"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Friday, December 30, 2016
Wednesday, December 28, 2016
koleksi November 2016
... buku ... buku ... dan buku lagi , ini adalah koleksi bulan November yang mengisi ruang dalam rak buku kat rumah ... lebih tepat lagi dalam bilik aku , sebab dah jadi habit aku sebelum tidur mesti baca buku waima sehelai mukasurat ... mesti nak baca , kalau dah letih sangat tengok buku kat rak dalam bilik tu pun dah boleh tidur lena .
... ada juga yang kata ' x jemu ke ... kat tempat kerja dikelilingi buku ... kat rumah pun masih nak mengulit buku jugak ? ' .... jemu ? jawapannya ' nope ! ' ... sebab kat Library aku bekerja so memang aku x membaca buku kat ofis ... lagipun x leh fokus ... !
Buku "Percikan Kesufian " ni aku beli kat
Maju Edar
Buku "Di Atas Sayap-sayap Malaikat " beli online
sebab suka sangat baca novel karya Hana Ilhami
memang best ! ... semua novel Hana Ilhami adalah koleksi
terkawal ... hehehe
terkawal ... hehehe
buku " Inayah " masih dalam plastik x sempat nak baca
lagi ... cerita seram daaa ... !
lagi ... cerita seram daaa ... !
Wednesday, December 7, 2016
Saturday, November 26, 2016
Friday, November 25, 2016
Wednesday, November 23, 2016
PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN ' Warisan Bangsa Melayu '
Dirgahayu VS Fitrah Pujangga
Pak Pandir
Persembahan kebudayaan
... Cerita minggu lepas yang penuh dramatik ... hehehe , pengalaman berpantun dikhalayak yang melibatkan penyertaan dari jabatan dan pelajar IPTA amat medebarkan ... almaklumlah , jika sebelum ni kami berpantun sesama rakan meskipun dari daerah yang berbeza ... itupun aku dah tersasul kerana gabra sangat ...inikan pula dalam Auditorium PPAS ... alahai suasana sejuk kat situ bertambah-tambah sejuknya aku rasa ... !
... Allah permudahkan semuanya ... itu yang aku rasa ... cabut undi dapat nombor satu ... dan kumpulan Dirgahayu wakil Daerah Sabak Bernam & Kuala Selangor ( nama kumpulan ni Pn. Norafidah yang pilih ) juga kumpulan pertama yang akan berbalas pantun dengan kumpulan Fitrah Pujangga ( wakil PPAS - ibu pejabat ) ... tema bagi pusingan pertama adalah masyarakat ... kami diberikan masa 60 saat ( 1 minit ) untuk menjual dan 60 saat membeli pantun ... terima kasih kepada Ayu Jarum ( staf dari Ampang Water Front ) yang mencipta intro untuk kumpulan Dirgahayu ... rasa meremang bulu roma bila dia nyanyi lagu 'Pohon Beringin ' macam dalam film bawang merah tu ... hehehe
... Aura dok atas pentas tu memang buat aku gabra sikit ... kena seratus peratus fokus untuk cipta pantun dalan masa 60 saat ... itulah paling mendebarkan meskipun kawan-kawan boleh membantu tapi diri sendiri kena kerah idea lebih lagi .
... meskipun x berjaya untuk ke pusingan seterusnya ... terima kasih kepada rakan dalam team Dirgahayu sebab sentiasa support each other ... ayu ( Lib Daerah S/Bernam ) , ayu jarum ( Lib Ampang Water Front ) , Yus ( PD. Parit Mahang - simpanan ) dan Nora ( PD. Tiram Jaya -simpanan )
Pn. Norafidah ( Lib Daerah Kuala Selangor - Pengurus ) dan Milah ( Lib Daerah Kuala Selangor )
... Tahniah kepada peserta dari UIAM yang menjadi Johan ... mereka memang terbaiklah , UiTM Shah Alam tempat kedua dan SUK tempat ketiga .
Tuesday, November 22, 2016
ermmm .... !
...' Allahuakbar ' itulah perkataan spontan yang aku lafazkan bila dikhabarkan mengenai keluhan yang diluahkan oleh seseorang ... tatkala itu juga terimbau kembali situasi minggu lepas ... deringan telefon rumah bertalu-talu berbunyi meskipun aku berhak untuk tidak menjawab panggilan tetapi bila melihat nombor tertera kat skrin ... aku langgar prinsip ' tidak ada urusan berkaitan kerja bila berada di rumah '
... ermmm ! x nak komen apa-apa pun ... sekadar ingatkan diri sendiri ' buat baik berpada-pada ...' air yang mengalir tenang , jangan disangka tiada buaya ... mungkin naga pun ada kat situ ... bohonglah kalau aku kata x terasa hati kan ... hanya tidaklah sampai nak hantuk kepala kat dinding sebab ini bukan kali pertama aku lalui ... aku anggap ini pengajaran paling berharga .
... apa pun terima kasih sebab beri aku rasa , beri aku peringatan , beri aku pengalaman ... alhamdulillah , semalam semasa memandu balik ke rumah ... aku banyak istighfar dan muhasabah diri ... bila ada yang bertanya itu ini atau bercerita masalah ... x perlu nak noted sangat pun ... sebab kita pun x tahu apa nawaitu dalam hati mereka ... macam serik sangat kan !

Friday, November 18, 2016
Friday, November 11, 2016
berpantun lagi ...
Bunga dedap cantik berseri
Tetapi sayang harum tiada
Bukan sesuka hati menawarkan diri
Dari tiada , biarlah ada
Berburu rusa di hutan rimba
Dapat rusa berbelang di kaki
Masuk bertanding sekadar mencuba
Eh ! kena berpantun sekali lagi
Wednesday, November 9, 2016
Wednesday, October 26, 2016
... begitu adanya
... Kehidupan adalah satu perjalanan yang jauh dan sepanjang perjalanan yang sejauh ini , akan kita lalui jalan-jalan yang bukan sahaja lurus dan rata tetapi berliku , berkerikil , penuh dengan simpang siur , mungkin juga akan beberapa kali terpaksa buat pusingan U untuk sampai ke destinasi yang diinginkan.
... Ada yang kata ' kita kena positif ' ... ada juga yang kata ' bersabarlah ' ... dan ada yang kata ' minum teh O ais limau untuk sejukkan hati ' ... isk ! nak sejukkan hati x perlu minuman berais bagai, cukup lah dengan zikir yang sentiasa meniti di bibir kita ... aku bukan le individu yang mudah melabelkan individu lain secara negatif , waima berkali-kali terkena pun aku masih cuba bersikap positif sehingga ke satu tahap hatta hati dan minda bersatu menjurus ke arah negatif pun aku masih berusaha untuk positifkan ... memang bagus untuk bersikap positif sentiasa dan aku mungkin termasuk dalam golongan mereka-mereka yang berusaha untuk kekal positif dalam mengawal stress ... sebab stress akan meningkatkan kadar kolestrol dalam badan .
... Hanya ada ketika , aku ingin sangat menyelami atau menyelusuri benak hati mereka yang ada disekeliling ... cara mereka berfikir ... cara mereka bertindak ... bagaimana mereka mengadaptasi cara berfikir dan bertindak dalam wadah kehidupan , kerjaya atau apa sahaja yang melibatkan orang yang berada di ruang lingkup mereka ... tiada maksud negatif pun sekadar untuk mengekalkan minda positif ... jika terkadang ada sesuatu yang aku lakukan atau aku suarakan bukan untuk menghakimi antara benar atau tidak ... kerana tentunya kamu lebih mengenali atau lebih arif dalam menilai diri dan setiap perlakuan ... hanya jika sesuatu yang kamu lakukan itu natijahnya mengheret sama aku ke dalam rencah ragam yang kamu cipta , sesudah kamu lemparkan dan sembunyi tangan ... kau rasa ?
... Maaf , mengimbas situasi minggu lepas ... aku terkesima jadinya , sedaya upaya aku cuba mengawal diri dari mempersoalan untuk apa lafaz maaf itu ? ... maka berjuta tanda soal yang bertamu dalam minda ... tapi aku dah berazam untuk sentiasa memaafkan sebab " memaafkan itu seperti melepaskan bara api dari genggaman " isk ! sape nak pegang bara api ... melecurkan tangan beb !
... " Belajarlah ... belajarlah untuk kebenaran " itu ungkapan seorang sahabat , jika diberi pilihan untuk berkata benar tapi menyakit atau sebaliknya ... yang mana satu jadi pilihan ? ... ada ketika kita tahu ... kita lihat ... dan kita lalui tapi amat sukar untuk menyatakan apa yang kita tahu ... kita lihat dan kita lalui itu salah kerana pelbagai faktor yang menjurus ke arah negatif ... sedangkan kita acapkali diingatkan untuk sentiasa positif ... la ni aku agak sensitif sedikit ( sikit jer ) dengan perkataan positif ... aku akan mula menyelusuri ruang paling dalam kehidupan mereka , bukan cari kelemahan tetapi begitulah norma kehidupan , kata mesti dikota , cakap mesti serupa bikin ... apatah lagi fasa untuk perhati dah lama berlalu .
... Hakikat kehidupan yang tidak pernah berubah adalah kita mahu .. kita harap ... kita ingin ... kita nak semua mereka yang ada disekeling memahami masalah , situasi , kepayahan atau apa sahaja yang berkaitan dengan kita , anak kita , keluarga kita ( tidak termasuk kerjaya ye )... seolah-olah mereka yang ada disekeliling bebas dari apa yang kita alami ... dan jika ada yang bersuara maka terlihat macam tiada perasaan ehsan ... tidak prihatin atau apa sahaja yang sama makna dengannya ... realitinya kehidupan adalah masalah ... dan masalah itu adalah kehidupan ... !
... Sesekali cuba kita buat check list apa yang kita buat , apa yang kita bual , apa yang kita fikir ... apa ... apa ... dan apa ? agaknya berapa peratus apa yang kita buat , apa yang kita bual dan apa yang kita fikir daripada apa yang sewajarnya kita buat ... kita bual ... kita fikir bagi memenuhi KPI yang selayaknya ? ... alasan skema kita adalah " tiada manusia yang sempurna "
... Inilah kehidupan , cabaran dan dugaan tidak pernah berkurang , lalui sahaja dengan kesabaran selagi daya ... kalau ada perkara-perkara yang buat jiwa rasa gelora , hati rasa disakiti , ungkapkan " astaghfirullah " berulang kali ... sesungguh segala kelemahan itu dari diri kita sendiri .

Friday, September 23, 2016
#getaranjiwa
" Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
Andai dipisah
Lagu dan Irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa .... "
aku rasa harmoni sangat ketika layan bait-bait indah ini
dalam iklan nescafe di tv
tetapi ...
aku menahan rasa saat lagu ini diperdengarkan
lewat corong telefon
hehehe
Tuesday, August 30, 2016
Friday, August 26, 2016
... bila telefon berbunyi !
... ini citer semalam , telefon berbunyi diminit terakhir waktu perkhidmatan , bila gagang diangkat dan pengenalan diberi tapi tiada balasan sekadar isyarat talian diputuskan ... memandangkan ini bukan kali pertama berlaku ... aku anggap yang buat panggilan itu adalah individu yang mengalami masalah keliru dan celaru emosi ... hehehe
... kalau sebelum ini panggilan diminit terakhir waktu perkhidmatan masih terdengar jawaban bila gagang diangkat ... waima jawaban yang diterima agak memusykilkan seperti " ini Guardian Bukit Tinggi " atau " ini Pejabat TNB ke ? " meskipun setiap panggilan yang diterima jawaban dari aku atau staff lain adalah sama sahaja iaitu pengenalan nama tempat telefon ini berada ... tiada jawaban lain pun .
... ada ketika aku mula memikirkan sesuatu ... sesuatu yang boleh merungkaikan rasa musykil ini .. hehehe .... tapi biarlah rahsia !
Wednesday, August 10, 2016
sesekali ...
Sesekali air yang tenang perlu dikocak
Biar gelombang menjadi tsunami
Kerana dari situ baru kita tahu
Ada buaya atau phirana
Sesekali air yang jernih perlu dikeruhkan
Biar geruh hingga ke dasar berlumpur
Kerana semakin jauh ke dasar
Tersimpan berjuta khazanah
Tersimpan berjuta khazanah
Sesekali kita kena menguji dan diuji
Untuk membeza antara kaca dan permata
Kenal siapa kawan juga lawan
Budi bersendi ruas untuk dibalas
Pekerti berteras bakti untuk dihayati
Sesekali kata perlu dilontar
Bukan tanda celupar atau biadap
Bukan juga sudah pupus budi bahasa
Sekadar mengota apa yang dirasa
Untuk membeza antara kaca dan permata
Kenal siapa kawan juga lawan
Budi bersendi ruas untuk dibalas
Pekerti berteras bakti untuk dihayati
Sesekali kata perlu dilontar
Bukan tanda celupar atau biadap
Bukan juga sudah pupus budi bahasa
Sekadar mengota apa yang dirasa
Sesekali kita perlu belajar untuk diajar
Belajar memudahkan bukan menyusahkan
Belajar menilai bukan memandai
Menerima dengan hati bukan rasa
Sesekali itu
untuk kamu
yang berada disekeliling
bicara ini bukan kerana kamu dimusuhi
hanya jauh disudut sanubari
kamu adalah seseorang
yang paling dekat untuk dikongsi
semua cerita.
Belajar memudahkan bukan menyusahkan
Belajar menilai bukan memandai
Menerima dengan hati bukan rasa
Sesekali itu
untuk kamu
yang berada disekeliling
bicara ini bukan kerana kamu dimusuhi
hanya jauh disudut sanubari
kamu adalah seseorang
yang paling dekat untuk dikongsi
semua cerita.
Thursday, July 28, 2016
' Syoknya membaca '
... Pesta Buku Selangor 2016 akan bermula pada 28 Julai hingga 7 Ogos 2016 , lokasi Pusat Konvensyen Shah Alam ( SACC , Shah Alam ) , bagi kami kakitangan PPAS , Pesta Buku Selangor maka akan ada kakitangan yang terlibat dengan kursus atau seminar sepanjang penganjuran Pesta Buku berlangsung . Aku sendiri akan terlibat dengan Program School Of Life ( Sesi 1 ) , School Of Life ( Sesi 2 ) dan Syoknya Kirigami bersama Abang Busran , pada tarikh 1 Ogos 2016 , dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang ... sebenarnya aku teruja sikit untuk tahu apa itu kirigami ... hehehe
Tuesday, July 26, 2016
cerita kertas sehelai
... kerja aku memang tak boleh dipisahkan dengan kertas , kadangkala aku kalut , serabut dan resah gelisah hanya kerana kertas . Hari ini aku ditegur juga kerana sehelai kertas , aku sebenarnya tidak sangka pun tapi ambil pendekatan hanya ketawa dan senyum seraya menggelengkan kepala , bagi aku mudah jer , sehelai kertas kecil yang hanya mengesahkan tugas pertukaran bekas sanitary pads tu sesiapa sahaja boleh turunkan tandatangan dan sesiapa juga boleh masukkan dalam fail kerana fail itu sentiasa ada sahaja di rak fail .
... sebenarnya tiada pun arahan yang menyatakan si polan atau si polan yang wajib memfail sehelai kertas kecil tu , mungkin atas alasan kebiasaannya aku memfailkan maka ianya menjadi tugasan aku . itulah hakikat yang memang susah untuk ubah , apatah lagi disokong oleh pihak yang memberi arahan .
... alhamdulillah , kerana sehelai kertas kecil itu , aku belajar sesuatu yang amat berharga ... kerja kita , kita settle , lain-lain tugas kalau boleh bantu , kita bantu dan jangan berkira sangat tugas siapa atau kerja siapa , yang paling penting selesai dan kepada yang tugas dibantu kenalah prihatin untuk tugas orang lain pulak .
Tuesday, July 5, 2016
... maaf dipohon
maaf ...
tutur bicara ada ketika menguris rasa
tingkah laku mengundang curiga
aku hanya manusia biasa
tiada sempurna
sepuluh jari disusun
salam bertaut maaf dipohon
hapus segala kisah setahun
semoga kehidupan bertambah rukun
buat semua sahabat handai , rakan taulan , saudara mara dan mereka yang singgah
singgah di blog ini ...
Selamat Hariraya
Maaf Zahir Batin
Friday, June 24, 2016
bapak
gambar terakhir masa hariraya 2011
Al fatihah buat arwah bapak ( kembali ke rahmatullah pada 10 April 2014 bersama 10 Jamadil Akhir 1435 )
... ada yang tanya mengapa aku x menulis diblog coretan mengenai arwah ... sebenarnya waktu itu aku x punya kekuatan bercerita apatah lagi menulis berkaitan arwah bapak ... sampai saat ini aku masih merasakan seolah-olah bapak ada di rumah macam biasa .
... teringat hari2 terakhir ... bapak memang selalu x sihat ... ada ketika untuk bergerak pun perlu dibantu ... ada masanya dia mengeluh bila terpaksa mengharapkan anak-anak dan cucu untuk bangun ... duduk ... atau ke tandas , aku sedaya upaya memenuhi segala keperluan dan keinginannya .
... mereka kata ' aku kuat untuk melalui semua ini ' hakikatnya aku x sekuat mana pun ... masih ada sendu disebalik tawa ... hanya Allah yang tahu tapi kehidupan perlu diteruskan ... apatah saat menjelang syawal beberapa hari lagi.
... aku dan bapak agak kurang berkomunikasi kecuali hal-hal yang penting ... mungkin kerana aku lebih rapat dengan mak lagipun tipikal anak perempuan mesti akrab dengan emak dan aku tidak terkecuali ... apa-apa urusan semuanya melalui emak ... tapi bila emak dah tiada ( kembali ke rahmahtullah pada tahun Julai 2008 ) aku berusaha untuk membina semula komunikasi dengan bapak walaupun aku tahu bapak lebih senang meluahkan apa yang diinginkan kepada kakak .

... hakikatnya aku tahu bapak sayang semua anak-anaknya mengikut perangai kita sendiri ... bapak kurang berkomunikasi dengan aku sebab dalam banyak perkara kami sering tidak sekata ... dan aku sendiri mengaku tidak akan bersuara jika tidak sependapat dengan bapak ... bersuara bererti aku derhaka ... mungkin juga kami punya satu sikap yang sama iaitu ' keras hati ' ( itu emak yang cakap )
... aku bersyukur kerana bulan- bulan terakhir bersama bapak , Allah titipkan kesabaran yang tinggi ketika menguruskan bapak ... dan bapak juga lebih bertolak ansur dalam soal pemakanan ' bukan x boleh makan tapi kena kurangkan ' itu ayat yang aku cakap .
Al Fatihah ... semoga arwah ditempatkan bersama-sama mereka yang bertaqwa . amin
Subscribe to:
Posts (Atom)