , kami terpisah bukan sahaja dengan blogger kaunter sebelah tetapi melibatkan Ayu yang selalu menjadi pendamai dan pendengar setia ... masa itu rasa sendiri sangat apatah lagi untuk kebimbangan untuk menghadapi audit ... waima ada bidalan " patah tumbuh , hilang berganti " semesti yang tumbuh dan berganti tidak kan sama dengan yang patah dan hilang " ... 

Kini 3 tahun berlalu ... dan aku sendiri diarah tugas sementara ke lokasi baru sehingga penempatan sebenar siap rebranding ... adakah kami akan berjiran kaunter lagi di masa akan datang ?? ... aku tiada jawaban nya 

 

 

No comments: