Thursday, January 11, 2007

Korban dan Pengorbanan

Korban dan pengorbanan .......ungkapan yang jadi kebiasaan dalam hidup seharian...dalam berita tv malam tadi pun dilaporkan ada nahas jalanraya yang mengorbankan tiga sekeluarga.....teringat kata orang tua-tua dimasa akan datang nyawa semakin murah harganya dan tiada nilai lagi, apakah masa yang dikatakan itu adalah era sekarang ni ......ngeri....! tapi itulah hakikat yang terpaksa dibayar oleh kita hasil kemodenan dan kemajuan.

Alam sekitar terpaksa dikorbankan demi memenuhi tuntutan kerakusan manusia. Bukit ditarah saban hari tanpa memikirkan ekosistem yang yang seharusnya dipelihara.....aghh...bumi menangis tapi siapa peduli, yang berada berlumba memacakkan mahligai atau villa di lereng-lereng bukit sebagai lambang kemegahan dan keegoan ........tapi bila bumi memuntahkan kemarahan .........mulalah saling menyalahkan, itulah manusia tidak pernah belajar...... kita selalu berasakan sesuatu bencana itu tidak berlaku kepada kita.

Korban dan pergorbanan juga mengungkap 1001 macam peristiwa ada suka, ada duka dan pelbagai lagi ........masa zaman persekolahan dulu setiap kali ustaz bercerita pengorbanan Nabi Ismail a.s yang rela dijadi korban oleh ayahandanya amat mengesan dihati sehingga ke hari ini, masih adakah hati-hati sesuci dan setulus Nabi Ismail a.s dan Nabi Ibrahim a.s di zaman ini , teringat kisah teman sekolah yang begitu sabar dan redha dalam mengharungi kehidupan, katanya' dalam hidup ini adalah ketika kita akan menjadi korban dan melakukan pengorbanan' , aku terkenang di akhir tahun 80 an ketika semua rakan lain sibuk dalam mencari pekerjaan dan menyambung belajar, aku terkejut bila dapat tahu beliau telah berkahwin dengan rakan sekelas tanpa khabar dan kad undangan ..... jodoh dah sampai katanya ...... sejak dari itu hubungan terputus kerana masing-masing sibuk dengan dunia yang semakin berbeza .......... kini setelah 20 tahun tidak berjumpa ...... Alhamdullillah kami berjumpa lagi ....... bila dah jumpa macam-macam cerita keluar..... katanya..' dah tak ada jodoh, sekarang ni tengah cari kerja untuk sara anak sekolah '. Aku terdiam .... tak tahu apa nak cakap ...... aku cadangkan beliau ambil upah jahit baju atau mengait benang kerana nak cari kerja sekarang ni susah sebab terpaksa bersaing sebab ramai lagi pencari kerja yang lebih berkebolehan lagi.
Dulu katanya kerana cinta ia korbankan cita-cita untuk sambung belajar walaupun berkelayakan kini terpaksa melakukan pengorbanan untuk besarkan anak-anak.

Cerita korban dan pengorbanan ini tak akan ada habisnya, ....... fikirlah sebelum rela dijadikan korban dan jika perlu melakukan pengorbanan pun biarlah ianya berbaloi kerana ' sesal dulu pendapatan, sesal kemudian sendiri mau ingatlah'

Untuk mereka pernah merasakan diri jadi korban, anggaplah sebagai asam garam kehidupan dan bina semula jati diri, insyaAllah anda akan lebih berjaya.
Untuk mereka yang lakukan atau terpaksamelakukan pergorbanan, lakukan dengan ikhlas keranan setiap kebaikan walau seberat zarah pasti ada bakasnya itu janji Allah.

Semoga kita semua sentiasa beroleh keberkatanNya dalam menharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan. InsyaAllah.

No comments: