Tuesday, February 19, 2013

... antara permata dan kaca


... hari ni aku buka semula  sejarah silam yang terkunci kemas dalam lipatan kenangan ... ntahlah ... x tahu kenapa harus begitu ... adakalanya aku malas nak mengingati apa yang pernah aku lalui ... meskipun itulah pengalaman membina sahsiah diri dalam perjuangan kehidupan .. eleh ! macam nak pergi berperang jer kan !

... mendengar cerita2 dan melalui sebagai pemegang watak dalam cerita2 itu adalah dua perkara berbeza ... hanya mereka yang pernah melalui sahaja akan menghargai nilai pengalaman itu ( ... mungkin bukan semua kut )

... menyelusuri denai kehidupan belasan tahun kebelakang ... x banyak yang indah ( sebab tu malas nk ingat ) lebih cabaran serta dukanya tapi itu bukan alasan untuk mengalah ...aku anggap itu semua cabaran ... hidup tanpa cabaran macam makan nasi putih tanpa lauk ... menyesal dengan semua yang berlaku ? ... x ar ... aku x pernah menyesal pun ... tapi aku melaluinya kerana yakin DIA tidak akan pernah menzalimi hambaNya .

... banyak perkara berlaku pada masa tu ... terkadang aku x percaya aku boleh melaluinya ... syukur alhamdulillah aku dikelilingi oleh keluarga yang sentiasa mendoakan terutama arwah mak ( Al Fatihah ) , mantan pegawai ketika itu En Mizuar Udin yang sentiasa menyokong dan memberi motivasi ... juga kekawan yang sentiasa menanamkan minda positif ... dan selebihnya adalah dari diri kita sendiri.

... aku sering bermonolog ... aku ingin menjalani kehidupan sebagaimana yang aku inginkan ... kalau aku ingin dihormati ... aku kena belajari menghormati ... andai aku ingin dihargai ... kena tahu menghargai ... jika kita berharap orang memberi tanggapan positif walhal lebih banyak negatif yang kita lakukan ... tentu x berbaloikan ! sebab Allah Maha Mengetahui apa sahaja yang kita lakukan ... hatta sekecil zarah !

... kerapkali juga hati berbisik " mengapakah khilaf yang berulangkali dilakukan tapi sering terlepas pandang ... dan pernah terjadi khilaf sekali tapi kantoi ... macam x adil kan ! " ... jangan marah tapi kena bersyukur ... sekali khilaf , Allah dah tegur sebab x mahu kita hanyut dalam khilaf yang berpanjangan ... dan bagi mereka2 yang berulangkali khilaf tapi sering terlepas pandang ... jangan le rasa bangga sebab Allah x pernah terlepas pandang pada hambaNya ... fikir2kan lah.

... jika kita tahu menghargai kehidupan tentu kita akan menghargai setiap kurniaanNya kepada kita

... jadi lah seperti permata biar terdampar jauh diperut bumi cahayanya tetap menyilau ... jangan jadi seperti kaca cantik menyerlah ... nilai tiada !

* ... buat insan2 yang sedang diduga ... tetapkan nawaitu ... insyaallah , Allah akan permudahkan segalanya. amin.

No comments: