"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Friday, June 19, 2015
Saturday, June 13, 2015
... perjuangan tanpa noktah !
" ... astaghfirullahalazim ... astaghfirullahalazim ... astaghfirullahalazim " berkali-kali aku lafazkan dalam hati setiap kali ada sesuatu mengganggu gugat ruang paling dalam ... dalam diri ... dan berkali-kali juga aku set minda " hidup adalah perjuangan tanpa noktah " ... apalah sangat nak dikisahkan dengan cakap-cakap yang bersifat parokial sedangkan lebih dari itu telah aku lalui ... hanya mungkin dalam peringkat usia sebegini hati mudah sangat touching ... !
... bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang ... apatah lagi jika nawaitunya berbeza ... saat mata memandang sekeliling ruang lingkup sekeliling ... aku tahu laluan yang bakal dijalani sepanjang fasa terakhir ini terasa amat mencabar ... adakalanya aku rindu suasana yang dahulu ... ! hehehe
... minggu ni memang busy sikit , banyak perkara kena settle on the spot dan melibatkan pihak lain ( untuk maklumat terperinci ) ... aku tahu situasi mereka ... aku memahami apa yang mereka rasa ... dan aku juga berusaha untuk tidak menyusahkan kerana prinsip aku " sedaya mungkin untuk selesaikan tanpa susahkan orang lain " so bila mana aku mohon maklumat itu bererti aku memang tiada maklumat tersebut .
... sebenarnya ada juga perkara-perkara yang membuat aku give up ... beri pendapat , dikata mengkritik ... menyuarakan perkara yang benar , dikata engkar arahan ... tak kata-kata apa , dirujuk sebagai melawan ... acapkali aku terkesima bila tanpa tahu citer terjaja dan bukan sekali juga hati terguris ... akhir-akhir ini aku ralit memerhati rentak laku orang sekeliling ... x nak cakap apa-apa , sekadar perhati dan nilai jer ... takut dengar hempasan pintu ... terkejut beb !
Akhirulkalam ...
Kehidupan adalah perjuangan tanpa noktah ! ... kalau x de cabaran , x de istilah perjuangan ... kalau x de perjuangan kehidupan akan statik ... x best jugak kan ! ... lalui jer dengan kesabaran selagi daya ... semoga Allah beri kesabaran dalam meneruskan kehidupan ini . amin.
Tuesday, May 26, 2015
terima kasih ... amin
Alhamdulillah ... hari ini memulakan tugas dengan semangat baru selepas cuti sakan ( 2 hari cuti ganti + 2 hari cuti am ) lagi pun birthday jatuh pada hari ahad 24 Mei ... so memang happy sesangat ... x de le potong kek bagai ... sepanjang hari tu aku hanya peruntukan banyak masa untuk baca ... baca ... dan baca , apatah lagi novel yang aku oder dihantar ke rumah pada hari sabtu ... memang cantik sangat lah !
24 Mei
* pepagi lagi aku dah terima sms dari Bunga " Asslm..pg mis , selamat ulang thun ke ... moge pnjng umur mrah rezki n mndpat kebrkatan dlm sgale hal .. amin .. " amin .. amin .. amin - tq Bunga
* dan aku terima juga sms dari Yatie " mis call lah ... hari ni klu ko call free kan ... hehehe " itu ayat dari yatie ... setelah selesai semua urusan baru aku call yatie ... antara yang kami sembangkan :-
Aku " beb ! nak hadiah "
Yatie " untuk besday tahun ni ... aku rasa hadiah kek dah x sesuai kut ... aku hadiahkan doa
semoga Allah beri keberkatan dalam kehidupan ... nikmat sihat ... barakah rezeki ... tabah
dan sabar ... sentiasa berlapang fikiran dengan cabaran ... bla ... bla ( sebenarnya macam2
lagi celoteh , dah macam cikgu bagi nasihat kat anak murid ... aku tadah telinga ... redha je!
... bersembang dengan yatie memang susah nak jumpa noktah ... ada jer perkara yang menjadi topic perbincangan ... guru kaunseling kan ! apa pun terima kasih banyak sebab sentiasa ada saat aku memerlukan sahabat untuk mendengar keluh kesah .... hehehe
... perkenalan kami pun agak unik ... kenal pasal nak cari rumah sewa ( masa aku bertugas di Lib Tanjung Karang ) ... bezanya yatie menyewa hanya 2 bulan ( pastu dia dapat tawaran masuk maktab dan cikgu sekolah ) dan aku menyewa hampir 5 tahun ( sebelum mampu beli kenderaan ) ... kemudian aku berulang alik selama hampir 10 sehingga aku ditukarkan pada 2010 ... di mana tempat aku memulakan kerjaya ... Alhamdulillah hubungan ukhuwah antara kami x pernah putus ... semoga ianya berkekalan ... amin
26 Mei
* hari ni bila chek email dan singgah kat fb kejap ... ada sederet ucap selamat dari member PPAS ... member2 lama masa kat PLKM ... member masa bertugas kat Lib Tg Karang ... ucapan dari mantan
Penolong Pegawai PPAS yang aku anggap sebagai mentor dalam kerjaya ... terima kasih En. Mizuar Udin ... " kita tak perlu ubah cara mereka bekerja , cara kita bekerja akan mengubah mereka " itu kata-kata dari beliau ketika aku ditugaskan ke Lib Tanjung Karang .
Saya doakan beliau sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah ... Amin dan Al Fatihah untuk allahyarmah isteri beliau Mamainasuraya ( Kak Ida )

happy birthday mis
moga sejahtera berpanjangan
moga sejahtera berpanjangan
Thursday, May 21, 2015
yes !! esok cuti ....
yes !!esok cuti
yes !!esok cuti
yes !!esok cuti
yes !!esok cuti
yes !!esok cuti
jumpa hari selasa ye ...!
Tuesday, May 19, 2015
Saturday, May 9, 2015
checklist kehidupan
... alhamdulillah , selesai sudah Kursus Pemantapan Khidmat Pelanggan Perpustakaan yang aku hadiri selama 2 hari di HQ Shah Alam ... banyak ilmu yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian ... memang bermanfaat kursus ni ... rasa bertuah sebab nama tersenarai sebagai salah seorang peserta kursus walaupun dimaklumkan last minute ... hehehe
... hari pertama kursus 29 April , aku keluar rumah sesudah subuh ( memang selalu macam gitu ) itu pun setelah aku selesaikan semua urusan berkaitan dengan kucing ... sampai kat rumah Aan jam 6.30 am ... hari ni pergi kursus together gether dengan staf Pekan Dataran Sabak ( Y'zid ... merangkap pemandu ) , staf PD. Bagan Terap ( Bib ) , staf Perp. Daerah K/Selangor ( Milah ) ... staf dari Perp. Daerah Sabak Bernam hanya aku , Ann ... antara checklist wajib on the way ke HQ adalah ngeteh kat gerai sebelah Petronas Tanjung Karang
... hari kedua kursus ... aku agak kalut sikit sebab terbangun lewat dari sepatutnya ... hehehe , x singgah ngeteh pun hanya beli dan makan dalam kereta ... aku makan dalam kereta ? ... dak ah ! Ann dan Bib jer yang makan ... lagipun aku dah alas perut dengan makan kurma ... hari kursus hanya half day ... rileks sikit untuk memandu balik ... lepas solat zuhur terus gerak balik ... hantar Mila kat Kuala Selangor dan Bib kat Sekinchan ... dalam perjalanan ke Sungai Besar ... aku dan Aan singgah kat Batu 23 Sg. Nibong ... pekena ABC dan Mee Bandung Ketam ... tengok ABC tu memang le teruja giler tapi bila Mee Bandung Ketam dihidangkan ... aku pandang Aan " beb .. macam mana nak makan ketam ni ... hehehe ?"
... skala yang aku bagi untuk kursus 2 hari ni ... 4 , bagus jika dapat dipraktikkan sepenuh dalam kehidupan seharian dan lagi bagus jika dijadikan amalan ( ingatan untuk diri sendiri ) .
... sekarang ni aku dah mula menulis rutin harian ( dulu pernah gak buat cuma x sepenuhnya ) ... checklist bermula dari bangun pagi hingga terlelap mata pada malam hari ... ( kat ofis memang ada buku pemantauan tugas ... aku tulis tugasan dan arahan untuk seminggu )
... dari checklist rutin harian ni , sebenarnya aku menghabiskan lebih banyak masa untuk kerja sahaja dari 9.00 pagi - 6.00 petang ... perjalanan pergi dan balik kerja 1/2 jam ( itu kalau aku memandu secara konsisten ) ... masa untuk diri sendiri hanya bermula selepas rutin kerja rumah selesai ( masak ? kadang-kadang ... urusan dengan kucing ? semestinya ... membaca ? wajib sebelum mata terlelap ... tidur ? aku memang tidur jam 10.00 malam kecuali ada tayangan citer best kat TV !
... checklist rutin kat ofis ... bermula jam 9.00 pagi ( aku berusaha untuk sampai kat ofis sebelum 8.50 setiap hari ) ... tulis nama kat buku kehadiran ... usaha untuk shelving buku setiap hari kecuali ada arahan dari masa ke semasa urgent ! ... pastu akan dok mengadap computer kat kaunter pemulangan ... kemaskini fail ( bila perlu ) ... " mis ... x bosan ke buat kerja sama setiap hari ? " itu pertanyaan Yatie ... dan mungkin itu juga le anggapan orang kat luar sana mengenai kerjaya di Perpustakaan ni ... apa jawapan aku utnuk pertanyaan dari Yatie tu ? ... maaflah ye sebab x nak kongsi apa jawapan aku ... yang aku nak kongsi hanya jawapan yang aku beri tu buat Yatie gelak besar !! hehehe ( ... aku catat apa yang aku lakukan setiap hari secara detail dlm buku pemantauan tugas )
... apa sahaja yang kita lakukan ... suka dengan apa yang kita lakukan atau tidak suka dengan apa yang kita lakukan , ada hubungkaitnya dengan nawaitu dan sikap kita sendiri ... sebenarnya dalam banyak perkara kita selalu tidak gembira dengan situasi yang dihadapi tanpa kita sedar sebenarnya itulah sebaik-baik perkara untuk kita ( ingatan untuk diri sendiri )
~ wallahuaklam ~

Saturday, April 25, 2015
Let's read together for 10 minutes 2015
Program " Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let's Read Together For 10 Minutes " yang diadakan serentak di seluruh Malaysia ini , melibatkan segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada peminpin , jabatan kerajan / swasta , university , kolej, sekolah , hospital , NGO , pusat membeli belah serta individu-individu atau sasaran tertentu seperti pemandu teksi /bas , pekerja kebersihan serta pengawal keselamatan .
... di Daerah Sabak Bernam , lokasinya adalah di Dewan Seri Bernam dan sebelum LRT ( ringkasan untuk Let's Read Together ) bermula jam 10.00 am - 10.10 am , pengisian lain yang turut adakan adalah Ceramah mengenai Keselamatan Ketenteraman Awam oleh Balai Polis Daerah Sabak Bernam , Pameran oleh AADK , Pemeriksaan Kesihatan oleh Pej. Kesihatan Daerah Sabak Bernam dan Pameran Buku Baru serta Kempen Keahlian oleh PPAS Daerah Sabak Bernam .
Ceramah " Keselamatan & Ketenteraman Awam " oleh Balai Polis
Daerah Sabak Bernam
Daerah Sabak Bernam
kaunter PPAS ( kempen keahlian & pameran buku baru )
zam , wani ( PJL ) , ayu , n raihan
zam , wani ( PJL ) , ayu , n raihan
staf PPAS Daerah Sabak Bernam
zam , me , ayu n raihan
zam , me , ayu n raihan
kaunter pendaftaran kehadiran peserta oleh
staf Pejabat Daerah Sabak Bernam
staf Pejabat Daerah Sabak Bernam
10 minit bermula " Jom baca "
Friday, April 24, 2015
mujahadah
... semalam aku emosi sikit ( sikit ke ... ? hehehe ) dengan situasi meja bulat ( belakang kaunter ) ... " isk ! apa saje lah diorang ni ... pagi-pagi lagi dah bikin panas " hurmm ... biasalah selagi program x berjalan ada jer desas desus ... semuanya menyalahkan orang itu lah ... orang ini lah ... macam le diri sendiri perfect sangat kan ! ... bukan x biasa dengan program zero budget ? rasanya x perlu nak persoalkan sebab dah dimaklumkan lebih awal pasal zero budget ni ... lagi pun setahun sekali jer kan ! ( mesti ada yang berangin dengan statement ni ... hehehe ... maaf ek ! )
... semasa taklimat program diadakan ... aku x leh nak follow sebab " diarahkan "... aku ulang sekali lagi " diarahkan " ( bukan suka-suka ) untuk turut serta dalam meeting satu lagi program yang dirancang bulan Mei ... adakala kita tiada pilihan bila berkaitan dengan arahan tugas ... apa pun tanggapan orang ... arahan wajib dilaksanakan selagi tidak bercanggah dengan perkhidmatan.
... selesai meeting aku diminta pula untuk beri penerangan berkaitan meeting ( ini pun arahan tugas jugak ... bukan suka-suka ) ... aku x pasti apa tindak balas selepas ini ... aku anggap ini adalah mujahadah diri dalam memikul amanah ... aku tahu , aku x upaya nak ubah pandangan mereka ... dan aku x nak bersikap pesimistik .
inilah mujahadahku .
inilah mujahadahku .
Monday, April 20, 2015
... yang ingin kukongsi
... sesuatu ketika , aku dipanggil untuk satu perbincangan yang mana mukadimahnya adalah mengenai sikap yang seharusnya ada dalam diri ... aku hanya mendengar untuk mencerna maksud yang tersirat ... ada juga beberapa perkara yang ditimbulkan yang aku anggap sebagai kiasan apa yang sebenarnya ingin disampaikan ... aku masih mengambil sikap mendengar tanpa komen .
... seketika kemudian ... aku diajukan persoalan tentang perkongsian ilmu ( ... ada juga beberapa perkara yang aku off record ) ... aku jawab persoalan yang diajukan itu dengan satu persoalan juga ... " saya tiada jawaban sebab tiada yang mengajukan soalan ? " ... sementelah pula aku ni hanya ada pengalaman yang tentunya x standing dengan sijil daripada menara gading ... bukan tiada yang bertanya atau ingin berkongsi pandangan ... hanya sekadar itu sahaja ke !
... sekelumit juga rasa serik dalam hati ... untuk berkongsi ilmu ( berkaitan kerja ) , bimbang menimbulkan fitnah ... memang seharusnya aku nyah jauh segala tanggapan negative ni ... itu juga yang pernah aku lakukan dulu ... bagi aku setiap pertanyaan , seharusnya ada jawaban ... setiap persoalan , perlu ada jalan penyelesaian .
... sehingga suatu ketika sikap ketidak-kisahan untuk memberi pandangan , berkongsi pendapat , bertukar idea ini memerangkap aku dalam situasi yang amat memeritkan ... keterbukaan aku dalam memberi pandangan , berkongsi pendapat dan bertukar idea ... seolah-olah mengundang ruang kritikan serta salah faham yang berterusan ... apa sahaja lontaran cadangan dan pandangan yang aku anggap boleh dikongsi , acapkali dimanipulasi sebagai arahan jika berlaku sesuatu yang negatif ... walhal istilah perkongsian entah hilang ke mana ?
... seharusnya bila istilah berkongsi yang sering aku gunakan itu membawa erti lebih kepada yang baik jadi teladan dan ikutan ( ikut kesesuaian ) ... yang kurang sesuai jadi sempadan ... bukanlah arahan yang perlu dipatuhi ... hanya kita sahaja yang tahu apa yang baik dan sesuai dengan situasi sekeliling kita .
... serik ? x lah cuma terasa hati jer ! hehehe ... hanya akan lebih berhati-hati bila diminta beri pandangan , pendapat , idea atau apa sahaja yang semaksud dengannya ... bukan x sudi berkongsi tapi berhati-hati .

Saturday, April 11, 2015
kempen keahlian di Program NILAM
... kempen keahlian di Program Nilam , SMK Sungai Besar pada 8 April 2015 ... terima kasih diatas undangan untuk sama-sama menjayakan program tersebut ... walaupun jemputan tu last minite tapi amat dihargai ... terima kasih juga atas kerjasama baik sepanjang kempen keahlian berjalan ... hanya pen dan note book dan majalah Dewan Siswa sebagai cenderahati kepada pendaftar keahlian yang ke 10 , 20 , 30 dan seterusnya ...
... daripada 120 murid yang mengisi borang keahlian ... setelah semakan dibuat hanya 96 murid direkodkan sebagai ahli baru PPAS Daerah Sabak Bernam ... alhamdulillah
... misi kempen keahlian ni berjaya dengan kerjasama Perpustakaan Bergerak M 9 dan Perpustakaan Jalur Lebar ( PJL ) ... bila melihat sambutan yang baik ni ... Din bagi cadangan untuk buat Program Jelajah Perpustakaan ke sekolah-sekolah yang lokasinya jauh dari perkhidmatan perpustakaan sebagai usaha untuk memperkenalkan apa yang ada di perpustakaan ... selalu tanggapan masyarakat adalah perpustakaan ni hanya untuk budak sekolah jer ... atau pun hanya ada buku sahaja ... itu mungkin ada benarnya ... itu dulu , sekarang ni perpustakaan dah jauh berbeza ... so inilah objektif program jelalah perpustakaan ... aku sedang merangka kertas kerja untuk projek ni ... semoga ianya dapat dilaksanakan .. insyaallah.
murid sesi petang yang terlibat dalam Program NILAM
meja pendaftaran keahlian dan pameran buku baru
beratur untuk menaiki Perpustakaan Bergerak
semua murid teruja untuk bergambar di M9
taklimat ringkas mengenai PPAS Daerah Sabak Bernam
( gemuruh rasanya ... hehehehe )
Tuesday, April 7, 2015
aku ... apa adanya
Tika langkah semakin hampiri garis penamat
Jejak kian sarat berliku
Kerikil tajam kejam terasa
Menerjah telapak yang uzur
Perjalanan nun masih jauh
Titis airmata mengalir lesu
Basah membajai semangat dalam diri
Tatkala jiwa merusuh
Hati berbisik ' sabarlah '
Ingin kugapai semua impi
Menabur bakti tersemat dihati
Berkongsi ilmu selagi daya
Kala semangat dan hasrat menyatu
Duga dan cabar bagai berpadu
Hati berbisik ' sabar itu ada indahnya '
Sebelum kaki berhenti melangkah
Sebelum ayat bertemu noktah
Selagi minda bisa memikir
Selagi jasad masih dikandung
Semangat berbakti tiada henti
Berundur tidak sama sekali

Friday, March 20, 2015
mudahnya ...
kehidupan adalah pilihan
nak jadi baik ... berusaha jadi baik
mimpi jadi baik ... berharap jadi baik
mudahnya !
kehidupan adalah pilihan
sukar buat baik , itu pilihan
suka buat x baik , itu pilihan
pilih buat x baik , itu pilihan
mudahnya !
kehidupan adalah pilihan
niat baik , susahkan orang
susahkan orang dengan niat baik
mudahnya !
kehidupan adalah pilihan
boleh buat baik tapi pilih buat x baik
niat buat baik tapi x berusaha jadi baik
usaha buat baik ... niat mesti baik
itu pilihan
mudahnya !
niat buat baik tapi x berusaha jadi baik
usaha buat baik ... niat mesti baik
itu pilihan
mudahnya !
Thursday, March 12, 2015
mangli
" ... jangan terlalu berharap kesempurnaan dalam diri orang lain ... " itulah yang sering aku ingatkan untuk diri sendiri ... bukan kesempurnaan yang aku inginkan ... aku tahu benar memang tiada insan yang sempurna ... yang selalu aku harapkan adalah rasa kebertanggungjawaban dalam diri demi merealisasikan amanah ... apatah lagi bila kita dengan rela hati melabuhkan tandatangan pada kertas aku janji .
... sepatutnya aku dah mangli dengan situasi rencah ragam ini ... seharusnya begitu ... seharusnya x perlu berharap pun ... dah kebiasaannya begitu ! namun hati masih lagi berharap ... dan berharap ianya akan ada perubahan ... aku cuba memahami betapa kita semua ini sentiasa dirantai dengan masalah dan kemelut dalam kehidupan ... aku cuba belajar rutin tugas sebaik mungkin ... aku berusaha memahami apa sebenarnya yang mereka lalui ... walaupun mungkin tidak sepenuhnya , sekurang-kurang aku berusaha juga .
... mendengar keluh kesah akan segala kepayahan dan permasalahan yang mereka lalui ... terdetik juga dihati ini ... adakah mereka memahami apa yang terpaksa aku lalui ? ... adakah mereka pernah cuba untuk memahami ? ... adakah mereka berusaha untuk memahami ? ... kita selalu berharap orang lain dapat memahami permasalahan yang kita lalui , sedangkan kita tidak ... apatah lagi jika permasalahan kita itu menjadi liability pada orang lain .
... yupp ! sepatutnya aku dah mangli ... biarkan saje semua mengikut rentak yang mereka inginkan ... x perlu pusing memikirkan , kerana mereka tidak akan berubah selagi mereka gagal mengendalikan cara berfikir ... hehehe
Saturday, February 28, 2015
buai laju-laju ...
sampai pokok sena
rajin baca buku
jadi orang yang bijaksana
buai tinggi-tinggi
tinggi sampai ke bulan
jangan sombong diri
nanti tiada kawan
buai laju-laju
sampai pinggir kali
buat baik biar selalu
buat jahat ... jangan biarpun sekali !
buai tinggi-tinggi
tinggi sampai ke awan
di mana letak budi
budi terletak di hati yang dermawan
buai tinggi-tinggi
sampai hujung laman
biar merendah diri
itu tanda orang beriman
buai laju-laju
hingga hari petang
orang ramai lalu
si manja tinggal seorang
* teringat masa kecik2 dulu ... arwah mak selalu dodoikan adik dengan lagu-lagu macam gini ... sempoi jer !
Wednesday, February 18, 2015
... dari jendela itu
... dari jendela itu
ku memandang keluar
ada titis-titis air mengalir lesu di dinding cermin
yang kian kabur
... dari jendela itu
ku mencari diri ku yang hilang
dalam kelam kabus kelabu
yang kian menjauh
... dari jendela itu
dalam titis air yang mengalir , dalam kelam kabus
aku memohon dengan lafaz
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan ( yang sebenar ) melainkan Allah
dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah itu adalah utusan Allah ( Rasulullah )
Saturday, February 14, 2015
mencari makrifat
... Alhamdulillah , sehari sebelum berakhirnya Pesta Buku Selangor ( 29 Januari - 8 Februari 2015 ) yang berlangsung di SACC , Shah Alam ... nama aku tersenarai untuk menghadiri ' Seminar Tempat Kerja Saya , Ladang Pahala Saya : Prof Muhaya Haji Muhamad ( sesi 11 ) dan Green Dome Publication : Ust Don , Ust Taha dan Dr. Luv ( sesi 1 ) ... bak kata pepatah " ibarat pucuk dicita ulam mendatang " ... walaupun ketika itu kesihatan x berapa nak ok ( selsema dan batuk agak teruk jugak ) ... aku x drive tapi tumpang member ...
... sesi 1 bersama Ust. Don yang memperkenalkan karya beliau yang terbaru " Solat & Selawat " dan beberapa buku keluaran Green Dome Publicatin ... x sempat nak singgah pun booths Green Dome Publication ... aku hanya beli 2 buku agama jer ...walaupun harga novel less 50 % ... aku cekalkan hati x nak tergoda ... takut budget lari ... hehehe
... aku nak share pengisian berkaitan Tempat kerja saya , Ladang pahala saya bersama Prof Muhaya Muhamad ... mengenai apa yang seharusnya kita lakukan dan apa yang tidak seharusnya kita lakukan ... antara lain yang diperkatakan adalah sikap yang perlu sentiasa positif ... focus pada tugas ... buang segala sikap x elok ... x de facebook ... x de gossip ... x de whatsapps ... x de umpat ... buang semua yang negative ... ganti dengan semua yang positif ! .... buang semua keladak ! apa yang disampaikan hari tu sama seperti seminar yang pernah aku turut serta sebelum ini ... pengisiannya x banyak beza .
... aku cuba luaskan dalam skop " kehidupan saya adalah ladang pahala saya "... banyak yang boleh kita perbuat untuk dapatkan pahala ... senyum ... bagi salam ... sedekah ... jujur dalam perbuatan ... ikhlas dalam melaksanakan tugas ... aku berusaha bersungguh-sungguh untuk mempraktikkan dalam kehidupan seharian ... hanya terkadang aku gagal mendidik hati agar lebih bersabar dengan rencah ragam perangai insan yang kerapkali menguji kesabaran ini ... Ya Allah ampuni hamba Mu yang penuh dengan kelemahan ini ...amin.
... menyelusuri tipikal kehidupan x seindah seperti yang kita selalu inginkan ... macam juga yang sering terjadi niat yang baik tidak semestinya memberi impak positif ... beri baik , dapat baik , beri x baik , dapat x baik , beri baik tapi dapat x baik sebab beri x cukup baik ! ... yang paling penting adalah niat mesti baik dan istiqomah dalam melakukan kebaikan.
... lagi satu nak share " berbuat baik dan mencari kebaikan " yang pernah aku sembang-sembangkan dengan ija semasa memandu balik dari ofis sebulan yang lepas ... bual yang biasa-biasa jer tapi aku terkesima dengan jawapan ija ... " buat baik dan cari kebaikan ... dua-dua dapat pahala kan ! "... aku pun fikir soalan seterusnya ... hehehe ... saje nak test cara kanak-kanak 10 tahun mengulas sesuatu isu ... " macam mana pulak ...ada orang buat baik tapi dapat dosa ? " ... sambil menyelak helaian mukasurat buku yang dipinjam ... ija jawab tanpa pandang muka aku ... aku senyum jer menunggu jawapan dari ija ... akhirnya " ada ke orang buat baik dapat dosa ? ... ermmm ... ija tahu ... mesti orang tu pura-pura buat baik ! " ... aku hanya ketawa sebab aku tahu ija akan cari jawapan selamat ... agar aku x bertanya lagi ! ... aku pun x de niat nak tanya lagi ... cukup le untuk hari ini .
... kehidupan ini satu nikmat dari Allah ... jaga nikmat Allah dengan memberi kebaikan sesama insan.
~~ wallakhuaklam ~~
Wednesday, February 4, 2015
hargai setiap detik kehidupan
Hari ini cuma hari ini
Hari esok itu soal nanti
Bergembiralah
Berbahagialah
Nikmatilah hidup ini
Hari ini , tak akan pernah kembali
Dan nikmati , biar kelmarin tak kan kau sesali lagi !
Hari esok itu soal nanti
Bergembiralah
Berbahagialah
Nikmatilah hidup ini
Hari ini , tak akan pernah kembali
Dan nikmati , biar kelmarin tak kan kau sesali lagi !
Monday, February 2, 2015
bila seharusnya kita berkata benar ... ?
" bila seharusnya kita berkata benar ? " ... itu ayat yang aku hantar kat yatie melalui sms malam tadi ... sebab aku dah semakin sukar untuk mempercayai atau mungkin juga rasa percaya itu dah luntur agak nya ... hehehe
" ... hendaklah kalian tetap berkata benar sekalipun menghadapi bahaya , sebab di dalam kata-kata yang benar terdapat keselamatan - hadis riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya " ... ini ayat balasan sms dari yatie .
... nak berkata benar ni banyak duganya ... satu : memang sikap manusia sukar terima kritik atau dinyatakan kelemahan / kekurang diri ( ... itu biasakan ! ) kedua : mereka2 yang berani berkata benar semakin pupus ( ... alasan klise yang sering diberi ... x nak hilang kawan ! ) ketiga : kalau cakap perkara yang sebenar nanti kena blacklist pulak ... hehehe ! keempat : serba salah untuk berkata benar sebab x berani ambil risiko ... dan begitu le seterusnya !
... berkata benar demi kelansungan tugas bukan untuk kritik atau menyakiti hati ... semua yang dilakukan semata-mata untuk kebaikkan bersama ... yakin akan ada hati yang terluka ... pasti akan ada perasaan yang terguris ... aku yakin dan pasti , inilah masanya untuk berkata benar ... bukan untuk cari salah ... sekadar berkongsi info sekaligus memudahkan tugas masing-masing ... aku sendiri ditegur malah dikritik perihal tugas ( setiap kali dikritik atau ditegur pasal kerja maka setiap kali itu juga le aku bermonolog " x pe ... aku take note ... bukan kena potong gaji pun ! ... hehehe )
... bila aku memilih untuk menyatakan yang sebenarnya , ia juga membawa maksud aku sudah bersedia untuk memikul risiko ... tidak disukai , masuk senarai blacklist , hilang kawan , dikata perasan atau apa saja ... eh ! x kan x marah ? ... x kan x sakit hati bila orang cakap macam2 pasal kita ? ... isk ! mesti le aku marah dan sakit hati , aku pun manusia biasa ... ermm ! aku akan lebih marah dan sakit bila aku ditegur atau dikritik atas sebab musabab orang lain punya tugas dan atas sebab aku tidak menyatakan yang sebenar ( tidak tegur diorang ) .
... seperti post aku sebelum ini " ... mudahnya " memang mudah sebenarnya ... semuanya pilihan ... kita mudahkan kerja ( kasi settle tugas dengan sebaiknya ) insyaallah , Allah permudahkan kehidupan kita ... bila kita susahkan orang lain , natijahnya sama le macam kita susahkan diri sendiri .
wallahuaklam

Subscribe to:
Posts (Atom)