Friday, April 13, 2012

lawatan ke PERPUSTAM

gambar kenangan di PERPUSTAM

En. Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris
Pengarah PERPUSTAM

 Kenangan ... bertukar cenderahati

 Sejarah awal Melaka bermula disini ... En. Raifiuddin bersama En. Harun

taklimat dari En . Raifiuddin Abd. Latif

semasa sesi lawatan 

' Sudut Kreatif ' ... paling menarik !

Aan posing kat pokok buatan dari kertas ... memang kreatif !

... sesuatu yang mungkin akan diaplikasikan di Lib. Daerah ... insyaAllah

n3 tertunda ...

Lawatan Akademik ke Perpustakaan Negeri Melaka ( PERPUSTAM ) 
26 Mac 2012

... Alhamdulillah ... setelah menempuh pelbagai ranjau dan ujian ( ... hehehe ) akhirnya bumi Melaka berjaya juga dijejaki ... memang best sangat lawatan ni ..!

... 10.00 am ... ketibaan kami disambut oleh staf PERPUSTAM ( lupa lak nama dia ... isk ! isk ! ) ... terus kami dibawa ke dewan untuk taklimat yang disampaikan oleh En. Raifiuddin Abd. Latif , beliau mengalu-alukan kehadiran staf dari Perkhidmatan Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ... dan menjelaskan PPAS dijadikan sebagai penanda aras untuk semua perpustakaan lain di Malaysia ... ( terasa bangga beb ! )

... PERPUSTAM ditubuhkan pada tahun 1881 ... lokasi Bandar Hilir ... dikenali sebagai  Khutub Khanah Melaka ... pada 1975 bertukar kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka ( PERPUSTAM ) dan dirasmikan pada 1996 ... Budaya Ilmu Budaya Rakyat Negeri Melaka .

... kalau nak cerita pasal PERPUSTAM memang banyak ... dan  x jauh beza dengan lib kita cuma mungkin ada sedikit perbezaan berkaitan jumlah naskah pinjaman buku - 3 hingga 5 naskah , denda - RM 0.10 maksima RM 3.50 , umur ahli kanak2 dari 31/2 tahun dan jika buku hilang - pembayaran harga buku serta RM 5.00 untuk wang proses .

Bahagian Koleksi Melaka ( ... aku teruja sikit kat Bahagian ni ... ada hikmahnya juga sebab bermula Mei ni aku diarahkan bertugas Bahagian Rujukan ... so banyak input dan perancangan yang berlegar2 kat minda menunggu masa untuk diaplikasikan nnti )

Lawatan ke PERPUSTAM memang memberi impak positif dalam diri aku ( ... harap semua kekawan yang pun sama jugak ) bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan dan tentunya lebih pengalaman ... hehehe

.... lokasi seterusnya selepas Melaka ?


No comments: