Thursday, January 10, 2013

khabarnya ...


... mungkinkah ? ... itulah persoalan yang bertamu kat minda aku ... mungkinkah aku akan melaluinya sekali lagi ? ... masih ada lagi ke jiwa kental ( ... hati kering kata yatie ) dalam diri aku ermm x payah fikir sangat , buat pening kepala jer ! kalau itu yang terbaik dan boleh orang lain kat sekeliling ni happy ... aku redha jer ! ek macam x ikhlas kan ? 

... andai semua andaian ni benar2 berlaku ... aku berharap x akan ada spekulasi sebab musabab kenapa ianya berlaku ... biarlah segala perubahan akan diterima baik oleh semua pihak yang terlibat ... bukannya menambah lagi kusut sedia ada ... yang terpilih dan yang x terpilih kena lebih muhasabbah diri ... bukannya menunding jari kat orang lain 

... secara peribadi bila berlaku ' penghijrahan ' lokasi tugas ... impaknya lebih kepada negatif dari positif ( ... mungkin x semua  ) ini bukan omong kosong tapi yang nyata ! ... acapkali juga ' penghijrahan ' ini lebih menjurus sebagai penyelesaian kepada masalah ... ermm akan selesaikah masalah jika punca masalah tidak diselesaikan terlebih dahulu ... hatta masalah melibatkan individu ( empunya diri ) tidak berusaha untuk berubah kepada lebih baik ... maka apakah dengan meletakkan individu lain akan menjadi pemangkin untuk empunya diri berubah menjadi baik ? ... ntahlah ! ini merupakan satu penganiayaan untuk individu lain ...

... memberi tekanan tanpa sokongan bukan penyelesaian sebuah masalah ... apatah lagi jika individu lain turut terpalit sama ... jangan kerana kepentingan diri sendiri , kita menindakkan hak orang lain!

... jangan hilangkan rasa percaya dan jangan sesekali semaikan rasa benci ... kita sesama manusia perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira status jawatan ... kerana disisiNya kita tiada beda kecuali iman dan amal 

wallahuaklam .

No comments: