Thursday, September 21, 2017

Sahabat

" Apabila anda tua , rebut setiap peluang untuk bersama
rakan-rakan lama , kawan sekolah dan rakan sekerja
kerana peluang itu akan berkurangan dari masa ke semasa

Air yang mengalir ke hilir tidak akan balik ke hulu
begitulah dengan kehidupan

Sahabat adalah umpama bintang
walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya
meskipun kadang-kadang menghilang ... dia tetap ada

Dia tidak mungkin dimiliki
tapi tidak dapat dilupakan 
kerana 
Sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati
dan dalam kenangan

~~~ *** ~~

Monday, September 18, 2017

membudayakan hobi





... Semalam adalah hari terakhir aku menyelongkar rak buku yang dok bertapa bertahun gak kat dalam bilik ... kalau dulu aku rasa teruja sangat bila memandang koleksi buku-buku yang tersusun sebelum melelapkan mata tapi bila koleksi bertambah , ditambah pula dengan susun atur buku yang dah bertindan ... dan bila ibu kucing ( aku panggil ' Cik Pa '  sebab aku ambil kat Pasar Sungai Besar ) mula memindahkan anak-anaknya untuk berkongsi bilik dengan aku ... dan juga untuk mengelakkan buku rosak kena cakar ... aku ambik keputusan untuk pindahkan semua koleksi buku dengan rak buku tu ke ruang tamu dibantu oleh Siti Khadeeja .

... Tabiat membaca dan mengumpul buku ni wujud sejak zaman sekolah rendah lagi ... dulu aku suka baca komik dan siri Penyiasatan ... masa tu  nak beli buku atau komik kena tunggu lama baru dapat sebab kumpul duit belanja sekolah ... la ni nak beli buku guna hujung jari jer ... ! hari ni order ... tranfers bayaran ... snap bukti bayaran ... dan hantar guna aplikasi whatsAap ... 2 hari kemudian dan leh baca buku tu ... mudahkan !

... Suatu ketika dulu aku pernah ada hobi menyimpan Sampul Surat Hari Pertama ... aku mula mengumpul dari tahun 1999 , masa tu aku bertugas di Perpustakaan Cawangan Tanjong Karang ... aku pun x tahu mana datangnya hobi atau minat tu ... mungkin sebab untuk isi masa senggang ... bertugas kat Lib Cawangan x le sibuk sangat berbanding sekarang ... lagipun aku perlukan sesuatu yang buat aku happy ... 

... Hobi tu terhenti bila aku berhijrah tugas ke Perpustakaan Daerah Sabak Bernam pada 2010 ... 
" kenapa Acik x teruskan hobi ni ... kita suka tengok dan baca maklumat yang ada kat dalam sampul ni " itu kata Ija ( Siti Khadeeja - anak saudara ) ... 
" Ija lah sambung hobi Acik ni ... " itu jawab aku
" kita mana ada duit nak beli ... sampul surat ni mahal ke ? " tanya Ija
" x mahal mana pun ... masa tu harga sampul surat tu baru 30 sen ... pastu bayar lak harga setem yang ditampalkan kat sampul surat tu ... paling mahal pun RM 9.90 ada gak yang sampul surat yang beli tu RM 3.00 jer " panjang lebar aku bagi penerangan .

... Semasa menyusun koleksi buku-buku kat rak ... ada gak dok fikir nak meneruskan hobi mengumpul sampul surat hari pertama ni ... tapi macam x sesuai sangat dengan umur aku la ni ... lagi pun aku x berapa  rajin nak gi pejabat pos ... ambil nombor dan tunggu giliran ... so lupa kan ... hehehe

" Hobi boleh berubah tapi tabiat susah nak ubah " itu jawab aku
" Hobi kita baca buku ... Ija masih simpan buku yang kita beli masa Pesta Buku kat KL dulu ... masa tu kita pergi naik van ... dengan Iya , Cik Raihan , Cik Ayu , Cik Wani ... best kan ... ! Acik buat lah rombongan macam tu lagi "  kata Ija lagi

" Simpanlah duit dari sekarang ... tahun depan boleh pergi " kata aku
" Betul ke ? " kata Ija tersenyum memanjang
" InsyaAllah "  dalam hati dengan izin Allah

sebahagian koleksi Sampul Surat Hari Pertama yang ada
dalam simpanan

koleksi pertama yang mencetus minat utuk mengumpul
Sampul Surat Hari Pertama
 ... antara koleksi yang aku suka adalah Lat

... Masih mencari-cari sesuatu yang boleh dijadikan hobi pada tahun 2026 atau 2027 ... hehehe

Wednesday, August 30, 2017

Merdeka !

Sebebas mana pun kita ...
masih dalam naungan-Nya

Tuesday, August 22, 2017

... maafkan saya



 ... ungkapan biasa yang dilafaz  dari hati atau yang sering di zahir secara spontan  tanpa sengaja adalah ' maaf ' ... tapi akan jadi luar biasa bila ungkapan ' maafkan saya ' dilafazkan sentiasa oleh individu yang sama kepada individu yang sama ...hehehe

... so bila dah hampir dua minggu tiada kiriman mesej ' maafkan saya ' ... tetiba aku rasa sesuatu ... aku mula rasa hilang kebiasaan ... dan aku mula tertanya-tanya ke mana hilangannya kebiasaan itu ? hahaha .. begitulah kita kan ... kurang memberi perhatian pada perkara yang biasa dan akan rasa sesuatu bila yang biasa itu tiada ... tindak balas yang aku ambil adalah menghantar mesej sebagai mana mesej yang aku terima ... " isk .. isk ! kalau iya pun nak hantar mesej , jangan copy paste lah " akhirnya aku dapat gak respon ... hehehe


Friday, July 28, 2017

... bahagia cara kita



.... Syawal dah berlalu meninggalkan kita ... meninggalkan kemeriahan yang belum pasti mampu dicekapi untuk tahun mendatang ... selalu aku ingatkan diri sendiri agar sentiasa syukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan sementara ... nikmat sihat ... nikmat rezeki ( alhamdulillah tahun ni dapat 2 bulan bonus ) ... nikmat berkongsi rezeki ... nikmat berkongsi kegembiraan ... nikmat sakit
( kata abang aku ... sakit pun satu nikmat dari Allah sebab mampu mengeratkan hubungan ukhuwah adik beradik ... walaupun dia cakap macam itu ... aku tetap doakan kesembuhannya )

... Cerita raya ni macam-macam ada , tahun ni aku x berapa nak beraya sangat ... x sempat nak jelajah habis pun rumah paman-paman dan bibik-bibik ... rasa macam x cukup korum , selalu tu abang yang tentu time nak ziarah rumah paman dan bibik ... tapi tahun ni paman dan bibik yang ziarah abang lak ... tu yang ada drama air mata bagai ...hehehe

... Bila dah kumpul ramai-ramai tu ... macam-macam citer lak keluar , al maklum jumpa pun jarang-jarang ... ada juga yang aku jumpa setahun sekali ...ada yang aku jumpa beberapa kali dalam setahun , itupun secara kebetulan di majlis-majlis kenduri kahwin saudara mara .

... Seperti tahun-tahun sebelum ini , aku sentiasa bersedia dengan pelbagai pertanyaan ... bila lagi ? ... tunggu siapa ? ... sampai bila ? ... bla ... bla ... ???  ... aku hargai keprihatinan mereka-mereka ni ... kalau tahun-tahun sebelum ini ... aku akan menjawab segala pertanyaan yang agak mengjengkelkan dan boleh menghuru harakan emosi ... tapi untuk tahun ini aku ambil pendekatan dengar dan senyum jer ! ... sedekah senyum kat mereka yang prihatin tu ... kasi pahala sikit ... hehehe

... Bahagia membawa erti yang cukup luas ... kekadang itu aku rasa pelik sangat bila bahagia dinilai melalui hidup berkeluarga ... so orang yang still single di label tidak bahagia ... kejamkan ! tapi dah resam kehidupan kita macam gitu kan layankan jer ! ... bagi aku bahagia terletak pada segumpal darah yang ada dalam tubuh kita ... hanya kita dan Allah sahaja yang tahu bahagia atau tidak kehidupan kita .

... Ada antara kita hidup gembira tapi x bahagia ... ada antara kita mencanang rasa gembira dan bahagia untuk tatapan orang lain , hakikat sebenar kehidupan yang dilaluinya tidak sebegitu ... apapun yang kita lalui ... yakinlah bahagia itu bila kita melakukan sesuatu yang boleh membahagiakan diri sendiri  ... membahagiakan mereka yang dekat dengan kita ... membahagiakan mereka yang ada disekeliling kita ... insyaAllah itulah nikmat bahagia yang sering nikmati tanpa disedari .

... Bahagialah dengan cara kita , itu lebih baik untuk diri sendiri ... teruskan kehidupan dengan cara kita ... dilandasan kehidupan hanya kerana -Nya .

Friday, June 30, 2017

Raya cara ... Ariel , Rayyan , Khalif dan Sofea


... Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin buat semua saudara mara ...sahabat handai ... rakan taulan yang membaca blog ini ... atau yang sesekali singgah kat blog ini ... atau yang tanpa sengaja singgah kat blog ini ... kemaafan tetap jua dipohon sebab kekadang catatan aku ni ikut mood semasa... hehehe

... Sambutan raya yang best adalah untuk kanak-kanak ... ini adalah gambar sempat dirakam masa hari raya pertama ..

  Rayyan Haziq & Mohd Ariel Fattah ( sepupu )

















Aira Sofea















Khalif





Khalif & Sofea





































































Monday, June 19, 2017

#MalaysiaNgaji 2017



#MalaysiaNgaji - Satu Jam Bersama Al Quran ... Nikmatnya Ngaji dan Tadabur Al Quran
24 Ramadhan 1438 bersama 19 hb. Jun 2017
12.00 tengahari  -  1.00 petang
Perpustakaan Daerah Sabak Bernam
 63 peserta
 






Thursday, June 15, 2017

... sahabat selamanya




... Dihening malam 14 Ramadhan yang lalu  , jarum jam tepat 3.00 am ... deringan telefon bimbit bertalu-talu ... terdetik dalam hati ... siapa ???
" assalamualaikum mis "  suara lembut Yati 
" waálaikumsalam yati ... " suara aku cemas ( aku ni gabra dan kalut sikit bila terima panggilan pada waktu-waktu gini )

...  Rasa terharu sangat bila dia kata masa terjaga dari tidur ... dia teringatkan aku ... alhamdulillah ada gak yang ingat kat kita di subuh hening ni ... dan dia kata sebelum tidur , ada terdetik dihatinya untuk menunaikan solat sunat ... dan dia juga berhasrat untuk tunaikan solat sunat itu bersama siapa yang terlintas difikiran ketika terjaga ... terima kasih yati ... malam tu aku rasa penuh dengan ketenangan ... kami melakukan perkara yang sama di lokasi yang berbeza ... 

... Sekali lagi bunyi deringan telefon , jarum jam 4.30 am ...panggilan dari sahabat nun jauh di selatan tanahair ...  dalam perjalanan untuk rawatan susulan di IJN  ... tetiba teringat  lak orang kat Selangor , katanya ... aku doakan dia sentiasa dalam lindungan Allah selalu ... dan kekal positif dalam apa jua situasi yang mendatang.

... Adakala kita rasa sendiri tetapi sebenarnya kita disekelilingi sahabat yang sentiasa mengingati dan menitipkan doa buat kita ... terima kasih Yati dan Sahabat nun jauh di Selatan ... moga kesejahteraan milik kita selamanya dengan izin -Nya . amin.

 

Saturday, June 10, 2017

masih ....

masih ... masih dan masih
berusaha untuk menyelesaikan
semua tugasan 
Ya Allah ...
permudahkan urusanku
amin

Thursday, June 1, 2017

... digantung sementara !



... x tahu nak kata apa atau apa yang aku rasa bila dimaklumkan Pengauditan akan digantung sementara waktu sehingga bangunan Lib Daerah siap diubahsuai ... komen dari yang yang terlibat ( hanya 2 Lib yang terlibat dalam audit ) ... gembira ... sukacita ... rasa lega sangat dan bagi aku sendiri yang dah enam tahun melaluinya ... gembira ? tidak juga ... rasa lega ? sikit kut ( sebab aku x jelajah habis buat semakan bah. rujukan ) ... yang lain tu biasa jer !

... so tunggu tahun depan untuk audit seterusnya ....

Tuesday, May 30, 2017

Perbaharui Hidup Anda


Hari ini yang anda jalani , hari esok yang anda hadapi , keadaan dan kemampuan yang anda 
miliki saat ini serta keadaan dan situasi persekitaran yang mungkin tidak 
menyebelahi anda sesungguhnya merupakan tonggak-tonggak
yang akan membangun masa depan anda.
Tidak ada lagi waktu untuk menunggu atau menunda,
apalagi diam bermalas-malas.
Rasulullah bersabda:
" Sungguh Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari agar pelaku
keburukan pada siang hari dapat memohon ampunan kepada -Nya ; dan
membentangkan tangan-Nya pada siang hari agar pelaku keburukan pada malam hari
dapat memanjatkan taubat kepada-Nya . "
Setiap kali anda menunda hasrat untuk mengubah dan memperbaharui hidup ,
setiap kali anda menunda semangat untuk meningkatkan produktiviti kerja ,
semakin lama pula hasilnya dapat diraih ; dan semakin besar kesulitan serta masalah
yang akan menghalang perjalanan anda .
Semakin lama dibiarkan , semakin mudah anda digoyahkan dan dikalahkan oleh
godaan dan kesulitan .
Lebih jauh , semakin lama anda menunda perubahan , semakin dekat anda pada
kehancuran dan kebinasaan.
Semakin dekat pula anda pada bencana dan kegagalan


petikan dari buku :
Jaddid Hayatak : perbaharui hidupmu
 

Saturday, May 27, 2017

kita adalah apa yang kita fikir ...


... Pada hakikatnya , perasaan bahagia atau sedih , cemas atau tenang ,
datang dari diri kita sendiri . Diri kitalah yang memberi warna
kesedihan atau kebahagiaan dalam hidup, 
seperti air yang akan mengikut bentuk bekasnya 
" Barang siapa redha atas ujian yang menimpanya 
maka baginya keredhaan Allah ,
dan barang siapa tidak redha maka baginya kemurkaanNya "


petikan dari buku :
Jaddid hayatak: perbaharui hidupmu

Thursday, May 25, 2017

... bila kita bukan sesiapa



... adakalanya kita x perlukan ucapan terima kasih pun atas khidmat yang kita beri ... cukup sekadar senyum ... kalau senyum pun terasa macam pahit jer ... x perlu kata apa-apa ... so diam tu kan lebih baik .... hehehe

... hari ni dalam hati ada rasa touching sikit ... x banyak pun ... sikit jer tapi buat emosi aku bagai hari mendung tapi hujan x turun-turun jugak ... semua dari citer semalam ... seharian menghadap komputer ( kalau le komputer depan aku ni boleh berkata-kata ... dah lama dia meluahkan perasaan " aghhhh ! letih nya " ) untuk membantu melengkapkan laporan dot..dot..dot ... yang dah tertunda beberapa kali ... so semalam memang hari yang amat meletihkan ... kalau dulu aku sering berbincang tapi la ni dah x de geng ... rasa bagai hilang  dan kosong !

... hampir tiga perempat waktu bertugas semalam hanya menghadap komputer ... semak fail ... bergerak ke rak ... scan ... fax ... email ... dan sekali whatssap ... dan seperti biasa aku double chek setiap maklumat sebelum di email .

... tetiba hari ini bertalu-talu panggilan masuk aku terima berkaitan citer semalam dengan nada yang x berapa gembira untuk didengar " maklumat yang dikirim x lengkap ... boleh x emailkan lagi " itu arahan " saya dah emailkan semua semalam " itu jawab aku ( bersekali aku maklumkan aku berada di lokasi lain kerana membantu aktiviti rakan ) " x de ... x de ... x terima pun ... emailkan lagi ye " sekali lagi arahan  " iya ... saya akan usahakan " hanya itu yang mampu aku kata .

... waima perkara ini dapat disettlekan dengan bantu rakan yang berada di ofis ... dan aku chek semula email ... maklumat memang telah dihantar ... mungkin si penerima telah ter delete

.... so aku terfikir bila kita bukan sesiapa ... kena belajar ikhlas , sabar dan sedar diri  


Wednesday, May 24, 2017

... bertambah setahun lagi !




... terima kasih kat member ofis yang buat celebrate untuk aku ... hehehe
kena lebih muhasabah diri ... itu ingatan untuk diri sendiri 
dan terasa semakin hampir meninggalkan kerjaya ... huhuhu




Thursday, April 27, 2017

akhirnya ...



akhirnya ...
setelah beberapa kali 
menunda
meminda
memikir
akhirnya ...
aku ada masa untuk diri sendiri !!!!
Cuti ....


' nasib baik ! '




... agaknya dalam sehari berapa kali kita ber ' nasib baik '? ... sekali ... dua kali atau berkali-kali ?... ungkapan ' nasib baik ' ni , kita ucapkan beberapa kali dalam sehari bila mana kita merasakan terlepas atau bebas   dari sesuatu yang kita tidak suka .

... hakikatnya apa yang kita rasa ' nasib baik ' itu lebih kepada peluang kedua yang Allah beri ( itulah luahan seorang sahabat yang bergelut dengan masalah jantung ) ...waima perkara yang kita x berapa nak buat kita gembira pun masih boleh dikira nasib baik ...  " x de istilah tidak bernasib baik bagi orang yang beriman " itu kata seorang sahabat .

... Alhamdulillah , aku diberi peluang kedua untuk merasai pengalaman bertugas di perkhidmatan desa ... meskipun hanya lima hari , ianya tetap pengalaman berharga kerana bukan semua orang berpeluang melaluinya ... dari daerah ditukarkan ke cawangan ... 16 tahun di cawangan , diarah pindah semula ke daerah ... walaupun  perancangan awalnya ke desa ... so bila terima arahan bertugas di desa , aku agak teruja sebenarnya ... mungkin bagi orang lain perpindahan adalah sesuatu yang amat dihindari atau ditakuti ... ada juga yang berharap untuk stay kat situ sampai bila-bila !

... setiap orang punya tanggapan atau pandangan yang berbeza ... bagi aku dalam apa jua situasi atau cabaran adalah peluang kedua atau pun nasib baik untuk aku ... jangan lihat kesukaran tapi lihat pengajaran yang kita dapat .

... nasib baik kerana dikelilingi sahabat , kawan dan taulan yang sentiasa positif ... !

Thursday, April 13, 2017

Jom Baca Bersama untuk 10 minit

siap sedia untuk Jom baca bersama 10 minit
tarikh : 25 April 2017
lokasi : ?

Friday, April 7, 2017

Aira Sofea

telatah Oya atau Ufia
1 tahun