Monday, November 22, 2010

sepasang chopstiks



... sebak ! itulah gambaran perasaan aku bila jumpa dia jumaat lepas ... itu pun dia call mintak aku hantar ke klinik sebab x sihat ... memang dah lama aku x jumpa dia ... selalu tu kami berhubung melalui telefon jer ... sejak pelbagai insiden yang berlaku awal tahun ni ... aku dan dia bagaikan terpisah ... walaupun kami berjanji akan selalu berhubung tapi kekangan waktu dan tugas membataskan segalanya ...

... dia adalah sahabat yang sentiasa ada di saat semua rasa melanda ruang lingkup kehidupan aku ... sesungguhnya aku selalu berharap dan bersedia untuk berkongsi segala masalah atau apa2 jer yang menyelubungi ruang lingkup kehidupan dia ... aku ingin dia tahu ... aku akan sentiasa ada !

... rencah dunia adakala memaksa kita bersikap sekeras besi ... seteguh kinabalu ... segagah titiwangsa ... aku tahu dia x pernah mengalah ... dan x akan mengalah ... setiap musibah yang melanda dihadapi dengan sabar ! ...

... bak kata pepatah orang cina ..." sahabat yang baik bagaikan sepasang chopstiks " apa makna yang tersirat ... kena le fikirkan sendiri !

*... semoga dia tetap tabah ...

No comments: