Wednesday, September 17, 2014

11 September 2014 ( Audit MS ISO 9001:2008 )



... 11 September dah berlalu ... syukur Alhamdulillah audit kali ini pun berjaya tanpa ada major atau minor ... walaupun hari-hari terakhir sebelum audit terlalu banyak cabaran dan dugaan ... berjaya juga diharungi ... semua ini berkat kerjasama , persefahaman dan hala tuju yang sama sebagai pendorong untuk terus berusaha mengekalkan kejayaan yang lalu.
 
.... sebenarnya  keletihan mental dan fizikal masih terasa , sehingga saat aku mencatat coretan ini , sebenarnya aku masih berperang dengan selsema yang teruk sehingga nak bernafas pun terpaksa melalui mulut ... ini adalah kelemahan aku jika terlalu banyak fikir ia akan turut menjejaskan kesihatan  ... berkali-kali juga aku cuma buat mengawal minda seperti yang disarankan oleh Yatie tapi x berjaya ... hehehe
 
... empat perkara yang sentiasa menjadi motivasi untuk diri ... kesukaran adalah cabaran untuk berjaya ... dan untuk berjaya perlu ada usaha , doa , pemikiran yang positif dan keyakinan yang tinggi ! adakalanya sangat sukar apabila kita terpaksa memilih kepentingan diri atau kepentingan bersama ... selalunya aku memilih kepentingan bersama ... meletakan kepentingan diri sendiri ntah beberapa tapak kebelakangan demi kelangsungan satu kejayaan yang dapat mengembirakan hati semua .
 
... kejayaan yang dicapai akan lebih tinggi nilainya jika kewajiban menunaikan amanah dapat dilaksana dengan nawaitu kerana Nya . Semoga semangat setiakawan , saling membantu dan persefahaman yang terjalin akan kekal erat sentiasa .
 
... buat sahabat2 yang sama-sama  berjaya mengharungi cabaran audit ... Aan , Ayu , Nasar , Wani (PJL ) , Zam ... x lupa Din & Jefri dari Unit Bergerak ... ini adalah kejayaan kita !
 
rakaman kenangan semasa audit
 
 
taklimat oleh Pn. Suzliana ( Tim. Pengarah PPAS )
 
khusyuk mendengar taklimat
 
team Bah. Rujukan ... Nasar & Aan
 
Zam di bilik PSR
 
semakan daftar keahlian
 
menguji system OPAC
 
 semakan aduan / cadangan pelanggan dibantu oleh
Pn. Juliana Es
 
  
semakan maklumbalas pelanggan dibantu oleh
Pn. Nurul Aizan
 
cenderahati daripada Timbalan Pengarah Pn. Suzliana kepada
Juruaudit Pn. Norhaida Aini
 
 
... selesai sudah audit untuk kali ini ...  banyak lagi kerja yang perlu diteruskan dan ditambahbaik ... teruskan kerja ... kerja ... dan kerja !
 


No comments: