Friday, January 27, 2012

Nilai


salam jumaat ...


... baru balik dari menghadiri Program Selamatkan Akidah di Dewan Sri Bernam ( ... x jauh dari ofis ) ... aku , aan ,bib dan nasar dipilih untuk wakil lib Daerah ... selepas mendaftar nama ... kami diberi satu beg berisi sarapan pagi ( beehoon dan karipap serta air ) , aturcara majlis , buku kecil dan pen ... alhamdulillah


... melihat aturcara program dan tajuk pembentangan kertas kerja " Selamatkan Akidah Ummah " oleh Y.Bhg Us Haji Zamri bin Hashim , Timbalan Mufti Negeri Perak serta perbincangan panel atas tajuk " Kepentingan Dakwah dan Tarbiyah Dalam Mengatasi Ancaman Pemurtadan " ... buat aku teruja dan rasa syukur sangat sebab berpeluang hadir mendengar ...( sebab masa datang td pun aku hanya bawa pen dan buku nota jer )


... intipati yang aku anggap penting sesangat bila perkataan nilai (... bukan tempat shopping kat N9 tu ) begitu ditekankan sepanjang program berlangsung ...


... apa yang kita tahu pasal nilai ek ? ... tahu ... x tahu ... ntahlah ... pengertian nilai ni mungkin berbeza bagi setiap orang ... ianya mungkin mengikut pesepsi dan situasi pada satu2 masa ... sebab kalaulah kita tahu nilai disebalik setiap sesuatu yang Allah anugerah kan pada kita ... Allahu Akhbar !


... alangkah indahnya jika penilaian mengenai nilai akidah ni singgah kat sanubari mereka2 yang diberi kuasa ... diberi keupayaan untuk bertindak mencegah penyelewengan akidah ... ketepikan dulu perbezaan parti ... kelainan pendapat demi mempertahankan nilai yang satu ini ... tega kah kita membiarkan saudara seagama hanyut hanya kerana kegagalan kita memberi penilaian yang terbaik ... tindakan yang betul adalah dari membuat penilaian yang bertul !


... berbahagialah kita jika penilaian mengenai nilai berkat ni berakar umbi dalam hati ... maka tiada istilah ' missing & action ' dalam rutin kerja seharian ... hatta saat terlintas niat untuk selingkuh pun kita dah terasa satu kerugian ... !


... penilaian yang keliru dalam cinta adalah sebab tertinggi orang kita menggadai akidah ... kekadang tanpa disedari kita tersasar jauh dari akidah semata-mata kerana cinta ... ermm ... sukarnya untuk menilai cinta ketika hati dilanda gelora ... minda khayal gagal membeza ... antara cinta sesama manusia atau pada Yang Esa ... maka terungkai iman yang ada hanya kerana cinta !


* ... cinta x pernah berdosa ... hanya kita yang sering khilaf meletakkan harga cinta di tempat yang x sepatutnya ! ... wallahua'alam


No comments: