Ya ... Rabbi
ku pohon ampunan -Mu
kerana sering gagal mengasuh hati
agar lebih bersabar menghadapi ujian Mu
Ya ... Rabbi
ku pohon ampunan -Mu
kerana tidak berupaya mengekang kekhilafan
yang berlaku dan terus berlaku
Ya ... Rabbi
ku pohon ampunan - Mu
kerana menitiskan airmata bukan kerana Mu
tetapi hanya kerana amarah pada sikap picisan manusia
Ya ... Rabbi
berikan aku ketabahan dan kekuatan
untuk semua duga Mu
sesungguh aku lebih takutkan dosa pada Mu
~~ amin ~~
No comments:
Post a Comment