Tuesday, June 22, 2021

Bohong

 

" Bohong satu kali adalah laksana nila setitik dimasukkan ke dalam susu sebelanga. 
 Bohong satu kali kerap menjatuhkan harga diri seseorang di hadapan sesama manusia 
untuk selama-lamanya. 
Jujur dan benar adalah sifat semulajadi manusia. 
Suara hati yang asli adalah jujur dan tidak mahu berbohong.

Orang yang berani berkata terus-terang, 
adalah orang yang mendidik jiwanya sendiri untuk merdeka. 
Dan orang yang berani menerima perkataan terus terang 
adalah orang yang membimbing jiwanya kepada kemerdekaan. 
Sebab itu dapatlah dikatakan bahawa, kebenaran itu adalah KEMERDEKAAN. "
 
~~ HAMKA ~~
 
Sesuatu sangat semalam bila diminta memberi respond untuk survey yang diadakan berkenaan cadangan pelaksanaan program yang menjadi acara tahunan tetapi tidak dapat dijalankan kerana pandemik covid 19 ... aku melihat kepada keseluruhan pendapat  , cadangan serta pelbagai idea yang dilontar dalam group whatsApp ... lantas aku share dalam team yang menghimpunkan kekawan untuk melihat reaksi ... aku hanya letak " setuju / tidak setuju " berserta list nama ... info tambahan " jika ada cadangan atau idea yang berkaitan boleh share di group sebelah .
 
Seharian juga semalam handphone terasa lemas dengan info yang bertali arus menerjah masuk πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… ... aku hanya mencatat setiap pendapat yang diberi ... boleh dikatakan semua bersetuju dengan pelbagai cadangan dan sokongan yang padu ... dalam pada itu di group sebelah satu lagi ... pelbagai maklumbalas juga aku terima  ... secara lahiriah semua bersetuju sebab masing-masing berada dalam dilema atau persimpangan perasaan yang terungkap ibarat kata " Diluah mati mak , ditelan mati bapak " ... aku juga terperangkap dalam dilema ini ... berperangan dengan perasaan sendiri " setuju atau tidak setuju " aku sedih sangat dengan keputusan atau pilihan yang terpaksa aku buat ( bukan lah aku orang suka berbantah tetapi dalam situasi masakini ) tetapi aku tiada pilihan kerana suara majoriti tetap akan menang ... hanya aku salute pada seseorang yang mengambil langkah berbeza ( alhamdulillah ) yang bersuara tidak setuju dengan alasan tersendiri ... terdetik dalam hati  mohon agar Allah  dengar suara hati hamba Nya yang kerdil ini .
 

Monday, June 21, 2021

Hilang ...


 " Kata adalah kota " sejak akhir-akhir ni , aku kerapkali flashback beberapa perkara yang telah aku lalui ... mungkin ada yang berpendapat perkara yang lalu jangan diingat lagi atau lebih tepat lupakan sahaja kerana  akan membuat hati rasa tersayat ... tetapi aku manusia biasa , sudah memaafkan tetapi sukar melupakan ... hehehe
 
Ada ketika aku mengharapkan seseorang akan berubah ke arah lebih baik , sejajar dengan peningkatan usia serta peredaran masa ... aku tahu akan ada yang kata " kita ni manusia yang lemah ... tiada yang sempurna " bagi aku Allah beri kita banyak peluang untuk berubah ke arah lebih baik ... tetapi kita memilih untuk selesa disitu tanpa usaha untuk berubah
 
Aku hanya memerhati sahaja sebab semua rasa telah " Hilang "  dari benak hati ini , x tahu ke mana hilangnya semua rasa itu ... mungkin juga aku dah mangli dengan semua keadaan so perhati ... perhati ... dan perhati ... bersuara hanya bila perlu sahaja .
 





 

Tuesday, April 13, 2021

... kerana sehelai kertas

 

Alhamdulillah ... berakhirnya penantian selama hampir 3 tahun untuk melihat bangunan di mana aku memulakan kerjaya siap ... 12 April 2021 telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Naiktarif Perpustakaan Awam Daerah Sabak Bernam , Selangor ( PPAS ) .
 
Masa menunggu majlis berlangsung aku berkesempatan untuk berbicara berkaitan perancangan seterusnya bila Library  akan dibuka untuk semua ... antara yang dibincangkan semestinya adalah mengenai staf yang akan memikul tanggungjawab untuk bertugas di situ ... aku hanya mendengar bila beberapa nama staf di utara satu persatu ... setiap staf dicadangkan itu siap disertakan sekali dengan alasan ... tetiba aku rasa sesuatu  dengan alasan diberi untuk staf yang terakhir  " dia ada Ijazah ... kalau dia kerja dengan U mungkin dia akan berubah "  ... aku terdiam ... diam yang agak lama ... aku memerhati individu yang memberi usul dan pada masa tu juga aku mencari kekuatan dari dalam diri untuk berlaku sejujurnya  ... ada rasa sebak sehingga bergetar nada suara aku ... perkataan " Ijazah  " seakan bergema disegenap ruang .

Sehelai kertas yang pernah  juga menjadi impian ketika aku di alam persekolahan ... mungkin juga jadi igauan dan harapan semua orang tapi bukan semua dari kita berupaya untuk mengenggamnya ... teringat masa era tahun 80an dan 90an , sehelai kertas ni adalah lambang kecerdikan dan kejayaan serta menjadi kebanggaan seluruh keluarga , apatah lagi jika diperolehi dari negara luar ... aku  bukanlah anti dengan mereka2 yang ada sehelai kertas ni hanya aku selalu sangat ditakdir untuk berjumpa ... atau berurusan ... atau bekerja dengan mereka2 yang ada sehelai kertas ni dalam keadaan yang kurang menggembirakan ... selalu sangat melalui situasi yang sama , aku bagaikan hilang recpect pada mereka ni ( mungkin aku belum jumpa pemegang sehelai kertas ni yang benar-benar balance dengan nilai value sehelai kertas ini)

Di alam kerjaya  pula aku memang appreciate dan respect dengan 2 mantan pegawai yang aku pernah bekerja bersama ... memiliki sehelai kertas berharga ini , memiliki hati emas yang sentiasa memberi motivasi , menegur kesilapan tanpa mengaibkan , menjaga kebajikan bagaikan ahli keluarga ... adakala aku rindu situasi ini ... teringat semasa aku dan seorang lagi sahabat yang menerima panggilan temuduga pada hari yang sama ... sedangkan kami ni sama2 bertugas di perkhidmatan kaunter ... beliau sanggup mengalih alih tugasan kami dengan tanpa banyak fikir " pergi temuduga , biar saya jaga kaunter ... kaunter ni bukan bergerak pun " katanya melawak ... ( sampai saat ini aku masih mengikuti melalui post2 lewat mukabuku ) meskipun beliau telah lama meninggalkan organisasi tempat aku bekerja hingga kini.

Seorang lagi individu ( telah kembali ke rahmahtuullah - Al Fatihah ) yang sentiasa dalam ingatan dan doa yang tidak putus , mantan pegawai yang juga memiliki sehelai kertas berharga ini , memiliki hati dan sikap budiman , sentiasa ada solusi ketika aku gawat dihambat permasalahan dalam kerjaya , menilai melalui mata hati yang luhur , sentiasa memberi peluang untuk aku belajar tanpa melihat kelulusan kerana katanya " dalam kerja semua orang berhak untuk belajar dan perlu tahu sesuatu yang baru ... jangan kedekut dengan ilmu dunia " sesuatu yang aku simpan rapi dalam hati ... dan kini aku praktikkan dalam apa juga situasi , hanya terkadang aku x pasti apakah mereka yang ada disekeliling menghargai dan mengambil endah apa yang aku share !
 
Moga  suatu masa nanti , aku berdoa dan berharap penilaian mereka yang berada dipuncak sana serta punyai kuasa ... pandang dan nilai kami yang x punyai sehelai kertas bernama Ijazah ini dengan adil kerana kami juga punyai perasaan ... dan kena juga diingat punyai sehelai kertas ini bukanlah tiket hanya untuk mengarah tetapi juga pelaksana ...boleh gitu !! 😊😊
 


 
 

Thursday, April 1, 2021

usaha ke arah yang lebih baik ...

 

Orang Lemah Membalas Dendam
Orang Kuat Memaafkan
Orang Cerdik Mengabaikan 
 
 

Wednesday, March 10, 2021

Aduh ! ... ini bukan sinetron

 

 Minggu2 terakhir PKP kali ini penuh dengan tragedi dan sandiwara ... apatah lagi bila ada lawatan mengejut ke beberapa lokasi , maka gempak gempita dengan cerita-cerita yang hanya berani dibelakang layar sahaja ... sembang bagaikan mereka adalah mangsa keadaan dan terasa dianiaya ... aku ambil pendekatan hanya perhati dan diam seribu bahasa atau lebih tepat " no komen " , sebenarnya tiada apa pun yang perlu diperdebatkan ... tetiba aku terimbas semula apa yang yang berlaku semasa mesyuarat beberapa tahun lepas ... perkataan yang aku terlafaz ketika itu " istiqomah " menjadi bahan sendaan dan sindiran ... masa tu aku terpinga-pinga juga " eh ! salah ke ? " 

Aku anggap mereka semua ni kena culture shock sebab dah terlalu lama berada dalam zon selesa serta sentiasa dilindungi ... bila menerima teguran dan kritikan cepat emosi dan melatah , pastu share kat group yang penghuninya semuanya sehati sejiwa ... soal kebenaran dan kesahihan cerita tolak tepi ... yang diperdebatkan adalah untuk back up kekawan yang kununnya tidak sewajar diperlakukan sedemikian rupa ... bak kata Tan Sri P. Ramlee " inilah dunia "

Perkataan " Muhassabah " pun pernah jadi isu bila ada yang tidak boleh lelap mata memikirkan maksud yang tersirat dan surat serta berselirat ! ... sedangkan ketika kata-kata itu aku lontar , niat dihati adalah untuk ingatan diri sendiri ...lagipun ketika itu siapa aku untuk berlawan debat ... tapi itulah bila apa yang terlafaz dianggap sindiran ...

#syukurselalu pernah jadi trademark suatu ketika dulu ... semua suka dan bersetuju dangan perkataan syukur selalu ... kan bagus kalau perkataan syukur selalu ni diapklikasikan dan dijadikan amalan dalam kehidupan dan kerjaya ... mesti semua happy tanpa ada istilah terasa hati ... #syukurselalu sebab tempat kerja hanya sepelaung dari rumah atau dalam persekitaran kampung yang sama ... #syukurselalu sebab tempat kerja ada aircond , paling tidak pun ada kipas x perlu berpanas mandi peluh ( kecuali time black out ) ... #syukurselalu sebab x perlu bermasam muka dengan rakan sekerja sebab bertugas sendirian , so nak buat apa pun kat rumah kedua ku tiada siapa nak marah ... #syukurselalu sebab x perabis duit gaji untuk kos minyak sebab jarak dari rumah x sampai 10 km ... #syukurselalu sebab setiap bulan dalam akaun akan tetap dibank in duit gajian walaupun kerja ala2 jer serta acapkali hilang dari radar ... dan ... dan ... dan ... #syukurselalu sebab bla ... bla ... bla ...

Memamg mudah menyalahkan orang lain utnuk melindungi kesilapan sendiri , rasa bangga kerana berjaya menutup bangkai gajah dengan sehelai daun ... sesuatu yang aku belajar dari pemerhatian beberapa perkara yang menjadi isu besar adalah apabila adalah terjahan lawatan yang tidak diduga ... sepanjang aku mengiringi lawatan terjahan ini ... tidak terdengar dicuping telinga ini perkataan " maaf " yang aku kira akan dapat meredakan suasana ... dari raut wajah hanya emosi amarah terlihat walhal semua ni berpunca dari diri sendiri 

Aneh sekali ! pesalah menyebar luaskan berita apa yang berlaku kepada kalangan dan lagi aneh 
( berganda ) apabila kalangan memberi komen menyokong malah menokok tambah bukan sebagai penenang keadaan ... maka berterusanlah mereka berada dalam situasi tidak boleh menerima teguran , sukar menerima pandangan , berat hati menerima pembaharuan ... so kekal lah mereka di situ sehingga Allah jentik naluri mereka untuk bermuhasabah ... aku berdoa moga sebelum tirai persaraan berlabuh ... akan ada suasana kerja yang pernah aku lalui dahulu ... Aamiin



Monday, March 8, 2021

8 Mac 2021

Salam untuk semua Wanita

 

Wednesday, January 27, 2021

Saje nak share ... hehehe

 

 Saje nak share up date status whatssap seseorang yang aku baca
 ( selalunya memang aku malas nak check status whatssap  )
  sebab kebanyakannya asyik share pasal bisnes dan jual produk 
TAPI
tulisan kata-kata ni memang menarik
" IKHLAS " itu diam
kalau heboh sini sana
itu adalah " IKLAN "

 πŸ™†πŸ™†πŸ™†πŸ™†

 

Sebening air mata

 throwback Februari 2019

... Alhamdulillah , dua minggu lepas aku berkesempatan memenuhi permintaan seorang sahabat lama yang sedang menjalani rawatan di IJN ... waima ketika itu rasa lesu masih belum hilang kerana pada sebelah malamnya aku menghadiri Apresiasi PPAS di SACC ... atas rasa tanggungjawab sebagai insan dan sahabat aku sematkan di minda bagaimana jika aku berada di tempat dia ? 

... Sebening air mata menyambut ziarah aku ... terkejut , terkedu , terkesima ... semua ' ter ' ada masa tu ... dia x sangka aku akan memenuhi permintaan dia yang ntah ke berapa kali ... aku pulak memang nak ziarah dia lebih awal tapi kekangan masa ( macam sibuk sangat kan ! πŸ˜‰ ) ... prinsip aku mudah selagi tugas hakiki x selesai bagaimana nak bercuti dengan rasa tenang . 

... Sepanjang 2 jam masa lawatan tu , aku hanya mendengar sahaja ... bagi peluang orang sakit bercakap dan bercerita ... seperti yang selalu aku cakap kat sahabat aku ni ... bukan semua orang Allah beri peluang ke dua ... kekadang peluang ke dua ni tak pernah ada ... tapi itu bukan bermakna kita boleh berputus asa , perlu terus usaha , semangat untuk terus lakukan yang positif .
 
... Sesekali dia mematikan bicaranya dengan helaan nafas yang panjang , aku hanya memerhati sahaja bagaikan tiada perasaan ... sebenarnya dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu ... meskipun semasa dalam perjalanan untuk ziarah ini telah aku susun ayat untuk diperbualkan ... aku buang jauh semua itu kerana melihat kesungguhan dan keceriaan atas perjumpaan ini ... biarlah orang yang dilawat sahaja mengungkap kata .
 
... Sehingga kini aku masih x upaya untuk meluah atau mengungkit cerita semalam , biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia abadi daripada mengundang nostalgia kedukaan ... lagi pun sesuatu yang berlaku ada hikmah tersembunyi untuk dijadikan tauladan dan sempadan ... apatah ketika ini kami telah saling memaafkan dan redha atas ketentuan Nya ... alhamdulillah

... Allah atur segala kejadian dengan cukup indah dan sempurna ... kita bertemu dalam suasana yang cukup harmoni ... dititipkan rasa bahagia dalam jiwa ( meski sementara ) , kita harungi semua kepedihan itu dalam diam seribu bahasa , kita biarkan sahaja situasi itu berlarutan dengan iringan doa yang tidak pernah putus ... sehingga suatu ketika aku memberanikan diri untuk berbuat sesuatu  di luar jangkaan ... x tahu dari mana datangnya rasa tega itu ... aku tahu tindakan ini amat melukakan dan bagi aku sendiri juga tetapi itu adalah yang terbaik kita ... aku x suka salahkan sesiapa dan aku juga x suka menyakitkan hati orang lain , apatah lagi hati seorang ibu ... kerana aku juga punya seorang emak yang rela berkorban apa sahaja untuk anaknya .

... Moga keakraban persahabatan ini berterusan selagi hayat dikandung badan ... seperti yang selalu aku ungkapkan tiap kali dia cuba untuk menyingkap kenangan lama ... " Jika sahabat melukakan hati , lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi ... jika dia membuat kebaikan , pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan " hehehe
 

 

Monday, January 18, 2021

Library di hati - part 2

 ... Alhamdulillah ... hari ini aku bertugas meskipun masih dalam suasana PKP , moga Allah permudahkan urusan hari ini dan lindungi kami dari segala musibah ( covid ) ... atas permintaan user yang ada final exam online dan menghadiri class online ... terima kasih juga kepada KB ( Ketua Bahagian ) En. Zahir Yahaya dan Pn. Norafidah Mohd Wirsat yang memberi kebenaran dan kepercayaan untuk aku membuka ofis bagi memenuhi dan menyantuni adik-adik ini ... 







Saturday, January 9, 2021

Library di hati

 

 


 


 " MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA "
moga Rayyan Haziq dan Ayra Sofea
kekal istiqomah suka buku ... suka suasana library
dan jadi anak Soleh dan Solehah
 
 


Wednesday, December 30, 2020

Jangan pernah berhenti ...

 

... 2021 bakal hadir meskipun tanpa undangan , seperti saban tahun berlalu juga tiada azam baru untuk 2021 ni , aku hanya memperbaharui serta up grade azam yang lama kerana ada yang berjaya digapai ... ada yang separuh tercapai dan ada yang juga tergelincir dari sasaran ... hanya untuk tahun ini berusaha lebih lagi untuk menjaga hubungan dengan Maha Pencipta itu yang jadi keutamaan .
 
... Moga jiwa kental tetap utuh diposisinya , jangan pernah goyah waima apa sahaja yang cabaran yang mendatang ... mohon Allah titipkan lebih kesabaran kerana pastinya tahun ini lebih mencabar dan dengan ragam serta kerenah yang pelbagai .
 
... Usaha untuk lebih memahami rentak laku mereka yang aku ibaratkan " setenang air di kali " dan sentiasa " bermanis mulut " juga mereka yang " berhati tisu " ... usaha untuk jadi lebih diam ( antara azam 2020 yang tergelincir dari sasaran ) ... ntah lah azam yang satu ni amat sukar untuk aku laksanakan waima gandaan usaha lebih dari biasa ... aku tahu benar situasi ini buat banyak hati yang tercalar dan terluka sehingga aku dianggap " berdosa " hanya aku mengeluarkan kata  pertanyaan dengan nada sedikit tinggi dari biasa ... maka terungkaplah di status whatssap untuk luahan hati dan tersebar luas bila ada lak yang x tahu citer sebenar turut terheret oleh rasa ehsan serta simpati yang amat sangat ... bertambah lagi dosa seorang " aku " ... Alhamdulillah ... terima kasih Allah kerana jadikan aku bukan seorang pendendam ... meskipun aku sedih kerana tidak upaya mengatakan apa yang sebenar ... aku hanya mampu  diam diri serta membiarkan citer itu berlalu .
 
... Jangan pernah berhenti untuk jadi lebih baik , itu kata-kata keramat dari seorang sahabat yang aku semat rapi dalam hati ... menjadi pembakar semangat untuk aku terus melangkah dan kekal positif  dalam apa mengharungi semuanya ... untuk yang pernah melalui pengalaman dihina , difitnah , dituduh , diremehkan , direndahkan , moga  tetap sabar kerana ALLAH kan ada ... 
 

 

Tuesday, December 29, 2020

next ... 2021

 

Alhamdulillah 2020 semakin menghampiri garisan penamat , tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang bukan sedikit ... tahun yang meninggalkan nostalgia paling sedih untuk aku serta seisi keluarga ( Al fatihah untuk arwah kakak sulung )

Saturday, December 26, 2020

sampai waktunya ...

 ... Alhamdulillah , hari ini aku dah settle perbincangan mengenai majlis persaraan seorang sahabat yang telah bulat tekadnya untuk menamatkan perkhidmatan pada usia 50 tahun ... setelah berkhidmat selama 15 tahun ... dan dapat aku rasakan kegembiraan yang terpancar diwajah setiap kali diajukan bertanyaan " betul ke Bib nak bersara pilihan , jangan menyesal tau " usik aku " ye betul Kak Mis , saya nak lebih masa dengan keluarga " jawaban luhur dari hati dan aku pasti itulah yang terbaik .

 
... InsyaAllah , akan ada majlis untuk Bib meskipun x se gah mana , yang paling penting ingatan dan penghargaan dari sahabat yang lain ... tetiba aku sebak bila memikirkan begini pengakhirannya perjalanan kerjaya Bib ... apatah lagi telah dimaklumkan tiada majlis di HQ kerana kekangan covid ... Alhamdulillah keizinan untuk majlis ini telah mendapat restu dari KB ... moga kelancaran majlis di hari kejadian dipermudahkan Allah ... dalam situasi sebegini segalanya penuh dengan kemungkinan yang tidak terduga ... kepada sahabat handai yang tidak dapat hadir kerana ramai yang bercuti hujung tahun janganlah resah dan gundah gulana ye ... majlis ini hanya simbolik sahaja , yang pasti ukhuwah akan tetap terjalin selagi hayat dikandung badan .

... Terima kasih kepada Si Bobot yang banyak membantu untuk menjayakan majlis ini , 100% aku letak segala urusan kejutan untuk majlis ni ke bahunya ... walaupun sedang bercuti !
 
... Sampai waktunya , saat kaki melangkah keluar dari fasa kerjaya ke dunia bebas tanpa kongkongan dan ikatan protokol dan prosedur ... maka lalui lah dengan rasa tenang kerana kita memberi khidmat dengan sepenuh hati ... moga Bib happy melalui fasa sebagai pesara berjaya  ! 



 
 

Thursday, December 24, 2020

belajar untuk siap siaga ...

 
 
 
 .. Hari ini bertugas berdua sahaja , sahabat yang lain bercuti ... alhamdulillah Library masih lagi menjadi tempat kunjungan dan pilihan untuk study serta pinjam pulang buku ... walaupun dunia gadjet seolah-olah menakluk dunia ... buku masih lagi ada pengikutnya tersendiri .

... Dan hari ini juga , aku buat penyerahan Kit Reading Seeds bagi penyertaan area Pekan Sekinchan ... tahniah kepada yang menerima Kit Box Reading Seeds walaupun beberapa kali tertunda kerana penerima berada di luar kawasan ... semua happy hari ini

... Kejutan untuk hari ini adalah apabila arahan melalui whatssap pada jam 15.06 pm untuk semua staf iaitu pembukaan semua perkhidmatan pada hari sabtu minggu ke empat terakhir bagi tahun 2020 ... aku pun terkejut le juga ... tapi x de lah sampai menangis hanya terkesima jer ! ... lagipun aku memang x de perancangan untuk bercuti di luar kawasan atau merentas negeri , sekadar lepak-lepak kat rumah masa cuti krismas sambil layan si bulus ... itu jer !
 
... Hanya aku rasa simpati kat kawan-kawan yang dah rancang untuk bercuti rentas daerah atau negeri , apatah lagi jika dah booking penginapan bagai ... cer bayangkan perasaan gumbira seisi keluarga tetiba lenyap macam tu sahaja ... 
 
... Norma baru kehidupan ni perlu diperkemaskan lagi dengan belajar siap siaga dengan arahan baru last minute bukan sekadar patuhi SOP sahaja ... perlu sentiasa bersedia juga dalam pelbagai situasi serta plan tindakan .
 
... Kehidupan ini adalah pilihan , itu yang selalu aku ingatkan diri sendiri ... setiap dari kita ada tugas dan keperluannya yang tersendiri ... ada ketika penerangan yang jelas perlu sangat diperingatan beberapa kali al maklum bila dah terlalu sangat melalui PKPB terkadang tu terlepas pandang kan !
 
... Maka banyak perkara perlu di update untuk  melangkah ke tahun 2021 ... terutama doa yang berterusan untuk bebas dari musibah covid ... tiada lagi leka dan alpa serta ambil mudah , tanamkan juga muhasabah diri ( ingatan untuk diri sendiri ) dan sentiasa untuk siap siaga atas segala kemungkinan ... selamat tinggal zon selesa yang dah sebati serta berakar umbi tu ...

Thursday, December 17, 2020

Seadanya aku ...

 


 " Kita tidak ditakdirkan untuk di sukai semua orang . 
Yang benci , biarlah benci dengan alasan-alasannya sendiri . Jangan berusaha menyakinkan sebab dia akan tetap lebih yakin pada kebenciannya "

Wednesday, December 16, 2020

aku dan kertas

 

Alhamdulillah , selesai sudah laporan Audit Aset setelah beberapa hari melalui kerja-kerja menyemak , mencari no inventori pada setiap aset , mencatat , merekod , memasukkan data dan menyemak semula ... terima kasih tidak terhingga kepada sahabat yang banyak membantu dalam usaha menyiapkan semua ini , tanpa kalian semua ini tidak akan sesempurna ini ... terima kasih kepada Suzana ( bobot ) PD. Parit 14 yang adakalanya terpaksa duduk dibawah meja utk mencari inventori ... Bunga PD Parit 8 yang sentiasa dalam mood standby seiring dengan usia kami yang sama ni ... Ayu PD. Tebuk Berihun yang sentiasa siap siaga membantu dan Along ( Noor Fazilla ) selalu membantu memudahkan urusan tugasan aku setiap akhir bulan ... terima kasih sangat moga kalian sentiasa dalam Rahmat Nya ... Aamiin 

Selesai sudah part laporan audit aset yang telah aku emailkan semalam , tarikh akhir yang diberikan 15 Okt ... bukan niat untuk melewatkan penghantaran tetapi kekangan masa yang ada ketika tidak terkejar atau mungkin juga aku yang gagal menguruskan masa dengan baik kut ! 13 lokasi semuanya dan setiap satu lokasi ada cabaran yang tersendiri ...al maklum tempat yang dah beroperasi ditambah pula dengan aset dah uzur serta no inventori pun ada yang samar-samarsahaja kejadiannya ... ada juga yang dalam list tapi aset tiada ... satu hari aku dan kekawan yang membantu hanya akan buat audit aset melibatkan 3 lokasi sahaja atau sebelum jam 1.00 pm ... jam 2.00 pm aku usaha untuk sampai ke ofis untuk rekodkan ... adakala berhari-hari juga aku stay jer kat ofis sebab staf yang aku nak audit bercuti .

Bila diimbas semula dari mula kerjaya aku ni ... aku dan kertas macam irama dengan lagu , bagai ombak dan pantai lak ... x dapat dipisahkan , dulu2 masa memula kerja selalu buat aktiviti guna kertas warna warni ... macam2 kraftangan dan origami ... time tu setiap hari sabtu dan cuti sekolah adalah hari sibuk aku ... kehadiran user ke Library amat memberangsangkan ... era 80 an dan 90 an adalah era buku , itu yang selalu sembang dengan Siti Khadeeja ( Ija ) ... masa tu juga buku catatan dan diari ada satu kemestian ... Ija gelak sakan baca diari dan buku catatan era 90an aku ... " nape lak acik tulis guna pen dakwat merah , pastu semua guna huruf besar " tanya Ija " ermm .. time tu acik tengah marah kut " bersahaja jer aku jawab ... benda dah bertahun berlalu mana nak ingat sangat kan ! boleh gitu ..hehehe

Kini pun aku masih bergelut dengan kertas juga ... Program Reading Seeds , alhamdulillah sudah ada peserta yang memohon awal telah terima kit box reading seeds dengan gembiranya ... insyaallah jika ada kelapangan aku akan update gambar-gambar penerima ... target 30 unit kit box reading seeds semua dah habis ... terima kasih kepada Library Daerah Kuala Selangor sebab topup 10 unit lagi dan 40 unit lagi pihak HQ topup ... 80 unit kit reading seeds untuk Daerah Sabak Bernam ... terima kasih juga untuk semua staf Lib Daerah Sabak Bernam ... berusaha ! berusaha ! 

Minggu-minggu terakhir tahun 2020 ni ... kesibukan mula melanda lagi meskipun tahun ni tiada lagi laporan aktiviti yang perlu aku settlekan seperti tahun-tahun sebelumnya tapi tahun ni cabarannya lebih lagi  ... dan aku dilanda selsema agak teruk ( bukan sebab penyakit yang merebak sekarang ye ) ... bagi yang kenal aku dengan baik akan tahu lemahnya aku bila stress melanda ... hanya beberapa tahun kebelakangan ini berkat dorongan kekawan aku sudah mampu mengawal dengan cara sendiri ... alhamdulillah 
 
 

Friday, November 27, 2020

Aku hanya rindu ...


 Emak ! malam tadi hujan lebat sangat dan tanpa sedar airmata ni mengalir sederas air hujan di luar ... terasa begitu sunyi dan sepi alam sekeliling meskipun titisan air hujan menghempas bumbung zink begitu bingit kedengaran ... x tahu kenapa aku begitu ... lama dulu, dah lama sangat aku x rasa perasaan begini ... aku biarkan sahaja air mata ini mengalir sehingga aku tersendu dalam esakkan ... aku hanyut dalam perasaan yang x upaya untuk aku luahkan dengan kata-kata ...

Emak ! baju kurung kedah  yang mak pakai hari terakhir tu masih tergantung kemas kat pintu bilik tidur ni ... warnanya dah agak pudar sikit tapi biarlah , mungkin juga sebab selalu aku pakai bila teringat dan rindu ... baju kurung cotton corak bunga berwarna merah tu pun masih ada lagi aku simpan sebab baju tu penuh nostalgia ' terima kasih Mak ... sebab siapkan baju dalam sehari jer untuk aku pakai masa temuduga  kerja yang sekarang aku sandang ni ' .

Emak ! anak mu sedang diduga dengan pelbagai ujian , terkadang terasa terlalu letih sangat ... kalau dulu emak selalu pesan ' biarlah orang nak cakap , penat bercakap berhenti lah dia ' tapi aku dah x sesabar dan setabah dahulu ... hati kering ini semakin mudah tercalar dan rapuh ... aku berusaha untuk tidak ambil peduli tetapi aku tetap insan lemah yang penuh dengan rasa .

Emak ! segala pesanan dan nasihat tetap terpahat rapi dalam hati ... aku selalu doa semoga ianya kekal disitu sebagai azimat sumber kekuatan ... masih teringat lagi kasih dan sayang emak dan bapak waima tidak terungkap dengan kata tapi tahu aku emak selalu lebih aku dalam segala hal ... emak selalu tenang bila aku mengadu pasal apa yang berlaku seharian di tempat kerja ... banyak perkara yang aku adukan tapi kerapkali juga emak akan kata " sabar " ... hanya itulah perkataan yang keluar dari bibir emak dan aku terdiam ... itulah yang akan berlaku setiap kali aku mengadu sehingga aku mula memahami setiap masalah perlu ditangani dengan sabar ... terima kasih emak

Emak ! setiap detik nafas ini akan sentiasa ada doa untuk emak dan bapak serta kakak dan abang ipar ku ... moga Allah ampun segala dosa dan tempat mereka bersama-sama mereka yang bertaqwa Aamiin 😒😭😭

Ya Allah ... bukan aku tak redha atas ketentuan Mu ... aku hanya rindu

 

 

 

 

 

Thursday, November 12, 2020

Nostalgia Jiran Kaunter Sebelah

 

 imbas kembali 2010 - 2017

2020 adalah tahun ke 14 aku menulis di Blog atau sebagai Blogger ... memula tu aku menulis sekadar untuk mengisi masa terluang dan memenuhi minat suka menulis sebab aku suka membaca ... mereka yang suka membaca akan suka menulis secara umumnya begitu ... mula menulis di blog pada tahun 2006 , masa tu aku menulis apa sahaja yang aku lalui ... adakala aku tulis juga pengalaman atau citer yang kekawan share ... Duniaku itulah trademark bolg aku 

Bermula Disember 2006 , aku akan menulis apa sahaja kerana aku anggap blog adalah diari so setiap hari aku akan post ... lagipun masa tu dunia blog x meriah seperti sekarang ... keasyikkan aku menulis sehingga satu ketika aku dikejutkan dengan panggilan yang meminta aku delete satu artikel yang aku post di blog ... terkesima kejap " eh ! kenapa ek perlu delete " ... itulah pengalaman yang mengajar aku sesuatu berkaitan benar , kebenaran , membenarkan ... jujur dan kejujuran bukan lah sesuatu boleh dibanggakan ... berkata benar atau jujur adakala dianggap sebaliknya 

Aku menulis di blog secara konsisten sehingga bulan September 2010 ketika bertugas di Perp. Cawangan Tanjong Karang ... situasi di situ banyak idea tercurah kerana 16 tahun punya cerita bermula dari tahun 1994 semua aku lakarkan sebagai kenangan pahit manis kehidupan dalam melunaskan amanah merentas daerah ... terkadang aku rindu masa lalu yang memberi inspirasi untuk aku terus melangkah meskipun pelbagai ranjau ... selalu aku ingatkan diri sendiri " inilah kehidupan " .

Oktober 2010 ... aku mula berhijrah ke lokasi baru ( atau pun lebih tepat tempat aku bermula ) setelah 16 tahun merantau di luar daerah ... jumpa rakan ofis baru ( hakikatnya dah lama kenal ) ... Bib , Aan dan Ayu yang semuanya ibarat adik-adik aku sahaja ... proses suai kenal antara kami x de lah luar biasa sangat tapi sebab masa tu semua bergelut dengan audit serta  x de pengalaman dengan audit ... seingat aku akrab antara kami sebab saling membantu , perlu memerlukan dan memulakan dari zero ... alhamdulillah " Dream Team "  ini  berjaya melalui first audit walaupun banyak yang teguran ... pengalaman ini amat bermakna bagi aku .

Blogger " Kisahku " adalah jiran aku di kaunter sebelah ... bestnya sebab kami ada minat yang sama iaitu membaca dan menulis ... aku panggil dia " beb " jer ! 😍😍😍 ... masa tu juga kami peminat tegar novel-novel terkini ... aku sendiri akan shopping online untuk novel dan buku karya Hamka ... memandangkan kaunter kami bersebelah maka setiap hari sebelah petang biasanya kami pilih satu topik untuk dibincangkan ... sambil mata mengadap screen komputer dan jari di keyboard untuk siapkan tugasan ... mulut pot pet pot pet berbalas pendapat dan pandangan ... bukan selalu kami sekata tau ... adakalanya x sehaluan juga tetapi tidak sampai berbalah kan beb ! ... berbezaan pendapat tu normal sebab kami usia kami yang berbeza ... dan akhirnya kami akan menulis di blog memasing ... rindu sangat saat itu 

Jan 2017 ... ketentuan Nya lagi , kami terpisah bukan sahaja dengan blogger kaunter sebelah tetapi melibatkan Ayu yang selalu menjadi pendamai dan pendengar setia ... masa itu rasa sendiri sangat apatah lagi untuk kebimbangan untuk menghadapi audit ... waima ada bidalan " patah tumbuh , hilang berganti " semesti yang tumbuh dan berganti tidak kan sama dengan yang patah dan hilang " ... 

Kini 3 tahun berlalu ... dan aku sendiri diarah tugas sementara ke lokasi baru sehingga penempatan sebenar siap rebranding ... adakah kami akan berjiran kaunter lagi di masa akan datang ?? ... aku tiada jawaban nya 

 

 

Friday, October 16, 2020

HARI KAMUS




 Alhamdulillah ... dapat ikuti Wawancara Layar Putih ITBM

bersama Sasterawan Negara

DATO' BAHA ZAIN

" Derita & Bahagia Tugas Penyusun KAMUS "

Sempena Hari Kamus

16 OKTOBER