Wednesday, January 30, 2013

Ceramah Maulidur Rasul di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam

 staf mengambil tempat

 ketibaan penceramah Ustaz Fazli bin Royani

En. Harun dan Ustaz Fazli

 bacaan doa









 selawat ke atas Junjungan Rasul S.A.W





 cenderahati untuk penceramah

 emcee

 jamuan ringkas


candid .... hehehehe !


Program Majlis Ilmu Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Tajuk              : " Memperkasakan Syariat dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W "
Tarikh             : 25 hb. Januari 2013
Masa              : 10.00 - 12.00
Penceramah    : Tuan Ustaz Fazli bin Royani
Tempat           : Bilik PSR , Perpustakaan Daerah Sabak Bernam

... syukur alhamdulillah ... perancangan untuk program2 sepanjang tahun 2013 bermula dengan Ceramah Maulidur Rasul berjalan sebagaimana dirancang ... terima kasih kepada Aan di atas usaha dan sumbangan dalam menjayakannya ... juga pada semua rakan-rakan ofis ( ajk pelaksana ) serta rakan-rakan dari Perp. Pekan dan Perp. Desa ( termasuk staf PNM ) kerana sudi hadir mengimarahkan majlis ini sebagai santapan rohani dan minda ... x lupa juga ucapan " terima kasih daun keladi " buat K'jis dan Bunga di atas buah tangan yang di bawa tu ...

Intipati yang ingin dikongsi bersama





Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

 ( As-Sajdah 32:12 )

Ustaz Fazli banyak mengupas mengenai tanggunjawab dan kewajiban manusia sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W untuk menegakkan syariat Islam dalam kehidupan , apa yang seharusnya dilakukan dan apa yang seharusnya ditinggalkan , dalam kelekaan manusia mengejar duniawi sehingga mengabaikan ukhrawi .

Digambarkan padang masyar itu bagaikan kapal pecah yang mana manusia di dalamnya berusaha untuk menyelamatkan diri sendiri , disaat itu hubungan kekeluargaan usai , masing-masing berusaha mencari tempat berpaut untuk menyelamatkan diri , tinggal anak ... tinggal ibu ... tinggal bapa ... tinggal isteri ... tinggal suami ... ketika itu hanya amal yang menjadi penyelamat ... maka manusia memohon untuk kembali ke dunia ... manusia berjanji akan menunaikan apa yang disuruh ... meninggalkan apa yang tegah !


A110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". 

( Al-Kahfi 18:110 )



Peringatan terhadap ibadah solat amat ditekankan sebagaimana Rasulullah S.A.W menjaga ibadah solatnya, perlu diingat solat itu tiang agama ,solat yang tertinggal perlu di qada serta lakukan taubat nasuha , tingkatkan amal ibadah ... perlu diingat jangan hanya bersemangat memperjuangkan Rasulullah S.A.W kerana dihina tapi tidak memperjuangkan amalan dan sunnah Rasulullah S.A.W

wallahuaklam


No comments: