Thursday, March 20, 2014

Analogi kehidupan ... part 13 " simpan "


... sekali lagi aku diberi peringatan ( ermm ... ntah kali yang ke berapa , aku pun x hingat )  dalam sebulan ... sampai satu tahap aku hanya mendengar tanpa rasa ( teruk kan aku ! ) ... dalam banyak perkara aku lebih suka perbincangan ... berkongsi pendapat ... bukan mendominasi ! so bila nak melaksanakan  sesuatu arahan  aku akan berbincang dan memaklumkan bagaimana pelaksanaan yang aku buat ... kes semalam tu agak mengelirukan ... semasa perbincangan semua nampak okey ... kalau pun x puashati x perlu meninggikan suara ... kita manusia semua sama disisiNya ... yang membezakan hanya amal dan iman.

... sekarang ni aku dah macam serik nak berkongsi pendapat atau idea ... bila terima arahan aku akan laksanakan mengikut apa yang diarah ... kalau pendapat atau idea yang diminta ... jawapan ' klise' aku " ... tak ada " x de perbincangan lagi ... kerana itu lebih baik .

 " ada masanya kita kena simpan sedikit idea dan kemahiran atau apa saje yang kita rasa ada value untuk diri sendiri ... bukan semuanya untuk dikongsi " kata yatie

" tak ... aku x nak simpan sikit tapi nak simpan banyak-banyak " itu kata aku

" huhh ! itu tamak beb ! " omel yatie

" tamak pun tamak lah ... janji hati x sakit kan ! " itu jawab aku

" jangan macam gitu ... batu yang berharga bukan sekadar jadi hiasan ... tapi campak ke laut menjadi pulau , lempar ke darat menjadi gunung ... x usah baling batu sembunyi tangan lak " nasihat berguna dari yatie

... tq yatie sebab sentiasa positifkan bila aku mula fikir negative ... tapi bab simpan tu ... insyaallah akan aku praktikkan ...

No comments: