Friday, February 19, 2016

Audit Pemantauan MS ISO 9001 : 2008 yang terakhir ...


Syukur alhamdulillah Audit Pemantauan ke V MS ISO 9001:2008 telah selesai pada 16 Februari 2016 yang lepas ... ini adalah audit yang terakhir MS ISO 9001 : 2008 sebelum melangkah ke audit 2015 ... terima kasih kepada Puan Norhaida Aini , Juruaudit dari Lloyd's Register Quality Assurance di atas teguran penambahbaikan sepanjang audit dijalankan ... tiada minor dan major yang direkodkan ... terima kasih juga kepada semua Pegawai-pegawai dari HQ yang hadir ... Pn. Suzliana
 ( Tim. Pengarah PPAS ) , Pn. Sabariah , En. Zahir , Pn. Hikmah , Pn. Nazaleeza , Pn. Hikmah , Pn. Nurul Aizan , Pn. Norafidah , Cik Moihairah dan Cik Aina .

Terima kasih juga kepada juruaudit Audit Dalaman yang dijalan pada 2 Feb 2016 ( 2 minggu sebelum audit sebenar ) iaitu Pn. Sabariah , Pn. Rozainees , Pn. Nazaleeza dan Cik Izani  dengan beberapa teguran dan penambahbaikan yang perlu diselesaikan sebelum Audit Lloyd's meskipun ada beberapa perkara yang menimbulkan sedikit kalut ... bagi aku itulah cabaran sebenarnya !

Cabaran yang sebenar-benarnya adalah dari diri kita sendiri ... itu pandangan peribadi aku setelah melalui beberapa kali odit dalaman atau odit luar ( Lloyd's ) ... prinsip aku mudah jer ... selesaikan tugasan mengikut skala yang ditentukan dan kalau lebih dari itu lagi bagus ... rutin aku akan berusaha untuk double check setiap fail yang aku selia setiap bulan apatah lagi kalau nak odit ... itu pun kekadang ada yang terlepas pandang ... mungkin ada yang anggap aku cerewet tapi nak buat macam mana kan !

Baru-baru ni aku diajukan soalan " takut dengan Allah ke ... takut dengan manusia ? apa jawapan aku mesti semua orang dapat agak kan ! so atas sebab jawapan aku itu lah ... aku berusaha untuk tidak menjatuhkan air muka orang lain ... aku berusaha untuk tidak mengaibkan sesama insan ... aku elakkan untuk  berkata sesuatu yang negatif ... waima mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku ... ada juga aku bertanya persoalan ini kepada Aan  " adakah dikira takut atau berani jika menyuarakan khilaf orang lain kepada orang lain yang tiada kena mengena pun " ... selalu aku ingatkan diri sendiri " mudahkan tugas orang lain , Allah akan permudahkan urusan kita ... insyaAllah "

" banyaknya fail aku ? " itu yang mereka  perasan dan ditegur semasa odit dalaman ... bagi aku biasa jer ... ermm banyak fail yang aku attend bukan le bermakna aku banyak kerja sangat ... ada beberapa fail yang aku perlu kemaskini sebulan 2 kali ... ada fail yang perlu aku kemaskini mengikut keperluan semasa ... ada juga fail yang aku kemaskini 2 kali seminggu ... ada juga fail yang bukan dibawah seliaan tapi aku buat semakan juga jika ianya berkaitan OB Q ... tu yang mereka perasan macam banyak sangat fail yang aku kelolakan ... rasanya tugasan staf kat Lib daerah ni lebih kepada arahan dari masa semasa .

Seperkara lagi yang aku noted adalah teguran mengenai sikap ambil tahu tugas rakan lain ... kalau sebelum aku teragak-agak untuk ambil tahu sangat pasal fail dibawah seliaan rakan tapi selepas ni aku akan berusaha untuk follow semua fail bukan menyibuk tau ... hanya ambil tahu ... kalau ada pertanyaan ... akan ada jawapan  ... sebenarnya ia akan lebih memudahkan !

Sekalung terima kasih buat rakan-rakan yang banyak membantu dari Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ( Din & Jef ) , Yazid ( Perp. Pekan Dataran ) , Kak Jis ( PD. Taman Muhibbah ) , Bib ( PD. Bagan Terap ) , Kak Hana ( PD. Batu 2 Sepintas ) , Along ( PD. Batu 38 ), Nurul ( Perp. pekan Sekinchan ) ... semoga Allah permudahkan urusan kalian . amin




Tuesday, January 26, 2016

Jom masak dan aktifkan minda anda !


      Jom masak dan aktifkan minda anda ! itu adalah pertama untuk tahun 2016 ... aktiviti memasak ini sudah dirancang pada tahun lepas lagi tapi tidak dapat dilaksanakan atas faktor kesuntukan masa dan kesibukan menyiapkan beberapa tugasan ... alhamdulillah , akhirnya pada 23 Januari dengan bantuan Nurhidayah ( kakitangan PJL ) sebagai chef untuk resipi ' onde-onde '  berpandukan buku resipi yang terdapat di PPAS. Peralatan memasak ( guna rice cooking ) dan bahan-bahan aku bawa dari rumah ... mudah dan semua happy 

layan gambar ye ... !


semua teruja nak mencuba








inilah hasilnya 

jemput makan ye ...

     Aktifkan minda anda ! aktiviti ni aku lakukan untuk melihat sejauh mana kreatifnya mereka dengan bahan-bahan yang aku sediakan ... kertas A4 warna , glue stick , kertas keras ( yang gunakan untuk lapik ikat buku ) warna air , berus lukisan , serbuk prada ( semua stock tahun lepas ) dan gunting ... inilah hasil nya !

berfikir nak buat apa ni ...


inilah hasilnya



mencari jauhari ...



... percayakah kita acapkali dan sesungguhnya , orang lain lebih tahu tentang sesuatu perkara mengenai diri kita ... sama ada kita sebenar-benarnya tidak tahu atau kita ' terlindung 'dalam tingkap ego dan kesombongan kita sendiri ... seharusnya kitalah yang lebih tahu tentang diri kita daripada orang lain ... melalui apa yang kita lihat ... apa yang kita alami dan apa yang kita rasai . Orang lain mana tahu kalau kita ada pengalaman pahit atau manis masa silam ... orang lain akan tahu apabila kita beritahu secara sengaja atau tidak ... dan kerapkali terjadi apa yang orang lain tahu tidak sama dengan apa yang sebenar-benar kita tahu .

... ada perkara yang orang lain tahu tentang kita , yang kita tidak tahu tetapi sukar untuk orang lain beritahu dan payah untuk kita menerimanya ... aku selalu memikirkan perkara ini ... adakah mereka yang ada disekeliling aku termasuk dalam lingkungan yang sukar untuk memberitahu tentang diri aku yang aku perlu tahu ... hakikatnya aku perlu diberitahu ... aku perlu ditegur ... aku perlu dibantu agar kelemahan dapat  diperbaiki ... aku berusaha untuk tidak terperangkap dalam katupan tingkap 'terlindung '  cerdik tak boleh ditumpang , bodoh tak boleh diajar .

... baru-baru ni aku  menghadiri majlis yang memberi pengiktirafan atas sumbangan khidmat dalam organisasi ... tahniah kepada kekawan yang terpilih, moga dapat mengekalkan kecemerlangan ... yang tidak tersenarai nama untuk 3 tahun kebelakangan  ... masih ada peluang untuk tahun 2016 dan tahun-tahun seterusnya ... pertingkatkan prestasi serta kurangkan kontrovesi ... hehehe

... pengiktirafan atas sumbangan khidmat adalah bonus bagi setiap individu dalam satu organisasi ... ianya bukan sekadar sehelai kertas dan imbuhan yang diterima tetapi lebih dari itu ... bagi aku pengiktirafan ini satu tanggungjawab ... tanggungjawab kepada Nya ... tanggungjawab kepada diri sendiri ... tanggungjawab kepada kerjaya ... tanggungjawab kepada organisasi ... hargai pengiktirafan yang diberi dengan memberi yang terbaik sebagai balasannya.

... nak share sesuatu yang aku rasakan menarik dan kerapkali berlaku dalam rutin harian kita ' Ditegur Allah s.w.t kerana menipu selama tujuh minit ' ... mengapa tujuh minit ? kisah seseorang yang bertugas dari jam 7.30 am hingga 4.30 pm . Pagi itu , ketika tiba dihadapan mesin punch in atau rekod masuk ofis jam ditangan 7.37 am ... dan  ada sihirnya yang membolehkan 7 minit lewat itu hilang begitu sahaja , dengan rasa bersalah , beliau meneruskan tugas dengan 7 minit yang dicurinya ... sehingga hampir tamat tugasan hari itu ...ketika siap untuk pulang , tiba-tiba ada arahan ... mesyuarat tergempar ! yang berlanjutan sehingga jam 5.40 pm dan dalam perjalanan pulang rumah , tersangkut dengan trafic jam kerana banjir kilat ... jam 9.00 malam barulah beliau sampai ke rumah . Banyak lagi kisah-kisah menarik yang boleh dijadikan panduan terdapat dalam buku ' Berjalan ... Melihat ... Mentafsir . karya Abdullah Bukhari bin Abdul Rahin Al - Hafiz , terbitan PTS ... di Perpustakaan Daerah Sabak Bernam , buku ini boleh diperolehi di rak 297.57 Ab.

... kat ofis aku bertugas x guna punch card pun , kami masih guna cara manual tulis nama dalam buku kehadiran ... ianya memerlukan integriti yang tinggi sebab apa yang dicatat ... mungkin orang x tahu tapi Dia tahu ... semasa menghadiri Bengkel Persediaan Sasaran Kerja Tahunan PPAS tahun lepas ada juga dikisahkan perihal 5 Dinar ... ambil yang baik sebagai ikhtibar , yang buruk jangan terus dibuang tapi jadikan teladan bukan ikutan.

Friday, January 15, 2016

... tanpa bicara



berjumpa ...

berkawan ...

bercinta ???

berpisah ...

berjumpa kembali ....

seterusnya ....




akhirnya ...


alhamdulillah semua selesai sudah .... terasa hilang segala keletihan ... terima kasih pada jiran di kaunter sebelah yang banyak membantu aku dalam proses menyelesaikan tugasan ini ... 2016 baru bermula , semoga tahun ini aku akan berlebih-lebih sabarnya .... dan beberapa perkara akan dilakukan untuk kesinambungan tugas / arahan seterusnya ... ( reward untuk Aan )



Thursday, December 31, 2015

sejauh langit




assalamualaikum ...

... memenuhi permintaan seorang sahabat  " menulislah guna bahasa yang biasa-biasa jer ... bahasa kiasan ni memang cantik tapi sukar ditafsir ... kalau salah tafsir takut jadi fitnah "  isk ! ada yang terasa ke ? ... saje kan !

... sebenarnya aku lebih suka menulis begitu kerana ia adalah apa yang aku fikir ketika itu ... semuanya spontan ... apa yang terlintas difikiran dan tulis ... mudahkan ! x perlu bina ayat untuk melontar apa yang aku rasa  .

... tiga minggu lalu , aku diajukan pertanyaan ' kenapa dan mengapa orang asyik pertikai atau dalam kata lain x respect  ... sedangkan orang lain yang berada dalam situasi sama x pula melaluinya  ? ' .... seperti yang acapkali aku ingatkan untuk diri sendiri " bila kita kata kita boleh terima kritikan , ia membawa maksud sebaliknya " so bila  aku diajukan soalan yang maksudnya hampir sama ... aku ambil masa untuk memperjelaskannya ... yang dapat aku nyatakan " jangan persoalkan mengapa orang x suka atau x respect kita ? tapi cuba tanya diri kita sendiri apa sebab mereka x suka atau respect kita ? " ... dan jawablah dengan hati yang jujur , sentiasa usaha perbaiki diri , jangan cari salah orang tapi cari kekurangan diri ( ayat ni yang selalu aku jadikan penyejukan hati bila ada masalah ) .... insyaallah akan ada penyelesaiannya.

... cuti beberapa hari yang lepas , aku habiskan banyak masa membaca buku , bukan sebab ada exam tapi sebagai terapi diri ... saban tahun , bila tiba penghujung tahun maka banyak perkara kena diselesaikan ... tahun ni aku simpan cuti tahunan 14 hari ( masuk dalam GCR-  dalam sejarah tu ... hehehe ) ... kata yatie " busy sangat tu ! " ... 

... alhamdulillah 2015 tinggal sehari sahaja ... berusaha untuk settlekan tugas-tugas 2015( berusaha ! , berusaha ! berusaha ! ) ... tahun 2015 penuh dugaan ( itu dari  perspektif aku ) macam-macam hal berlaku , yang sukanya sedikit , yang duka juga sedikit , yang banyak duga dan cabarnya ... kata seorang teman " kehidupan ni perlu banyak duga dan cabarnya kerana itulah ujian untuk kerohanian kita ... suka akan buat kita leka , duka akan buat kita lemah " ... ok noted !

... 2016 adalah meneruskan kesinambungan azam dan impian untuk menjadi lebih baik !... waima sejauh langit !


Friday, November 27, 2015

... bukan luar biasa

ermm ... cerita yang sama
lakon layar serta sinopsis juga sama
terjadi bukan sekali tapi berkali-kali

lalui sahaja
kerana itu pengalaman paling berharga
mengajar kita kenal antara kaca permata

sering aku lewati rencah dan ragam
tatkala  hati mula bicara
akal bertindak meredakan suasana

detik demi detik
segalanya masih tidak pernah berubah
masih ... masih ... dan masih begitu


Friday, November 20, 2015

hak untuk berbeza pendapat


kita selalu tidak sependapat kata
kerapkali juga ternoktah tanpa bicara
mata memandang berjiwa tiada
mendengar tapi fikir melayang entah ke mana
memilih diam pilihan yang ada
dari berkata untuk elak sengketa
sejauh langit sekali pun kuasa
kena ingat setiap kita punya rasa
kita ada hak untuk pendapat yang berbeza .



Thursday, November 19, 2015

hingga tiba saat itu ...


bukan tidak pernah terfikir
bukan juga tidak memahami
bukan kerana ada apa-apa
bukan ...

aku sentiasa memikirkan
aku cuba untuk memahami
aku berusaha sehabis baik
kerana aku bukan sesiapa

bila tiba aku harus melangkah pergi
bila tiba saat aku harus meninggalkan semua
usahlah gusar ...
fitrah kehidupan memang begitu

selagi dihati ini ada Nya
biar bertepuk langit dan bumi
tak akan berubah yakinku pada ketentuan-Nya
hingga tiba saat itu ...


Thursday, October 22, 2015

sendiri


mereka bilang sendiri seperti ...
berdiri dengan sebelah kaki
memandang dengan sebelah mata
mendengar dengan sebelah telinga
aku kata ...
mengarut ... hehehe

Tuesday, October 20, 2015

realiti yang menyakitkan

aku tahu
kamu tahu
dia tahu
mereka tahu
semua tahu
persoalannya ...
ambil tahu atau buat tak tahu
itu yang aku nak tahu ... !

Friday, October 16, 2015

fana



tiada apa yang dapat dibanggakan dengan perhiasan dunia
pangkat dan kuasa bukan milik mutlak
harta kemewahan pinjaman semata
kecantikan yang dibangga hanya sementara
semuanya bukan milik kita
sesungguhnya tiada yang abadi
hanya  Dia



Tuesday, October 13, 2015

Hijrah

teruslah melangkah
tinggalkan semua kebejatan
tinggalkan semua keperihan

teruslah melangkah
carilah ketenangan dalam setiap sujud
mohon keberkatan dalam setiap rezeki

pelihara nawaitu dalam setiap langkah
hidayah- Nya tidak terbatas
hijrahlah ...




cara kita ... pilihan kita



Orang pandai guna kertas untuk bergerak
Orang cerdik guna akal untuk bertindak
Orang malas sentiasa beralasan
Orang rajin sentiasa yakin
Orang-orangan tak ada semua ni !


rindu

teringat
sedih
airmata
Al Fatihah


Mak ... aku rindu

kita tak selalu memberi








Tolong tulis nama
untuk diingati


Tolong tinggalkan jejak
untuk mudah dikesan


Tolong rakam gambar bukti
untuk mudah dikenali


Kita semakin banyak meminta dan kurang memberi

Saturday, October 10, 2015

tak suka pun tak apa .....





" tak suka pun tak apa ... " itu yang aku lafazkan pada diri  ...  juga sekadar memotivasikan diri dalam mempositifkan apa yang aku lalui setiap akhir dan awal bulan ... rutin rasmi yang tidak pernah  berubah dari dulu hingga kini ... kalau dulu buat untuk tempat sendiri ... kini buat untuk tempat sendiri dan kemaskini untuk tempat orang lain pulak ...


 ... bukan sekali aku ditanya " x jemu ke ... tempat kerja pandang sekeliling semuanya  buku ...dekat  rumah pun masih mengulit buku ? " ... kalau kita suka dengan apa yang kita suka ... istilah jemu tu x ujud pun  ... dikelilingi buku sebab  kerja aku ada kaitan dengan buku tapi aku x baca buku di tempat kerja ... yang baca buku kat tempat kerja aku adalah pengguna ... tugas aku memberi perkhidmatan yang berkaitan dengan buku serta tugas hakiki yang lain ... bab membaca buku  aku lakukan di rumah .


 ... bila cakap pasal suka dan tak suka ni tetiba aku teringat sesuatu ... ermm  semua gara-gara perkataan suka ... ada orang bila dia suka , dia cakap ... ada orang bila dia suka , dia diam ... ada orang bila tak suka , dia cakap ... ada orang bila tak suka , dia tak cakap ... ada orang bila suka atau  tak suka ... dia diam jer !


 ... ada perkara yang aku suka tapi kamu tak suka ... ada cerita yang kamu suka tapi mereka tak suka ...ada ketika aku dan mereka tak suka tapi kamu suka ... pada waktu tertentu kamu dan mereka suka tapi aku tak suka ... kehidupan ni memang complicated sikit kalau tidak diurus dengan berhemah dan muhasabah .... hehehe


 ... mudah untuk buat orang tak suka kita daripada suka kita ... berpesan-pesan perkara baik pun adakala mengundang sengketa  apatah kalau mengkritik ... boleh hilang kawan tu ! tu pasal dalam banyak hal aku ambil tindakan ikut keperluan ... kalau melibatkan soal tugas yang kesannya buat aku jadi stress ... " tak suka pun tak apa ... ! "




 


 

Tuesday, October 6, 2015

buku ... buku ... dan buku ... dan buku lagi !


... tolong promosi untuk Jualan Gudang akhir tahun 2015 Kumpulan Media Karangkraf ... hehehe
dua bulan menahan diri dari membeli buku online ... dan dua bulan juga tiada buku baru dalam koleksi peribadi ... semua gara-gara budget terheret untuk kereta yang tetiba jer semput ... so terpaksa buat pilihan antara kereta dan buku ... ! 

... x pernah pergi jualan gudang Karangkraf ... tu yang teruja sangat nak pergi ... dah plan dengan Aan Qaseh untuk together- gether shopping buku ... 

Jom ramai-ramai shopping buku ...!

Saturday, September 26, 2015

Ketentuan



" terima kasih yatie ... abaya yang penuh liplap2 tu ... x tahu bila nak digayakan ... hehehe ! " apa pun terima kasih atas ingatan ( kiriman ) ... buah tamar ( kurma ) dan buah tin dah selesai dijadikan santapan hari tu juga .

... dua hari sebelum aidil adha ... aku call yatie untuk maklumkan kirimannya telah selamat aku terima ... banyak perkara yang kami bualkan ... mujur guna telefon rumah ... so boleh le sembang lama-lama kalau guna handphone sahih kredit habis ! tetiba 
" tahniah ... x citer pun ... nasib singgah kat blog ... kalau x ... sampai bila pun x tahu ... " kata yatie 
" eh ... x citer lagi ye ...  " itu kata aku 

... ada ketika sesuatu yang kita terima bersekali dengan dugaan sebab tu aku x tahu nak bercerita apa, hingga saat ini kalau ada yang bertanya atau ucap tahniah ... sejujurnya aku keliru apatah lagi dengan pelbagai cerita , reaksi , tanggapan , kata-kata terarah kepada negatif ... mereka cerita , aku dengar ... mereka mereaksi , aku perhati ... mereka bertanggapan , aku pandang ... mereka berkata-kata , aku cuba mencari makna ... itu yang lakukan sebulan dua ini .... dengar , perhati , pandang dan cari makna. 

... kata yatie " kita selalu cerita ... tunjuk reaksi ... mula buat tanggapan ... dan mula berkata-kata mengikut apa yang kita fikir seharusnya berlaku atau ikut logik akal ... sedangkan ketentuan-Nya melangkaui  batas pemikiran kita ... mempertikaikan apa yang berlaku sama lah macam kita mempertikaikan ketentuan-Nya ... " banyak lagi hujah yang dilontar ( x leh ingat semua ) ... kalau cikgu kaunseling dah mula berbicara ... aku lak yang kelu lidah x leh nak kata apa ... redha jer tadah telinga .... hehehe


Friday, September 25, 2015

... ada apa dengan ' kata '




... ada apa dengan ' kata '
Tak sungguh tak melata
Tak sungguh orang tak kata
Pepatah orang lama penuh makna
Jadikan pedoman jangan terasa





... ada apa dengan ' kata '
Dengan kata terbina kota
Dengan kata negara rosak binasa
Dengan kata terbitnya cinta
Dengan kata hidup merana





... ada apa dengan ' kata '
Ada kata benar , ada kata dusta
Adakala tak tahu nak percaya kata yang mana
Apatah lagi bila semakin ramai memberi kata
Aku pilih untuk dengar daripada berkata



... ada apa dengan ' kata '
Mereka kata tahu banyak perkara
Ada kata juga memperkata
Mereka kata " apa kata aku ? "
Aku kata "ermm ... no komen "





... ada apa dengan ' kata '
Ada ketika tak perlu kata
Cukup sekadar pandangan mata
Ada waktu perlu kata bicara
Kerana pandangan mata sukar diteka




... ada apa dengan ' kata '
Tutur kata dijaga hendaknya
Usah jadi punca sengketa
Pilih diam dari berkata
Moga hidup aman sejahtera




... ada apa dengan ' kata '
Banyak kata takut jadi mengata
Tanpa kata takut hilang punca
So ... tak perlu kata apa-apa
Senyum jer !














Thursday, September 3, 2015

menunggu hujan teduh ..



Merenung dari jendela kehidupan
Dalam renyai berlagu syahdu
Ada resah , ada nestapa bertamu
Sesekali bayu mengalun irama
Percik air hujan bias ke wajah

Hujan masih lebat
Seakan tidak mahu berhenti
Membasah seluruh dunia kehidupan
Mengalir laju membentur dinding egois
Menyerap jauh ke lembah hati

Langit masih kelam dan suram
Kilau kilat membelah awan
Guruh kata memecah suasana hening
Petir amarah bertalu sahut menyahut
Memuntah semua tanpa noktah

Aku masih di situ , di jendela kehidupan
Merenung titis air hujan
Ingin rasa berlari merentas titis hujan
Berlari dan terus berlari
Mengapai impian tanpa lelah dan perih

Aku masih di situ
Merenung dari jendela kehidupan
Menanti mentari menyinar bumi
Tanpa henti berharap
Menunggu hujan teduh .....

Friday, August 28, 2015

sehati sejiwa

Merdeka itu ...
bila kita bebas menyuara
namun masih ada santunnya
 
Merdeka itu ...
bila kita bebas berkarya
namun masih ada etikanya
 
Merdeka itu ...
bila kita bebas berbelanja
namun perlu ada hadnya
 
Merdeka itu ...
bila kita bebas berbuat apa sahaja
namun jangan lupa budaya dan agama
 
Merdeka itu ...
bukan sekadar lontaran suara
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
 
Merdeka itu ...
bila hati dan jiwa terangkum dalam wadah
I
M
A
N
 
 


Saturday, August 22, 2015

Seloka " sekali air bah .... "


Kronologi  bermula
bila naluri mula bicara
nada suara tidak lagi setara
patah kata senada tiada
serba serbi hilang sempurna
kerja asal sahaja tidak mengapa
yang utama bijak berkata
 
kriteria tertentu jadi taruhan
kelebihan dan kekurangan mula jadi bandingan
pandai buat kopi ... hehehe ... satu kemestian
sentiasa 'mengiya ' , kata tidak jangan
wahai hati tak perlu rawan
yakinlah pada ketentuan

angin perubahan mula diperbincang
kadang tenang ... banyak kali perang
ragam pendapat berbilang-bilang
dengar ... dengar ... dan dengar apa dicadang
mengharap benar bagai dirancang
aku hanya diam ... dengar dan pandang
takut kontoversi datang bertandang

kreativiti dan kredibiliti bagaikan nadi
tersisip kemas dalam sanubari
segala dugaan rela diharungi
menjadi aset bukan liabiliti
apa orang kata ... tolak jer ke tepi !

apa kita beri ... itu kita dapat
bukan sebarang kata ... Prof. Dr. Muhaya punya pendapat
aku setuju dan sentiasa ingat
kaki tetap jejak dirumput hatta mata memandang langit
teruskan langkah walaupun perit
insyaalah ... Allah akan beri merit

nilai diri dengan muhasabah
didik jiwa dengan semangat mujahadah
semua kerja akan jadi lebih mudah
banyak sabar , jangan mudah marah
sedikit dikongsi , lebih sedekah
 " semoga beroleh rezeki yang berkah "
amin



 






 
 
 
 
 

Saturday, August 8, 2015

syukran jazilan


" ... syukur Alhamdulillah dan syukran jazilan atas limpahan rahmat serta rezeki yang dikurnia Nya , semoga kurnia ini tidak meletakkan aku dalam golongan orang-orang yang riak dan melalaikan amanah . amin . "
 
... hari khamis ( 30 Julai ) ketika menerima panggilan dari HQ yang menyenaraikan nama aku untuk hadir Perhimpunan Pagi di SUK ( Dew. Jubli Perak ) Shah Alam pada 3 Ogos  , selepas perhimpunan aku diminta turun ke HQ ... " Allahuakhbar " itu yang terdetik dalam hati aku ... gementar rasanya sebab aku dah lama x drive ke Shah Alam ( selalu tu aku hanya sebagai penumpang ) ... aku call awer " maaf la cik ... x leh antar ... x leh nak cuti " ... aku call akmal " hari isnin memang x leh nak cuti sebab amal dah apply cuti 31 Julai " ... aku ambil pendekatan x nak runsingkan fikiran " insyaallah ... Allah akan tunjukan jalan penyelesaian " ... lagipun aku bercuti 31 Julai ...
 
... 3 Ogos ,  memulakan perjalanan seawal jam 5.00 am bersama 2 rakan yang turut serta ke majlis tersebut ... subuh di Petronas Kuala Selangor  ... 7.45 am tiba di SUK Shah Alam ... selesai majlis aku gerak pula ke HQ , aku dimaklumkan tentang perlantikan untuk perjawatan bagi interwiew yang aku hadiri minggu lepas  ( terima surat perlantikan ) ... syukur Alhamdulillah , 4.15 pm ... aku dan 5 rakan yang turut menerima perlantikan tersebut menerima taklimat ringkas ( aku anggap sebagai amanat dan tanggungjawab ) daripada Pengarah PPAS.

... mengimbas kembali perjalanan 21 tahun dalam kerjaya ... terasa begitu cepatnya masa berlalu , dari jawatan sambilan ke jawatan tetap ... dari Perpustakaan Daerah ke Perpustakaan Cawangan dan kini kembali ke Perpustakaan Daerah semula ... adakalanya aku terfikir juga ... di manakah lokasi terakhir sebelum persaraan ... ? masih di Perpustakaan Daerah ? ... meskipun amat berharap garisan penamatnya di sini ... di mana aku memulakan kerjaya ... ketentuan Nya tiada siapa yang dapat mendugakan ... yang pasti di mana bumi dipijak maka di situ langit dijunjung .

... hari ini aku menghantar surat balas terima perlantikan untuk jawatan hakiki ( bukan KUP lagi ) , prinsip aku mudah ... jangan fikir dengan siapa kita akan bekerja ... lebih baik fikir bagaimana cara kerja kita ... bak kata pepatah " benih yang baik kalau campak ke laut menjadi pulau , lontar ke darat menjadi gunung "  bila kita ikhlas menerima bermakna kita sanggup memikul amanah .
 

Thursday, July 30, 2015

gementar


" gementar  " itu yang aku  rasa tatkala terima perkhabaran yang sampaikan  oleh Aan ... meskipun ini bukan kali pertama aku interwiew ... perasaan gementar tetap ada ... masa isi borang permohonan x fikir pun pasal interwiew ... siap beri semangat kat member2 lain untuk mohon juga ... x sangka le pulak bila dikhabarkan tarikh ... hari ... lokasi dan masa interwiew ... tetiba aku rasa gementar lak ... isk ! x tahu nak prepare apa ... sementelah masa tu aku  lebih fokus pada Lawatan Akademik ke MPOB yang telah dirancang awal 27 Julai 2015 dan interwiew pada 28 Julai 2015 .

... Alhamdulillah , bila 2 member ofis pun terlibat sama dalam interwiew walaupun dimaklumkan last minute ... cuma masing2 agak kalut juga sebab tanpa persediaan tapi syukur semuanya dah settle ... jangkaan awal mengenai esei ( setiap kakitangan diminta menulis esei tentang diri dan kerjaya ) telah dibatalkan ... giliran untuk diinterwiew mengikut abjad ... so aku mendapat giliran ke 17 ... bila dah letih menunggu giliran ... perasaan gementar  hilang macam tu jer ... dah macam x de perassan ... bila nama dipanggil ...  langkah dimulai dengan kalimah bismillahirrahmannirrahim .

... apa yang ditanya oleh penemuduga ? ... ermm ... biarlah rahsia !


Thursday, July 16, 2015

sedikit dikongsi , lebih memberi


al kisahnya semalam ...

... jam 03:49:39 pm ... terima sms dari seseorang yang tertulis " Jangan balik dulu , ni ada beli pizza untuk bawa balik berbuka , boleh bahagikan sama kawan " ... aku share sms yang diterima dengan ayu ... dan kami sama-sama terdiam ... x tahu nak kata apa ... !
 
... jam 4.15 pm ... dia datang dengan 2 kotak pizza " x perlulah beli pizza ni  " itu ayat aku , bukan x sudi nak terima tapi aku kesian sangat sebab dalam kondisi kesihatan dan kesibukan jalanraya orang nak buat persiapan raya ... " x pe kak ... saya memang niat nak belanja akak untuk berbuka puasa ... nanti akak bahagi2 untuk kawan-kawan lain ye " ... so memanjangkan sedekah dan niat beliau ... Alhamdulillah kawan-kawan lain  juga merasa berbuka dengan pizza ... terima kasih Rohaizat , semoga Allah beri kesihatan yang baik , dimurahkan rezeki dan dipermudahankan kehidupan .. amin

... semasa memandu balik dari ofis ... tetiba aku jadi sebak dan tanpa sedar airmata mengalir  ... x leh nak digambarkan perasaan aku ketika itu ... aku benar-benar sebak ... masih terngiang kat telinga " x pe kak ... saya memang niat nak belanja akak untuk berbuka puasa " perkataan niat @ nawaitu tu yang buat aku fikirkan sesuatu ... sementelah lagi bila dia bercerita tentang sumbangan dan sedekah yang diterimanya ... " Alhamdulillah , rezeki ramadhan ... doakan mereka yang memberi sumbangan dan sedekah tu , dimurahkan rezeki "

... dalam kehidupan ini banyak perkara atau banyak hal yang kita sering terlepas pandang ... dan x ambil kisah sangat walhal perkara yang kita anggap remeh tu memberi impak yang besar rahmat dan pahalanya ... selalu aku ingatkan diri sendiri ... sentiasa lafazkan syukur dengan apa yang kita terima ... sedikit dikongsi , lebih memberi ... insyaallah .  
 
 
 
" memaafkan bagai melepaskan bara api dari dalam genggaman "
itu kata aku
 
" memaafkan tidak bererti kita telah melupakan "
itu kata Aan
 
 
apa pun hujah atau justifikasi yang diberi untuk memaknakan perkataan maaf ... sinonimnya hariraya dan maaf memang tidak dapat dipisahkan ... memaafkan hakikatnya amat menyakitkan ( apatah lagi jika yang berbuat salah tiada meminta maaf ) ... aku tetap memilih untuk memaafkan sebab x nak genggam bara api !
 
Selamat Hariraya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin


Wednesday, July 15, 2015

... antara mahu dan perlu


... syukur Alhamdulillah dengan nikmat bonus sebulan gaji ... aku  anggap ini adalah rezeki ramadhan yang perlu dikongsi dengan orang lain mengikut cara kita sendiri ... boleh juga digunakan untuk langsai mana-mana bil yang tertunggak atau paling tidak pun sisihkan sedikit untuk waktu2 kecemasan .
 
... memang teruja sangat bila chek akaun bank kat ATM ... ada banyak angka kosong ... kosong ... kosong ... dan masa juga dah mula fikir nak beli apa ... biasanya bila terima bonus , aku akan sisihkan sepuluh peratus untuk orang lain ( aku anggap ini cara untuk berkongsi rezeki yang Allah beri ) ... Siti Khadeeja @ Ija ( anak saudara ) adalah individu yang paling seronok kalau aku dapat bonus sebab pasti ada satu bahagian untuk nya ... biasalah budak-budak kan ! ... bawa gi kedai buku ... dia pilih buku yang dia suka ... aku bayarkan ... itupun dah buat dia  senyum sampai ke telinga  ... !
 
... " duit ni macam air " itu kata-kata arwah emak ... maksudnya kalau tidak ada pengawalan , ianya akan mengalir macam air sungai tu ... masa mula kerja dulu ... arwah emak yang kawal gaji ... hehehe ... nak beli barang pun , aku rujuk dulu kat emak ... setiap bulan mesti ada sedikit yang disimpan ... sesekali tu ada juga aku protes bila nak beli barang yang aku suka ... emak x respon pun ... diam jer ... itu tanda emak x setuju " jangan bazirkan duit ... dulu masa zaman jepun ... bla ... bla ... bla ... " bila emak dah mula cerita zaman azab nya tu ... aku lak x sampai hati nak dengar ... walaupun kisah tu dah diulang cerita berkali-kali ... tertiba aku rasa rindu pada emak ... sebak ... huhuhu

... terima kasih emak ... walaupun x pernah jejak kaki ke sekolah namun didikan dan asuhan emak amat bermakna dalam kehidupan aku ... hari ni kalau nak berbelanja ... aku akan pastikan ianya satu keperluan bukan kemahuan ... nampak macam berkira sangat kan ! ... sebenarnya itulah cara aku untuk mengawal perbelanjaan ... takut tersasar dari pendapatan ... sesekali tu ada juga aku beli barang yang aku mahu bukan perlu ... aku anggap itu sebagai reward untuk diri sendiri .

... perlu ke beli buku sedangkan setiap hari bekerja memang dikelilingi buku ? ... kalau bab beli buku , aku memang x leh nak kompromi ... walaupun ianya lebih pada kemahuan ... setiap bulan menjadi satu kemestian untuk beli 2 buku sebagai tambahan koleksi sedia ada ... insyaallah ... bila bersara nanti dah ada perpustakaan di rumah .

... akhir kata ,  ingatan untuk diri ... setiap ringgit dan sen yang kita ada ...  ada hak orang lain ... macam mana kita nak menginfakkan ... terpulanglah pada diri sendiri .

... menjelang raya yang bakal menjelma ... hati-hati ketika berbelanja ... fikirkan juga antara kemahuan dan keperluan .
 

Tuesday, July 7, 2015

... apa orang kata !



Salam Ramadhan

... Alhamdulillah ,   dah cecah 20  hari kita berpuasa , ini bermakna suasana raya dah mula meresap dalam hati bebudak ... dan ini juga memberi impak  kepada golongan ibu bapa untuk buat persiapan raya ... kiranya bulan puasa memerlukan budget lebih dari biasa ... budget untuk berbuka dan budget untuk persiapan raya ... teringat masa aku di zaman sekolah rendah ... masuk jer bulan puasa aku dah mula risau selagi mak x buatkan baju raya ... takut kawan-kawan tanya pasal baju raya ... warna apa ? ... berapa helai ? ... itu cerita zaman budak-budak ... sekarang ni pengisian Ramadhan jadi keutamaan !
 
... bila dah dewasa macam gini ( dewasa le sangat kan ! ) ... apa orang kata ! ...  orang kata apa ! ... apa kata orang ! dah x dikisahkan sangat ... sebab dah memang jadi resmi manusia ... apa sahaja yang berlaku disekitar kita ... akan mengundang rasa ingin melontarkan kata waima perkara baik sekali pun , apatah kalau perkara x baik ... kekadang tu bukan  nak komen sangat  cuma terheret sama bila ada yang provokasi dan tanpa disedari menjurus pada perbincangan yang tiada langsung kaitan dengan kita ... hehehe

... apa orang kata ! ... orang kata apa ! ... apa kata orang ! bukan lagi belenggu untuk aku ( walaupun ada ketikanya menggugat kesabaran ) ... mungkin aku dah mangli kut ? apa orang kata  ... orang kata apa ! atau apa kata orang ! biarkan jer sebab kita x boleh nak halang orang dari berkata-kata ... apa yang penting adalah menjaga dan menguasai nawaitu agar sentiasa berada dilandasan yang betul dan tidak  terbias dek kata-kata yang kita dengar .

... bukan x bagus berkata-kata ... lagi bagus seandainya setiap kata itu dikota , jangan biarkan kata-kata tu melata ... bukan ke setiap kata itu ada maknanya ... mungkin x beri  kesan pada  kita tapi natijahnya ambil masa lama untuk dilupakan ... !


 

Friday, June 19, 2015

Saturday, June 13, 2015

... perjuangan tanpa noktah !


 
 
" ... astaghfirullahalazim ... astaghfirullahalazim ... astaghfirullahalazim  " berkali-kali aku lafazkan dalam hati setiap kali ada sesuatu mengganggu gugat ruang paling dalam ... dalam  diri ... dan berkali-kali juga aku set minda " hidup adalah perjuangan tanpa noktah " ... apalah sangat nak dikisahkan dengan cakap-cakap yang bersifat parokial sedangkan lebih dari itu telah aku lalui ... hanya mungkin dalam peringkat usia sebegini hati mudah sangat touching ... !
 
... bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang ... apatah lagi jika nawaitunya berbeza ... saat mata memandang sekeliling ruang lingkup sekeliling ... aku tahu laluan yang bakal dijalani sepanjang fasa terakhir ini terasa amat mencabar ... adakalanya aku rindu suasana yang dahulu ... ! hehehe
 
... minggu ni memang busy sikit , banyak perkara kena settle on the spot dan melibatkan pihak lain ( untuk maklumat terperinci ) ... aku tahu situasi mereka ... aku memahami apa yang mereka rasa ... dan aku juga berusaha untuk tidak menyusahkan kerana prinsip aku " sedaya mungkin untuk selesaikan tanpa susahkan orang lain " so bila mana aku mohon maklumat itu bererti aku memang tiada maklumat tersebut .
 
... sebenarnya ada juga perkara-perkara yang membuat aku give up ... beri pendapat , dikata mengkritik ... menyuarakan perkara yang benar , dikata engkar arahan ... tak kata-kata apa ,  dirujuk sebagai melawan ... acapkali  aku terkesima bila tanpa tahu citer terjaja dan bukan sekali juga hati terguris ... akhir-akhir ini aku ralit memerhati rentak laku orang sekeliling ... x nak cakap apa-apa , sekadar perhati dan nilai jer ... takut dengar hempasan pintu ... terkejut beb !
 
Akhirulkalam ...
 
Kehidupan adalah perjuangan tanpa noktah ! ... kalau x de cabaran ,  x de istilah perjuangan ... kalau x de perjuangan kehidupan akan statik ... x best jugak kan ! ... lalui jer dengan kesabaran selagi daya ... semoga Allah beri kesabaran dalam meneruskan kehidupan ini . amin.
 
 


Tuesday, May 26, 2015

terima kasih ... amin


Alhamdulillah ... hari ini memulakan tugas dengan semangat baru selepas cuti sakan ( 2 hari cuti ganti + 2 hari cuti am ) lagi pun birthday jatuh pada hari ahad 24 Mei ... so memang happy sesangat  ... x de le potong kek bagai ... sepanjang hari tu aku hanya peruntukan banyak masa untuk baca ... baca ... dan baca , apatah lagi novel yang aku oder dihantar ke rumah pada hari sabtu ... memang cantik sangat lah !
 
24 Mei
 
* pepagi lagi aku dah terima sms dari Bunga  " Asslm..pg mis , selamat ulang thun ke ... moge pnjng umur mrah rezki n mndpat kebrkatan dlm sgale hal .. amin .. " amin .. amin .. amin - tq Bunga
 
* dan aku terima juga sms dari Yatie " mis call lah ... hari ni klu ko call free kan ... hehehe " itu ayat dari yatie ... setelah selesai semua urusan baru aku call yatie ... antara yang kami sembangkan :-
 
Aku      " beb ! nak hadiah "
 
Yatie    " untuk besday tahun ni ... aku rasa hadiah kek dah x sesuai kut ... aku hadiahkan doa  
              semoga Allah beri keberkatan dalam kehidupan ... nikmat sihat ... barakah rezeki ... tabah
              dan sabar ... sentiasa berlapang fikiran dengan cabaran ... bla ... bla ( sebenarnya macam2
              lagi celoteh , dah macam cikgu bagi nasihat kat anak murid ... aku tadah telinga ... redha je!

... bersembang dengan yatie memang susah nak jumpa noktah ... ada jer perkara yang menjadi topic perbincangan ... guru kaunseling kan ! apa pun terima kasih banyak sebab sentiasa ada saat aku memerlukan sahabat untuk mendengar keluh kesah .... hehehe

... perkenalan kami pun agak unik ... kenal pasal nak cari rumah sewa ( masa aku bertugas di Lib Tanjung Karang ) ... bezanya yatie menyewa hanya 2 bulan ( pastu dia dapat tawaran masuk maktab dan cikgu sekolah )  dan aku menyewa hampir 5 tahun ( sebelum mampu beli kenderaan ) ... kemudian aku berulang alik selama hampir 10 sehingga aku ditukarkan pada 2010 ... di mana tempat aku memulakan kerjaya ... Alhamdulillah hubungan ukhuwah antara kami x pernah putus ... semoga ianya berkekalan ... amin
              
 26 Mei

* hari ni bila chek email dan singgah kat fb kejap ... ada sederet ucap selamat dari member PPAS ... member2 lama masa kat PLKM ... member masa bertugas kat Lib Tg Karang ... ucapan dari mantan
Penolong Pegawai PPAS yang aku anggap sebagai mentor dalam kerjaya ... terima kasih En. Mizuar Udin ... " kita tak perlu ubah cara mereka bekerja , cara kita bekerja akan mengubah mereka " itu kata-kata dari beliau ketika aku ditugaskan ke Lib Tanjung Karang .

Saya doakan beliau sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah ... Amin dan Al Fatihah untuk allahyarmah  isteri beliau Mamainasuraya ( Kak Ida )


happy birthday mis
moga sejahtera berpanjangan

 

Thursday, May 21, 2015

yes !! esok cuti ....

 
yes !!esok cuti
yes !!esok cuti
yes !!esok cuti
yes !!esok cuti
yes !!esok cuti
 
 
 
jumpa hari selasa ye ...!
 
 
 
 
 
 
 


nota motivasi

 


Saturday, May 9, 2015

checklist kehidupan


... alhamdulillah , selesai sudah Kursus Pemantapan Khidmat Pelanggan Perpustakaan yang aku hadiri selama 2 hari di HQ Shah Alam ... banyak ilmu yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian ... memang bermanfaat kursus ni ... rasa bertuah sebab nama tersenarai sebagai salah seorang peserta kursus walaupun dimaklumkan last minute ... hehehe

... hari pertama kursus 29 April , aku keluar rumah sesudah subuh ( memang selalu macam gitu ) itu pun setelah aku selesaikan semua urusan berkaitan dengan kucing ... sampai kat rumah Aan jam 6.30 am ... hari ni pergi kursus together gether dengan staf  Pekan Dataran Sabak ( Y'zid ... merangkap pemandu ) , staf PD. Bagan Terap ( Bib ) , staf Perp. Daerah K/Selangor ( Milah ) ... staf dari Perp. Daerah Sabak Bernam hanya aku , Ann ... antara checklist wajib on the way ke HQ adalah ngeteh kat gerai sebelah Petronas Tanjung Karang

... hari kedua kursus ... aku agak kalut sikit sebab terbangun lewat dari sepatutnya ... hehehe , x singgah ngeteh pun hanya beli dan makan dalam kereta ... aku makan dalam kereta ? ... dak ah ! Ann dan Bib jer yang makan ... lagipun aku dah alas perut dengan makan kurma ... hari kursus hanya half day ... rileks sikit untuk memandu balik ... lepas solat zuhur terus gerak balik ... hantar Mila kat Kuala Selangor dan Bib kat Sekinchan ... dalam perjalanan ke Sungai Besar ... aku dan Aan singgah kat Batu 23 Sg. Nibong ... pekena ABC  dan Mee Bandung Ketam ... tengok ABC tu memang le teruja giler tapi bila Mee Bandung Ketam dihidangkan ... aku pandang Aan " beb .. macam mana nak makan ketam ni ... hehehe ?"

... skala yang aku bagi untuk kursus 2 hari ni ... 4 , bagus jika dapat dipraktikkan sepenuh dalam kehidupan seharian dan lagi bagus jika dijadikan amalan ( ingatan untuk diri sendiri ) .

... sekarang ni aku dah mula menulis  rutin harian ( dulu pernah gak buat cuma x sepenuhnya ) ... checklist bermula dari bangun pagi hingga terlelap mata pada malam hari ... ( kat ofis memang ada buku pemantauan tugas ... aku tulis tugasan dan arahan untuk seminggu )

... dari checklist rutin harian ni , sebenarnya aku menghabiskan lebih banyak masa untuk kerja sahaja dari 9.00 pagi - 6.00 petang ... perjalanan pergi dan balik kerja 1/2 jam ( itu kalau aku memandu secara konsisten ) ... masa untuk diri sendiri hanya bermula selepas rutin kerja rumah selesai ( masak ? kadang-kadang ... urusan dengan kucing ? semestinya ... membaca ? wajib sebelum mata terlelap ... tidur ? aku memang tidur jam 10.00 malam kecuali ada tayangan citer best kat TV !

... checklist rutin kat ofis ... bermula jam 9.00 pagi ( aku berusaha untuk sampai kat ofis sebelum 8.50 setiap hari ) ... tulis nama kat buku kehadiran ... usaha untuk shelving buku setiap hari kecuali ada arahan dari masa ke semasa urgent ! ... pastu akan dok mengadap computer kat kaunter pemulangan ... kemaskini fail ( bila perlu ) ... " mis ... x bosan ke buat kerja sama setiap hari ? " itu pertanyaan Yatie ... dan mungkin itu juga le anggapan orang kat luar sana mengenai kerjaya di Perpustakaan ni ... apa jawapan aku utnuk pertanyaan dari Yatie tu ? ... maaflah ye sebab x nak kongsi apa jawapan aku ... yang aku nak kongsi hanya jawapan yang aku  beri tu  buat Yatie gelak besar !! hehehe  ( ... aku catat apa yang aku lakukan setiap hari secara detail dlm buku pemantauan tugas )

... apa sahaja yang kita lakukan ... suka dengan apa yang kita lakukan atau tidak suka dengan apa yang kita lakukan , ada hubungkaitnya dengan nawaitu dan sikap kita sendiri ... sebenarnya dalam banyak perkara kita selalu tidak gembira dengan situasi yang dihadapi tanpa kita sedar sebenarnya itulah sebaik-baik perkara untuk kita ( ingatan untuk diri sendiri )

~ wallahuaklam ~


 

Saturday, April 25, 2015

Let's read together for 10 minutes 2015


Program " Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit / Let's Read Together For 10 Minutes " yang diadakan serentak di seluruh Malaysia ini , melibatkan segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada peminpin , jabatan kerajan / swasta , university , kolej, sekolah , hospital , NGO , pusat membeli belah serta individu-individu atau sasaran tertentu seperti pemandu teksi /bas , pekerja kebersihan serta pengawal keselamatan .
 
... di Daerah Sabak Bernam , lokasinya adalah di Dewan Seri Bernam dan sebelum LRT ( ringkasan untuk Let's Read Together ) bermula jam 10.00  am -  10.10 am , pengisian lain yang turut adakan adalah Ceramah mengenai Keselamatan Ketenteraman Awam oleh Balai Polis Daerah Sabak Bernam , Pameran oleh AADK , Pemeriksaan Kesihatan oleh Pej. Kesihatan Daerah Sabak Bernam dan Pameran Buku Baru serta Kempen Keahlian oleh PPAS Daerah Sabak Bernam .
 
 

Ceramah " Keselamatan & Ketenteraman Awam " oleh Balai Polis
Daerah Sabak Bernam
 
kaunter PPAS ( kempen keahlian & pameran buku baru )
zam , wani ( PJL ) , ayu , n raihan
 
staf PPAS Daerah Sabak Bernam
zam , me , ayu n raihan
 
kaunter pendaftaran kehadiran peserta oleh
staf Pejabat Daerah Sabak Bernam
 
 10 minit bermula " Jom baca "
 



ibu yang baik
 
 
 
kalau ada kemahuan kat mana-mana pun boleh membaca

 
 
 
kenangan
 
 
Alhamdulillah ... selesai sudah program jom baca 10 minit ( LRT ) ... kalau boleh jangan lah bila ada program macam ni jer baru nak membaca ... biarlah ianya berterusan dan jadikan amalan dalam kehidupan seharian .
 
BANGSA MEMBACA , BANGSA BERJAYA !
 

 

Friday, April 24, 2015

mujahadah

 
 
... semalam aku emosi sikit ( sikit ke ... ? hehehe ) dengan situasi  meja bulat ( belakang kaunter ) ... " isk ! apa saje lah diorang ni ... pagi-pagi lagi dah bikin panas "  hurmm ... biasalah selagi program x berjalan ada jer desas desus ... semuanya menyalahkan orang itu lah ... orang ini lah ... macam le diri sendiri perfect sangat kan ! ... bukan x biasa dengan program zero budget ? rasanya x perlu nak persoalkan sebab dah dimaklumkan lebih awal pasal zero budget ni ... lagi pun setahun sekali jer kan ! ( mesti ada yang berangin dengan statement ni ... hehehe ... maaf ek ! )
 
... semasa taklimat program diadakan ... aku x leh nak follow sebab " diarahkan "... aku ulang sekali lagi  " diarahkan " ( bukan suka-suka  )  untuk turut serta dalam meeting satu lagi program yang dirancang bulan Mei ... adakala kita tiada pilihan bila berkaitan dengan arahan tugas ... apa pun tanggapan orang ... arahan wajib dilaksanakan selagi tidak bercanggah dengan perkhidmatan.
 
... selesai meeting aku diminta pula untuk beri penerangan berkaitan meeting ( ini pun arahan tugas jugak ... bukan suka-suka ) ... aku x pasti apa tindak balas selepas ini ... aku anggap  ini adalah mujahadah diri dalam memikul amanah ... aku tahu , aku x upaya nak ubah pandangan mereka ... dan aku x nak bersikap pesimistik .

inilah mujahadahku .
 
 


Monday, April 20, 2015

... yang ingin kukongsi


... sesuatu ketika , aku dipanggil untuk satu perbincangan yang mana mukadimahnya adalah  mengenai sikap yang seharusnya ada dalam diri ... aku hanya mendengar untuk mencerna maksud yang tersirat ... ada juga beberapa perkara yang ditimbulkan yang aku anggap sebagai kiasan apa yang sebenarnya ingin disampaikan ... aku masih mengambil sikap mendengar tanpa komen .
 
... seketika kemudian ... aku diajukan persoalan tentang perkongsian ilmu ( ... ada juga beberapa perkara yang aku off record ) ... aku jawab persoalan yang diajukan itu dengan satu persoalan juga ...  " saya tiada jawaban sebab tiada yang mengajukan soalan ? " ... sementelah pula aku ni hanya ada pengalaman yang tentunya x standing dengan sijil daripada menara gading ... bukan tiada yang bertanya atau ingin berkongsi pandangan ... hanya sekadar itu sahaja ke !
 
... sekelumit juga rasa serik dalam hati ... untuk berkongsi ilmu ( berkaitan kerja ) , bimbang menimbulkan fitnah ... memang seharusnya aku nyah jauh segala tanggapan negative ni ... itu juga yang pernah aku lakukan dulu ... bagi aku setiap pertanyaan , seharusnya ada jawaban ... setiap persoalan , perlu ada jalan penyelesaian .
 
... sehingga suatu ketika sikap ketidak-kisahan untuk memberi pandangan  , berkongsi pendapat , bertukar idea  ini memerangkap aku dalam situasi yang amat memeritkan ... keterbukaan aku dalam  memberi pandangan , berkongsi pendapat dan bertukar idea ...  seolah-olah mengundang ruang kritikan serta salah faham yang berterusan ... apa sahaja lontaran cadangan dan pandangan yang aku anggap boleh dikongsi , acapkali dimanipulasi sebagai arahan jika berlaku sesuatu yang negatif ... walhal istilah perkongsian entah hilang ke mana ?

...  seharusnya bila istilah berkongsi yang sering aku gunakan itu membawa erti lebih kepada yang baik jadi teladan  dan ikutan ( ikut kesesuaian ) ... yang kurang sesuai jadi sempadan ... bukanlah arahan yang perlu dipatuhi ... hanya kita sahaja yang tahu apa yang baik dan sesuai dengan situasi sekeliling kita .

... serik ? x lah  cuma terasa hati jer ! hehehe ... hanya akan lebih berhati-hati bila diminta beri pandangan , pendapat , idea atau apa sahaja yang semaksud dengannya ... bukan x sudi berkongsi tapi berhati-hati .




 



Saturday, April 11, 2015

kempen keahlian di Program NILAM


... kempen keahlian di Program Nilam , SMK Sungai Besar pada 8 April 2015 ... terima kasih diatas undangan untuk sama-sama menjayakan program tersebut ... walaupun jemputan tu last minite tapi amat dihargai ... terima kasih juga atas kerjasama baik sepanjang kempen keahlian  berjalan ... hanya pen dan note book dan majalah Dewan Siswa sebagai cenderahati kepada pendaftar keahlian yang ke 10 , 20 , 30 dan seterusnya ...
 
... daripada 120 murid yang mengisi borang keahlian  ... setelah semakan dibuat hanya 96 murid direkodkan sebagai ahli baru PPAS Daerah Sabak Bernam ... alhamdulillah
 
... misi kempen keahlian ni berjaya dengan kerjasama Perpustakaan Bergerak M 9  dan Perpustakaan Jalur Lebar ( PJL ) ... bila melihat sambutan yang baik ni ... Din bagi cadangan untuk buat Program Jelajah Perpustakaan ke sekolah-sekolah yang lokasinya jauh dari perkhidmatan perpustakaan sebagai usaha untuk memperkenalkan apa yang ada di perpustakaan ... selalu tanggapan masyarakat adalah perpustakaan ni hanya untuk budak sekolah jer ... atau pun hanya ada buku sahaja ... itu mungkin ada benarnya ... itu dulu , sekarang ni perpustakaan dah jauh berbeza ... so inilah objektif program jelalah perpustakaan ... aku sedang merangka kertas kerja untuk projek ni ... semoga ianya dapat dilaksanakan .. insyaallah.

 

murid sesi petang yang terlibat dalam Program NILAM
 

meja pendaftaran keahlian dan pameran buku baru
 
beratur untuk menaiki Perpustakaan Bergerak
 
semua murid teruja untuk bergambar di M9
 
taklimat ringkas mengenai PPAS Daerah Sabak Bernam
( gemuruh rasanya ... hehehehe )



Tuesday, April 7, 2015

aku ... apa adanya

Tika langkah semakin hampiri garis penamat
Jejak kian sarat berliku
Kerikil tajam kejam terasa
Menerjah telapak yang uzur
Perjalanan nun masih jauh

Titis airmata mengalir lesu
Basah membajai semangat dalam diri
Tatkala jiwa merusuh
Hati berbisik ' sabarlah '

Ingin kugapai semua impi
Menabur bakti tersemat dihati
Berkongsi ilmu selagi daya
Kala semangat dan hasrat menyatu
Duga dan cabar bagai berpadu
Hati berbisik ' sabar itu ada indahnya '

Sebelum kaki berhenti melangkah
Sebelum ayat bertemu noktah
Selagi minda bisa memikir
Selagi jasad masih dikandung
Semangat berbakti tiada henti
Berundur tidak sama sekali