Thursday, June 3, 2010

bila kita terpaksa memilih ...


... terguris di hati ! itulah yang aku rasa saat ini ... tu pasal adakalanya aku selalu berharap lebih baik aku x tahu daripada aku tahu ... tapi bila aku fikirkan semula ... aku harus tahu sebagai ingatan dan panduan untuk lalui hari2 seterusnya ... sebab semua yang berlaku ada pro dan kontra ... ada baik dan buruknya !
... dalam kehidupan ini memang payah nak puaskan hati semua orang yang disekeliling kita ... anggapan dan tanggapan buruk sentiasa berlegar ... dan mancari ruang untuk mencelah ... menyusup ... dan menyebarkan virusnya ... samada kita sedar atau tidak !
... x tahu dimana silapnya atau dah memang dah jadi lumrah orang kita ... suka beri tanggapan negatif setiap apa yang berlaku tanpa lebih dulu memahami jalan cerita sebenar ... aku pun x salahkan mereka ... biarlah !
... dan aku pun malas nak berkisah apa yang berlaku sebenarnya ... x kuasa nak panjangkan cerita ... yang melibatkan orang lain pulak ... yang sudah2 tu biarkan lah ... !
... cuma aku nak kongsikan ... dalam kehidupan ni ada waktunya kita terpaksa memilih ... terpilih dan dipilih ... atau x terpilih dan x dipilih ... begitu jugak dengan aku sendiri yang adakalanya terpaksa memilih ... tapi bukanlah bermaksud memilih atas alasan kepentingan peribadi atau kroni tapi lebih kepada membina komitmen demi kelancaran memenuhi arahan tugas yang diamanahkan ...
* ... air mengalir ke muara sungai
kelodak tinggal di hujung kuala
seribu manusia sejuta perangai
berserah kepada Allah Ta'ala

1 comment:

Ainraihan said...

hehehe... ngape ni, jgn sedey2 luah kn sahaja