Saturday, January 22, 2011

mewarna & paper bag

ikut arahan ek !

si comel fiyyah yang sentiasa ada setiap kali aktiviti


aktiviti melukis

... Aktiviti melukis dan paper bag ni adalah idea dari Aan ... aku hanya sekadar merealisasikan jer ... masuk jer ofis pagi tadi ... aku dan Aan mula sibuk tercari-cari bahan recycle yang masih boleh diguna pakai projek aktiviti ni ... syukur alhamdulillah masih ada baki perada semasa program si manjaku !
... 10.00 pagi ... kami dah ada 10 orang kanak-kanak yang menunjukkan minat ... bila Aan serah kertas bercetak gambar untuk diwarna ... " ... x kan nak mewarna ? " ... terdengar suara peserta lelaki ... " ... his ! mewarna ni perlukan kreativiti dan imaginasi tau ... kita akan bagi hadiah misteri untuk adik2 yang kreatif " terpaksa jugak memancing minat mereka dengan janji ... !
... selesai mewarna ... kami mula untuk buat paper bag pulak ... dari apa yang aku lihat ... kanak2 akan lebih teruja pada aktiviti yang berbentuk kraftangan ... dan peserta lelaki lebih kreatif dalam menghasilkan paper bag !
... sebelum aktiviti berakhir ... " minggu depan aktiviti apa pulak kak ? " ... jawapan aku " mana boleh bagi tahu ... kena le hadir dan tungguuuu ! " ...hehehe .


* ... masih dok terfikir2 ni ... sape ada idea yang boleh dikongsi ... silakan !



No comments: