Wednesday, November 11, 2009

hanya atas kertas ...

... pagi tadi aku singgah kat lib daerah untuk serah borang pinjaman komputer dan ambik katrij untuk printer ofis aku yang dah tersasar kat pd lain lak ... dan info terkini yang aku terima melalui fax kat lib daerah tadi ... 20 Nov ni kena gi bengkel I-Play kat Bilik Aktiviti Kanak2 di HQ ... pendaftaran jam 8.30 pagi ... alahai ! baru jer balik dari kursus dan kena gi bengkel lak ... tapi bagus jugak untuk luaskan pengetahuan ... kata orang " ... untuk berjaya ... ilmu kena di cari ... kena lah bersyukur sebab nama tersenaraikan ! "

... dan aku sempat juga bincangkan pasal fail meja yang aku terima 3 minggu lepas ... berkali2 meneliti rentetan tulisan yang tertera kat kertas tu ... aku jadi keliru ... sebab berbeza sesangat dengan rutin tugas yang aku laku dari dulu hingga kini ... amat berbeza !

... so nak ikut mana satu ni ... yang tertera kat fail meja tu ke atau meneruskan rutin kerja macam sekarang ni ... kalau ikut senarai kat fail meja tu ... maka banyak le kerja2 yang tertangguh ... sebab x de sesiapa pun yang menunjukkan minat ke arah itu ... yang hampehnya dan buat aku rasa blurr ... bila aku terangkan pasal senarai kerja baru ni ... masing2 tunjuk respon ala2 sengal gitu !

... dilema gini mungkin jugak dirasai oleh kamu ... kamu ... kamu ... dan kamu juga kan ! apa tindakan seterusnya ... aku masih memikirkan .... dan tetap meneruskan rutin kerja macam dulu walaupun sebenarnya bukan tugas hakiki ...

... sebab nak membuang biasa dalam diri setiap insan ... samalah macam nak lentur buluh ... dan aku sendiri belum cukup kuat untuk melakukannya ...

* ... yang indah hanya rupa ... yang sejati hanya hati yang murni ... !

No comments: