Monday, November 4, 2013

aktiviti Oktober 2013





sibuk siapkan kura-kura
inilah hasilnya ... !



Aktiviti         : Kraftangan ( penyu dari pinggan polistren )
Tarikh          : 2 / 10 / 2013 ( Rabu )
Masa            : 10.30 – 11.30 pagi
Tempat         : Bilik Mesyuarat Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
Peserta         : 11 orang ( tiada keahlian baru )




 santai di ruang kanak-kanak

 pertanding mewarna



 menonton di bilik PSR


 CD cerita rakyat Selangor

 aksi hakim pertandingan mewarna ... ayu , wani & aan

 cenderahati ... dari PASTI



AKTIVITI : Lawatan PASTI  Kawasan Sungai Besar

a)      PASTI  AN-NUR , Sungai Nibong
b)      PASTI NURUL HIDAYAH , Binjai Jaya
c)       PASTI INSANIAH , Sungai Haji Dorani
d)      PASTI NURUL IMAN
e)      PASTI AS-SALAMAH , Simpang Lima

Akitiviti : Pertandingan mewarna bunga raya  / Tayangan CD “ Sejarah Sabak Bernam “ /
                Tayangan “  Kisah-kisah dari Al Quran –  Tentera  Bergajah  Abrahah   

Tarikh   :  3 / 10 / 2013 ( Khamis )
Masa    : 9.00 – 11.30 pagi
Tempat : Dewan Seminar / Ruang kanak –kanak / Bilik PSR  Perp. Daerah Sabak Bernam
Peserta  : 86 pelajar dan 12 Guru Pengiring ( keahlian baru  =43 )



pilih buku untuk dibaca

tayangan " SMURF "

kenangan

jom tonton ! di bilik PSR

sumbangan kecil dari Library Daerah


Aktiviti            :  Lawatan Tabika KEMAS
a)      Tabika Kemas An Nur , Peket 100 Simpang Lima
b)      Tabika Kemas Nur Hidayah , Pekan Simpang Lima
c)       Tabika Kemas Al Iman , Sek . Keb . Pt 13 Sg. Nibong
Aktiviti  tayangan  cartoon “ smurf “

Tarikh         : 7 / 10 / 2013 ( Rabu )
Masa          :  10.00 – 10.30 am
Tempat       : Bilik PSR Sungai Besar
Peserta       : 11 orang ( 7 keahlian baru )


 semua teruja untuk step awal






inilah hasil nya !


Aktiviti         : Kraftangan ( kambing mengguna kapas )
Tarikh          : 9  / 10 / 2013 ( Rabu )
Masa           : 10.30 – 11.30 pagi
Tempat        : Bilik Mesyuarat Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
Peserta        : 11 orang ( tiada keahlian baru )


penceramah ... Pn. Hanis Bazila

carta pemakanan sihat

cenderahati dari PPAS Daerah


Program             : Ceramah Pemakanan Sihat
Penceramah       : Pn Hanis Bazilla Bt Abu Hassan ( Pegawai Pemakanan Pejabat Kesihatan
                              Daerah Sabak Bernam )
Tarikh                : 31 Oktober ( Khamis )
Masa                 : 8.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat               : Bilik PSR, Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
Pererta               : 30 orang ( kakitangan perpustakaan Daerah, Pekan dan  
                              Desa Daerah Sabak Bernam )
Keahlian Baru   : Tiada 

 

Friday, November 1, 2013

manja dan berkira .... ?



" adakah kamu manja dan berkira ?

" ermm ... ntah x tahu "
" mungkin iya ... mungkin tidak "
" kamu rasa kan ... aku ni manja dan berkira ke ? " ... hehehe

... manja dan berkira ... ermm manja dan berkira ... ungkapan ni aku dengar semasa aku menghadiri satu meeting ( bila dan meeting apa biarlah rahsia ek ! ) ... tapi ungkapan ni sentiasa jer berlegar-legar kat minda sebab istilah manja dan berkira tu ditujukan kepada siapa sebenarnya ?

... yelah ... nak tahu juga kategori manja tu yang macam mana ? ... kategori berkira tu yang macam mana pula kan ... ! adakah dianggap manja bila memohon ehsan agar disediakan suasana kerja yang selesa ... yang selamat ketika menjalankan tugas ? ... adakah dianggap manja bila mengharap arahan tugas disampaikan secara berhemah dan jelas ...? dan adakah dianggap berkira andai bersuara untuk kebenaran ? ... adakah masih dianggap berkira andai menyempurnakan tugas orang lain ? ... adakah dianggap berkira jika tidak mengiyakan setiap kata ?

... jika semua ini termasuk dalam kategori manja dan berkira ... kenalah nilai semula diri sendiri ... kalau rasa diri manja dan berkira ... mudah terasa dan x leh terima kritikan ... x leh nak terima pandangan orang lain ... sukar untuk mengakui kesilapan diri ... maka itulah le tanggapan kita untuk orang lain ... dalam erti kata lain ... klu kita anggap orang disekeliling kita manja dan berkira ... itulah gambaran kita yang sebenar-benarnya .


Thursday, October 24, 2013

bila rasa ...



... hari ni mula kerja dengan semangat baru ... selepas cuti 2 hari ( selasa n rabu ) ... lagi pun  bukan cuti tahunan tapi cuti ganti SPASM ... sepanjang 2 hari tu aku rasa bebas sangat ... aku memang set kat minda ... x nak fikir langsung pasal kerja2 ofis ... bila handset bunyi pun aku akan pastikan dari sape ... hehehe

... aktiviti masa cuti ? ... ermm ... siapkan tempahan baju ... jahit manik ... jahit tote bag ... masak apa yang aku teringin nak makan ( klu time kerja aku makan jer apa yang orang sebelah rumah masak ) ... bersihkan kandang kucing ... main dengan lilo , miko dan domok ...

... bagi aku bercuti adalah terapi minda yang terbaik ... bila rasa serabut sangat ... bila rasa ruang sekeliling semakin menyesakan ... bila rasa kesabaran semakin menipis ... bila rasa nak senyum pun dah malas ... bila rasa nak pandang pun dah x kuasa ... bila rasa nak dengar pun dah lali ... bila rasa semua rasa yang ada ni dah membeku dalam diri .... aku kena keluar ... aku kena keluar ... aku x boleh nak biarkan semua rasa  negatif ni akan membunuh sifat positif dalam diri ...

... so hari ni ... hanya fikirkan kerja ! ... buat kerja ... ! siapkan kerja ! yang x de kaitan dengan kerja tolak tepi dulu ... hehehehe


Thursday, October 17, 2013

... bukan begitu caranya !



 " ... bukan begitu caranya ! " itu kata yatie bila aku meluahkan apa yang bertamu kat minda  saat ini ... yelah kalau aku x luahkan apa yang berserabut dan menyesakan nafas ... memang aku akan rasa sakit kat hati ... kalau boleh memang aku dah kisah pun tapi sebagai manusia biasa yang kurang sempurnanya ... adakala bila diri rasa dicabar tergugat juga kesabaran yang ada ...hehehe

 ... membalas kejahatan dengan kejahatan itu perkara biasa ... tapi membalas kejahatan dengan kebaikan itu adalah luar biasa dan lebih baik ... itu yang cuba aku lakukan dan praktikkan ... mungkin ada yang beranggapan aku lemah ... dalam banyak hal bukan semua perkara boleh diselesaikan dengan membalas balik apa yang telah kita lalui ...

... teringat aku pada ungkapan dalam ceramah yang pernah aku hadiri ... katanya " beri baik dapat baik ... kalau beri x baik , dapat x baik " ... berkali- kali aku memikirkan bait-bait kata ini ... acapkali kali terjadi perkara yang sebaliknya ... jangan putus asa ... ingat janji Allah ... setiap kebaikan yang kita lakukan hatta sekecil zarah akan ada ganjaran dari Allah ... gitu juga bagi setiap kejahatan akan ada balasan dari Nya ...
" buat baik tapi dapat x baik " itu adalah ujian dari Allah untuk hambanya ...

... tapi kata2 " 20 minit berada di dalam rumah seseorang , dah tahu kehidupan 20 tahun mendatang " yang ni memang aku x setuju ... apatah lagi jika pandangan ini menjadi benchmark untuk menilai orang lain ... itu akan  memberi impak negatif pada pemikiran ! 

 ... thanks Yatie yang sentiasa ingatkan aku pada kata " bukan begitu caranya ! " bila aku mula berkata " mengapa ? "



Saturday, October 12, 2013

... masih berharap !




" ... penantian yang x pasti di mana penghujungnya ! " itulah luah hati aku saat ini ... hehehe

... melihat user melangkah masuk dengan senyuman ... hati rasa lega ... alhamdulillah dalam suasana yang tidak selesa ini masih ada lagi user yang sudi bertandang ... cuaca panas luar menambahkan lagi kehangatan di dalam ...

... kekadang tu timbul juga tanda soal kat minda ... sampai bila agaknya kehangatan ini akan berakhir ? ... laporan dah dibuat lebih dari sekali ... lampu yang dulu suram ... kemudian terang ... kini dah kembali suram ( banyak yg x berfungsi ) ... bukan x disuarakan dalam meeting tapi masih keadaan begini ...

... time shelving buku paling mencabar ... bila kehangatan dan kesuraman bersatu ... hanya Allah sahaja yang tahu apa kami rasa ... semoga ketabahan kekal di situ dan tidak luntur di mamah waktu .amin

... kata yatie " jangan mengeluh ... anggap jer diri sedang diuji .... hehehehe " sabo je le !


Friday, October 4, 2013

kenangan SPASM Selangor 2013

 sebahagian dari LO ( Liason Oficcer ) dan atlit kontinjen Selangor
dari kiri ..mika , yus , maya , mayang , iza , ani , azi , aznor , me , azna dan sabah


... first time terlibat dengan SPASM ... walaupun bukan sebagai atlet tapi tugas sebagai liason officer mengundang sejuta rasa dalam hati ...  aku dan En. Raja Nasaruddin ( staf Library Pelabuhan Klang ) ditugaskan untuk kontinjen Kuala Lumpur .

... pengalaman berharga yang x mungkin luput dari ingatan ... sejak dilantik jadi LO lagi ... aku dah mula rasa seriau ... apatah lagi dengan kesihatan yang betul2 teruk masa tu ( batuk n selsema ) ... cabaran sebagai LO bermula dari 20 - 23 September 2013 ... terima kasih kepada rakan2 LO yang sentiasa saling menyokong dan terima kasih sesangat pada partner LO kontinjen Kuala Lumpur En. Raja Nasaruddin yang sentiasa membantu ... hehehehe

... apa pun tq kepada semua yang memberi kerpercayaan dan kerjasama baik sepanjang tugas LO tu tergalas di bahu ini .



* ... sampai saat ini aku masih x sihat lagi ...  

Monday, September 9, 2013

semoga dipermudahkan .....


resah dan gementar
itulah aku saat ini
amanah dan tanggungjawab
yang tergalas di pundak
bagaikan menghimpit segenap ruang
Ya Allah ...
luruhkanlah rasa resah dan gementar ini
gantikan dengan ketabahan dan kesabaran
agar amanah dan tanggungjawab yang digalas
dapat disempurnakan
dengan sebaik-baiknya
  semoga dipermudahkan ...
Amin ...